19 Mei 2009

Tidak tanding di Penanti, Najib buat keputusan memalukan dirinya sendiri

Setelah berhempas pulas melalui pelbagai mesyuarat tertinggi parti bagi menentukan bertanding atau tidak dipenanti akhirnya Najib mengumumkan BN tidak akan meletakkan calonnya. Mulanya MT UMNO gagal buat keputusan, sesudah itu Biro Politik yang dipengerusikan Najib , baru kelmarin MT BN memutuskan tidak bertanding di Penanti.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3





Pandangan awal saya dalam masalah ini ialah Najib sebenarnya bukan sahaja memalukan UMNO dan BN bila membuat keputusan sedemikian, sebetulnya dia telah memalukan dirinya sendiri bila dia memulai karier politiknya sebagai PM Malaysia dengan menolak peluang untuk menguatkan kerajaan yang didokongnya.

Keputusan ini menzahirkan sikap "bacul" dan "penakut" untuk berdepan dengan kuasa rakyat. Tidakkah bila meletakkan calon artinya memberikan tawaran mengenai dasar dan sikap sebuah kerajaan, kebetulan kerajaan baru yang dipimpin Najib. kenapakah takut sehingga sedemikian rupa ?

Tidakkah Najib mula kaya dengan slogan dan "temberang"nya, seperti 1 malaysia, Perdana Menteri Rakyat dan Rakyat didahulu perstasi diutamakan. Berilah tawaran kepada rakyat dan mungkin anda menang kerananya.

Kalau Pak Lah dianggap lemah, dia sebetulnya tidak pernah menzahirkan sikap " penakut" dan " sebacul " Najib, Pak Lah tidak pernah menolak untuk meletakkan calon di mana saja ada kekosongan. Termasuklah jangan kita lupa Permatang Pauh, Kuala Terangganu, Batang Ai, Bukit Selambau dan Bukit Gantang berlaku di masa Pak Lah masih PM.

Permulaaan kariernya , Najib berdepan dengan Penanti, namun dia menolak mentah-mentah dengan alasan keanak-anakan.

Jadi saya menyeru pengundi BN di penanti supaya menunjukkan protes anda kepada Najib dengan mengundi calon dari PKR yang mewakili Pakatan Rakyat. Biar dia tahu jangan nafikan hak ahli parti untuk memilih calon BN, kalau sudah tiada pilihan, pilihlah calon pakatan dan bagi kami menang besar.

Majlis Perasmian Markaz UPU Sungai Betul Bawah.

Dr. Mujahid dan Drs. Khalil menerima sijil keahlian baru PAS dari Ketua Cawangan, Sdr.Razak Taridi.

TITI SERONG , 17 Mei:- Kegiatan dan gerak kerja pilihanraya di Cawangan Sungai betul Bawah semakin baik dengan adanya wakaf rumah dari Hj Chik seorang warga setempat untuk dijadikan Markaz UPU.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Perasmian Markaz tersebut disempurnakan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusuf. Selain itu hadir sama memberikan ucapan ialah ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim dan ADUN Kuala Kurau, Ab. Yunus Jamhari.

Pada kesempatan itu kedua-dua ADUN Perak itu mengambil kesempatan untuk menceritakan keadaan yang sebenar mengenai kemelut politik di Perak .

Kehadiran agak memberangsangkan apabila melibatkan jumlah lebih 100 orang termasuk kaum tionghua setempat.

Drs. Khalil sedang menyampaikan penerangan isu Perak.

Antara warga setempat yang hadir.

Ahli Parlimen Parit Buntar sedang menyampaikan ucapan perasmian.

Hj. Chik(berbaju biru ditengah) bergambar bersama Dr. Mujahid, Drs. Khalil dan YB. Yunus.

Drs.Khalil bertanya khabar dengan Kaum Tionghua yang hadir.

Drs. Khalil : Jentera parti perlu digerakkan untuk hadapi kemungkinan PR di Perak.

TITI SERONG, 18 Mei :- Bagi menghadapi kemungkinan DUN Perak akan dibubarkan maka saya berseru supaya jentara parti di peringkat MTD dan UPU digerakkan dari sekarang. Demikian antara ucapan ADUN Titi Serong,Drs. Khalil Idham Lim semasa menyampaikan ceramahnya dalam Majlis Penerangan Isu-isu Semasa di Bangunan Pasti parit Hj. Wahab di sini.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Hadir sama dalam program itu alah Pengarah Majlis Tindakan (MTD) DUN Titi Serong, Hj. Ibrahim bin Dahlan.

Pada kesempatan itu Drs.Khalil telah menerangkan mengenai Isu terkini politik di Perak.

"BN sangat takut untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat sehingga Najib baru mengumumkan petang tadi bahawa BN tidak akan meletakkan calonnya di Penanti" Kata Khalil.

Beliau juga menyarankan Cawangan dan UPU menggerakkan usaha untuk mendaftar pemilih baru bagi mengelakkan ada yang menyesal bila pilihanraya berlaku dia tidak dapat mengundi. Selain itu katanya usaha untuk mendaftar Ahli mesti diteruskan.


Antara yang hadir sedang mendengar penerangan dari ADUN Titi Serong.

Lawatan ADUN di Pusat Bandar Parit Buntar

Singgah minum kopi di belakang Hentian Bas Parit Buntar.


PARIT BUNTAR, 18 Mei :- ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim meneruskan siri lawatan bertemu dengan rakyat dengan meninjau keadaan Pusat Bandar Parit Buntar yang menjadi jantung hati dan pusat perniagaan dan pentadbiran bagi Daerah Kerian dan DUN Titi Serong.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Lawatan sekitar sejam itu memberi peluang kepada rakyat dan peniaga setempat untuk bertemu dengan beliau dan sekaligus mengadu masaalah yang berbangkit.

Bertemu dengan pekerja di kaunter bas ekspress.

Singgah di Stesen Teksidan bertanya khabar dengan pemandunya.

Bertanya khabar dengan seorang pengguna bas yang menghantar anaknya

Berbual dengan pemilik gerai di hentian bas.

