16 September 2011

PM Bangladesh Akui Rakyatnya Dapat Mengundi di Malaysia

18 Syawal 1432H. [MOD] -



Bangladesh: Perdana Menteri, Sheikh Hasina memberitahu bahawa dia telah di Malaysia semasa lawatan 6 hari ke Korea Selatan dan Malaysia tahun lepas. 

Pada perlawanan terakhir lawatan enam hari, Hasina tiba di Malaysia pada 18 Mei untuk menghadiri Forum Dunia 66 Ekonomi Islam [ISTERI] di Kuala Lumpur, pada hari berikutnya di mana dia menyampaikan ucapan khas. Semasa menginap di Kuala Lumpur, beliau mengadakan perbincangan dua hala dengan Mohammed rakan sejawatannya dari Malaysia itu Najib bin Tun Abdul Razak apabila beberapa isu sekian lama, termasuk Mensahkan pekerja Bangladesh di Malaysia, jelas dibincangkan. 

Diletakkan sumber tinggi mendakwa bahawa semasa mesyuarat itu, Perdana Menteri Malaysia memberi jaminan Hasina menimbangkan isu Mensahkan pekerja Bangladesh ke negaranya dengan ikhlas sekali. 

Hari ini, Pejabat Perdana Menteri telah didakwa menerima pengesahan dari beberapa rakyat kita yang bekerja di beberapa sektor di Malaysia sejak tahun lepas bahawa mereka telah diberikan lebih daripada kewarganegaraan dari Kerajaan Malaysia. Malah mereka kini telah diberi hak untuk menjadi pengundi akan datang pilihan raya umum Malaysia. 

Satu lagi sumber yang diletakkan dari pejabat Perdana Menteri telah mengesahkan bahawa pekerja Bangladesh dengan mudah diberikan kewarganegaraan Malaysia dengan syarat untuk mengundi parti yang mewakili kerajaan yang berkuasa. 

YAB Perdana Menteri, Sheikh Hasina menggesa orang ramai mengambil kesempatan ini untuk mengurangkan kemiskinan negara selaras dengan inisiatif dan kerajaan pelbagai langkah untuk menyelesaikan semua masalah utama, termasuk kuasa dan krisis gas. 

Perdana Menteri, Sheikh Hasina juga menggesa usahawan Malaysia untuk melabur lebih banyak di Bangladesh, terutamanya dalam industri intensif buruh termasuk pakaian readymade, tekstil, kejuruteraan ringan, elektronik, produk berasaskan pertanian, ICT, kuasa dan infrastruktur. 

Sumber: Biro Kebajikan NGO Bangladesh

Kerajaan akui ISA zalim - GMI

18 Syawal 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 16 Sept: Pengumuman kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mengesahkan bahawa berlaku kezaliman terhadap mangsa akta tersebut sejak ia ditubuhkan pada 1960.

Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mula sedar kebangkitan rakyat yang mahukan kebebasan dalam demokrasi yang merupakan mesej yang dibawa oleh GMI sendiri.

"Ini sebagai pembuktian berlakunya kongkongan dan cengkaman ISA ke atas rakyat selama ini.

"Perdana Menteri menginsafi bahawa realiti negara Malaysia telah berubah, dan rakyat mahukan Malaysia menjadi lebih terbuka dan dinamik demokrasinya," kata beliau pada sidang media tergempar GMI bersama Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), dekat sini, hari ini.

Menyifatkan pengumuman itu sebagai kejayaan GMI, beliau juga berkata, pengumuman itu membuktikan ISA digunakan ke atas individu yang berbeza ideologi politik dengan kerajaan.

"Beliau (Najib) memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

"Ini jelas mengisyaratkan penahanan aktivis 10 reformasi atas dakwaan ingin menggulingkan kerajaan dengan bahan-bahan letupan merupakan satu kesilapan dan penyalahgunaan kuasa ISA," katanya.

Turut hadir pada sidang media tersebut bekas tahanan ISA, Mat Sah Satray dan isterinya yang juga aktivis GMI, Norlaila Othman dan ahli jawatankuasa PAS Pusat, Nuridah Salleh.
Masih ragu-ragu
Pengumuman itu yang dibacakan Najib dalam pengumuman khas malam tadi sempena hari Malaysia itu bagaimanapun masih diragui GMI.
Antara persoalan yang timbul mengenai segala peruntukan dalam ISA khususnya berhubung dengan tahan tanpa bicara dan kuasa yang digunakan polis dan Menteri Dalam Negeri.
"Adakah peruntukan tersebut dipindahkan kepada dua undang-undang baru yang bakal digubal?
"Kelihatannya perintah mahkamah dikecualikan untuk undang-undang berkenaan," katanya.
GMI juga mahu kerajaan menyatakan dengan jelas bila ISA akan betul-betul dimansuhkan dan semua tahanan akan dibebaskan.
"Berapa lamakah tempoh ISA akan dimansuhkan? Jika memakan masa sehingga dua tahun sebagaimana tempoh pertama kali PM sebutkan tentang keji semula ISA sehingga sekarang, maka jangan salahkan rakyat jika menganggap pengumuman ini sebagai umpan dan sandir\wara pilihan raua ke 13 serta survival politik BN," katanya.
Selain itu tegasnya, kerajaan harus menutup Kem Kamunting serta merta selepas membebaskan tahanan di dalamnya.
"Apa akan jadi dengan Kem Kamunting? Kem ini mesti ditutup dan dijadikan warisa dunia seperti Robben Island di Afrika Selatan sebagai pengajaran kepada kezaliman dan kekejaman yang berlaku di bawah ISA," tegasnya.
Najib juga katanya harus membentangkan usul pemansuhan ISA pada sesi Parlimen akan datang.
Perkara tersebut turut disokong Nuridah yang meminta Najib membuktikan keikhlasannya untuk memasuhkan akta zalim itu.
"Kita minta kerajaan melihat gesaan -gesaan GMI ini dan membentangkan usul pemansuhan ISA ini ke Parlimen pada sesi terdekat ini kalau betul-betul ikhlas nak mansuhkan ISA," katanya.
Minta pampasan
Sementara itu, GMI turut menuntut kerajaan memohon maaf dan membayar papmpasan setara kepada tahanan ISA setimpal dengan penyeksaan dan pengalaman pahit yang dilalui tahanan dan keluarga mereka.
Selain itu, GMI mahu mereka yang terlibat dalam meyeksa dan menganiaya tahanan ISA mesti dibawa ke muka pengadilan.
"Kerajaan, menteri berkenaan dan polis mestilah amanah dalam melaksanakan pelbagai prinsip yang ditegaskan oleh Perdana Menteri dalam ucapannya, bukan sekadar servis bibir.
Norlaila yang turut meminta kerajaan membayar pampasan kepada mangsa pula berkata, ianya perlu kerana banyak kes penceraian berlaku akibat suami ditahan ISA.
"Saya tuntut pampasan daripada kerajaan kerana adakah kerajaan sedar ada isteri meminta cerai apabila suami ditahan ISA dan tahanan yang keluar hilang pekerjaan dan sukar untuk mendapat pekerjaan baru serta masih dianggap pengganas," katanya yang aktif berjuang dalam GMI selama tujuh tahun suaminya ditahan di Kem Kamunting.

Umno disifatkan pembelot, pembuli bangsa Melayu

18 Syawal 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 16 Sept: Jika Umno mendakwa negara ini tidak pernah dijajah, ia menjadikan parti itu pembela terbesar penaklukan Inggeris ke atas negara ini, kata blogger ahli Umno, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.

Malah, tegas beliau, ia sekaligus bererti Umno adalah pembelot bangsa Melayu yang membuli bangsa Melayu

Jika benar negara ini tidak pernah dijajah seperti yang didakwa, Mohd Ariff mempersoalkan apa sebenarnya peranan Umno dalam sejarah orang Melayu?

