24 Disember 2008

Drs. Khalil : Bersiap untuk pilihanraya lebih awal.

TITI SERONG, 21 Dis,:- Pilihanraya Umum ke 13 dijangka lebih awal diadakan sekiranya Najib menjadi PM bagi mendapatkan madat baru dari rakyat, oleh itu perhimpunan pada malam ini bukan saja untuk menghargai petugas PACA dalam pilihanraya yang lepas tetapi juga perhimpunan untuk bersiap menghadapi PR akan datang. Demikian antara ucapan ADUN Titi Serong,Drs. Khalil Idham Lim dalam program meraikan petugas PACA Parlimen Parit Buntar yang diadakan di Dewan Tuan Guru Hj. Ahmad Tuan Hussin disini.

Program meraikan hampir 300 orang petugas pilihanraya itu telah tertangguh beberapa ketika setelah PR mencapai kemenangan memerintah negeri Perak Darul Ridzuan.Hadir sama dalam program tersebut ialah YDP PAS Kawasan Parit Buntar, Hj. Harun Hashim, Naib YDP, Azhar Sharin, Pangarah MTD Titi Serong, Hj. Ibrahim Dahlan dan Pangarah MTD Kuala Kurau, Baharin Desa.

"Pilihanraya Umum ke 13 akan datang dan pilihanraya kecil Kuala Terengganu adalah pertembungan Jentera Pilihanraya Kerajaan Pakatan Rakyat dan Kerajaan BN, kerana itu kita sangat mengharapkan kekuatan jihad, keikhlasan, penguasaan ilmu pilihanraya bagi memenangkan calon kita" Tegas Khalil Idham Lim.

Drs. Khalil menyampaikan cenderamata kepada petugas PACA.


Diawal ucapan beliau mengatakan bahawa matlamat perjuangan ini telah kita perolihi iaitu kemenangan yang diharapkan. Tetapi katanya usaha untuk mengisi kemenangan adalah lebih payah dari mencapai kemenangan.

Drs. Khalil juga mengucapkan terima kasih dengan keikhlasan yang ditunjukkan oleh petugas PACA dalan Pilihanraya Umum yang lepas. Oleh itu jelasnya perhimpunan malam ini adalah yang terbesar dikalangan petugas bukan hanya untuk menghargai jasa namun suatu persiapan menghadapi PR akan datang.

Petugas PACA berbaju kuning bergambar bersama-sama.


"Saya mengharapkan tugas yang pernah petugas PACA laksana diteruskan pada pilihanraya akan datang, dan tiada alasan untuk saudara tolak " katanya.