22 Oktober 2011

Beri kebebasan ahli akademik berakademik- Nik Aziz

23 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

GOMBAK, 22 Okt: Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nikmat menyeru semua pihak termasuk universiti, tidak menyekat ahli akademik menyuarakan padangan akademik mereka.

Mengulas isu penggantungan Pensyarah Undang-undang, Profesor Dr Abdul Aziz Bari oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), beliau berkata  ahli akademik perlu diberi peluang mengulas apa jua isu mengikut kepakaran akademik yang dimiliki mereka.

"Aziz Bari ni orang akademik. Berilah peluang orang akademik berakademik," katanya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan ICT dan Media Baru 2011 anjuran Lajnah ICT PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar di sini.

"Dia juga pakar perlembagaan, saya tak fikir pakar perlembagaan buat benda bercanggah dengan perlembagaan," katanya sebagai membantah tindakan penggantungan oleh UIAM itu.

Kelmarin UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Tindakan terhadap pakar perlembagaan itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini yang mengulas titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama.

Abdul Aziz dipetik berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

"Dua hari lalu dia ada orang tulis dalam surat khabar, ada orang kata 'natang' kepada raja-raja Melayu tapi tak ada apa-apa tindakan pun.

"Rakyat jadi pelik, apa dah jadi ni," soal Tuan Guru Nik Aziz.

Sementara itu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menasihatkan rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) untuk menarik balik penggantungan kontroversi ke atas Prof Abdul Aziz Bari.

Menurutnya, apa sahaja (sebab-sebab untuk tindakan itu), ia masih
salah dari segi moral dan intelektual (kerana) Aziz belum didapati bersalah.

"Harap tarik balik penggantungan... harap jangan ambil tindakan terhadap mahasiswa yang demonstrasi (semalam)," katanya.

Harakahdaily/-

Penduduk Bandar Perlu Wakil PAS

23 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
PAS Miri

PAS Sarawak sekurang-kurangnya harus mempunyai seorang wakil dalam kawasan bandar di Sarawak terutama sekali dalam kawasan yang majority penduduk berbangsa cina dan bukan Islam. Tentu ramai yang rasa pelik dengan kenyataan ini dan berkata ““Mengapa kita nak letak wakil PAS dalam kawasan bandar yang majority bangsa cina dan bukan Islam?” Kalau kita fikir secara rasional, perkara ini perlu ada dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana PAS boleh mewakili semua kaum tanpa mengira bangsa dan agama. Ini akan membuktikan bahwa PAS bukanlah parti perkauman atau ektrimis. Untuk masa depan gabungan dalam PR perlu bersedia bertolak ansur dan sentiasa bekerjasama untuk mengukuhkan hubungan dalam pakatan demi mencapai impian rakyat yang ingin melihat perubahan yang lebih baik dan adil untuk semua. Kalau kita memandang perkara ini dengan lebih jauh lagi sudah pasti ini akan menjadi satu sejarah buat PR kiranya gabungan ini berjaya menyatu padukan perpaduan antara semua kaum dan agama dalam masyarakat majmuk di Malaysia ini.
Selama ini PAS telah diberi gambaran yang buruk oleh pihak lawan terutama sekali oleh pihak Umno dan BN namun setelah tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) ramai bangsa cina dan bukan Islam yang selama ini menganggap PAS sebagai parti ekstrimis sudah dapat menerima konsep yang diperjuangkan oleh PAS adil untuk semua. Apa yang digambarkan oleh pihak lawan dan media pro BN terhadap PAS selama ini ternyata tidak benar sama sekali setelah orang bukan Islam mendapat penjelasan dari pemimpin PAS sendiri.  DHPP merupakan salah satu sayap PAS yang beri tugas untuk menyakinkan orang ramai terutama sekali kepada yang bukan Islam bahawa PAS bukan parti perkauman dan ekstrimis.

Kampung Melayu Dalam Kawasan Bandar

Dengan adanya wakil PAS di Bandar golongan minority juga dapat menyampaikan masalah mereka terus kepada PAS dimana suara mereka jarang diberi perhatian oleh wakil BN selama ini. Di mana wakil BN jarang turun padang kecuali bila ada kepentingan atau pilihanraya sudah hampir maka baru nampak wakil BN turun melawat mereka. Wakil BN selalunya berjanji untuk membantu golongan ini dengan berbagai-bagai janji manis terutama sekali kepada orang Malayu yang tinggal didalam kawasan Bandar seperti di kampong Wireless, kampong Lereng Bukit juga di Pulau Melayu dimana disinilah satu-satunya peninggalan kampong Melayu lama yang masih terdapat dalam kawasan bandar di Miri.

Kampung Wireless umpamanya hanya terdapat beberapa buah keluarga Melayu yang masih mendiami kawasan tersebut disebabkan kepesatan pembangunan di bandaraya Miri dan ada diantara mereka terpaksa berpindah ke tempat lain. Nasib penduduk Melayu di Bandar tidak begitu terbela selama ini disebabkan mereka golongan minoriti dan tanah yang mereka diami selama ini pun ada yang tidak mempunyai hak milik jadi sudah tentu pihak berkuasa pada bila-bila masa boleh memindahkan mereka ke tempat lain sekiranya kawasan perkampungan mereka hendak dibangunkan. Kebanyakan mereka bekerja sendiri dan hanya mempunyai pendapatan yang kecil untuk menampung kos kehidupan yang tinggi di dalam bandaraya seperti Miri. Kemana mereka hendak pergi sekiranya kampong mereka dibangunkan untuk pembangunan di bandaraya Miri? Sudah tentu kehidupan mereka akan bertambah sukar dengan harga rumah yang mahal serta kos kehdupan yang meningkat sudah tentu nasib orang Melayu di Bandar akan terus tersempit terkecuali pihak kerajaan memperuntukkan kawasan perumahan baru serta diberi pampasan yang sewajarnya untuk membina kehidupan yang baru dan lebih selesa.