"Jika ia tidak pernah berjuang untuk kemerdekaan kerana kita tidak pernah di jajah dan para pemimpinnya memperakui hal demikian, maka Umno sebenarnya tali barut imperialism Inggeris.

"Umno merupakan the biggest apologist ke atas penaklukan Inggeris ke atas negara kita. Ini juga bererti Umno itu pembelot bangsa Melayu yang membuli bangsa Melayu tapi amat bongkok tunduk nya kepada kuasa imperialis seperti Inggeris," kata beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis dalam kawasan Parlimen Pekan.

Jika British hadir hanya untuk memberi perlindungan dan memainkan peranan sebagai sheriff, kata Mohd Ariff, kita tidak ada pilihan lain daripada memperakui bahawa selama ini, Tanah Melayu adalah sebuah negara atau koleksi negeri-negeri yang berdaulat.

Jika ini pendirian Umno yakni selama ini, katanya lagi, semenjak British datang ke Tanah Melayu, negeri Melayu semuanya adalah negeri-negeri berdaulat, maka semua mereka yang berkhidmat dan bermatian untuk negeri-negeri tersebut adalah pendukung negeri-negeri yang berdaulat.

Mereka, katanya lagi, adalah "loyal subjects" dan sesiapa yang membunuh "loyal subjects" adalah pengkhianat.

"Maka demikian, celaka sungguhlah Umno. Tok nenek saya dari Tembeling dan Tebing TInggi yang bertombak dan berlembing melawan Inggeris semua adalah pengkhianat rupa-rupa nya.

"Mat Kilau, Mat Kelubi, Bahaman, Tok Gajah, Tok Janggut, Pa Andak Endut dan Maharajalela semua adalalah pengkhianat?" Mohd Ariff mempersoalkan.

Beliau juga mempersoalkan, adakah Umno menipu kita selama ini dan deskripsi bahawa kita dijajah sebenarnya suatu pembohongan Umno yang di perpanjangkan oleh Umno untuk menghamba abdikan fikiran orang Melayu?

Beliau berkata, kekeliruan yang terbit dari kontroversi cetusan fikiran Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tentang status Mat Indera sebagai pejuang penentang penjajah telahpun menyebabkan kesan yang beliau khuatir akan terjadi.

Kesan yang beliau maksudkan itu ialah kajian menyeluruh ke atas peranan dan sumbangan Umno di dalam merdeka tahun 1957.

"Maka dari tahun 1957 sehingga 1963 apabila Malaysia di tubuhkan, tahun-tahun tersebut tahun apa? Adakah ianya penjajahan dalam bentuk yang abstrak yang dicipta oleh pimpinan Umno.

"Adakah Umno penipu terbesar kerana memanjangkan penipuan dan pembohongan kita dijajah?

"Tujuan Umno tidak lain dan tidak bukan untuk menjadikan orang Melayu itu bergantung kepadanya dan menghamba abdikan fikiran orang Melayu," kata beliau.

Mansuh ISA : Waspada Dengan Dua Akta Baru - Bekas Tahanan

18 Syawal 1432H. [MOD] -


PETALING JAYA 16 SEPT : Bekas Tahanan ISA yang dianggap subversif oleh Kerajaan Pusat menyambut baik pengumuman memansuhkan akta 'kejam' itu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam.

Bagaimanapun mereka memberi amaran agar berwaspada dan berhati- hati terutamanya dengan pengumuman dua lagi akta yang bakal digubal yang bakal menjadi 'alternatif' kepada ISA - Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang digunakan saban tahun untuk menahan tanpa bicara sesiapa sahaja mengikut perkenan Menteri Dalam Negeri.

ADUN Kota Damansara Dr Nasir Hashim menyatakan kemungkinan Najib melakukan hal ini sekarang setelah 3 tahun mengambil alih jawatan Perdana Menteri adalah untuk memancing sokongan rakyat bagi Pilihan Raya Umum ke 13, yang boleh berlaku bila-bila masa dari sekarang.

"ISA telah digunakan berpuluh tahun untuk menunduk dan menganiaya mangsa. (Persoalannya) mengapa sekarang? Ini mungkin berkaitan Pilihan raya dan (Sokongan) Mungkin lemah. Beliau (Najib) nak dapat sokongan rakyat, kena buat sesuatu," kata beliau ketika ditemui TV Selangor semalam.

Pengumuman Najib memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 mengejutkan khayalak rakyat namun boleh dijangka lantaran khabar angin bertiup kencang sebelum ini menyatakan Najib bakal menarik kembali akta ini bagi meningkatkan populariti dan sokongan terhadap pentadbirannya.

Najib turut menyatakan kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

Dr Nasir yang juga Presiden Parti Sosialis Malaysia ditahan selama 15 Bulan dibawah akta yang disifatkan beliau sebagai 'zalim' itu semala Operasi Lalang pada tahun 1987.

Dalam Operasi Lalang yang berlaku pada 27 Oktober 1987 itu, seramai 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan menyaksikan pembatalan dua akhabar harian dan dua akhbar mingguan.

Selain Dr Nasir, turut ditahan ialah Lim Kit Siang, Karpal Singh, Suhaimi Said, Kua Kia Soong, Chandra Muzaffar, Ibrahim Ali dan Mohamed Fahmi Ibrahim.

Menurut beliau walaupun dimansuhkan, jentera yang digunakan untuk ISA masih boleh digunakan sebagai tujuan lain seperti penggunaan Ordinan Darurat terhadap 6 ahli PSM beberapa bulan lalu yang dianggap Dr Nasir sebagai tindakan ISA yang dinamakan di bawah undang-undang berlainan.

Justeru, beliau melahirkan kerisauan mengenai undang-undang baru yang dikatakan bakal menggantikan ISA serta meminta orang ramai mengkajinya terlebih dahulu.

"Apa yang kita risau ialah kerana mereka guna ISA dengan sempurna untuk memusnahkan musuh mereka, mereka akan ada alternatif..ini kontradiksi. Bermakna ia (hanya) wayang. Tidak ikhlas.

"Hanya kita berharap rakyat tak dipengaruhi gula-gula seperti ini. ISA, kena kaji adakah masih dijaga 'jentera-jentera' yang digunakan. Apa jenis (undang-undang) alternatif mereka ada. Adakah alternatif itu akan turut menganiaya rakyat?" kata beliau.

Seorang lagi bekas Tahanan ISA Hishammudin Rais mengambil sikap tunggu dan lihat mengenai 'alternatif' kepada ISA yang bakal digubal kelak.

"Adakah ISA ini telah dimansuh keseluruhannya. Jika dimansuhkan keseluruhannya, ia keputusan baik, tanda proses pendemokrasian telah berlaku di Malaysia. Dan apakah satu lagi perundangan akan dibuat, kita akan bincangkan kemudian," kata beliau.

Hishammudin ditahan ISA dua kali, pertama pada 1994 dan kedua pada April 2001 atas tuduhan merancang untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan dan keganasan.

Beliau mengajak rakyat melihat betapa suara mereka mampu didengari jika mereka bersatu menentang kezaliman.
"Kita juga harus memahami latar belakang yang melahirkan suasana ini, latar belakang ini ialah kerana ketika ini pimpinan UMNO lemah. Kerana kelemahan ini mereka perlukan sokongan. Ini tunjukkan rakyat kuat. Tuntutan mansuhkan ISA berjaya, tuntutan PPPA semua beraya. Ini tunjukkan rakyat kuat bila kerajaan lemah.

Sementara itu Presiden Parti Rakyat Malaysia, Dr Rohana Ariffin pula menyatakan betapa hal ini merupakan pencapaian positif yang patut dibanggakan golongan pembangkang dan progresif yang telah sedaya upaya menentang akta ini.

"Pemansuhan ISA satu tindakan positif dan ini bermakna tiap-tiap orang itu akan dapat pembelaan jika dituduh subversif. Tapi di sini, ada pula undang-undang baru seperti di England dan seterusnya seperti Anti Terrorist Act. Ini juga akan beri kuasa kepada Kerajaan. Pemansuhan ISA telah lama diperjuang golongan Pembangkang dan Progresif di Malaysia. Dan ini merupakan satu pencapaian positif kepada rakyat Malaysia," kata beliau.

