31 December 2013

Aishah dilantik AJK Dewan Muslimat PAS Pusat

27 Safar 1435H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat telah membentuk saf kepimpinan bagi sesi 2013/2015 dengan penambahan lajnah baru bagi memantapkan Dewan sebagai penghubung kepada seluruh masyarakat.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, penambahan Lajnah baru adalah Unit Veteran PAS diketuai mantan Ketua Muslimat PAS Pusat selama sembilan penggal, Ustazah Jamilah Ibrahim dan Lajnah Pembangunan Keluarga diketuai Datuk Siti Ashah Ghazali.

Menurutnya, Muslimat PAS Pusat turut membentuk Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Rekreasi diketuai penyanyi yang popular dengan lagu 'Janji Manismu', Wan Aishah Wan Ariffin dan Pengersi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi NGO, Aiman Athirah Aljundi.


"Saya berharap semua AJK yang dilantik dan dipilih oleh perwakilan dapat menjalankan amanah dengan menterjemahkan Islam sebagai rahmat kepada semua alam dalam apa juga aspek," katanya.

Beliau bekata, Muslimat sebagai penghubung masyarakat di setiap peringkat perlu bersama seluruh rakyat dan berusaha memberikan khidmat terbaik kepada umat.

Katanya, Muslimat perlu mendidik masyarakat supaya berakhlak mulia serta bersama mencari keberkatan dalam perjuangan menjadikan Malaysia sebuah negara yang selamat dan berkebajikan.

Mesyuarat turut memilih Azlina Che Harun sebagai Setiausaha; Bendahari, Aida Yusof Rawa; Ketua Penerangan, Mastura Mohamad dan Pengarah Pilihan Raya, Aiman Athirah Al Jundi.

Penolong Setiausaha 1 disandang Nurul Ain Zaki dan Penolong Setiausaha 2, Nurul Shuhadah Shuib. Pengerusi Tetap kekal disandang Norhashimah Deraman dan Timbalan Pengerusi Tetap, Norazlin Md Samsudin.
Berikut adalah senarai penuh pengerusi lajnah:
Pengerusi Lajnah Politik & Pilihan Raya : Siti Zailah Mohd Yusof
Pengerusi Lajnah Pemerkasaan Parti & Pengurusan Organisasi  : Dr Siti Mariah Mahmud.
Pengerusi Lajnah Antarabangsa : Mumtaz Md Nawi
Pengerusi Lajnah Tarbiyyah, Perkaderan & Dakwah : Dr Ustazah Asiah Ali
Pengerusi Lajnah Penerangan & Media : Mastura Mohamad
Pengerusi Lajnah Ekonomi & Pengukuhan Kewangan : Wan Ubaidah Omar
Pengerusi Lajnah Pendidikan : Dr Halimah Ali Abdullah
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional : Noor Hanim Ismail
Pengerusi Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan :  Ustazah Azizah Khatib Mat
Pengerusi Lajnah Alam Sekitar : Norwani Ahmat
Pengerusi Lajnah Pengguna : Normala Sudirman
Pengerusi Muslimat Legal Team (MusLeT) : Senator Khairiah Mohamed
Pengerusi Muslimat Medical Team (MusMedik) : Dr Rohani Muttalib
Pengerusi Ameerah : Fareedah Samad
Pengerusi Nisa’ : Nura Muna Halim
Pengerusi Sekretariat DMPP : Azlina Che Harun
Pengerusi Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat (DMPM): Dr Siti Mariah Mahmud
Pengarah Jabatan Pilihanraya Muslimat PAS Pusat : Aiman Athirah AlJundi
Pengarah Jabatan Briged Muslimat : Noor Afizah Basaruddin
Pengarah Jabatan IT Muslimat : Zarina Osman
Pengarah Jabatan Penyelidikan, Pembangunan & Arkib : Dr Hafizah Ahmad

AJK Dewan Muslimat PAS Pusat yang dipilih muktamar ialah  Dr Halimah Ali; Aiman Athirah AlJundi; Khairiah Mohamed; Normala Sudirman; Dr Ustazah Asiah Ali; Aida Yusof Rawa; Wan Ubaidah Omar; Mastura Mohamad; Datuk Siti Ashah Ghazali; Azizah Khatib Mat; Wan Hasrina Wan Hassan dan Kartini Ahmad.

Sembilan AJK yang dilantik ialah Noor Hanim Ismail; Wan Aishah Wan Ariffin; Zaroni Othman; Dr Rohani Muttalib; Rosiah Salleh; Mariam Abd Rashid;Norwani Ahmad; Fareedah Samad dan Nura Muna Halim.

Harakahdaily/-

No comments: