19 Mei 2009

Mengasihi orang bukan Islam demi memimpin mereka ke jalan Allah

Berikut adalah kisah nukilan Husin Lempoyang yang wajar direnung bersama, ini merupakan antara kegagalan kita dalam perjuangan berdakwah di kalangan bukan islam. sila lihat juga artikel kami sebelum ini mengenai kenyataan mufti perak yang menyebut berbaik dengan bukan Islam jangan sampai mengasihi mereka. saya tergerak membuat kesimpulan pada para terakhir, saya juga berharap untuk membaca pandangan anda semua, khususnya YB Idham Lim - FAUZI IRWAN SHAH.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Dulu-dulu masa zaman susah, banyak orang Cina berikan anak kepada orang Melayu sebagai anak angkat.

Maka jangan hairan selalu berlaku dalam adik beradik ada muka lain dari yang lain, kerana mungkin besar anak angkat Cina. Ada orang Melayu pula rupa, stail dan pe'el macam orang Cina.

Selalunya anak angkat ini tahu mereka anak angkat apabila nak nikah untuk kahwin. Mulalah mereka cuba mencari kembali keluarga kandung masing-masing.

Walaupun dapat dikenali kembali, jiwa Melayu dan Islam yang sudah sebati tidak menjadikan mereka kembali kepada budaya keluarga kandung.

Ini kisah seorang anak kepada seorang anak angkat yang sedemikian. Kita panggil saja namanya Juli.

Satu hari nenek Cina Juli meninggal dunia. Maka berkumpul sanak saudara untuk menyempurnakan jenazah, siap dengan berarak satu bandar.

Juli pun ikut berarak dan mengikut pakai baju guni seperti yang dikehendaki keluarga sebelah situnya. Tapi dia tahu dimana yang tidak boleh diikuti sebagai orang Islam.

Juli turut sedih juga kerana walaupun berlainan ugama dan budaya, dia agak rapat dengan nenek. Dia pun agak kesian dengan neneknya yang tua dan duduk keseorangan selalu di rumah.

Maka, dia sedih bukan sedih sebagai tukang sedih professional yang dibayar.

Juli memang meminati untuk mempelajari bahasa dan budaya Cina tetapi tak sempat. Kalau dia bercakap dengan nenek masa dia hidup, dia bercakap bahasa Melayu.

Ini disedari oleh kaum keluarga.

Selepas majlis pengkebumian, seorang dari auntie menghampiri Juli yang duduk di satu sudut.

"Juli banyak sedih hilang nenek ya?"

"Ya, sedih pasal saya rapat dengannya. Nenek baik hati." Jawab Juli.

Masa saya kecil-kecil nenek selalu ikuti kemahuan saya.

"Kami dulu adik beradik sangat sedih masa nenek kasi mami Juli sebagai anak angkat. Apa boleh buat. Masa itu kami sangat susah.

"Bila mami Juli cari balik keluarga, kami sangat gembira. Tuhan Alah sudah bukak jalan balik kepada kami sekeluarga."

"Arwah Mak cari balik keluarga kandung selepas dia tahu dia anak angkat masa nikah dengan kahwin dengan ayah. Dia mahu mengenali keluarga kandungnya." Juli terangkan.

"Auntie tengok Juli banyak rapat dengan nenek dan mempelajari bahasa dan budaya Cina. Kami semua harap Juli, satu satu anak kakak Mei balik la semula jadi Cina."

Tersentak Juli dengar tapi dia tenang saja. MInat nak dengar apa yang akan dikatakan.

"Kami sekeluarga banyak susah hati. Sudahlah kakak Mei mati dalam Melayu. Kami tak dapat selamatkan. Sekarang kami mahu selamatkan Juli. Mali la masuk balik Cina. Nanti lu mati masuk nelaka..."

Nak tergelak nanti menyentuh hati auntienya. Dia hanya angguk-angguk yang tidak bermakna.

Itulah dia namanya perbezaan fahaman dan ugama. Masing-masing ingat masing-masing betul dan berakhir dengan masuk syurga.

Tuhan dan syurga itu di mana sebenarnya? Baik jangan dijawab. Dalam persolannya.

Wow! Saudagar hanya faham jual orang lagi untung dari jual unta.

FAUZI IRWAN SHAH mengulas:
cerita ni secara luarannya, kelakar juga. tapi didalami, anda dapat lihat betapa hal seperti ini sebenarnya wujud sehingga sekarang, maksud saya masuk melayu atau masuk cina.

kenapa ada pemikiran seperti ini? jawapannya akan terpampang apabila anda menghuraikan "fakwa" mufti perak yang mengatakan orang islam jangan kasihi orang bukan islam.

apabila kita berdakwah, kita kena jujur, kena ada rasa kasih sesama umat (bukan Islam pun ciptaan Allah juga), kita kena beri keyakinan agar orang bukan islam boleh terima kehadiran kita, terima pandangan dan ajaran Islam.