Tuduhan liwat dan kaitannya dengan 16 September

18 Syawal 1432H. [MOD] -


ISU 16 September 2008 masih banyak diperkatakan. Ada yang percaya, ada yang tidak percaya. Barangkali ramai juga yang keliru mengenainya.

16 September bukan isu politik antara Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional semata-mata. Ia lebih besar dari itu. Ia merupakan hari ulang tahun pembentukan Malaysia yang mencakupi Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Manakala 31 Ogos adalah hari ulang tahun kemerdekaan Semenanjung daripada penjajahan British.

Namun 16 September tidak pernah dijadikan cuti umum berbanding 31 Ogos. Hanya selepas diperjuangkan Pakatan Rakyat, barulah diisytihar tarikh tersebut sebagai cuti umum. Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak harus berterima kasih kepada Pakatan Rakyat kerana lebih dahulu mengiktiraf mereka berbanding Umno-BN.

Sudah tentu apabila menyentuh isu 16 September, subjek utama yang diperkatakan adalah Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ada rakan bertanya, mengapa hendak dibangkitkan perkara yang sudah tidak jadi. Tidak kurang juga ada pihak yang menghentam dan mengkritik Anwar, termasuk kalangan pemimpin BN yang mempermain-mainkan isu 16 Septemder.

Pada hemat penulis, ianya wajar ditulis semula sebagai satu bahan rujukan penting dalam menganalisis kecenderungan ahli-ahli politik Malaysia, khususnya Ahli Parlimen (MP). Persoalan utama yang harus difikirkan adalah, apakah Anwar yang mencari MP BN ini aau mereka yang datang mencari Anwar?

Apakah Anwar yang didakwa kemaruk dan gila kuasa ataupun mereka yang takut segala jawatan, kuasa, harta dan sebagainya akan lenyap jika Pakatan Rakyat menerajui negara.

Selepas hampir tiga tahun sejak Pilihan Raya Umum 2008, laman Wikileaks mula mendedahkan fakta-fakta mengenai mengenai kecenderungan besar MP BN untuk menyertai Pakatan Rakyat bagi menubuhkan kerajaan baru pada 16 September 2008.

Isu ini timbul kembali apabila Wikileaks mendedahkan, ia mempunyai maklumat yang sahih mengenai rundingan beberapa pihak dalam BN, khususnya dari Sabah dan Sarawak untuk keluar BN, masuk Pakatan Rakyat.

Dalam satu laporan, ia memetik kata bekas Ketua Menteri Sabah, Dato' Salleh Tun Said Keruak, memberitahu pegawai kerajaan kedutaan Amerika Syarikat bahawa lebih dari separuh dari 25 Ahli Parlimen BN Sabah, sedia untuk meninggalkan BN.

Malah kabel tersebut memperkukuhkan bukti, dalam banyak pertemuan pemimpin-pemimpin Umno-BN Sabah, antaranya pada 18 hingga 20 Jun 2008, yang menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak menyokong Perdana Menteri ketika itu, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun Salleh yang kini Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah mendakwa laporan Wikileaks tersebut tidak berasas. Namun Salleh menyatakan, beliau ketika itu masih ingat pihak tertentu berusaha keras untuk memujuk MP Sabah, tetapi mereka gagal.

Pada waktu itu (selepas PRU Mac 2008), semua orang kelam kabut dan terkejut. Pakatan Rakyat terkejut kerana tidak menjangkakan akan mendapat sokongan besar rakyat, manakala BN kelam kabut dan hampir meroyan apabila hilang majoriti dua pertiga di Parlimen serta hilang kuasa di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor (selain Kelantan yang BN hilang kuasa sejak 1990).

Habis semua tersentak. Terutamanya MP BN yang faham 'pencak silat' politik. Mereka tahu dan sangat-sangat sedar bahawa Pakatan Rakyat adalah suatu force yang amat besar. Mereka memahami soal ini, sekaligus dengan beberapa petunjuk politik yang jelas menunjukkan kerajaan BN sudah hampir dipenghujung hayat.

Justeru selaku ahli-ahli politik yang sedar, mereka tidak ada pilihan lain. Mereka tahu jika mahu terus berpolitik, Pakatan Rakyat adalah future platform, bukannya BN.

BN hanya tinggal 140 kerusi, manakala Pakatan Rakyat menang 82 kerusi. Pakatan Rakyat hanya perlu 30 kerusi untuk mendapatkan simple majority. Jika Wikileaks mendedahkan separuh dari 25 MP BN Sabah sudah sedia untuk menyeberang, selebihnya dari mana?

Saya percaya, Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Razak dan juak-juak di sekelilingnya tahu apa yang saya maksudkan. Selain Sabah, wakil-wakil BN dari Sarawak, komponen BN di Semenanjung, malah MP Umno juga turut sama berminat untuk menyeberang.

Jika fakta ini betul, soalnya berapa orang yang hendak menyeberang ke Pakatan Rakyat? Siapa yang hendak defect? Ataupun harus juga dipersoalkan mengapa mereka tidak menyeberang?

Sebelum Wikileaks membuat pendedahan lebih menggemparkan, elok juga dianalisis isu 16 September ini dengan lebih mendalam.

Persoalan pertama adalah jumlah. Daripada pengamatan saya, lebih 40 orang MP BN yang cenderung kepada Pakatan Rakyat. Hal ini disedari dan pernah diperkatakan oleh mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu majlis di London, semasa isu ini hangat diperkatakan.

Nama mereka tidak perlu didedahkan. Mereka daripada Sabah, Sarawak, Semenanjung. Terdiri daripada kalangan pemimpin utama dan bekas pemimpin utama parti komponen BN. Lebih mengejutkan ada kalangan mereka Menteri, Timbalan Menteri dan MP biasa.

Mereka-mereka ini mengadakan perundingan dengan Anwar di beberapa tempat. Dalam dan luar negara. Antaranya di Singapura, Hong Kong, Bangkok dan beberapa tempat lain. Malah ada yang berani berjumpa secara terbuka di beberapa tempat dalam negara.

Saya teringat kata seorang Timbalan Menteri kepada seorang pemimpin utama Pakatan Rakyat di Parlimen. Beliau mengatakan, "Jika Pakatan Rakyat sudah mempunyai 29 orang MP, you masukkan nama I untuk cukupkan 30 orang."

Pada ketika itu Pakatan Rakyat sudah boleh menubuhkan kerajaan. Tetapi disekatn dengan serangan siang malam terhadap Anwar dan tuduhan liwat kedua yang dihadapkan kepada beliau oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dakwaan liwat terhadap Anwar dibuat pada 28 Jun 2008. Tetapi plot untuk mengenakan beliau sudah dirancang lebih awal.
Plot ini diberitahu oleh seorang bekas Menteri yang paling berpengaruh kepada Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa sekitar April 2008.

Kata beliau kepada Husam ketika itu,"Tidak ada jalan lain untuk menyekat kemaraan Anwar. Jika Umno-BN mahu kekal berkuasa, Anwar harus dikenakan tuduhan liwat (kali kedua) dan Anwar harus disumbat dalam penjara."

Jelas daripada kata-kata pemimpin ini. Plot atau konspirasi untuk mengenakan Anwar sudah dirancang berbulan lebih awal daripada dakwaan dibuat oleh Saiful?

Soalnya Mengapa Saiful terbabit? Saya tidak mahu mengulas lanjut hal perbicaraan dalam mahkamah. Tetapi yang jelas, apabila tuduhan seorang itu meliwat seseorang, ia harus dibuktikan secara klinikal. Secara klinikal, kes ini tidak harus wujud, kerana doktor pertama yang memeriksa Saiful selepas dakwaan meliwat dibuat, secara konsisten mengatakan, tiada kesan tusukan di dubur Saiful.

