24 Disember 2008

Nik Aziz pertahan wartawan Iraq baling kasut ke arah Bush

KOTA BHARU, 23 Dis : - Keberanian wartawan Iraq, Muntazer al Zaidi membaling kasut ke arah George W Bush turut dipertahankan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Saya puji wartawan yang lempar kasut kerana telah menggunakan ruang yang ada untuk menentang perbuatan mungkar.

"Hak bagi mencegah mungkar boleh dilakukan menggunakan tangan, lidah, hati atau kasut seperti dilakukan wartawan di Iraq.

"Bagi mereka yang pandai melukis boleh guna kartun dan bagi mereka yang tiada kaedah lain bolehlah guna kasut," katanya selepas seminar anjuran Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd di Dewan Teratai semalam. ?

Baru-baru ini seorang wartawan penyiaran Iraq membaling kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat pada satu sidang media ketika lawatan perpisahannya ke Iraq pada 14 Disember lalu.

Ekoran insiden itu wartawan terbabit ditahan pihak berkuasa Iraq. Bagaimanapun tindakan beraninya mendapat sokongan pelbagai pihak di seluruh dunia.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, tindakan membaling kasut ke arah Presiden Amerika merupakan tanda penentangan terhadap kemungkaran dan penganiayaan yang dilakukannya terhadap masyarakat dunia.

"Langkah yang diambil wartawan terbabit adalah jelas mewakili masyarakat Iraq yang telah ditindas penjajahan Amerika Syarikat dan ia merupakan satu tindakan bijak," katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain beliau berkata, tindakan kerajaan BN melalui Jabatan Pembangunan mewujud kembali Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) di Kelantan akan merosakkan perpaduan rakyat.

"JKKP lah yang menyebabkan manusia berpecah belah, di Kelantan sepatutnya rakyat berada di bawah satu parti dan parti lain tak perlu masuk campur.

"Kami dah ada penghulu dan penggawa, apa kerja nak tubuh JKKP lagi.. mulut pemimpin mereka hari-hari kata nak bersatu, tetapi mereka inilah yang menjadi punca berpecah belah," katanya.

Baru-baru ini Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Yahaya Mohamad dilaporkan berkata, JKKP akan ditubuh bagi merancang projek kerajaan persekutuan di setiap mukim.

http://www.harakahdaily.net

Drs. Khalil : Pentingkan pendidikan solat untuk anak-anak

KUALA KANGSAR , 13 Dis :- Ibu bapa mestilah mementingkan pendidikan solat untuk anak dan ahli keluarganya kerana dengan itu saja dapat melahirkan sebuah keluarga yang mendapat keberkatan dari Allah SWT, Firman Allah SWT "Sesungguhnya solat itu dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar", demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim semasa menutup program Motivasi Keluarga di sini.

Program sehari anjuran Sekretariat DUN Bukit Candan itu melibatkan hampir 200 orang pelajar berserta ibu bapa masing-masing. Drs. Khalil juga menekankan program seumpama itu dapat membantu kerajaan melahirkan masyarakat yang celik agama dan sekaligus mengamalkannya. "Hanya agama Islam yang akan menyelamatkan apa saja bangsa di dunia ini". tegasnya.

Khalil sedang memberikan ucapan penutup.

Mahasiswa mesti terima maklumat yang benar mengenai Kerajaan Negeri Perak.

AYER TAWAR, 3 Dis:- Golongan mahasiswa dan semua rakyat mesti menerima maklumat yang benar dari Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat. Kerana itulah segala usaha dilakukan untuk menyampaikan maklumat melalui penerbitan buletin Citra Perak. demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Drs, Khalil Idham Lim semasa merasmikan Majlis Perasmian Penutup Projek Projek operasi khidmat masyarakat Perdana (OPKIM 2008) bagi mewakili YAB Menteri Besar Perak yang diadakan di Kampung Telaga Nenas disini.

