Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan menyediakan perkhidmatan bas percuma, mengekalkan cukai premis kediaman selain menyediakan rumah mampu milik dan menambah peruntukan beberapa program dan skim yang sedia ada, dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bagi menghadapi tahun 2014.
31 Disember 2013
PKR: Potong elaun tak membantu sekat pembaziran
27 Safar 1435H. [MOD] -
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata langkah terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengurangkan elaun keraian kesemua anggota jemaah menteri sebanyak 10 peratus “tidak akan membantu” usaha menghentikan pembaziran dalam pentadbiran kerajaan.
11 Langkah penjimatan Najib hanya kosmetik
27 Safar 1435H. [MOD] -
IPOH: Pengumuman 11 langkah pengurangan perbelanjaan sektor awam 2014 oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak adalah salah satu usaha mengelirukan rakyat.
Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria (gambar) berkata, Najib cuba memberi gambaran di mata rakyat bahawasanya kerajaan sangat prihatin terhadap rakyat hingga sanggup berkorban termasuklah untuk mengurangkan elaun menteri.
Menurutnya, 11 langkah penjimatan tersebut secara realitinya bukanlah satu usaha untuk mengurangkan beban rakyat sebaliknya tindakan untuk menutup kegagalan kerajaan memerintah negara dengan baik apabila berlakunya pengurangan subsidi minyak petrol dan gula serta kenaikan tarif elektrik secara mendadak sehingga berlakunya kenaikan berantai.

Ustaz Nazri Chik dilantik setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat
27 Safar 1435H. [MOD] -
HARAKAHDAILY
HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat selesai membentuk saf jawatankuasa kerja dewan itu bagi sesi 2013-2015.
Dewan itu juga telah melantik Ustaz Nazri Chik sebagai Setiausaha dan Ustaz Mohd Asri Mat Daud sebagai Bendahari.
Sementara itu Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali diamanahkan sebagai Ketua Penerangan dan Datuk Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh sebagai Pengarah Pilihan Raya.

Gempa 5.4 magnitud gegar timur Jepun
27 Safar 1435H. [MOD] -
TOKYO: Gempa berukuran 5.4 magnitud melanda timur Jepun, pagi ini menyebabkan bangunan bergegar di Bandaraya Tokyo.
Gempa berlaku jam 10.03 pagi waktu tempatan di bahagian Ibaraki, 160 kilometer di timur laut Tokyo.
Bagaimanapun setakat ini tiada laporan mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa. - AFP

Tiada Sekatan Jalan Raya, Orang Ramai Boleh Sambut Ambang Tahun Baru - Polis
27 Safar 1435H. [MOD] -
PETALING JAYA: Polis tidak akan mengadakan sekatan jalan raya sempena sambutan ambang Tahun Baru di Dataran Merdeka malam Selasa, walaupun dikatakan terdapat pihak yang mahu mengadakan bantahan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata, walaupun anggota polis akan bersiap sedia di Dataran Merdeka dan kawasan-kawasan sekitarnya, polis akan menjadikan acara pada malam ini seperti mana-mana himpunan ambang Tahun Baru yang lain dan memberi orang ramai menyambutnya dengan mudah.
Apa lagi yang naik tahun 2014?
27 Safar 1435H. [MOD] -
Dalam usaha mengawal kadar defisit negara, kerajaan bertindak mengurangkan subsidi untuk beberapa barang utama.
Kesan daripada langkah ini dinamakan kerajaan sebagai "kesakitan jangka masa pendek yang perlu" untuk kesihatan kewangan jangka panjang negara.
Kesan daripada langkah ini dinamakan kerajaan sebagai "kesakitan jangka masa pendek yang perlu" untuk kesihatan kewangan jangka panjang negara.
Aishah dilantik AJK Dewan Muslimat PAS Pusat
27 Safar 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat telah membentuk saf kepimpinan bagi sesi 2013/2015 dengan penambahan lajnah baru bagi memantapkan Dewan sebagai penghubung kepada seluruh masyarakat.
Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, penambahan Lajnah baru adalah Unit Veteran PAS diketuai mantan Ketua Muslimat PAS Pusat selama sembilan penggal, Ustazah Jamilah Ibrahim dan Lajnah Pembangunan Keluarga diketuai Datuk Siti Ashah Ghazali.
Menurutnya, Muslimat PAS Pusat turut membentuk Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Rekreasi diketuai penyanyi yang popular dengan lagu 'Janji Manismu', Wan Aishah Wan Ariffin dan Pengersi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi NGO, Aiman Athirah Aljundi.