jika ikut fakwa mufti perak yang nampak seperti cakap orang poliitk itu, memang sahlah kenapa orang bukan islam tidak anggap orang islam sebagai sahabat yang boleh dikongsi suka dan duka.

kita berdakwah hanya di kalangan umat islam, kita gagal bentuk keyakinan di kalangan bukan islam kerana kita berpegang kepada fakwa jangan terlalu rapat dengan orang bukan islam. musnahlah niat kita buat pahala. sebab tu sampai sekarang masih ada bukan islam takut malah halang kaum kerabatnya memeluk islam...sebab apa? sebab mereka anggap masuk islam bermakna masuk melayu.

tolonglah, kita ubah persepsi seperti ini, kita berdakwa dengan niat membawa orang bukan islam ke jalan Allah, mengasihi orang bukan islam demi memimpin mereka ke jalan Allah bukan sesuatu yang salah.
Posted by byPASs at 1:24 PM

5 ulasan:

Rafi berkata...

Rasa tak caya Mufti cakap mcm tu .. bagi saya yg tak setiggin ilmu mufti percaya yg kita mesti mengasihi umat manusia, flora dan fiona serta alam. cara kita melayan atau memenuhi hak keatas setiap makhluk itu berlainan mengikut yg telah di garis kan dalam syariat..

Mungkin ada penjelasan lain yg kita tak faham apa yg Mufti maksudkan.

org kuat berkata...

MANSUHKAN ISLAM HADHARI!
MANSUHKAN ISA!
MANSUHKAN PPSMI!
BUBAR DUN PERAK!!!

ISLAM HADHARI,ORG UMNO LEPAS SEMBAHYANG CABUT LARI

JarizsDelisha berkata...

salam... saya byk juga terbaca ttg ISU perkauman antara MELAYU&CINA yg dimainkan dlm POLitik...serta agama masing2.

Bagi SAYA, Perkara Ini serius...kerana "mak saya melayu dan ayah saya CINA...Saya sendiri bukan MELAYU tetapi saya tetap ISLAM.

AYah saya memeluk AGAMa ISLAM... kerana mendapat ketenangan dlm ISLAM. Sebelum ISLAM beliau pernah anuti agama nenek moyang, Budha dan Kristian..tetapi semuanya tidak membuka hatinya secara IKHLAS dan tenang...berbanding ISLAM... Atok saya(sebelah MAK)... byk mendidik ayah mendalami ILMU AGAMA ISLAM...

Saya juga belajar...ttg bagaimana KITA org ISlam, ingin menyemai atau memupuk rakan BUkan ISLAM sukai agama kita. Sbgai Islam kita patut tunjuk tauladan yg baik serta membimbing mereka secara lemah lembut tanpa paksaan atau UGUTAn.

Saya sendiri..oleh kerana ada darah CINA.. Saya tidak ada Masalah berkawan dgn rakan rakan bangsa CINA. Malah sahabat karib saya, adalah berbangsa CINA dan BUKAN ISLAM. Saya dan dia hormati budaya masing masing dan agama masing masing...

MAKA saya tertanya tanya kpd AHLI ULAMA... "BAGAIMANA ORG BUKAN ISLAM INGIN MENGENALI ISLAM?JK SIKAP ORG ISLAM ITU SENDIRI TIDAK MENCERMINKAN SEORG ISLAM?

DAKWAH YEOP berkata...

kenyataan Mufti Perak,,"berbaik dengan orang bukan islam jgn samppai mengasihi mereka" adalah kenyataan yang berasas. kita jangan terlalu emosi dengan dengan kaitan politik beliau (jika wujud @ memang wujud) apa yg dimaksudkannya adalah MAHABBAH DINIYYAH. yang membawa maksud mencintai dan mengasihi orang2 kafir!! itu memang dilarang. dalam surah mumtahanah ayat 1 bermaksud ((Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu))...

antara maksud mahabbah ialah ((kasih sayang, cinta dan mengasihi)) harus difahami bahawa jika kita bersetuju dgn pendirian seseorang maka jgnlah hendaknya kita menolak semua yang datang daripadanya walaupun ianya benar, dikhuatiri kita menolak intipati islam.

tinggal lagi yg menjadi persoalan adakah benar bahawa tindakan beberapa muslimat PAS di termasuk dalam berkasih sayang? ataupun strategi dakwah? tidak semua pelukan membawa maksud MAHABBAH!!Contohnya seorang lelaki muslim memeluk ibunya yang masih kafir itu tidak bermakna dia punya mahabbah KEAGAMAAN yg mengatasi mahabbah dan cintanya terhadap org2 islam. wallahu a'lam.

Tanpa Nama berkata...

Jangan dipolitikan kenyataan Mufti.
jgn hanya bergembira bila mufti perak menyokong beberapa perkara menyebelahi PR sebelum ini dan menghina bila mufti perak menegur tindakan PR. mufti perak tiada kepentingan politik beliau bercakap atas dasar beliau sebagai mufti dan penasihat sultan.

hormatilah ulama yang tiada kepentingan politik.