Program berbentuk keluarga angkat itu adalah anjuran Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU PERAK) dari 29 November hingga 3 Disember dengan penglibatan 60 orang Mahasiswa asal Perak dari pelbagai pusat pengajian tinggi. Sebanyak 22 keluarga angkat terlibat dalam program tersebut.

"Mahasiswa adalah zaman paling gemilang sehingga dikaitkan sebagai berada di menara gading, apakah dengan maksud kemuliaan dan kehebatan, kerana itu gunakanlah peluang yang ada untuk mendalami ilmu sebanyak mungkin" tegas Khalil.

Menerima cenderamata dari BERSATU PERAK.


Drs. Khalil juga mengingatkan bahawa mahasiswa adalah pemimpin pelapis pada masa hadapan. Oleh itu program seumpama itu kata beliau adalah pendedahan yang paling berguna sebelum mahasiswa dibebankan dengan tugas yang sebenar bila berkerja nanti.

Drs. Khalil menyerahkan cenderamata kepada keluarga angkat bersama anak angkatnya


Dengan menyelitkan sedikit nasihat agama, Drs. Khalil mengharapkan pertemuan dan perpisahan yang berlaku antara keluarga angkat dan anak angkat dikalangan mahasiswa meningkatkan keimanan dikalangan kita, kerana bertemua dan berpisah kerana Allah adalah tanda-tanda kemanisan Iman.

Beliau juga mengharapkan setelah pulang ketempat masing-masing mahasiswa hendaklah sentiasa berhubung dengan keluarga angkatnya.

Drs. Khalil : Bersiap untuk pilihanraya lebih awal.

TITI SERONG, 21 Dis,:- Pilihanraya Umum ke 13 dijangka lebih awal diadakan sekiranya Najib menjadi PM bagi mendapatkan madat baru dari rakyat, oleh itu perhimpunan pada malam ini bukan saja untuk menghargai petugas PACA dalam pilihanraya yang lepas tetapi juga perhimpunan untuk bersiap menghadapi PR akan datang. Demikian antara ucapan ADUN Titi Serong,Drs. Khalil Idham Lim dalam program meraikan petugas PACA Parlimen Parit Buntar yang diadakan di Dewan Tuan Guru Hj. Ahmad Tuan Hussin disini.

Program meraikan hampir 300 orang petugas pilihanraya itu telah tertangguh beberapa ketika setelah PR mencapai kemenangan memerintah negeri Perak Darul Ridzuan.Hadir sama dalam program tersebut ialah YDP PAS Kawasan Parit Buntar, Hj. Harun Hashim, Naib YDP, Azhar Sharin, Pangarah MTD Titi Serong, Hj. Ibrahim Dahlan dan Pangarah MTD Kuala Kurau, Baharin Desa.

"Pilihanraya Umum ke 13 akan datang dan pilihanraya kecil Kuala Terengganu adalah pertembungan Jentera Pilihanraya Kerajaan Pakatan Rakyat dan Kerajaan BN, kerana itu kita sangat mengharapkan kekuatan jihad, keikhlasan, penguasaan ilmu pilihanraya bagi memenangkan calon kita" Tegas Khalil Idham Lim.

Drs. Khalil menyampaikan cenderamata kepada petugas PACA.


Diawal ucapan beliau mengatakan bahawa matlamat perjuangan ini telah kita perolihi iaitu kemenangan yang diharapkan. Tetapi katanya usaha untuk mengisi kemenangan adalah lebih payah dari mencapai kemenangan.

Drs. Khalil juga mengucapkan terima kasih dengan keikhlasan yang ditunjukkan oleh petugas PACA dalan Pilihanraya Umum yang lepas. Oleh itu jelasnya perhimpunan malam ini adalah yang terbesar dikalangan petugas bukan hanya untuk menghargai jasa namun suatu persiapan menghadapi PR akan datang.

Petugas PACA berbaju kuning bergambar bersama-sama.


"Saya mengharapkan tugas yang pernah petugas PACA laksana diteruskan pada pilihanraya akan datang, dan tiada alasan untuk saudara tolak " katanya.