Tak Salah bukan Islam baca al-Quran, masuk masjid

Oleh: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Islam ini pada dasarnya diturunkan untuk membawa petunjuk. Ia sumber hidayah. Ia menjadi rahmat dan penawar. Nilai gunanya adalah untuk seluruh semesta alam. Ia bersifat “rahmatal lil ‘alamiin.”

Ia berguna untuk seluruh umat manusia tanpa mengira perbezaan kaum,suku bangsa, warna kulit dan bahasa. Sepatutnya, al-Quran itu boleh digunakan dengan jujur dan ikhlas oleh penggunanya tanpa mengira sesiapa.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Pada saya, kesediaan YB. berkenaan yang cenderung menggunakan ayat al-Quran adalah satu permulaan kepada satu perkembangan yang cukup menggalakkan. Tidak ada sebab ia tidak dialu-alukan.

Jika dalam zaman awal Islam pun, Abu Lahab yang bukan Islam itupun diizin membaca dan memahami surah Al-Lahab yang mencela beliau, maka apa pilihan kita untuk menutup hak bukan Islam untuk mendekati, membaca dan cuba memahami al-Quran ?

Isu ini bermula sebaik saja pemimpin Umno mencetuskan keresahan demi meraih perhatian untuk mendapatkan populariti dan simpati ke atas partinya yang semakin dibenci orang. Saya diberi faham bahawa isu asal hanyalah kecil. Isu yang berbangkit ialah nama surah sahaja yang disebut salah tetapi ayat yang dikutip dan diterjemahan adalah betul.

Bacaannya masih OK; cuma intonasi dan sebutannya saja yang sedikit tersalah. Tetapi, taklah pula bacaannya itu sebaik seorang qari musabaqoh atau tilawah. Hatta, ada juga orang Islam baka, yang sudah lama Islamnya sekalipun; masih tidak sempurna dari segi tertib dan tartil, dari segi sebutan dan tajwid serta lafaz panjangpendeknya.

Apa yang saya nampak, YB. berkenaan tidak mentafsir. Dia cuma membaca terjemahan "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan". Dia terjemah perkataan “ehsan” sebagai 'belas kasihan'. Itu saja.

Dalam Islam, ada satu perkara yang disebut “ Li iilaafi-quraisy “ seperti yang terkandung didalam surah Quraisy ayat 1. Maksud bergerak dari kalimat ini saya ertikan sebagai “menjinak atau menjinakkan.”

Menjinakkan siapa, jika tidak orang-orang yang belum Islam kepada Islam? Disini, apa salah orang Cina jika dia baca Quran dengan tujuan untuk berjinak-jinak dengan Islam? Jika katakan tersalah(katakan), maka dengan lemah lembut dibetulkan. Tak berbangkit sama sekali soal keperluan lapuran Polis oleh sesiapa.

Pada saya, ini percubaan menutup ruang dan menyekat langsung laluan non-Muslim mendekati Islam seperti yang pernah dilakukan oleh sebahagian dari penguasa masjid di tempat-tempat tertentu yang menghalang orang non Islam dari memasuki masjid. Sedangkan dalam surah ‘Abasa, jelas yang Nabi SAW menerima, menegur dan membimbing orang Islam dan non Islam didalam masjid.

Berbalik kepada isu, jika orang Cina baca salah, maka apa jaminan yang orang Melayu yang kebanyakannya datang dari jenis Islam baka inipun turut tidak salah ? Hal ini boleh disahkan oleh guru-guru tajwid seluruh negara pada bila-bila masa.

Ambil saja surah al-Fatihah yang menjadi ummul kitab.Saya tidak suka mencabar tetapi saya hampir pasti akan kekurangan yang juga turut melanda orang Melayu yang diperanakkan dalam suasana Islam sepenuhnya ini.satu lagi ialah apa gunanya Quran jika tidak untuk dibaca?Bagaimana orang bukan Islam mahu memahami jika diharamkan mereka dari bertatih membaca al-Quran.

Ini permulaan.Kita kena faham. Hatta, Saidina Umar sendiri diwaktu belum Islam(kufur) sekalipun direkodkan pernah merampas sesuatu dari tangan adik beliau. Beliau lalu mendapati bahawa ia satu tulisan dari Surah Toha lalu beliau membacanya dalam keadaan genggam dan lepas. Sebenarnya kufur zaman dulu adalah orang Cina atau Indialah di zaman sekarang. Sepatutnya, kita berbangga apabila orang bukan Islam boleh memetik dan cuba-cuba membaca ayat dari kitab suci kita.

Salah satu punca kelemahan dalam menguasai ilmu pembacaan al-Quran ini ialah tidak dapat menguasai tulisan jawi. Ini kerja siapa jika tidak dari kerja pemimpin Umno akibat dari “dasar anti- jawi” mereka yang amat dungu? Pemimpin Umno yang sebelum inilah?

Dalam keadaan pemimpin Umno yang meninggalkan Quran dan telah membunuh tulisan jawi itu, tiba-tiba, apabila ada pemimpin Cina membaca Quran dalam pelat yang dipandang salah, pemimpin Umno sibuk mendesak DAP mengemukakan permohonan maaf secara terbuka.

Disini soalan pertama saya, mana lebih besar dosanya, menolak Quran dan mengherdik hukum Islam dengan dosa cuba membaca al-Quran? Soalan kedua saya, apa kata, jika dalam satu masa terdekat, ada pihak yang dapat buktikan yang ada juga pemimpin Melayu dari Umno yang membaca Quran dengan salah? Mahu atau wajarkah mereka dimalukan dengan dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka?

Saya perlu ingatkan di sini bahawa kita sedang hidup di zaman IT. Ingatlah bahawa bukti cukup mudah untuk dicari. Saya pernah tengok keajaiban teknologi internet yang ditunjukkan oleh kawan-kawan dan anak cucu saya.

Di sana ada kamera digital, adanya “youtube”, ada 3G, ada pen drive, CD, email dan pelbagai lagi rangkaian produk rakaman yang cukup sofistikated.

