18 November 2011

Zul Noordin pula didakwa minta RM60,000

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Veteran PKR Dr Syed Husin Ali mendakwa, beliau pernah diberitahu bahawa Naib Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Zulkifli Noordin pernah meminta RM60,000 untuk mengosongkan kerusinya bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

NONEDr Syed Husin berkata, ia berlaku apabila Anwar pada mulanya dirancangkan parti bertanding di kerusi Kulim-Bandar Baharu yang disandang Zulkilfi, ketika itu masih bersama PKR.

"Aku diberitahu mula-mula Zulkifli bersetuju berundur dengan syarat beliau dibayar oleh parti, khabarnya sebanyak RM60,000, walaupun aku tidak dapat memastikan jumlah sebenar," dedahnya dalam memoirnya yang baru dilancarkan.

Tempoh sekatan Anwar bertanding tamat pada 14 April 2008. Anwar kemudiannya bertanding di kerusi Permatang Pauh yang dikosongkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga isterinya.

Buku Memoir Perjuangan Politik juga mendedahkan, selepas Umno menarik balik kes kegagalan menyerahkan laporan perbelanjaan dalam pilihan raya sebelumnya, Zulkifli kemudiannya menukar fikiran.

NONE"Tidak dapatlah Anwar bertanding di Bandar Baru Kulim," tulis bekas timbalan presiden PKR itu.

Zulkifli, kini anggota parlimen bebas, kemudian sering memburukkan parti dan Anwar dalam tulisan blog yang mendapat liputan meluas, yang kemudian mengheretnya ke jawatankuasa disiplin PKR, dakwa Dr Syed Husin.

"Akhirnya beliau disingkirkan daripada parti. Tohmahan dan fitnah beliau semakin meningkat," coret Dr Syed Husin.

"Terutama sekali selepas beliau dan seorang lagi yang keluar parti, Datuk Zahrin (Hashim), dibawa oleh PM Najib ke Amerika Syarikat. Mengikut Zulkifli mereka berbincang tiap-tiap tiap-tiap malam dengan PM."

Malaysiakini telah menghubungi Zulkifli dan masih menunggu komennya berhubung dakwaan itu.

malaysiakini/-

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Zul katat patutla lompat katak pasal wang.Patutlah mukanya pun macam babi nak sondol sahaja,rupanya nak duit.dah agak dah.Hei tak cuim bau syurga.

Matahari berkata...

Dah tua nak mampus tp buat citer mcm2.nyanyuk org tua ni

jarum mas berkata...

aku pernah mendengar rakaman kaset ceramah zul keladak ni...wawww pujian yg bagainak meletup dunia ni terhadap anwar dan parti pas serta makian hamun pada umno...kaset tu 5 keping masih dlm simpanan aku....tapi elepas beliau dihumban dari pkr dan jd calon bebas....maki hamun kini ditujukan pula pd anwar dan pas malah tgna nik aziz jd sasaran utama...apa punya jadah jantan puaka ni..aku dengar x kurang 3 k 4 juta RM beliau dapat dari najib..n ditawarkan gelran dato...pelikkan? baru 2 tahun jd MP dah dapat dato? cuba kita lihat sumbangan MP yg lain seperti Salahudin Ayub semenjak 1999 sampai skrng 12 tahun xde pun glaran dato..begitu juga TGNA beliau jd wakil rakyat sejak tahun 1973 lg...dapat datok tahun 1993 20 kemudian...hj hadi awang jd wakil rakyat pd tahun 1982 dapat dato 1999 ..18 tahun kmudian...begitu juga dgn mp pmbakang yg lain sepeti k singh,lim kit siang , tan seng giaw mereka ni melebihi 30 tahun lebih jd wakil rakyat..xde dato...tapi seandainya mereka ni brpaling tadah dan sokong BN..aku yakin x sampai 2 hari mereka akan diberi dao atau tan sri malah pujian melangit akan diberikan padanya..