Kutub menyongsang pada 2015?
27 Safar 1435H. [MOD] -
- Perubahan paksi bumi mengubah arah utara dan selatan.
KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat.
Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.
Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.
7 contoh isteri yang sering diceraikan
27 Safar 1435H. [MOD] -
Di dunia ini ada pelbagai jenis wanita. Isteri yang baik atau wanita solehah, adalah harta simpanan yang terbaik bagi seorang suami.
Rasulullah Shallallahu' alaihi Wasallam bersabda, " Mahukah kamu keberitahu suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya. " (Riwayat Abu Dawud)
Kalau dilihat dia menyenangkan, itu disebabkan budi yang luhur, pakaian bersih, dandanan yang serasi di hadapan suaminya dan berusaha yang terbaik untuk tampil menarik hanya di depan suami dan anak-anaknya.

Hari ini terakhir untuk tebus rebat Touch n Go
27 Safar 1435H. [MOD] -
Pengguna Touch n Go diingatkan untuk menebus rebat sebanyak 20 peratus bagi penggunaan lebuh raya untuk hari terakhir hari ini (31 Disember), iaitu hari terakhir tahun 2013.
Difahamkan, mulai 1 Januari 2014, pemberian rebat tersebut akan dimansuhkan.
Sebelum ini dilaporkan, syarikat pengendali sistem pembayaran elektronik, Touch n Go Sdn Bhd tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada tawaran rebat sebanyak 20 peratus bagi pengguna lebuh raya diterus atau dimansuhkan.

Dua Juta Mohon Jadi Penjawat Awam
27 Safar 1435H. [MOD] -
PUTRAJAYA: Seramai dua juta orang telah memohon untuk menyertai pelbagai jawatan dalam perkhidmatan awam tahun ini.
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Mahmood Adam berkata, bilangan permohonan yang banyak itu sesuatu yang mengejutkan sekali gus menunjukkan bahawa pekerjaan dalam sektor kerajaan masih mendapat perhatian ramai.
Beliau berkata, daripada jumlah itu seramai 219,137 orang dipanggil untuk ditemuduga dan 143,177 orang telah hadir.
Lubnan terima bantuan RM9.88b
27 Safar 1435H. [MOD] -
Beirut: Arab Saudi berjanji memberi bantuan AS$3 bilion (RM9.88 bilion) kepada Lubnan untuk mengukuhkan pasukan tentera negara itu dan membeli senjata dari Perancis, kata presiden Lubnan kelmarin, sambil menyifatkan ia geran terbesar pernah diterima untuk tentera negara itu.
Susu ibu jadikan anak lebih bijak
27 Safar 1435H. [MOD] -
Penyusuan ibu boleh meningkatkan prestasi pendidikan seseorang kanak-kanak dalam tempoh beberapa bulan selepas memulakan persekolahan, kata penyelidik.
Menurut satu kajian, kanak-kanak yang mendapat penyusuan ibu menunjukkan perkembangan akademik lebih baik menjelang usia mereka lima tahun berbanding rakan sekelas yang diberi susu formula.
Penyelidikan melihat penilaian dijalankan guru pada akhir tahun pertama persekolahan, yang mendedahkan bahawa kanak-kanak yang disusui untuk tempoh paling lama memperoleh pencapaian tertinggi keseluruhan.

Perarakan pembangkang lumpuhkan Dhaka
27 Safar 1435H. [MOD] -
DHAKA, 31 Dis - Ibu negara Bangladesh terputus hubungan dengan bahagian-bahagian lain di negara ini, semalam dengan perkhidmatan pengangkutan ke Dhaka terhenti masuk hari kedua, berikutan perarakan yang diadakan sebagai protes terhadap pilihan raya yang akan diadakan pada minggu depan.
Dengan ketua pembangkang, Khaleda Zia dikenakan tahanan di rumah sejak Rabu lalu, Persuruhjaya Tinggi Britain ke Bangladesh menjadi diplomat pertama bertemu dengan beliau, sehari selepas polis menghalang beliau meninggalkan kediamannya untuk berucap pada satu perhimpunan.
"Robert Gibson menemui Zia di kediamannya di Gulshan," kata seorang jurucakap Kedutaan Britain kepada AFP, dengan anggota polis berkawal di luar kediaman Zia di Dhaka.
PM: Elaun menteri, timbalan dipotong 10 peratus
27 Safar 1435H. [MOD] -
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Jan.
Kempen ‘2014-Tahun Membantah GST’ dilancar
27 Safar 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka Gabungan Bantah GST hari ini melancarkan kempen yang bertema ‘2014-Tahun Membantah GST’.
Gabungan ini terdiri daripada wakil-wakil Pakatan Rakyat, Parti Sosialis Malaysia (PSM), Gabungan Rakyat Tertindas (Jerit) dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (Nube) dan beberapa NGO lain.
Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, tidak mustahil kerajaan akan membatalkan rancangan melaksanakan GST jika rakyat konsisten mengadakan bantahan.

Langgan:
Catatan (Atom)