Dalam hal begini saya lebih gemar kita semua melakukan muhasabah. Jika takdirnyalah, rakan-rakan kita dari yang “belum Islam” ini ada kekurangan dari segi sebutan ayat-ayat Quran, kenapa kita tidak berfikir untuk adakan kelas-kelas asas pengenalan ilmu al-Quran kepada non Islam?

Dalam hal ini, gunakanlah semua rangkaian radio dan telivisyen kita untuk mengadakan slot-slot rancangan berupa kelas “mesra al-Quran” seperti yang ada dalam rancangan “learn a word a day” atau belajarlah satu perkataan satu hari . Mungkin juga ia boleh disusuli dengan kelas-kelas malam percuma di semua masjid dan surau.

Mungkin juga, kelas-kelas tuisyen malam disekolah-sekolah boleh juga diatur seperti sistem sekolah dewasa di awal tahun 60 han. Atau , kita ada IKIM, JAKIM, YADIM, dan Jabatan-Jabatan Agama Islam setiap Negeri. Saya percaya, kita boleh melakukan sesuatu ;mengambil kesempatan dan menafaat dari trend keghairahan baru yang sihat ini demi membangun bersama Islam dan mendekatkan non Islam kepada Islam.

Di sini, tidak bolehkah kita sama-sama cuba berfikir dalam kerangka pemikiran sebuah kerajaan. Janganlah terlalu mahu berpolitik secara berparti dalam serba-serbi sehingga segenap perkara hendak dipolitik mengikut syak wasangka kepartian.

Sikit-sikit menuntut maaf.Ini seperti yang didesak oleh Naib Ketua Bahagian Hulu Terengganu misalnya dalam akhbar semalam bertarikh 7 April 2009. Sikit-sikit lapuran polis. Sikit-sikit ini perkara perkauman, menghasut, sensitif dan boleh menimbulkan pecah belah.

Jika kita tidak sensitifkan isu ini maka tidak sensitif lah ia. Perkara ini bukannya susah sangat tetapi sengaja nak dikeliru dan nak disusah-susahkan. Mungkin dalam kekeliruan dan kemarahan yang sengaja di api-apikan itulah Umno mengharapkan dirinya dijulang.

Sekarang, orang sudah ramai yang cerdik. Ini khususnya dikalangan orang-orang muda. Mereka biasanya lebih cepat menghidu dan dapat membezakan terus antara durian dengan tempoyak.

Sebagai penutup, mari kita mendalami keluhan dukacita YB. Nga di atas pendirian terbaru Umno ini. Kata beliau, “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Pendek kata, pelik sungguh Umno ini. Dia tolak Islam tak salah. Orang Tionghua nak dekati Islam melalui bacaan al-Quran di kira salah ?

Sejak kalah di kedua bukit, Umno ini, betul-betul sudah menjadi sebuah parti yang meracau. Tidak cukup dengan seribu satu masalah di kedua tangan, dia masih menimbulkan masalah. Kehadirannya cukup menimbulkan serba salah. Ajaran yang dibawanya semakin sehari semakin salah.

Dari blog bypass308.blogspot.com

UMNO tidak bertanding, Pak Lah mungkin ketawa.

Adakah ianya merupakan satu strategi atau muslihat Umno apabila mengumumkan bahawa Umno/Bn tidak meletakkan calonnya di Dun Penanti? Semuanya akan terjawab pada hari penamaan calon tidak beberapa lama lagi. Jika ianya merupakan satu muslihat umno, kita harus puji kehebatan Najib di dalam mengatur strategi ini.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Jika sememangnya Umno/Bn nekad tidak akan menyertai Pilihanraya Kecil Dun Penanti nanti, itu juga merupakan satu kehebatan malahan keajaiban buat Umno di bawah Najib. Satu rekod tercipta di bawah pemerintahan Najib dan pastinya akan dikenang sampai bila-bila hatta ketika Umno disemadikan.

Saya tidak dapat bayangkan ketika ini bagaimana besarnya ketawa Pak Lah apabila Umno di bawah Najib awal-awal pemerintahannya sudah mula `mengibarkan bendera putih' kepada musuh politiknya. Pak Lah pasti terkenang sewaktu era pemerintahannya, segala kelemahan beliau dikorek sedalam-dalamnya dan beliau dianggap terlalu lemah memimpin Umno sehingga tergadai 5 buah negeri ke tangan PR. Segala kekuatan PR dan kebangkitan rakyat menentang rejim Umno/Bn ketika itu dianggap kelemahan Pak Lah. Namun, harus diingat selemah-lemah Pak Lah pun, Pak Lah sanggup mati dalam gelanggang berdepan dengan musuh. Bagaimana pula dengan Najib sekarang? Kepada ahli-ahli Umno/Bn yang masih berharap agar pengganti kepada Pak Lah ini adalah yang terkuat, gagah, berani dan bersih, elok lupakan sahaja pengharapan anda semua. Terbukti anda gagal menemui pemimpin yang anda hajati kerana pemimpin seperti itu hanya ada di seberang sana iaitu di dalam PR.

Apabila Umno/Bn menyatakan tidak akan meletakkan calonnya di Dun Penanti, ini bererti Umno/Bn tidak berniat untuk membela rakyat di Penanti atau telah berpuas hati dengan kebaikan calon PR di situ. Jika Umno/Bn menganggap PR tidak boleh menguruskan kebajikan rakyat dengan baik, sudah pasti inilah peluang terbaik Umno/Bn untuk meletakkan calonnya yang dikatakan lebih baik. Tetapi ini tidak dilakukan, maka bererti Umno/Bn mengakui bahawa PR sememangnya mampu mewakili rakyat di kawasan tersebut.

Andaian bahawa Umno/Bn sebenarnya takut bertanding di Dun Penanti juga boleh diterima akal. Umno/Bn sudah tentu tidak mampu mengalami `luka' parah sekali lagi setelah beberapa tragedi yang berlaku terhadap Umno/Bn sejak kebelakangan ini. Bukan soal wang ringgit yang dikatakan membazir jika Umno menyertai pilihanraya tersebut kecuali jika Umno/Bn merasakan wang ringgit lebih penting dari kebajikan rakyat di Dun Penanti. Mungkin juga Umno/Bn merasakan wang ringgit lebih penting dari maruah Umno/Bn itu sendiri. Kemungkinan juga Umno/Bn lebih berselera dengan Perak daripada Penanti, maka Umno/Bn kini lebih menumpukan strategi mereka di Perak sekarang.