Logiknya, jika dubur Saiful tidak ditusuk, mana mungkin kejadian liwat berlaku. Kes ini tidak seharusnya wujud, tiada bukti kukuh dan kes ini harus dibuang.

Berbalik kepada Saiful. Mengapa beliau terlibat dan apa pembabitannya dengan 16 September? Mengapa Najib menemuinya pada 24 Jun 2008, dua hari sebelum kejadian liwat didakwa berlaku atau empat hari sebelum laporan polis terhadap Anwar dibuat?

Hakikatnya ialah ,Saiful bertugas mengikuti majikannya (Anwar) dan merekod banyak pertemuan Anwar dengan pemimpin-pemimpin Umno-BN di banyak tempat. Dalam dan luar negara. Secara tidak langsungnya, nama, lokasi dan butiran pertemuan diadakan, ada dalam pengetahuan Saiful.

Oleh itu Najib tidak boleh kata (pada 24 Jun), bahawa beliau tahu Anwar akan meliwat Saiful pada 26 Jun, kerana pada tarikh beliau menemui Saiful, kejadian belum lagi berlaku.

Najib harus tahu dan sepatutnya sudah diberitahu Saiful tentang butiran pertemuan Anwar dengan MP-MP Umno-BN. Walaupun mungkin semua perundingan tidak diketahui Saiful, tetapi dipercayai sebahagian daripada nama-nama pemimpin berkenaan, ada pada pengetahuan Saiful.

Justeru, jika hendak diperincikan lebih ramai yang berhasrat hendak meninggalkan BN. Tetapi hasrat dan usaha mereka tersekat apabila Anwar dikenakan pertuduhan kedua.

Dalam keadaan kuasa penuh menguasai polis dan kehakiman ada pada tangan PM, maka kedudukan Anwar pada ketika itu tidak kukuh jika mereka hendak berhijrah ke Pakatan Rakyat. Lagipun kebanyakan MP ini banyak kepentingan yang hendak mereka lindungi. Mereka tidak sanggup mengambil risiko. Mereka tidak mahu gamble.

Umno-BN tiada pilihan lain untuk terus berkuasa selain terpaksa 'memenjarakan' Anwar. Jika Anwar masuk ke 'dalam' Umno-BN berharap, Pakatan Rakyat akan berpecah.

Walaupun rencana 16 Septembert 2008 gagal diteruskan. Ia tidak berjaya memperkukuhkan BN, jauh sekali untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat.

Hasrat 16 September akan tetap diteruskan. Bukan semata-mata untuk menantikan penghijrahan MP BN, tetapi ia akan dirayakan dalam erti kata kemerdekaan yang sebenar bersama seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, tanpa ada perasaan rasis dan diskriminasi.

Negara perlukan akta halang kerajan dari menzalimi rakyat

18 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 16 Sept: Negara memerlukan akta yang menghalang kerajaan dari menzalimi rakyat dan bukan sekadar penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Malah beliau melihat pengumuman penghapusan ISA adalah usaha terdesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memulihkan popularitinya yang merudum.

"Najib tertekan dan terkesan dengan tuntutan kuasa rakyat yang antara lain menuntut penghapusan ISA dan dalam keadaan terdesak ketika popularitinya merudum, beliau menyangka pengumuman penghapusan ISA adalah penawar kepada tekanan yang dihadapinya.

"Langkah drastik untuk mencari populariti itu bukan sahaja tidak akan memulihkan imejnya yang makin merudum  malah mungkin menyebabkan Najib makin tidak popular di dalam Umno kerana ISA selama ini sentiasa menjadi talian hayat dan alat Umno untuk mempertahankan kuasanya," katanya.

Mahfuz juga menyifatkan langkah Najib itu membuktikan betapa terdesaknya beliau untuk terus berkuasa.

"Najib nampaknya sanggup melakukan apa sahaja dalam usahanya untuk membuktikan kepada musuh-musuhnya di dalam Umno bahawa beliau boleh kembali popular di kalangan rakyat seperti sebelum ini sehingga sanggup menghapuskan 'tangkal azimat' serta 'khurafat' Umno untuk terus berkuasa iaitu ISA," katanya.

Walaupun tidak teruja dengan pengumuman Najib itu, Ahli Parlimen Pokok Sena yang pernah ditahan di bwah ISA itu tetap menganggap pengumuman Najib itu sebagai kemenangan kuasa rakyat yang menuntut penghapusan ISA.

"Tahniah kepada rakyat dan Gerakan Mansuhkan ISA kerana ia tetap satu kemenangan apabila Najib sudah ke peringkat menyangka penghapusan ISA adalah penawar dan ubat kepada masalah imejnya yang merosot dan merudum kini," katanya.

Namun, Mahfuz yakin rakyat tetap tidak lupa betapa bengisnya Umno mempertahankan ISA yang menjadi selama ini merupakan alat mempertahankan kuasanya.

"Rakyat yang menentang ISA bukan sahaja difitnahkan oleh para pemimpin dan media Umno malah pihak polis diperalatkan untuk mengganasi mereka yang berhimpun secara aman untuk menentang ISA seperti yang berlaku dalam perhimpunan aman menentang ISA pada 1 Ogos 2009 lalu," katanya.

Sebab itulah, kata Mahfuz lagi, kerajaan bukan sahaja mesti membebaskan semua tahanan ISA, membayar ganti rugi dan memohon maaf kepada semua yang pernah menjadi mangsa ISA, malah kerajan juga mesti memohon maaf kepada rakyat yang diganasi dan difitnahkan secara tidak bertamadun kerana menuntut penghapusan ISA termasuk mereka yang diganasi dan difitnahkan ketika berhimpun secara aman dalam himpunan 1 Ogos 2009 itu.

Bukan setakat itu sahaja, kata beliau, kerajaan juga hendaklah memastikan pemansuhan total undang-undang yang memberi kuasa kepada menteri untuk menahan tanpa bicara.

"Jika menteri masih diberi kuasa untuk menahan tanpa bicara, ia terdedah kepada manipulasi, penyalahgunaan kuasa dan menjadi alat memangsakan musuh-musuh politik kerajaan yang berkuasa.

"ISA dahulu pun diakwa digubal untuk menghadapi ancaman pengganas komunis tetapi akhirnya digunakan berkali-kali ke atas pembangkang yang dilihat mengancam kuasa Umno," kata Mahfuz.

Beliau juga mempersoalkan apa perlunya kuasa menahan tanpa bicara jika kerajaan berlaku adil dan tidak menyalahgunakan kuasa.

"Kemunculan pengganas dan teroris boleh dikurangkan dan tidak akan berleluasa jika kerajaan berusaha untuk memaksimumkan keadilan dan tidak menyalahgunakan kuasa.

"Tetapi, jika perjalanan dan pengendalian pilihan raya pun tidak bersih dan tidak adil, tidak ada jaminan teroris tidak akan wujud dan tidak ada gunanya akta yang menghalalkan penahanan tanpa bicara untuk menggantikan ISA kononnya untuk menghadapi teroris," katanya.

Beliau menggesa rakyat terus berjuang menuntut penghapusan apa jua undang-undang yang menghalalkan menteri bertindak sesuka hati menahan tanpa bicara.

"Bukan akta seperti itu yang boleh menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam tetapi yang diperlukan oleh negara ini ialah undang-undang yang menghalang kerajaan menzalimi rakyat kerana yang lebih banyak menzalimi rakyat negara ini bukannya pengganas atau teroris tetapi kerajaan sendiri," tegas Mahfuz.

Mansuh ISA: PAS tunggu akta baru sebelum respon

18 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 16 Sept: PAS mengambil sikap "tunggu dan lihat" dahulu bagaimana bentuk perundangan alternatif bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum memberi respon lanjut berhubung pemansuhan akta itu yang diumum perdana menteri malam tadi.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, masih terlalu awal untuk PAS menyatakan pendirian berhubung pemansuhan ISA yang diumum Datuk Seri Najib Razak dalam pertusan Hari Malaysia malam tadi kerana ianya akan diganti akta baru.

