17 November 2008

Rezeki.

“Barangsiapa mencari rezeki yang halal dengan niat untuk menjaga diri supaya tidak meminta-minta, dan berusaha mencukupi keperluan keluarganya, serta supaya boleh mengasihi (orang lain), maka kelak ia akan bertemu Allah dengan wajah bagaikan bulan purnama” (HR. Imam Thabrani).

Bagi yang sudah faham cara mencari rezeki, rasanya masa teramat tinggi nilainya. Baginya masa tidak dibuang dan sangat bernilai untuknya kerana setiap detik yang berlalu dengan sia-sia bermakna terlepasnya rezeki baginya. Sebaliknya, orang-orang yang tidak faham jalan untuk mendapatkan rezeki sering kali menganggap waktunya tidak bermakna, sehingga waktunya sering kali dibuang begitu saja.

Orang yang sudah pandai mencari rezeki yang halal juga pada awalnya tidak duduk diam. Mereka pada mulanya juga belajar ke arah itu. Apalagi di saat yang sama, ada yang mendorongnya untuk belajar ke arah jalan yang benar. Misalnya, Rasulullah SAW pernah mengatakan bahwa orang yang sengaja mencari rezeki dengan cara yang tidak halal, maka selanjutnya ia tidak akan mendapatkan rezeki kecuali dengan cara yang tidak halal pula.

Sedangkan orang-orang yang mencari rezeki yang halal, bukan hanya rezeki yang didapatinya tetapi juga pahala dan kemuliaan, baik dalam pandangan manusia maupun dalam pandangan Allah. Bukan tidak mungkin, mereka juga mendapat pahala yang berganda kerana caranya mencari rezeki yang halal ditiru oleh orang lain. Bahkan dalam hadits di atas disebutkan, wajah mereka di akhirat kelak akan berseri-seri bagaikan bulan purnama. cinaislam

Ibu bapa bertanggung jawab mendidik anak menjadi orang bertaqwa

LUMUT, 8 Nov :- Menjadi tanggug jawab Ibu dan bapa untuk mewujudkan rumah tangga yang disebutkan " baiti jannati" "rumah ku syurga ku" dan memastikan mendidik anak-anak menjadi orang yang bertaqwa kepada Allah SWT, kesedaran ini diharapakn muncul dengan program yang dianjurkan pada hari ini, demikian antara ucapan ADUN Titi Serong yang mewakili YAB Menteri besar Perak semasa Merasmikan Seminar Keibubapaan Anak Remaja Mutiara Kasih yang diadakan disini.


Seminar 2 hari itu melibat 70 orang peserta dianjurkan oleh Tabung Bantuan Kebajikan Taman Klebang jaya dengan kerjasama Lembaga pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (LPPKN) Negeri perak.

Pada kesempatan itu beliau juga mengatakan pihak kerjaan sentiasa mengalu-alukan badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengadakan program-program untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan Islam kepada masyarakat . Sambil berharap program yang dijalankan itu telah mencapai matlamatnya, Drs. khalil juga berharap ianya dijalankan secara ikhlas bagi mencapai niat murni itu.

Drs. Khalil : Kerajaan akan sentiasa membantu SAR

IPOH, 16 Nov. :- Kerajaan negeri akan sentiasa memastikan dengan kemapuan yang ada padanya untuk membantu SAR yang ada dinegeri ini, Zaman malap Sekolah Agama telah pun berlalu, demikian antara kandungan ucapan ADUN Titi Serong yang mewakili YAB Menteri Besar Perak , Khalil Idham Lim semasa merasmikan Majlis Ihtifal Sekolah Rendah islam Al Ummah (ABIM) kali ke 16 yang diadakan dibangunanan Pereak Tecchno Trade Center (PTTC) disini hari ini.




Drs. Khalil sedang menyampaikan ucapan perasmian.

Majlis Ihtifal yang diadakan dengan meriah itu menyaksikan anugerah kecemerlangan pendidikan kepada murid yang terpilih untuk sesi akademik 2008.

Penyampaian Hadiah kepada Pelajar Terbaik 2008 , Adik Masturina didampingi bapanya En. Ahmad Zabidi .

Katanya bukti keperihatinan kepada Sekolah agama apabila dalam Bajet 2009 yang lepas telah diluluskan peruntukan perkapita untuk RM 60 seorang untuk sekolah rendah dan RM 70 seorang untuk sekolah menengah.

"Saya merasa hairan ada orang yang mengaku Islam namun sanggup melihat sekolah agama dimatikan dengan ditahan perkapita, ibu bapa diugut dan sebagainya" tegas beliau.

Ibu bapa memenuhi Dewan PTTC.

ADUN Titi Serong juga menjelaskan dalam ucapan perbahasan beliau telah mecadangkan penubuhan YIP, Yayasan islam Perak bagi membantu memajukan pendidikan Islam di Negeri Perak.
Majlis Ihtifal pada hari ini juga menyaksikan persembahan nasyid dan dikir barat dari pelajar kelas pra sekolah dan pelajar Tahun 6 yang menghiburkan semua yang hadir.