Kepada PR khususnya di Penanti, tenaga dan kekuatan bersama haruslah digembeling agar kemenangan di Dun Penanti nanti akan menjadi sumber kekuatan dan semangat juang rakyat di Perak pula. Ujian terhadap kesepakatan PR terutamanya di antara PAS dan PKR akan diuji di Penanti dan ianya akan berterusan sehingga ke Perak. Calon Dun Penanti bagi PR adalah dari PKR, oleh itu PAS serta DAP mesti menunjukkan semangat yang tinggi bagi membantu calon PKR tersebut. Begitu juga di Perak, MB Perak adalah Adun dari PAS, maka PKR serta DAP wajib mempertahankannya. Sekiranya di Dun Penanti berjaya mempamirkan semangat kerjasama yang kuat di kalangan PR, percayalah di Perak kita pasti mendapat kemenangan, InsyaAllah.



WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

BN mengaku kalah ?, tidak tanding kerusi Penanti

Barisan Nasional tidak akan meletakkan calon menentang PKR pada pilihanraya kecil DUN Penanti yang bermula Sabtu ini, kata pengerusinya Datuk Seri Najib Razak hari ini.Perdana menteri menggariskan tiga sebab BN menolak untuk bertanding di kerusi tersebut.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Pertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

Kedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

Ketiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.

Najib menafikan BN takut tewas di kerusi tersebut. namun kitadapat menilai sendiri bagaimana susahnya BN ingin mengemukakan alasan di atas dan sekurang-kurangnnya sebanyak tiga kali mesyuarat penting dilakukan untuk memutuskan keputusannya pada hari ini.

Bermula dengan Mesyuarat MT UMNO, selepas itu Biro Politiknya dan hari ini Majlis Tertinggi BN baru ada keputusan.

Beliau mengumumkan demikian selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur selama lebih dua jam bermula 4.30 petang.

Keputusan BN itu tidaklah mengejutkan kerana sebelum ini, Najib pernah mengatakan BN mungkin tidak bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut kerana tidak mahu 'membazirkan wang rakyat'.

PKR pula telah menamakan timbalan pengerusi perhubungannya di Pulau Pinang, Mansor Othman untuk mengisi kembali kerusi tersebut yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya, Mohammad Fairus Khairuddin.

Bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang melepaskan kerusi tersebut 16 April lalu di tengah-tengah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau bagaimanapun tidak didakwa di mahkamah selepas suruhanjaya itu mendapati tiada bukti kukuh untuk berbuat demikian.

Ditanya mesej yang ingin disampaikan BN kepada masyarakat, Najib berkata mereka "tidak mahu menari mengikut rentak pembangkang."

Umumnya dapat memberi jawapan kalau BN berhadapan sekali di Penanti dengan Pakatan Rakyat, keputusan awal telahpun diperolihi iaitu meihak kepada PR. Inilah sebenarnya faktor yang sebenar BN tidak meletakkan calonnya kerana takut kalah.

Nizar mohon kesnya didengar lima hakim Mahkamah Rayuan

Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengemukakan permohonan bagi mendapatkan panel lima hakim Mahkamah Rayuan untuk mendengar permohonannya mengetepikan keputusan mahkamah itu minggu lepas yang membenarkan penangguhan pengisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Peguam Leong Cheok Keng, yang mewakili Mohammad Nizar, ketika dihubungi berkata, surat permohonan itu telah dihantar melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini, pada pukul 4 petang tadi.

Alasan permohonan itu ialah kerana kes tersebut, yang ditetapkan pendengarannya Khamis ini, membabitkan kepentingan awam, selain melibatkan isu dan persoalan perlembagaan, katanya.

Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Ab Rahim mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati Mohammad Nizar tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

Berikutan keputusan itu, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengemukakan permohonan penangguhan pelaksanaan pengisytiharan itu yang telah didengar dan dibenarkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali.

Mohammad Nizar kemudian memfailkan permohonan Rabu lalu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu. Mstar.

Mengasihi orang bukan Islam demi memimpin mereka ke jalan Allah

Berikut adalah kisah nukilan Husin Lempoyang yang wajar direnung bersama, ini merupakan antara kegagalan kita dalam perjuangan berdakwah di kalangan bukan islam. sila lihat juga artikel kami sebelum ini mengenai kenyataan mufti perak yang menyebut berbaik dengan bukan Islam jangan sampai mengasihi mereka. saya tergerak membuat kesimpulan pada para terakhir, saya juga berharap untuk membaca pandangan anda semua, khususnya YB Idham Lim - FAUZI IRWAN SHAH.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Dulu-dulu masa zaman susah, banyak orang Cina berikan anak kepada orang Melayu sebagai anak angkat.

Maka jangan hairan selalu berlaku dalam adik beradik ada muka lain dari yang lain, kerana mungkin besar anak angkat Cina. Ada orang Melayu pula rupa, stail dan pe'el macam orang Cina.

Selalunya anak angkat ini tahu mereka anak angkat apabila nak nikah untuk kahwin. Mulalah mereka cuba mencari kembali keluarga kandung masing-masing.

Walaupun dapat dikenali kembali, jiwa Melayu dan Islam yang sudah sebati tidak menjadikan mereka kembali kepada budaya keluarga kandung.

Ini kisah seorang anak kepada seorang anak angkat yang sedemikian. Kita panggil saja namanya Juli.

Satu hari nenek Cina Juli meninggal dunia. Maka berkumpul sanak saudara untuk menyempurnakan jenazah, siap dengan berarak satu bandar.

Juli pun ikut berarak dan mengikut pakai baju guni seperti yang dikehendaki keluarga sebelah situnya. Tapi dia tahu dimana yang tidak boleh diikuti sebagai orang Islam.

Juli turut sedih juga kerana walaupun berlainan ugama dan budaya, dia agak rapat dengan nenek. Dia pun agak kesian dengan neneknya yang tua dan duduk keseorangan selalu di rumah.