"PAS mengambil sikap untuk tunggu dan lihat dahulu berkaitan penghapusan ISA dan beberapa akta lain yang diumumkan Perdana Menteri.

"Ini kerana kita hendak melihat dahulu perundangan alternatif yang disebut kerajaan hendak dibuat menggantikan ISA. Terlalu awal untuk kita memberi respon terhadap pembatalan tersebut," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Ianya sebagai respon awal PAS berhubung pengumuman kerajaan memansuhkan akta yang sudah lama dituntut oleh Pakatan Rakyat agar dihapuskan itu.

Biarpun ISA diumum akan dimansuhkan, Najib juga mengumumkan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi menggantikan akta itu.

Selain itu, PAS juga kata Tuan Guru Abdul Hadi masih sangsi dengan pengumuman itu ekoran ianya dibuat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

"Tambahan pula ia dibuat menjelang pilihanraya yang kita lihat sebagai tujuan politik dan tawaran pilihanraya Barisan Nasional.

"Setelah beribu orang menjadi mangsa kezaliman akta tersebut, menjelang pilihanraya barulah ia dihapuskan," katanya.

PAS dan Pakatan Rakyat sejak dahulu menentang akta ISA dan menganggapnya satu akta zalim kerana membuat "tahanan tanpa bicara" kepada mangsa akta itu.

Selain ISA, mereka juga sebelum ini mendesak beberapa akta serupa seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Ordinan Darurat (EO) dimansuhkan.

Pilihan raya olok-olok Umno kurang sambutan

18 Syawal 1432H. [MOD] -



KOTA BHARU, 16 Sept: Ketika rakyat sibuk dengan sambutan Hari Malaysia, Umno Kota Bharu dan beberapa bahagian di sini kelam kabut pula mengadakan pilihan raya olok-olok.
Mereka menjadikan sekolah milik Jabatan Pelajaran sebagai markas pilihan raya.
Bendera Umno dan Barisan Nasional kelihatan dipasang di pagar sekolah antaranya Sekolah Menengah Sultan Ismail, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat, Sekolah Kebangsaan Bunut Payong dan Sekolah Menengah Zainab II.
Malah di sekitar Jalan Telipot tidak jauh dari Sekolah Menengah Sultan Ismail juga dipasang bendera dacing.
Namun sehingga jam 10 pagi tadi hanya kelihatan beberapa penyokong Umno yang datang mengundi di pusat pilihan raya olok-olok tersebut.
Paling ketara tiada sambutan di Sekolah Menengah Sultan Ismail Jalan Telipot. Begitu juga di Sekolah Menengah Kebangsaan Naim Lilbanat.
Ada beberapa penduduk yang keluar mengundi olok-olok itu kelihatan membawa pulang sesuatu sebagai buah tangan.
Namun menjadi mangsa kepada pilihan raya tersebut iaitu guru-guru Kafa yang mengajar di kelas fardhu ain.
Seorang daripada mereka yang diminta datang mengundi di sebuah sekolah di Pasir Tumbuh berkata, beliau terpaksa datang kerana Umno berkuasa ke atas nasib guru Kafa.
“Kami yang dipaksa datang tentunya tidak berani hendak undi selain lambang dacing.
”Tentunya petang nanti akan diumumkan BN menang 100 peratus kerana mereka yang datang mengundi puak-puak Umno dan guru-guru Kafa yang dipaksa,” ujarnya.
Ramai melihat program pilihan raya olok-olok atau sebelum ini dipanggil simulasi pilihan raya anjuran Umno tidak mendapat simpati masyarakat.
Malah ramai gelak memanjang dengan telatah Umno mengadakan pilihan raya olok-olok.
Sebelum ini menjelang pilihan raya umum 2008 pilihan raya olok-olok diadakan Umno di seluruh Kelantan.
Ketika itu bagi menarik ramai yang hadir diadakan cabutan nombor bertuah dengan hadiah termasuk basikal dan dibekalkan gula.
Seorang penduduk di Bunut Payong yang dikenali sebagai Mat Deris, 55 berkata, jenama Umno dan BN sudah tidak lagi disukai rakyat di sini.
”Biar pun pelbagai perubahan dilakukan bagi membersihkan imej parti itu, namun selagi pemimpin sama berada di atas Umno tidak mampu pergi lebih jauh dalam politik negara,” ujarnya.

26 terbunuh letupan bom di majlis kebumi

18 Syawal 1432H. [MOD] -



PESHAWAR 16 Sept. – Sebutir bom yang disasarkan kepada ahli militan anti-Taliban meletup di satu majlis pengkebumian di barat laut Pakistan semalam, mengorbankan sekurang-kurangnya 26 orang manakala 63 orang lagi cedera parah, kata polis.

Insiden di daerah Lower Dir itu berlaku dua hari selepas satu lagi kejadian pengeboman di kawasan barat laut yang mengorbankan empat kanak-kanak dan ia dikaitkan dengan sebuah lagi kumpulan anti-militan.

Menurut polis, mereka masih menyiasat punca bom itu sama ada daripada peranti yang telah ditetapkan masa ataupun pengebom berani mati. - AFP

Penyanyi miliki kuku paling panjang di dunia

18 Syawal 1432H. [MOD] -




CHRIS 'The Dutchess Walton' memiliki kuku paling panjang di dunia.


NEW YORK - Seorang penyanyi rock, Chris 'The Dutchess Walton' disenaraikan dalam Guinness Book of World Records buat kali pertama sebagai individu yang memiliki kuku paling panjang di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang berusia 45 tahun memiliki kuku sepanjang 609.6 sentimeter (sm) di kedua-dua tangannya.
Walton yang merupakan ibu enam anak dan nenek kepada tiga cucu menyatakan dia mula menyimpan kuku tersebut 18 tahun lalu.
"Saya pasti pada satu hari nanti, saya akan memotongnya tetapi saya tidak terfikir mengenainya (untuk memotong kuku) kerana saya mahu memilikinya," kata wanita tersebut.
Walton menjalani rawatan kuku sekurang-kurangnya sekali sebulan.
Dia memiliki kuku paling panjang di dunia selepas pemegang rekod itu sebelum ini, Lee Redmond yang juga seorang nenek kehilangan kukunya dalam kemalangan jalan raya pada 2009.
Redmond memiliki kuku lebih 853.44sm. - Agensi

Guna pencungkil gigi bina replika Teluk San Francisco

18 Syawal 1432H. [MOD] -




MODEL Teluk San Francisco yang dihasilkan Scott Weaver dengan menggunakan 103,987 pencungkil gigi.


SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Seorang artis, Scott Weaver membina replika Teluk San Francisco setinggi 2.7 meter dengan menggunakan sejumlah 103,987 pencungkil gigi, lapor sebuah akhbar semalam.
Hasil kerjanya yang dinamakan Rolling Through the Bay itu turut berfungsi sebagai laluan guli.
Guli yang dijatuhkan di atas laluan itu akan bergerak melalui beberapa tempat popular di lokasi berkenaan.
Dia mengambil masa selama tiga ribu jam untuk menyiapkan model Teluk San Franciso yang kini dianggap sebagai antara hasil seni yang menakjubkan. - Agensi

Ketua operasi Al-Qaeda di Pakistan terbunuh

18 Syawal 1432H. [MOD] -



WASHINGTON 16 Sept. – Ketua Operasi Al-Qaeda di Pakistan, Abu Hafs al-Shahri telah berjaya dibunuh, kata pegawai kanan Amerika Syarikat semalam, mendedahkan kejayaan terbaru mereka dalam menentang kumpulan tersebut.

