Kenyataan Media ADUN Titi Serong.
Kes kedua influenza A (HINI) dikesan di Hospital Pulau Pinang membabitkan seorang pelajar berasal dari Pekan Lama Parit Buntar yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada 13 Mei lalu.
Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Ramlee Rahmat dalam sidang akhbar di Putrajaya di mana gadis Parit Buntar tersebut adalah teman pelajar kes pertama, turut menaiki pesawat Penerbangan Malaysia MH091 dari New York yang tiba di KLIA pada jam 7.15 pagi 13 Mei lepas.
Berikutan dengan itu keluarga pelajar yang terbabit itu telah dikenakan "kuarantin" dan ditahan dalam rumah oleh pihak hospital walaupun mereka seisi keluarga telah diperiksa dengan teliti tidak berlaku jangkitan virus tersebut. Mereka juga telah disahkan tidak mengamali penyakit demam, batuk-batuk dan sebagainya.
Mereka di tahan dan dilarang keluar dari rumah sehingga 20 Mei akan datang. Bapa pelajar tersebut adalah pengusaha kedai kopi dan kedainya dalam lawatan pada hari ini saya sahkan ditutup dengan notis akan di buka kembali pada 21 Mei, itupun setelah pihak hosital mengesahkan mereka betul-betul negatif.
Kelmarin 17 Mei saya menerima maklumat dari seorang pemanggil dari Parit Buntar yang memperkenalkan dirinya sebagai Mr. Ng mendakwa Ibu kepada gadis berkenaan dilihat keluar dari rumahnya dan pergi kepasar awam Parit Buntar membeli sayur.
Berita tersebut sebetulnya menimbulkan keresahan dan tandatanya kepada seluruh warga Parit Buntar yang memerlukan jawapan segera. Dan Kenyataan saya kepada Isu ini adalah seperti berikut :-
1. Setelah bertemu dengan pihak Pejabat Kesihatan Daerah Parit Buntar yang mengendalikan kes ini pagi tadi , mereka menafikan keluarga gadis yang dikuarantin tersebut bebas keluar seperti yang didakwa. Pihak berkenaan juga mengesahkan mereka sekeluarga tidak ada apa-apan tanda positif dan kesan jangkitan virus influenza A (HINI). Langkah mereka dikuarantin adalah sebagai langkah sifat berjaga-jaga.
2. Saya juga pada pagi tadi melawat ke kedai kopi yang merupakan kediaman keluarga berkenaan yang terletak berhampiran dengan bulatan jam Pekan lama Parit Buntar, dan saya mengesahkan kedai itu ditutup walapun bapa pelajar tersebut kenal dengan saya dia mengambil langkah untuk bercakap dengan saya dalam keadaan pintu kedai ditutup rapat melalui jeriji besi . Dia menafikan isterinya keluar ke pasar seperti didakwa dan saya mengesahkan dia mematuhi arahan dari pihak hospital termasuklan memakan ubat yang diberikan sebagai langkah berjaga-jaga. Mereka juga mengesahkan dikunjungi oleh pihak hospital dua kali sehari.
3. Saya memberi jaminan setakat ini segala usaha untuk mengelakkan wabak ini merebak telah diambil langkah yang sewajarnya dan memberi keyakinan bahawa penduduk disekitar bandar Parit Buntar yang terletak dalam DUN Titi Serong tidak perlu merasa bimbang dan gusar untuk bergerak dan menjalankan aktiviti seperti biasa.
4. Saya juga menasihati kepada semua warga di DUN Titi Serong supaya menghubungi Bilik Gerakan wabak ini pada No. Talipon 057167869 pada hari berkerja dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang jika sekiranya diri sendiri atau keluarga mengalamai deman, batuk dan sebagainya yang memerlukan pemeriksaan dari pihak doktor jika perlu .
18 Mei 2009
Khalil Idham Lim
ADUn Titi Serong

Saya bercakap dengan bapa gadis tersebut melalui jeriji pintu besi yang ditutup rapat.
Lawatan ke Pejabat Kesihatan Parit Buntar.
<
11 ulasan:
ADUN yang prihatin! Syabas YB dan tahniah kerana dicalonkan sebagai AJK PAS Pusat. Berhati-hati dengan musuh-musuh dari dalam dan luar jemaah.
Tahniah... YB amat bertanggung jawab.. wakil macam nii laa yg dikatakan wakil rakyat.. teruskan sikap camni , YB !!
Bagus latu...buat kerja....jangan asyik nak buat lawak
tahniah kepada YB LIM diatas keprihatinan yb.. sememangnya keperihatinan sebegini yang diperlukan oleh seseorang wakil rakyat.
Semoga keperihatinan YB terhadap permasalahan yang dihadapi masyarakat dapat membuka matahati ameno yang telah menbatu tu....
baguslah yb,,jangan tunggu orang komplen baru nak turun padang,,jadilah contoh khalifah saidina omar,,,yang sanggup meronda tengah malam untuk melihat kehidupan rakyatnya,,takbirr
good job...teruskan keprihatinan yb!
Alhamdulillah...adun yang prihatin.teruskan memegang amanah yang diberikan dengan penuh istiqamah.
Drs,Semoga kehadiran YB akan dpt mengurangkan rasa sedih dan walang pd keluarga gadis yg malang ini.Tiada siapa yg dpt mendahulukan takdir Illahi.Setelah kehilangan anak terkasih mohon famili ini tidak tersisih.Sungguh berat ujian yg dihadapi ,kedai kopi punca rezeki terpaksa diberi cuti.Pada ALlah tempat mengadu segala duka pilu. Nona Ratana Chulaborn.
Tahniah YB,daripada blog YB kami tahu YB orang yang rajin bekerja dan pantas bertindak untuk salurkan maklumat kepada penduduk.Kami pun kasihan juga kepada keluarga YB tentu mereka sering ditinggalkan ekoran kesibukan YB.Semoga mereka kuat semangat macam YB.Terima kasih kerana cepat salurkan maklumat kepada kami.
YB, walaupun prihatin, sila ambil precaution yang sepatutnya dengan memakai mask hidung dan mulut kerana YB sendiri boleh menjadi pembawa jika diizinkan Allah.
Catat Ulasan