Nizar Presiden PAFA

IPOH, 16 Nov.:- Persatuan Bola Sepak Perak mengadakan Kongress Tahunannya setelah tertunda hampir 6 bulan bagi memilih barisan kepimpinan baru bermula dari jawatan Presiden sehinggalah pada ahli majlisnya di Hotel Heritage hari ini.

Kongres itu dipengerusikan oleh Pemangku Presiden PAFA, Dato Muhydin.

Seperti dijangka Menteri Besar Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dipilih menjadi Presiden, manakala Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan Belia dan Sukan, YB.Seah Leong Peng dipilih sebagai Timbalan Presiden. Dua naib Presiden ialah Dato Seri Isham Sharudin (Presiden Persatuan Bolasepak Daerah Taiping)) dan Cikgu Khairudin.

Sembilan Ahli Jawatankuasa telah dipilih iaitu Isham Sharudin (Tapah), Zainol Fadli (Teluk Intan), Abdul Aziz (Kuala Kangsar), Rizal Ali (Perak Malay), Haji Anuar Sahar, Roslan dan Abdul Manan.

China Menentang Perbuatan Mengaitkan Keganasan dengan Sebarang Negara, Bangsa atau Agama

NEW YORK, 16 Nov. :-China menentang perbuatan yang mengaitkan keganasan dengan sesuatu negara, bangsa atau agama, dan amat prohatin kepada berbangkinya kembali fahaman melampau seperti fahaman anti-Islam dan fahaman Fasis baru. Demikian antara kenadungan ucapan Wakil China ke PBB, Duta Besar Zhang Yesui telah berucap di Perhimpunan Agung PBB semalam.

Zhang Yesui telah menghadiri satu mesyuarat peringkat tinggi yang bertema "menggalakkan persefahaman dan kerjasama antara agama dan budaya yang berlainan melalui dialog untuk kedamaian". Beliau menyatakan dalam ucapannya bahawa dengan masalah global yang semakin menonjol, nasib negara-negara di dunia menjadi berkait rapat. Pada masa yang sama, pertikaian antara pelbagai peradaban akibat diskriminasi terhadap bangsa dan agama juga semakin meningkat.

"Walaupun asal usul dan perkembangan agama dan budaya berlainan, namun, semuanya merupakan penghabluran kebijaksanaan manusia, dan ia memberikan sumbangan kepada kemajuan dan perkembangan masyarakat manusia. Maka, ia perlulah dihormati."

Mesyuarat peringkat tinggi yang dianjurkan oleh Raja Arab Saudi, Raja Abdullah ini dirasmikan di ibu pejabat PBB di New York kelmarin. Antara lebih 70 orang pemimpin kerajaan dan pegawai kanan yang menghadiri mesyuarat selama dua hari itu, termasuk Presiden A.S., George W. Bush; Perdana Menteri Britain, Gordon Brown; Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari; Presiden Israel, Shimon Peres; dan Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad. Para peserta telah membincangkan kaedah menggalakkan toleransi dan pertukaran pandangan antara agama dan budaya yang berlainan untuk kedamaian dunia.

Zhang Yesui menyatakan bahawa China menganjurkan rasa hormat-menghormati terhadap perbezaan dan usaha menyelesaikan konflik secara damai. China sentiasa menentang fahaman melampau, diskriminasi agama dan bangsa.

"China menganjurkan agar membantu pemuda mewujudkan pandangan yang betul terhada peradaban dan dunia melalui pendidikan. Pemuda merupakan masa depan masyarakat manusia. Kerajaan negara-negara di dunia patut mengambil tindakan yang berkesan dalam jangka panjang untuk menyebarkan fahaman kedamaian yang bertoleransi, memahami dan menghormati budaya dan agama yang berlainan."

Zhang Yesui juga menegaskan peranan media massa dalam usaha tersebut.

"China menganjurkan agar pihak media memikul tanggungjawab masyarakatnya, memainkan peranan sebagai utusan yang menyebarkan kedamaian dan kebudayaan, menggalakkan masyarakat yang bertolak ansur, bertimbang rasa dan harmoni. Sebagai penyebar maklumat, media massa perlu mengutamakan kualiti berita, dan menyampaikan maklumat yang benar dan bermanfaat, memelihara moral dan keadilan masyarakat, mengelak daripada menyebarkan fahaman yang menghasut dan menghina yang mengakibatkan pertentangan antara agama dan budaya."

Zhang Yesui menyatakan lagi bahawa kerajaan China sentiasa menyokong dan aktif menyertai usaha-usaha yang dibuat oleh masyarakat antarabangsa untuk menggalakkan dialog antara agama dan budaya. Dialog Agama Berlainan, Sidang Asia-Eropah ke-3 telah diadakan di China pada tahun lalu, dan diluluskan Perisytiharan Nanjing. Kerajaan China juga menyertai beberapa inisiatif dan mekanisme anjuran PBB yang berhubung dialog antara peradaban yang berlainan. Akhirnya, beliau berharap inisiatif dan mekanisme tersebut dapat saling melengkapi, memainkan peranan sebagai jambatan bagi komunikasi dan kerjasama, menggalakkan perkembangan masyarakat manusia dan memberikan sumbangan bagi pembangunan dunia yang harnomi