Kematian Abu Hafs di sebuah daerah di Pakistan itu berlaku selepas pembunuhan orang nombor dua Al-Qaeda, Atiyah Abd al-Rahman bulan lalu dan Osama Laden Mei lalu, dipercayai berjaya melemahkan lagi kumpulan militan tersebut.

“Kami mengesahkan ketua operasi Al-Qaeda di Pakistan, Abu Hafs al-Shahri telah dibunuh awal minggu ini di Waziristan, Pakistan,” kata pegawai yang tidak mahu dikenali itu. - AFP

Volkswagen Beetle jadi Porsche 356

18 Syawal 1432H. [MOD] -




KERETA Volkswagen Beetle sebelum ia diubahsuai oleh Megan Ashton.


SALISBURY - Seorang pegawai kejuruteraan Tentera Laut Diraja Britain, Megan Ashton, 26, mengambil masa selama enam tahun untuk mengubahsuai sebuah kereta Volkswagen Beetle untuk kelihatan seperti Porsche 356, lapor sebuah akhbar semalam.
Kereta Porsche 356 itu dicipta oleh Ferdinand Porsche yang merupakan anak lelaki pengasas syarikat Porsche yang telah mereka bentuk Volkswagen Beetle.
Kereta Volkswagen Beetle berkongsi banyak peralatan dengan Porsche 356 menyebabkan mudah buat Ashton untuk melakukan kerja-kerja pengubahsuaian.

MEGAN ASHTON berdiri dekat kereta Volkswagen Beetle yang diubahsuai menjadi Porsche 356.


Ashton membelanjakan £200 (RM978) untuk membeli kereta Volkswagen yang berusia 40 tahun itu dan menanggalkan kepingan badannya.
Dia turut menggunakan enjin kereta 1776cc untuk menggantikan enjin lama yang berkuasa 1285cc.
Ashton membeli kereta itu ketika dia menjadi pelajar.
Kos untuk menyiapkan keseluruhan kenderaan itu ialah £4,000 (RM19,548).
Kereta itu mempunyai tempat duduk kulit dan ia boleh bergerak lebih 160 kilometer sejam dan kini bernilai £25,000 (RM122,276). - Agensi

Akhirnya Najib akui demokrasi negara pincang

18 Syawal 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 15 Sept: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhirnya "mengakui demokrasi negara selama ini tidak berfugsi", kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata demikian sebagai memberi respon awal terhadap pengumuman yang dibuat Najib dalam Perutusan khas Hari Malaysia yang disiar secara langsung oleh RTM malam ini.

"Selepas 5 desawarsa, Najib akhirnya mengiktiraf demokrasi di negara ini tidak berfugsi," katanya kepada Harakahdaily.

Dalam prutusan khas perdana menteri, Najib turut mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Menurut Najib, kerajaan, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuatkuasanya.

Jangan terlalu selesa

Mengulas lanjut, Dzulkefly yang juga ahli parlimen Kuala Selangor menganggap pengumuman tersebut juga sebagai kejayaan rakyat, NGO, aktivis demokrasi serta parti pembangkang yang selama ini telah lama mendesak perkara itu dimansuhkan.

Malah ujarnya, pengumuman itu hanya sebahagian kecil daripada perubahan yang dituntut rakyat untun menjadikan demokrasi negara benar-benar berfungsi.

Bagaimanapun beliau menasihatkan rakyat agar jangan terlalu selesa dengan pengumuman itu kerana apa yang diumumkan perdana menteri malam ini hanya dalam bentuk "janji lisan".

"Kita yakin ini hanya janji dan slogan saat-saat akhir bagi meraih sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

"Apa yang lebih penting, rakyat mahu melihat dalam praktik dan amalannya," katanya yang juga pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat.

Tambahnya lagi, apa yang diumumkan Najib itu juga adalah apa yang telah diumumkan Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga iaitu prubahan yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat dalam masa 100 hari menguasai Putrajaya.

"Ini yang kita maksudkan reformasi politik sebelum datang transformasi ekonomi yang Pakatan Rakyat komited untuk lakukannya.

"Kita tak kisak mereka tiru pendekatan kita dalam Buku Jingga. Janji ianya untuk kebaikan rakyat keseluruhan," katanya.

Gempa bumi sekuat 5.1 skala Richter di Cuba

18 Syawal 1432H. [MOD] -



WASHINGTON 16 Sept. – Satu gempa bumi berukuran 5.1 skala Richter menggegarkan Cuba yang terletak di selatan Caribbean, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) semalam.

Gegaran pada pukul 4.43 petang waktu Malaysia itu berlaku pada 107 kilometer barat daya Campechuela, kawasan selatan pantai dan 122 kilometer utara Teluk Montego, Jamaica.

Tiada kematian atau kerosakan dilaporkan dari gempa bumi tersebut. - AFP

Najib "tunduk" tuntutan Buku Jingga

18 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 15 Sept: Biarpun pengumuman perdana menteri malam ini dialu-alukan, namun hakikatnya ia adalah menciplak janji Pakatan Rakyat seperti dimuatkan dalam Buku Jingga, kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Malah katanya, tawaran perubahan Pakatan Rakyat lebih luas berbanding beberapa perubahan yang telah diumum Datuk Seri Najib malam ini.

"Perjuangan kita menentang akta zalim ini sudah lama dahulu, cuma Umno BN ni lambat faham.

"Apa yang saya boleh kata, akhirnya BN tunduk dengan tuntutan kita dalam Buku Jingga," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Beliau mengulas perutusan khas Hari Malaysia perdana menteri malam ini yang mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, beliau yakin pengumuman Najib itu dibuat dalam keadaan BN sangat terdesak untuk menarik sokongan rakyat berdepan Pilihan Raya Umum ke-13.

Apatah lagi ujarnya, ucapan Najib tersebut tidak memberi fokus kepada kemerdekaan negara, malah lebih kepada janji perubahan politik mendepani pilihan raya.

"Realitinya Najib dalam keadaan terdesak untuk meraih undi dalam PRU-13 sehingga beliau berani merombak apa yang sebelum ini dipertahankan sungguh-sungguh," kata Tuan Ibrahim lagi.

Jika benar Najib Ikhlas melakukan perubahan politik katanya lagi, perdana menteri itu perlu juga memastikan sistem pilihan raya negara ini diperbaiki termasuk lapan perkara yang terkandung dalam tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Sementara itu, beliau juga turut membidas sikap Najib dan Umno BN yang sehingga kini masih berdiam diri dalam menyatakan pendirian berhubung kenyataan Majlis Prefesor Negara (MPN) bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah, namun hanya dinaungi British.

"Rakyat masih menunggi pendirian rasmi kerajaan berhubung perkara itu," katanya.

PRU Ke 13 : Bila manis gula-gula sudah sampai kelidah rakyat

18 Syawal 1432H. [MOD] -

Saya melihat Najib telah melakukan satu kejutan demi untuk mengekang gelombang kebangkitan rakyat yang menolak BN sejak gelombang tsunami politik 2008. Kerana itu pengumumannya memansuhkan ISA dan beberapa akta lain yang berkaitan tidak lebih dari usaha mengambil hati rakyat sebelum PRU ke 13 menjelang.

Beliau membuktikan tawaran 100 hari dalam Buku Jingga adalah sesuatu yang menjadi realiti kepada hasrat rakyat Malaysia, dan ianya bukanya sesuatu pembohongan dan penipuan sebagai mana yang dijaja oleh pecacai UMNO dan BN selama ini.

Satu demi satu yang ada dalam Buku Jingga diceduk oleh Najib.

Najib mengumumkan sesuatu yang disifatnya sebagai inisiatif tranformasi politik ke arah menjadi negara moden, progresif bila ISA dimansuhkan .

Tetapi serentak dengan itu juga beliau umumkan dua undang-undang baru akan digubal untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang serta jenayah bagi pelihara keamanan, kesejahteraan, serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Akta Buang Negeri 1956 juga dimansuh, dan Akta Kediaman Terhad 1933 dikaji semula.