Maka, dia sedih bukan sedih sebagai tukang sedih professional yang dibayar.

Juli memang meminati untuk mempelajari bahasa dan budaya Cina tetapi tak sempat. Kalau dia bercakap dengan nenek masa dia hidup, dia bercakap bahasa Melayu.

Ini disedari oleh kaum keluarga.

Selepas majlis pengkebumian, seorang dari auntie menghampiri Juli yang duduk di satu sudut.

"Juli banyak sedih hilang nenek ya?"

"Ya, sedih pasal saya rapat dengannya. Nenek baik hati." Jawab Juli.

Masa saya kecil-kecil nenek selalu ikuti kemahuan saya.

"Kami dulu adik beradik sangat sedih masa nenek kasi mami Juli sebagai anak angkat. Apa boleh buat. Masa itu kami sangat susah.

"Bila mami Juli cari balik keluarga, kami sangat gembira. Tuhan Alah sudah bukak jalan balik kepada kami sekeluarga."

"Arwah Mak cari balik keluarga kandung selepas dia tahu dia anak angkat masa nikah dengan kahwin dengan ayah. Dia mahu mengenali keluarga kandungnya." Juli terangkan.

"Auntie tengok Juli banyak rapat dengan nenek dan mempelajari bahasa dan budaya Cina. Kami semua harap Juli, satu satu anak kakak Mei balik la semula jadi Cina."

Tersentak Juli dengar tapi dia tenang saja. MInat nak dengar apa yang akan dikatakan.

"Kami sekeluarga banyak susah hati. Sudahlah kakak Mei mati dalam Melayu. Kami tak dapat selamatkan. Sekarang kami mahu selamatkan Juli. Mali la masuk balik Cina. Nanti lu mati masuk nelaka..."

Nak tergelak nanti menyentuh hati auntienya. Dia hanya angguk-angguk yang tidak bermakna.

Itulah dia namanya perbezaan fahaman dan ugama. Masing-masing ingat masing-masing betul dan berakhir dengan masuk syurga.

Tuhan dan syurga itu di mana sebenarnya? Baik jangan dijawab. Dalam persolannya.

Wow! Saudagar hanya faham jual orang lagi untung dari jual unta.

FAUZI IRWAN SHAH mengulas:
cerita ni secara luarannya, kelakar juga. tapi didalami, anda dapat lihat betapa hal seperti ini sebenarnya wujud sehingga sekarang, maksud saya masuk melayu atau masuk cina.

kenapa ada pemikiran seperti ini? jawapannya akan terpampang apabila anda menghuraikan "fakwa" mufti perak yang mengatakan orang islam jangan kasihi orang bukan islam.

apabila kita berdakwah, kita kena jujur, kena ada rasa kasih sesama umat (bukan Islam pun ciptaan Allah juga), kita kena beri keyakinan agar orang bukan islam boleh terima kehadiran kita, terima pandangan dan ajaran Islam.

jika ikut fakwa mufti perak yang nampak seperti cakap orang poliitk itu, memang sahlah kenapa orang bukan islam tidak anggap orang islam sebagai sahabat yang boleh dikongsi suka dan duka.

kita berdakwah hanya di kalangan umat islam, kita gagal bentuk keyakinan di kalangan bukan islam kerana kita berpegang kepada fakwa jangan terlalu rapat dengan orang bukan islam. musnahlah niat kita buat pahala. sebab tu sampai sekarang masih ada bukan islam takut malah halang kaum kerabatnya memeluk islam...sebab apa? sebab mereka anggap masuk islam bermakna masuk melayu.

tolonglah, kita ubah persepsi seperti ini, kita berdakwa dengan niat membawa orang bukan islam ke jalan Allah, mengasihi orang bukan islam demi memimpin mereka ke jalan Allah bukan sesuatu yang salah.
Posted by byPASs at 1:24 PM

Hadi: Tiada politik wang dalam PAS

PAS menafikan wujud amalan politik wang dalam parti itu selepas jawatankuasa hariannya mendengar penjelasan ketua Dewan Ulama, Datuk Mohamed Daud dalam mesyuarat pagi ini.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


"Sebarang usaha untuk menembuskan bantera PAS melalui politik kotor terbukti selama ini telah gagal. Kita yakin PAS tidak akan dapat ditembusi dengan amalan politik wang," kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mesyuarat dewan harian juga mengambil laporan daripada ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh, pengarah pilihanraya parti Datuk Mustafa Ali dan beberapa pemimpin kanan.

"Setelah kita mengumpulkan maklumat dari semua negeri kita dapati tidak ada amalan politik wang dalam PAS," kata Abdul Hadi lagi dalam satu kenyataan.

Dalam satu sidang media mengumumkan calon-calon yang layak bertanding bagi tiga sayap utama PAS, Mustafa berkata, beliau tidak menerima laporan mengenai politik wang dalam pemilihan parti itu.

"Tidak ada orang yang bercakap dan tiada juga yang datang mengadu mengenai politik wang," katanya sebagai pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS di Kuala Lumpur hari ini.

"Kalau orang nak mengadu, mesti ada bukti. Kalau tiada, saya tidak layan."

Mustafa ditanya mengenai dakwaan rasuah menjelang pemilihan parti itu bulan depan seperti laporan awal yang memetik Mohamed sebagai berkata ada pihak memberi baju T dan mengadakan jamuan makan menjelang mesyuarat agung.

Bagaimanapun, ketika hubungi Malaysiakini minggu lalu, Mohamed berkata beliau tidak mempunyai bukti sahih wujud amalan tersebut tetapi hanya difahamkan berlakunya dua amalan tersebut.

"Kalau ada berlaku, minta dihentikan. Kalau tak ada, alhamdulillah," nasihatnya.

Ditanya sama ada beliau menyelidiki perkara tersebut, Mohamed berkata: "Tidak."

Rabu lalu, Bernama melaporkan, beliau melahirkan rasa kecewa terdapat unsur-unsur mengejar jawatan secara tidak sihat seperti dua amalan tersebut kepada perwakilan semata-mata mahu dipilih sebagai calon.

