Menteri Luar yang dilihat kini semakin kuat `berkokok' tetapi ekor bergelumang tahi, Anifah Aman terus memperlihatkan kedangkalan beliau selaku menteri. Beliau yang memulakan isu menuduh DS Anwar mengumpannya untuk melantik beliau sebagai TPM jika PR mengambil alih Kerajaan Pusat menjelang 16 Sept.
Kenyataannya itu pula dibuat di luar negara di hadapan wartawan asing. Apabila sesuatu kenyataan dibuat di luar negara tambahan pula oleh seorang Menteri Luar, ianya memberi erti bahawa apa yang diperkatakan itu benar dan merupakan satu isu besar tentang negara ini.
Apabila kenyataan fitnah yang beliau keluarkan itu disiarkan melalui media-media asing dan tempatan, beliau tentunya berpuas hati seolah-olah tugas beliau selaku Menteri Luar berjaya dengan cemerlang hanya dengan memburuk-burukkan DS Anwar. Inilah sikap Umno/Bn yang tidak pernah berubah apabila terus memberikan jawatan penting kepada seorang yang korup idea dan tiada wawasan sama sekali untuk negara. Menteri seperti Anifah ini terlalu murah nilainya dan orang seperti beliau melambak di warung-warung kopi di kampong-kampong. Menteri yang tahu omong kosong, memburukkan orang lain tetapi penikus, bacul untuk mempertahankan diri dengan hujah.
Apabila kembali ke tanahair dan ditanya oleh wartawan tentang saman yang bakal dikemukakan oleh DS Anwar atas tuduhan beliau itu, Anifah dengan selamba menjawab itu soal remeh. Beliau yang memulakan isu tersebut, apabila diminta penjelasan lanjut ia dianggap remeh? Beliau juga mengaku menerima satu panggilan dari DS Anwar dan dengan satu panggilan sahaja sudah cukup untuk DS Anwar menawarkannya jawatan penting sebagai TPM ? Tiada isu atau modal lainkah untuk Anifah ini bercakap di luar negara? Terlalu banyak perkara yang tidak remeh yang wajar Anifah terangkan di luar negara bagi membantu menaikkan imej negara ini yang semakin teruk pada pandangan luar. Isu Altantuya contohnya yang telah mengaibkan pemimpin negara kita sewajarnya Anifah terangkan atau kementeriannya perlu mengambil sesuatu tindakan terhadap pihak luar yang mendakwa pemimpin negara kita terlibat dalam kes jenayah tersebut. Itu lah sebenarnya tugas penting Anifah untuk membersihkan imej negara bukannya dengan memburukkan nama DS Anwar untuk mengampu PM. Apakah beliau anggap masyarakat dunia luar seperti masyarakat di negeri Sabah kelahiran beliau yang masih ramai tertutup minda mereka darihal perkembangan politik semasa? Di Sabah, mungkin beliau boleh menjual minyak semurah itu.
Najib telah tersilap di dalam melantik Anifah selaku Menteri Luar. Negara kita akan terus ditertawakan oleh dunia luar jika orang seperti Anifah ini dilantik sebagai Menteri Luar. Bermula dengan Hamid Albar, negara kita terus gagal memperolehi Menteri Luar yang mempunyai kelas tertinggi dan kita hanya mampu mempunyai Menteri Luar yang setaraf dengan Ketua Umno Cawangan.
WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

21 ulasan:
salam ustaz terlalu naif Yb menyiarkan artikel ini, adakah yb ingin menjadi pembela anwar pula, bukankah anwar yang mempromosi keraaan 16 september, pada saya kenyataan anifah itu ada benarnya...sedih melihat Yb didalam bayang2 anwar ibrahim.
Bukahkah Anifah dah cabar Anwar supaya menyaman dia?Kita tunggu sajalah dan tengok sama ada Anwar saman atau tidak?
dan barulah kita mengetahui siapa yang bacul dan siapa yang tidak!
BETUL TU SAYA SOKONG. CONTOHI LAH SIKAP DS ANWAR IBRAHIM, WALAUPUN BERADA DI LUAR NEGARA X PERNAH MEMBURUKKAN ORG. JUJUR,IKHLAS DAN SELALU BERCAKAP BENAR. HIDUP ANWAR! HIDUP ANWAR!
Awat dia tak cakap siapa dalang konpirasi pembunuhan cik tuya.
bukan Anifah Aman seorang saja yang bacul dan penakut. Tu ketuanya tu, Najib Botak Tengah tu, bacul dan penakut nak bubar DUN .... UMNO mmg pengecut, bacul .... Orang berjuang untuk sekular mana ada cita cita nak MATI syahid, tu lah UMNO yang pengecut .... Hubbun Dunya Wa Karohatul Maut ....
Anifah ni masih terkejut jadi Menteri Luar sebab dia sendiri rasa tak layak.