Katanya lagi satu kajian semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira Perkara 10 Perlembagaan mengenai hak berhimpun

Najib juga umumkan kajian semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 membabitkan penghapusan pembaharuan tahunan, sebaliknya digantikan dengan pengeluaran lesen tahunan sehingga dibatalkan.

Semua perkara diatas adalah tuntutan rakyat yang selama ini dilakukan tanpa mengira ancaman dan mereka yang terlibat secara langsung berdepan dengan resiko undang-undang yang berat. Tidak salah saya masih ada kes tangkapan berkaitan ISA yang masih belum selesai dibicarakan di mahkamah.

Saya terlibat beberapa kali dalam beberapa himpunan Masuhkan ISA dan saya saksikan bagaimana mereka yang menuntut supaya akta zalim itu dihapuskan di perlakukan seperti binatang.

Di Dewan Undangan Negeri Perak pada tahun 2008 selepas PR berkuasa , kami menyaksikan bagaimana wakil dari BN berkeras dengan Usul dari PR supaya DUN Perak menyokong usul memansuhkan ISA dan cadangan supaya Kem Tahanan Kamunting ditutup.

Kerana itu persoalannya sekarang kita sudah tidak boleh duduk diam dan pendokong PR mesti bangkit secara total untuk menghadapi gelombang akhir sebelum PRU 13 bila Najib mengumumkan sesuatu yang saya anggap "gula-gula".

Saya menjangka kan PRU ke 13 pada bila-bila masa sahaja boleh diumumkan dengan pembubaran Parlimen sekiranya Najib merasakan manis "gula-gula" terbarunya sampai kelidah rakyat.

Mustahil dia boleh menunggu lama seandainya dia merasakan janjinya kelmarin dapat mengembalikan sejumlah sokongan rakyat kepada BN.

Kerana itu seluruh jentera Pakatan Rakyat dari PAS,Keadilan dan DAP mestilah diarahkan oleh pimpinan masing-masing untuk bersiap menghadapi kemungkinan pembubaran parlimen pada penghujung September ini atau awal Oktober nanti.

Kalaupun tidak berlaku pada jangkaan itu, rasanya November dan Disember adalah target pembubaran tersebut pada tahun ini. Semuanya sudah sangat hampir dan memerlukan lonjakan gerak kerja yang maksimum bagi memastikan potensi kemenangan semua Calon PR berada dalam tahap yang selesa dan menyakinkan.

Selamat Hari Malaysia yang terakhir bersama BN dan Hari Malaysia pada tahun hadapan adalah bersama dengan Kerajaan Malaysia di bawah Pakatan Rakyat.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
Parit Buntar, 16 September 2011.

Khutbah Jumaat : Peristiwa Peperangan Ahzab

18 Syawal 1432H. [MOD] -

(18 Syawal 1432H / 16 September 2011)

Peristiwa Peperangan Ahzab

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،

أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتْرَكُوٓا۟ أَن يَقُولُوٓا۟ ءَامَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ ﴿٢﴾

أَشْهَدُ أَنْ لَّآإِلهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ, وَرَسُوْلُهُ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ

أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ ! اتَّقُواْ اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَاتَمُوْتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah sekelian,

Saya berpesan kepada diri saya, dan tuan-tuan semua, sama-samalah kita berusaha meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan bersungguh-sunguh mentaati, kesemua ajaran agama Allah, dengan menunai kan semua yang disuruh, dan meninggalkan segala yang dilarang, semoga berbahagia hidup kita di dunia ini dan mendapat balasan syurga di akhirat sana.

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Kita masih lagi berada di bulan Syawal serta meraikan bulan kemerdekaan Negara yang kali ke 54. Di samping merayakan kedua-dua kemenangan tersebut, sebagai umat Islam kita jangan lupa bahawa sejarah telah mencatatkan banyak peristiwa yang telah berlaku khususnya di bulan Syawal ini. Di antara peristiwa besar yang berlaku dalam bulan Syawal ini ialah peristiwa Perang Ahzab yang juga dikenali sebagai Perang Khandak. Peristiwa Perang Ahzab ini begitu besar dan penting hingga disebut dalam surah Al-Ahzab sebanyak 17 kali. Di antaranya firman Allah:

وَلَمَّا رَءَا ٱلْمُؤْمِنُونَ ٱلْأَحْزَابَ قَالُوا۟ هَـٰذَا مَا وَعَدَنَا ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ وَصَدَقَ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ ۚ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّآ إِيمَـٰنًۭا وَتَسْلِيمًۭا ﴿٢٢﴾

Dan ketika orang-orang beriman melihat tentera Al-Ahzab, mereka berkata, “itulah yang dijanjikan oleh Allah dan Rasulnya kepada kita dan benarlah Allah berserta Rasulnya tidak berdusta”. Yang demikian itu menambahkan lagi keimanan, dan kepercayaan mereka kepada takdir Allah S.W.T.

- Surah Al-Ahzab ayat 22.

Saudaraku muslimin yang dirahmati Allah,

Perang Ahzab ini, telah melibatkan peperangan Umat Islam dengan barisan kuffar di Madinah dan Mekah yang terdiri daripada golongan Yahudi, Bani Ghatafan, Bani Quraizah, Bani Kinanah, Bani Murrah, Bani Tihamah serta Bani Ashja’ yang telah bersatu untuk memerangi Rasulullah saw hasil daripada hasutan Yahudi Bani Nadhir.

Tentera Islam hanya berjumlah 3 ribu orang, manakala tentera Kuffar melebihi 10 ribu orang dan ianya berlaku pada bulan Syawal tahun ke 5 hijrah.

Di antara punca meletusnya peperangan tersebut ialah apabila sebahagian pemimpin Yahudi Bani Nadhir yang dihalau dari Kota Madinah akibat melanggar perjanjian dengan Rasulullah, di mana mereka telah mengajak Musyrikin Makkah memerangi Rasulullah saw dengan kata mereka:

“Kami akan bersama-sama kamu untuk memerangi Muhammad hingga dapat kita banteras mereka hingga ke akar umbi,”

dan mereka juga berkata:

“Agama kamu dan pegangan kamu, lebih baik dari agama Muhammad,”

lantas Allahpun menurunkan firmanNya:

أَلَمْ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ نَصِيبًۭا مِّنَ ٱلْكِتَـٰبِ يُؤْمِنُونَ بِٱلْجِبْتِ وَٱلطَّـٰغُوتِ وَيَقُولُونَ لِلَّذِينَ كَفَرُوا۟ هَـٰٓؤُلَآءِ أَهْدَىٰ مِنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ سَبِيلًا ﴿٥١﴾ أُو۟لَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ لَعَنَهُمُ ٱللَّهُ ۖ وَمَن يَلْعَنِ ٱللَّهُ فَلَن تَجِدَ لَهُۥ نَصِيرًا ﴿٥٢﴾

“Apakah kamu tidak memerhatikan orang yang diberi kitab, mereka percaya dan menyembah yang lain dari Allah dan taghut dan mengatakan kepada orang-orang kafir musyrik Mekah bahawa mereka itu lebih benar jalannya dari orang-orang yang beriman”.