"Memanglah dah bagi baju, dah sudah kenyang makan, boleh menanglah calon itu tetapi budaya ini sangatlah tidak sihat dan kita mahu ia dihentikan segera," katanya seperti dilaporkan.

Dalam kenyataan yang sama, Abdul Hadi juga mengulang sikap PAS yang tidak meminggirkan golongan profesionalnya dalam konsep kepemimpinan ulamanya.

"Semua pihak ini telah berjaya memperkasakan PAS dengan konsep islam, dalam masa yang sama PAS diterima oleh masyarakat majmuk di Malaysia," katanya. Malaysiakini.

Pencalonan Dewan Ulama, Pemuda, Muslimat PAS

Berikut adalah senarai penuh pencalonan bagi pemilihan kepimpinan Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS pusat yang diumumkan hari ini.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


DEWAN ULAMA

Pengerusi Tetap

1. Hamdan Mohamad (menang tanpa bertanding)

Timbalan Pengerusi Tetap (4)

Abd Manaf Othman
Ismail Noh
Kassim Ahmad
Mohd Nazir Zakaria

Ketua

Datuk Harun Taib (menang tanpa bertanding)

Timbalan Ketua (2)

Hashim Jasin (penyandang)
Datuk Ahmad Yaakob

Naib Ketua

Datuk Mahfodz Mohamed (menang tanpa bertanding)

Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulama (41)

Abdullah Abdul Razak
Abd Rashid Abd Rahman
Abdullah Husin
Abdul Ghani Samsuddin
Abu Bakar Abdullah
Ahmad Awang
Datuk Ahmad Yaakob
Dr Azhar Yaakob
Azizan Md Desa
Dr Badruzzaman Yusuf
YB Hassan Mohamood
YB Hashim Jasin
Datuk Husin Awang
Ismail Osman
Jaliluddin Abdul Wahid
Yahya Othman
Soied Din
Mohd Zain Abdul Rahman
YB Taib Azamuddin Md Taib
Nik Mohd Zawawi Salleh
Shuib Mad Amin
Salleh Sani Harun
Zulkifli Ismail
Khirul Muntanazar Ismail
Yussainee Yahya
Zulkarnain Abidin
Salehen Mukhyi
Nik Razi Nik Mat
Mohd Zainul Asri Mohd Ramli
Mohd Amir Omar
Datuk Muhammad Daud
Yaakob Husin
Hassan Alias
Nurul Khalil Rosli
Datuk Hassan Mohamad
Ismail Noh
Dr Osman Sabran
Mokhtar Sarip
YB Muhammad Mustafa
Zulkarnain Hassan
Mokhtar Senik

Pemeriksa kira-kira (6)

Abdul Rashid Dail
Ibrahim Omar
Isa Jantan
Khairil Saad
Mohd Noor Md Zain
Nordin Ayob

DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

Pengerusi Tetap (2)

Jamuliddin Elias
Misbahul Munir Masduki

Timbalan Pengerusi Tetap (4)

Aris Awang
Jamuliddin Elias
Misbahul Munir Masduki
Norazli Musa

Ketua Pemuda (2)

Nasrudin Hassan
Zaki Ibrahim

Timbalan Ketua Pemuda (5)

Ahmad Sabri Yusof
Azman Shapawi Abd Rani
Musoddak Ahmad
Nasrudin Hassan
Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Naib Ketua Pemuda (5)

Ahmad Sabki Yusof
Azman Shapawi Abd Rani
YB Firdaus Jaafar
Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Suhaizan Kaiat

Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan (45)

Abdul Rahman Sidek
Abdullah Abdul Karim
Adly Zahari
YB Ahmad Baihaki Afiqullah
YB Ahmad Izzat Mohd Shauki
Ahmad Sabri Yusof
Ahmad Yahya
Aminuddin Zulkepli
Ariffin Deraman
Anuar Ali
Azman Shapawi Abd Rani
YB Firdaus Jaafar
Firdaus Masod
Hasbullah Ridwan
Helman Sanudin
Kamal Ashaari
Kamaruddin Sidek
Kamaruzaman Mohamad
Khairul Faizi Ahmad Kamil
Khairul Fahmi Md Som
Khairul Anuar Wafa
Khalil Abdul Hadi
Mohd Adram Musa
Mohd Ashraf Mukhlis
Mohd Nazri Chik
Mohd Noor Hamzah
Mohd Sani Hamzah
Mohd Sufian Ibrahim
YB Nasir Zakaria
Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Norazli Musa
Raja Ahmad Iskandar
Ramadhan Fitri Elias
Riduan Mohd Nor
Ridwan Hashim
Dr Rosli Allani Abd Kadir
Sanusi Mohd Noor
Suhaimi saad
Suhaizan Kaiat
YB Taufek Abdul Ghani
Wan Sukairi Wan Abdullah
Yaakob Abu Seman
Yusni Mad Piah
Zulkifli Ahmad (Pandan)
Zuraidin Abdullah

Pemeriksa Kira-kira (6)

Jamil Saring
Mohd Adib Abd Jalil
Mohd Azman Yunus
Mohd Munzir Hamzah
Muzammil Hafiz
YB Zaki Ibrahim

DEWAN MUSLIMAT PAS

Pengerusi Tetap (3)

Noraini Hussin
Nor Hashimah Deraman
Wan Hamidani Wan Ahmad

Timbalan Pengerusi Tetap (6)

Faizah Ismail
Norhafizah Musa
Wan Hamidani Wan Ahmad
Rosnah Abdullah
Nor Hashimah Deraman
Aida Yusof Rawa

Ketua Muslimat (4)

Dr Asiah Ali
Azizah Khatib Mat
Nuridah Salleh
Siti Mariah Mahmud

Timbalan Ketua Muslimat (4)

Azizah Khatib Mat
Siti Mariah Mahmud
YB Siti Zailah Yusof
Wan Hasrina Wan Hassan

Naib Ketua Muslimat (3)

Senator Mumtaz Md Nawi
YB Siti Zailah Yusof
YB Wan Ubaidah Omar

Ahli Jawatankuasa Kerja (39)

