19 Mei 2009

Drs. Khalil : Jentera parti perlu digerakkan untuk hadapi kemungkinan PR di Perak.

TITI SERONG, 18 Mei :- Bagi menghadapi kemungkinan DUN Perak akan dibubarkan maka saya berseru supaya jentara parti di peringkat MTD dan UPU digerakkan dari sekarang. Demikian antara ucapan ADUN Titi Serong,Drs. Khalil Idham Lim semasa menyampaikan ceramahnya dalam Majlis Penerangan Isu-isu Semasa di Bangunan Pasti parit Hj. Wahab di sini.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Hadir sama dalam program itu alah Pengarah Majlis Tindakan (MTD) DUN Titi Serong, Hj. Ibrahim bin Dahlan.

Pada kesempatan itu Drs.Khalil telah menerangkan mengenai Isu terkini politik di Perak.

"BN sangat takut untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat sehingga Najib baru mengumumkan petang tadi bahawa BN tidak akan meletakkan calonnya di Penanti" Kata Khalil.

Beliau juga menyarankan Cawangan dan UPU menggerakkan usaha untuk mendaftar pemilih baru bagi mengelakkan ada yang menyesal bila pilihanraya berlaku dia tidak dapat mengundi. Selain itu katanya usaha untuk mendaftar Ahli mesti diteruskan.


Antara yang hadir sedang mendengar penerangan dari ADUN Titi Serong.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yahoo! DUN Perak bubar. hihihi

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih pada YB kerana sudi datang,kami dari UPU phw sedia terima arahan ini dan kami akan bersiap sedia mulai sekarang.