“Mereka itulah orang-orang yang dikutuk oleh Allah, maka barangsiapa yang dikutuk oleh Allah, pasti tidak ada orang yang menolong mereka”

- Surah An-Nisa’: Ayat 51 & 52

Saudaraku muslimin yang dirahmati Allah,

Rasulullah saw bersama para sahabat telah menggali parit di sekeliling Madinah setelah menerima pandangan kreatif dari Salman Al-Farisi yang banyak pengalaman mengenai strategi peperangan ketika mengetuai pasukan tentera di Parsi. Tentera Islam yang diketuai sendiri oleh Rasulullah saw, akhirnya mencapai kemenangan dengan sejumlah 4 orang yang mati dari kalangan kuffar manakala 7 orang dari kalangan tentera Islam yang gugur syahid. Peperangan sebenarnya tidak berlaku kerana Allah telah memberikan pertolongan dengan mendatangkan angin kencang dan cuaca yang sangat sejuk sehingga akhirnya tentera kafir lari bertempiaran meninggalkan Madinah. Allah swt menceritakan kisah tersebut:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱذْكُرُوا۟ نِعْمَةَ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَآءَتْكُمْ جُنُودٌۭ فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِيحًۭا وَجُنُودًۭا لَّمْ تَرَوْهَا ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرًا ﴿٩﴾

“Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan”- Surah Al-Ahzab ayat 9

Muslimin yang dirahmati Allah,

Rasulullah saw menggunakan pelbagai strategi perang saraf dan sebagai tanda syukur atas kemenangan hasil dari pertolongan Allah tersebut. Rasulullah saw bersama sahabatnya telah melaungkan kalimah tauhid yang menandakan kebesaran dan ketinggian kuasa Allah di atas segala hambanya, dengan kalimah suci iaitu :

لاَ ِالهَ اِلاَّ اللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ

Tiada Tuhan selain Allah yang Esa, Allah telah memenuhi janjiNya, telah menolong hamba-hambaNya, telah memenangkan pasukan Islam yang dipimpinNya dengan mengalahkan pasukan tentera Ahzab.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Di antara faktor kemenangan, tentera Islam dalam perang Ahzab ialah:

1. Pemimpin kuffar terlalu angkuh dan sombong dengan kekuatan fizikal mereka seolah-olah jumlah tentera yang besar itu boleh menjamin kemenangan mereka secara mutlak.

2. Semangat juang dan keikhlasan yang telah ditunjukkan oleh tentera Islam. Ini dapat dilihat dari syair-syair Abdullah bin Rawahah r.a. ketika para sahabat sedang mengorek parit, katanya:

Kalau bukan kerana Allah, kita tidak kenal hidayah, Tak kenal sedekah dan tak kenal solat, Ya Allah! Limpahkanlah ketabahan dan ketenangan, Mantapkan kaki dan tekad kami menghadapi musuh, Konspirasi musuh siap menyerang kita, Membawa bencana, namun kita tak rela.

3. Tentera Islam berjaya melemahkan kerjasama di antara komponen kuffar musyrikin yang terlibat dalam perancangan menentang tentera Islam pimpinan Rasulullah saw, akhirnya masing-masing tidak percaya sesama sendiri kerana masing-masing mempunyai kepentingan peribadi.

4. Pertolongan Allah dengan mengirimkan angin yang kencang sehingga menyukarkan tentera kuffar untuk bertindak terhadap tentera Islam sehingga akhirnya mereka lari.

Saudaraku muslimin yang dirahmati Allah,

Iktibar dan pengajaran yang dapat diambil dari peristiwa perang Ahzab ini antaranya ialah:

1. Bahayanya golongan Yahudi dulu, kini dan selama-lamanya kerana merekalah punca segala kejahatan sepertimana juga Yahudi hari ini. Merekalah penghasut, pemfitnah, penceroboh, pengkhianat kepada perjanjian yang telah dimeterai bersama dengan Rasulullah saw dalam perang Ahzab, mereka menghasut komponen yang lain supaya menentang Rasulullah saw. Begitulah juga Yahudi hari ini, merekalah yang mendalangi segala keganasan, menekan gerakan Islam, memburu serta membunuh pejuang-pejuang Islam dan ulama-ulamanya, mensekularkan sistem pendidikan Islam dan mencari helah untuk berperang dan menyerang negara-negara umat Islam dan mencari helah untuk menangkap orang-orang yang cenderung kepada Islam, tetapi melepaskan orang-orang kaya, hidup bebas dengan maksiat dan kejahatan.

2. Seorang pemimpin yang baik, akan mudah pandangan, dan mengamalkan syura (bermusyawarah) bersama-barang orang bawahannya (rakyat jelata), sekalipun dalam hal-hal yang besar, bukan menggunakan kuasa diktator yang mencengkam dan memaksa rakyat mesti menerima pandangannya, dan sesiapa yang tidak menerima pandangannya, akan dicop sebagai penentang, pembangkang, dan pengkhianat bangsa dan Negara.

3. Perang bagi umat Islam bukanlah tanda mengganas tetapi ia sebagai satu amaran kepada musuh-musuh Islam bahawa umat Islam juga mempunyai maruah dan harga diri. Kebangkitan atau intifadhah umat Islam Palestin yang didukung oleh Hamas sebagai contoh, tidak boleh dianggap sebagai satu keganasan kerana Negara mereka telah dicerobohi, rakyatnya dibunuh, diseksa, dirogol, dipukul dan sebagainya. Firman Allah S.W.T.

وَقَـٰتِلُوهُمْ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتْنَةٌۭ وَيَكُونَ ٱلدِّينُ لِلَّهِ ۖ

Dan perangilah mereka sehingga tidak berlaku fitnah, sesungguhnya agama itu untuk Allah - Surah Al-Baqarah, ayat 193

4. Umat Islam mesti yakin dengan kemenangan dalam setiap peperangan yang mereka tempuhi, keyakinan ini adalah berdasarkan janji Allah bahawa Allah akan menolong umatnya yang berjuang demi untuk agamanya. Kemenangan dalam perjuangan Islam bukanlah semata-mata musuh tewas dibunuh atau lari, bahkan kemenangan Islam dicapai dengan dakwah Islam terus dapat di lancarkan atau pejuangnya gugur Syahid. Oleh itu, umat Islam perlu bersabar untuk menagih kemenangan seperti sabarnya tentera Muslimin sewaktu menentang tentera kuffar dalam perang Ahzab.

5. Manusia mempunyai kepakaran dan kebolehan masing-masing. Kita perlu bertolongan sesama kita di atas kepakaran yang dimiliki demi untuk menghasilkan, suatu pembangunan. Di atas dasar inilah, Rasulullah saw menerima pandangan Salman Al-farisi dalam perang Khandak.

6. Musuh Islam sebenarnya tidak begitu kuat meskipun jumlah mereka besar dengan memiliki peralatan yang lengkap dan canggih. Ini dapat dilihat dari peristiwa yang berlaku ketika perang Badar, dan perang Ahzab kerana Allah tidak akan menolong orang-orang yang zalim. Firman Allah:

وَمَا لِلظَّـٰلِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ ﴿٢٧٠﴾

Allah tidak akan menolong orang2 yg zalim. - Al Baqarah ayat 270.

Orang-orang Kafir tidak mempunyi sifat juang cuma yang ada pada mereka sifat mengampu malah mereka sanggup bermati-matian mengampu pemimpinnya semata-mata untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan sebaliknya mereka akan meninggalkan Pimpinannya apabila keinginannya tidak tercapai. Berbeza dengan pejuang Islam, mereka berjuang dengan jujur, ikhlas kerana Allah dengan mengharap Redha dan RahmatNya.

7. Doa mempunyai peranan yang sangat penting bagi umat Islam terutamanya sewaktu umat Islam berhadapan dengan musuh. Dalam Perang Ahzah ini, Baginda Rasulullah saw berdoa :

اَللَّهُمَّ نَزِّلِ الْكِتاَبَ بِسَرِيْعِ الْحِسَابِ اِهْزِمِ الاَحْزَابَ اَللَّهُمَّ اِهْزِمْهُمْ وَزَلْزِلْهُمْ اَللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِناَ وَاَمِّنْ رَوْعَاتِنَا

“Wahai Tuhan yang menurunkan kitab Al-quran dan yang menyegerakan hisab, hancurkanlah tentera Ahzab. Wahai Tuhan, hancurkanlah dan porak-perandakanlah mereka. Selamatkanlah dan sejahterakanlah kami”.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ , وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ , وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ , أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَ لِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ


*AMARAN!!! Pihak JAIPk tidak bertanggungjawab ke atas sebarang penambahan ayat selain dari kandungan khutbah yang dikeluarkan.