Itu sebab dia "fumble" di Washington. Betul bingai punya MenLu. Cuba perhatikan dan bezakan diantara Clinton dan Anifah dalam mereka membuat response terhadap persoalan yang ditanya wartawan. Jaguh kampung merasa diri nya hebat konon sampai memalukan PM Najib.
Soalan terakhir wartawan, cuba perhatikan bagaimana professional nya Hilary Clinton and how she cut off the PC before Malaysian clown responded witch can embarrass the situation.
Anifah merasa ego nya hebat tetapi lebih menonjolkan kebodohan setaraf dengan pemimpin dari Afrika yang buat lain cakap lain.
tak nampak pun macam YB bela anwar..hehe
apa pun..minat dengan cacing pawah? bukan kontrak farming tapi konsep pawah..klik nama saya..tq
nak pasang jerat tapi terjerat diri sendiri.Itulah mentaliti ubn.lu pk lah sendiri.
memang anifah ini kaki bodek...
Salah ke ?
'Projek' 16 Sept. kan nak jatuhkan BN, Krajaan Rasuah, salahguna kuasa, zalim, anti Islam, manipulasi p'raya dan lain2. Ibarat lompat dari parit busuk naik ke tebing. Tanyalah Alim Ulamak apakah hukumnya .....
menteri Bn memang suka temberang, sudahlah rakyat sekarang dah banyak sembuh penyakit pekak dan buta, harap-harap menteri jangan jadi si buta dengan gajah pula.
Memang tugas menteri yang dilantik mengampu bosnya. Tapi..menteri luar, tolonglah ambil tindakan kepada akhbar luar negara yang dikatakan melebihi 20 buah akhbar yang menyiarkan berita yang memburukkan PM One Malaysia kami. Dia PM semua rakyat Malaysia. Kalau begitu,kami satu malaysia tak mahu PM yang dicurigai oleh dunia. Contoh, baru minggu lepas Barack Obama ucap tahniah pa Najib dilantik PM.Itu pun setelah Menteri luar pegi jumpa SU Amerika.
Tolonglah... menteri Luar...bersihkan nama PM kami. BUkan sekadar kata PM bersih tetapi SAMAN...SAMAN Akhbar luar negara itu sepertimana Ust Hadi saman satu surat khabar luar tempohari.PLEASE>>>PLEASE>>>>>menteri Luar...Jgn sibuk kata anwar kt luar negara tu..
ANIFAH RASA DIRINYA DAH BERJASA BESAR KEPADA KERAJAAN UBN.
JIKA DIA TERIMA PELAWAAN DAN AJAK RAKAN LOMPAT PARTI, TENTU DIA SEKARANG DAH JADI TPM.
UBN PATUT MEMBALAS JASA DAN PENGORBANAN BESAR DIA SETERUSNYA MEMBERIKAN JAWATAN PM SELEPAS DS NAJIB.
...si anifah ni teruk bebeno dan memang bacul pon. buat malu aku saja sebagai rakyat malaysia yang tengah belajo kat UK ni, sampai kawan kawan aku pun gelak dekat aku, depa kata macam la depa tak tau perkembangan politik di Malaysia...
Anifah bukan bacul tetapi dia tak tahu apa - apa, jadi dia cakap aje la. Anifah ni ingat dia cakap kat sabah, tetapi dia lupa seluruh dunia duk tengok kebodohannya.
Kalau Najib nak selamat, cepat - cepatla buang Anifah ni, kalau x lg buruk lah Najib.
kalau wartawan tu tanya lebih, nescaya abis kluar skandal Najib Tuya
Nama baik Malaysia di persada dunia antarabangsa sedang sangat tenat disebabkan kes pembunuhan seorang wanita jelita yang dikait-maitkan dengan perdana menteri kita.
Tugas menteri luar adalah membersihkan nama baik Malaysia dan nama baik perdana menteri kita.
Sebaliknya menteri luar Anifah bercerita hal kehebatan dirinya sendiri, yang kononnya ditawarkan jawatan tinggi oleh ketua pembangkang.
Perbuatan Anifah itu memburukkan lagi imej negara kita.
DPM dengan Foreign minister, lagi besar DPM. Mungkin dia takut nak pegang jawtan DPM tu, sepatutnya Anwar offer dia Menteri Orang Utan. Barulah dia lompat.he..he..he
Dalam kes ini Anuar perlu menyaman Anifah.Istilah bacul apabila seseorang itu cakap berdentum2 tapi habok pun tak dak....
Salam tukang taip,
16 Sept adalah 1 target, apa bezanya dgn wawasan 2020.
Org yang takde target / wawasan, sama je macam org mati
Pitt
Hantam saja la labu
udah-udahlah puak-puak umno.. 16 september tu cuma gagasan.. buat apa nak jadi pandir.. dok ulang benda sama yg dah berlalu dan semua org tahu itu cuma gagasan..
Catat Ulasan