Salamiah Mohd Nor
Dr Rosni Adam
Salbiah Wahab
Dr Najihatus Soleha Ahmad
Senator Mumtaz Md Nawi
YB Siti Zailah Yusof
Khadijah Mahmud
Maznah Taib
Toh Puah Fatimah Zainab
Wan Fatimah Wan Teh
Siti Mariam Othman
Munirah Atirah Hassan Adli
Prof Wan Maseri
Dr Khatijah Jumangat
YB Wan Ubaidah Omar
YB Aishah Ghazali
YB Dr Halimah Ali
Azizah Khatib Mat
Sapinah Jusoh
Mastura Mohamad
Teh Izanuri Jamaludin
Aiman Atirah Al Jundi
Nuridah Salleh
YB Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali
Kintan Osman
Wan Hasrina Wan Hassan
Zaroni Othman
YB Dr Siti Mariah Mahmud
Rosiah Salleh
Norlia Abdul
Norazliza Abd Laitf
Dr Asiah Ali
Nurul Huda Yusof Rawa
Norhayati Bachok
Amizan Baharuddin
Rosnah Abdullah
Nor Wani Ahmad
Norhanim Ismail

Pemeriksa Kira-kira (8)

Basmatul Uyun Yusuf
Wan Hasna Wan Ismail
Fauziah Yaacob
Farah Ahmad
Asmah Sarojee
Hasmah Durani
Norliza Abd Latif


Kes virus Influenza A (H1N1) di Parit Buntar : Kenyataan Media ADUN Titi Serong

Kenyataan Media ADUN Titi Serong.

Kes kedua influenza A (HINI) dikesan di Hospital Pulau Pinang membabitkan seorang pelajar berasal dari Pekan Lama Parit Buntar yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada 13 Mei lalu.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Ramlee Rahmat dalam sidang akhbar di Putrajaya di mana gadis Parit Buntar tersebut adalah teman pelajar kes pertama, turut menaiki pesawat Penerbangan Malaysia MH091 dari New York yang tiba di KLIA pada jam 7.15 pagi 13 Mei lepas.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Berikutan dengan itu keluarga pelajar yang terbabit itu telah dikenakan "kuarantin" dan ditahan dalam rumah oleh pihak hospital walaupun mereka seisi keluarga telah diperiksa dengan teliti tidak berlaku jangkitan virus tersebut. Mereka juga telah disahkan tidak mengamali penyakit demam, batuk-batuk dan sebagainya.

Mereka di tahan dan dilarang keluar dari rumah sehingga 20 Mei akan datang. Bapa pelajar tersebut adalah pengusaha kedai kopi dan kedainya dalam lawatan pada hari ini saya sahkan ditutup dengan notis akan di buka kembali pada 21 Mei, itupun setelah pihak hosital mengesahkan mereka betul-betul negatif.

Kelmarin 17 Mei saya menerima maklumat dari seorang pemanggil dari Parit Buntar yang memperkenalkan dirinya sebagai Mr. Ng mendakwa Ibu kepada gadis berkenaan dilihat keluar dari rumahnya dan pergi kepasar awam Parit Buntar membeli sayur.

Berita tersebut sebetulnya menimbulkan keresahan dan tandatanya kepada seluruh warga Parit Buntar yang memerlukan jawapan segera. Dan Kenyataan saya kepada Isu ini adalah seperti berikut :-

1. Setelah bertemu dengan pihak Pejabat Kesihatan Daerah Parit Buntar yang mengendalikan kes ini pagi tadi , mereka menafikan keluarga gadis yang dikuarantin tersebut bebas keluar seperti yang didakwa. Pihak berkenaan juga mengesahkan mereka sekeluarga tidak ada apa-apan tanda positif dan kesan jangkitan virus influenza A (HINI). Langkah mereka dikuarantin adalah sebagai langkah sifat berjaga-jaga.

2. Saya juga pada pagi tadi melawat ke kedai kopi yang merupakan kediaman keluarga berkenaan yang terletak berhampiran dengan bulatan jam Pekan lama Parit Buntar, dan saya mengesahkan kedai itu ditutup walapun bapa pelajar tersebut kenal dengan saya dia mengambil langkah untuk bercakap dengan saya dalam keadaan pintu kedai ditutup rapat melalui jeriji besi . Dia menafikan isterinya keluar ke pasar seperti didakwa dan saya mengesahkan dia mematuhi arahan dari pihak hospital termasuklan memakan ubat yang diberikan sebagai langkah berjaga-jaga. Mereka juga mengesahkan dikunjungi oleh pihak hospital dua kali sehari.

3. Saya memberi jaminan setakat ini segala usaha untuk mengelakkan wabak ini merebak telah diambil langkah yang sewajarnya dan memberi keyakinan bahawa penduduk disekitar bandar Parit Buntar yang terletak dalam DUN Titi Serong tidak perlu merasa bimbang dan gusar untuk bergerak dan menjalankan aktiviti seperti biasa.

4. Saya juga menasihati kepada semua warga di DUN Titi Serong supaya menghubungi Bilik Gerakan wabak ini pada No. Talipon 057167869 pada hari berkerja dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang jika sekiranya diri sendiri atau keluarga mengalamai deman, batuk dan sebagainya yang memerlukan pemeriksaan dari pihak doktor jika perlu .

18 Mei 2009

Khalil Idham Lim
ADUn Titi Serong

Saya bercakap dengan bapa gadis tersebut melalui jeriji pintu besi yang ditutup rapat.


Lawatan ke Pejabat Kesihatan Parit Buntar.<

TERBUKTI ANIFAH BACUL DAN PENAKUT

Menteri Luar yang dilihat kini semakin kuat `berkokok' tetapi ekor bergelumang tahi, Anifah Aman terus memperlihatkan kedangkalan beliau selaku menteri. Beliau yang memulakan isu menuduh DS Anwar mengumpannya untuk melantik beliau sebagai TPM jika PR mengambil alih Kerajaan Pusat menjelang 16 Sept.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Kenyataannya itu pula dibuat di luar negara di hadapan wartawan asing. Apabila sesuatu kenyataan dibuat di luar negara tambahan pula oleh seorang Menteri Luar, ianya memberi erti bahawa apa yang diperkatakan itu benar dan merupakan satu isu besar tentang negara ini.