Kalau PAS diberi peluang mewakili suara rakyat ke parlimen terutama sekali dalam kawasan bandar yang majority bukan Melayu dan bukan Islam secara tidak langsung PAS dan rakan seperjuangan dalam PR akan dilihat sebagai sebuah gabungan sepadu yang boleh mengantikan BN pada masa akan datang melalui kerjasama yang kukuh dan toleransi.  Jangan hanya memandang PAS sebagai sebuah parti yang berjuang untuk bangsa Melayu dan Islam saja tetapi ianya meliputi semua kaum masyarakat yang berbilang bangsa dan agama.
Kemudahan Internet

Walaupun PAS masih dikira baru dalam kawasan bandar di Sarawak ini bukan bermakna PAS tidak dapat diterima oleh masyarakat cina dan bukan Islam di bandar sebab penduduk yang tinggal dalam Bandar mudah mendapat maklumat terkini melalui internet kalau dibanding dengan masyarakat luar bandar. Lagi pun masyarkat cina suka membaca dan ramai dari mereka adalah terpelajar jadi masalah untuk mendapat maklumat terkini mudah mereka dapati melalui saluran internet dan media massa.Sarawak masih jauh ketinggalan dari segi infrastrutur dan kemudahan asas untuk memudahkan penduduk diluar bandar mendapat maklumat terkini dan juga berita yang benar (sahih).  Kita minta agar semua pihak berfikiran terbuka dan jangan mengangap PAS hanya sesuai untuk masyarakat Islam dan untuk penduduk di luar bandar saja sedang matlamat PAS adalah berjuang menegak keadilan dan memberi kebajikan untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama
Perkenalkan PAS Dalam Bandar

Pemintaan PAS untuk mewakili suara rakyat di bandar jarang sekali mendapat perhatian dengan alasan kawasan bandar hanya sesuai ditandingi oleh parti yang hanya dimonopoli oleh masyarakat cina dan bukan Islam. Alasan begini kurang sesuai sekarang kerana sekarang PAS sudah bergabung dengan parti DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR).  Dengan adanya gabungan dalam PR sudah pasti masalah tanggapan rakyat yang bukan Islam untuk menerima PAS dalam bandar tidak menjadi masalah kiranya semua parti dalam gabungan PR bersatu, bekerjasama dan  dengan semangat setiakawan untuk memberi sokongan padu antara satu sama lain. Ini sudah pasti memberi impak yang besar buat BN kiranya semua rakyat dapat menerima PR sebagai sebuah gabungan antara kaum yang tidak mengira bangsa dan agama.

PAS Adik Bongsu Dalam PR

Pemintaan PAS Sarawak untuk mendapatkan kerusi DUN / Parlimen di Sarawak juga tidak banyak kalau dibandingkan dengan rakan seperjuangan yang lain, maka dengan adanya gabungan 3 parti dalam Pakatan Rakyat kita bolehlah dianggap sebagai sebuah keluarga yang besar dimana PAS boleh kita umpamakan sebagai adik bongsu yang perlu diberi perhatian oleh abang-abangnya yang lain. Jangan biarkan ‘adik bongsu’ mereka terpinggir begitu saja oleh abang long dan abang ngah mereka dalam menghadapi suatu arah perjuangan yang sama.

PR Hampir Menuju Ke Puncak

Kejayaan sesebuah pertubuhan atau gabungan bergantung kepada kebijaksanaan pemimpinnya kalau silap langkah maka hancurlah pertubuhan tersebut jadi sama-samalah kita bersatu menuju kearah Negara berkebajikan untuk semua rakyat.  Jangan biarkan gabungan yang bakal menganti BN hancur begitu saja setelah rakyat memberi keyakinan dan kepercayaan kepada kita. Buangkan sifat tamak dan penting diri sendiri dan sifat perkauman yang menebal kalau mahu melihat perubahan yang menyeluruh untuk rakyat Malaysia. Kadang-kadang kita tidak nampak sesuatu keistimewaan pada diri seseorang sehingga kita beri kepercayaan kepadanya untuk  membuat sesuatu.  Calon yang boleh di terima oleh semua golongan masyarakat amat penting diambil kira jika mahu menang dalam pilihan raya umum nanti. Dengan sokongan padu dan kerjasama yang erat maka akan berlaku perubahan yang besar dan akan menjadi sejarah buat gabungan PR di Sarawak nanti kalau kita sama-sama bersedia untuk berubah.

Sekarang apa yang perlu dilakukan oleh rakan seperjuangan dalam Pakatan adalah membantu PAS mencapai impian serta hasrat untuk mewakili  suara rakyat di Bandar menjadi kenyataan dengan sokongan padu yang tidak berbelah bagi dan ini akan menjadi model bagi menunjukkan yang PR bukan parti perkauman dan boleh diterima oleh semua golongan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

Semoga perkara ini dapat diberi perhatian yang serius oleh pimpinan dan rakan dalam PR kalau mahu melihat rakyat menerima PR sebagai pengganti BN pada masa akan datang. Hanya rakyat yang akan menentukan nasib dan generasi mereka di masa hadapan. Fikir-fikirlah dengan hati yang lapang dan terbuka demi kebaikan untuk semua bangsa dan  agama. Insya-Allah PAS untuk semua dan Pakatan Boleh.

PAS Miri
Jofri Jaraiee