Apabila kenyataan fitnah yang beliau keluarkan itu disiarkan melalui media-media asing dan tempatan, beliau tentunya berpuas hati seolah-olah tugas beliau selaku Menteri Luar berjaya dengan cemerlang hanya dengan memburuk-burukkan DS Anwar. Inilah sikap Umno/Bn yang tidak pernah berubah apabila terus memberikan jawatan penting kepada seorang yang korup idea dan tiada wawasan sama sekali untuk negara. Menteri seperti Anifah ini terlalu murah nilainya dan orang seperti beliau melambak di warung-warung kopi di kampong-kampong. Menteri yang tahu omong kosong, memburukkan orang lain tetapi penikus, bacul untuk mempertahankan diri dengan hujah.

Apabila kembali ke tanahair dan ditanya oleh wartawan tentang saman yang bakal dikemukakan oleh DS Anwar atas tuduhan beliau itu, Anifah dengan selamba menjawab itu soal remeh. Beliau yang memulakan isu tersebut, apabila diminta penjelasan lanjut ia dianggap remeh? Beliau juga mengaku menerima satu panggilan dari DS Anwar dan dengan satu panggilan sahaja sudah cukup untuk DS Anwar menawarkannya jawatan penting sebagai TPM ? Tiada isu atau modal lainkah untuk Anifah ini bercakap di luar negara? Terlalu banyak perkara yang tidak remeh yang wajar Anifah terangkan di luar negara bagi membantu menaikkan imej negara ini yang semakin teruk pada pandangan luar. Isu Altantuya contohnya yang telah mengaibkan pemimpin negara kita sewajarnya Anifah terangkan atau kementeriannya perlu mengambil sesuatu tindakan terhadap pihak luar yang mendakwa pemimpin negara kita terlibat dalam kes jenayah tersebut. Itu lah sebenarnya tugas penting Anifah untuk membersihkan imej negara bukannya dengan memburukkan nama DS Anwar untuk mengampu PM. Apakah beliau anggap masyarakat dunia luar seperti masyarakat di negeri Sabah kelahiran beliau yang masih ramai tertutup minda mereka darihal perkembangan politik semasa? Di Sabah, mungkin beliau boleh menjual minyak semurah itu.

Najib telah tersilap di dalam melantik Anifah selaku Menteri Luar. Negara kita akan terus ditertawakan oleh dunia luar jika orang seperti Anifah ini dilantik sebagai Menteri Luar. Bermula dengan Hamid Albar, negara kita terus gagal memperolehi Menteri Luar yang mempunyai kelas tertinggi dan kita hanya mampu mempunyai Menteri Luar yang setaraf dengan Ketua Umno Cawangan.

WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

TERKINI : Kenyataan mengenai pembubaran DUN Perak

Beberapa hari terakhir ini saya menerima banyak SMS dan membaca banyak posting dalam blog menjangkakan akan berlaku pembubaran DUN Perak dalam waktu terdekat. Sehingga ada yang mengandaikan ianya akan diumukan pada hari ini.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Setakat makluman yang saya ketahui bahawa memang telah berlaku satu pertemuan dengan pihak Istana di Kuala Lumpur pada petang kelmarin di mana Dr. Zambry Abdul Kadir dan rombongan antaranya Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Kerajaan Negeri telah diterima mengadap di Istana Changkat di Kuala Lumpur.

Namun tidak ada pengesahan apakah yang dibincang dan apakah keputusan dari perbincangan itu.

Oleh itu saya memohon dari semua pihak khususnya para penyokong Pakatan Rakyat supaya tetap bersabar dengan keadaan sekarang ini. Segala andaian dan pengumuman yang tidak ada asas dan sumber yang tidak jelas saya harap diabaikan bagi mengelakkan kembimbangan dan penyebaran berita yang tidak benar dan meresahkan masyarakat.

TERKINI : BN sedang bersiap untuk adakan Sidang Tergempar

IPOH: Menurut maklumat yang diperolehi, persiapan yang rapi sedang dilakukan oleh BN dengan perencanaan yang melibatkan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk mengadakan Sidang Tergempar dalam masa terdekat

Maklumat yang saya perolehi juga mendapati usaha ke arah menjayakan Sidang itu sedang dilakukan. Namun Begitu sampai sekarang saya masih belum menerima surat rasmi dari pihak berkenaan.

Ceramah di Tanah Merah Kelantan

Drs. Khalil Idham Lim menyampaikan ceramah Isu Perak di Tanah Merah Kelantan pada 14 Mei yang Lepas. Berceramah bersama beliau ialah Ketua Penerangan PAS Kelantan, YB. Ahmad Baihaki dan Timbalan Ketua Kelab Penyokong PAS Malaysia, Sdr. Suryanarayanan. Ceramah dalam keadaan selepas hujan lebat itu tetap mendapat perhatian dari penduduk setempat.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Hadir sama Exco Kerajaan Negeri Kelantan, YB.Abdul Fatah Mahmud

YB. Baihaki sedang menyampaikan ceramahnya.


Drs. Khalil hadir majlis perkahwinan wartawan Akhbar Cina

Drs. Khalil bersama ADUN Kuala Kurau bergambar dengan pasangan pengantin (Sdr. Khor berbaju kot hitam)

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3



Seorang rakan Media dari akhbar berbahasa Cina dan juga merupakan Ahli Majlis Daerah Kerian, Sdr. Khor Boon Chooi menamatkan masa bujangnya dengan melangsungkan perkhawinannya seorang gadis dari Alor Setar Kedah.

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim, Ahli Parlimen Parit Buntar,Dr. Mujahid Yusof dan ADUN Kuala Kurau, Ab. Yunus Jamhari.

Kehadiran mereka bertiga menerima tepukan gemuruh dari semua yang hadir dan rombongan Ahli-ahli Yang Berhormat itu telah disediakan beberapa meja makanan halal untuk sama-sama meraikan majlis perkahwinan itu.