03 April 2008

Ir. Nizar umum beberapa polisi baru Perak

IPOH 2 April – Semua wakil rakyat dan pegawai kanan kerajaan di negeri ini diwajibkan mengisytiharkan harta mereka kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memastikan ketelusan pentadbiran kerajaan negeri.

Menteri Besar, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pengisytiharan pemilikan harta itu dibuat secara berperingkat dengan didahului beliau sendiri, anggota Exco kerajaan negeri dan diikuti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta pegawai kanan kerajaan.

‘‘Kita mewajibkan wakil rakyat dan ketua jabatan mengisytiharkan harta masing-masing kerana mahu mereka bersikap telus seterusnya menunjukkan teladan baik kepada rakyat.

‘‘Pengisytiharan harta merupakan satu daripada lima prinsip bekerja yang akan diamalkan oleh kerajaan negeri yang baru dibentuk ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mendengar taklimat berhubung bidang tugas Exco daripada ketua-ketua jabatan di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Taklimat yang bermula dari pukul 10 pagi hingga 2 petang itu dihadiri oleh semua Exco kerajaan negeri termasuk Mohammad Nizar.

Selain mengisytiharkan harta, Mohammad Nizar berkata, kerajaan negeri turut memutuskan bahawa satu pertiga daripada ahli pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dilantik mestilah daripada kalangan bukan ahli politik iaitu golongan akademik dan profesional.

Seterusnya kata beliau, semua tender untuk projek di bawah kerajaan negeri pula mesti dibuat secara terbuka dengan keutamaan diberikan kepada rakyat tempatan di negeri ini.

Katanya, satu Lembaga Panel Aduan Rakyat turut ditubuhkan untuk dijadikan saluran kepada rakyat menyampaikan aduan, rintihan atau rasa tidak puas hati mereka terhadap sebarang isu dan aduan terhadap ADUN.

‘‘Lembaga Aduan Rakyat ditubuhkan supaya rakyat boleh menyampaikan aduan mereka berhubung apa sahaja isu untuk pengetahuan kerajaan negeri seterusnya membolehkan Menteri Besar dan wakil rakyat mengkaji semula perkhidmatan mereka,” jelasnya.

Tidak Cediknya Ali Rustam

Menyibuk @ terlalu jaga tepi kain orang....itulah komen awal saya bila terbaca ulasan Ali Rustam mengenai pakatan Rakyat yang ditubuhkan kelmarin. Nampaknya beliau lari dari tajuk yang dia kena bincang dan fikir iaitu masaalah dalam batang tubuh UMNO dan BN itu sendiri. "Sudah retak akan menemui belah" itulah apa yang dialami oleh UMNO sekarang.


Ali Rustam sebagai dipetik berkata bahawa UMNO yakin Pakatan Rakyat yang dibentuk melalui kerjasama Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas tidak mampu bertahan lama.tambahnya lagi pakatan tersebut akan goyang dan runtuh memandangkan ketiga-tiga parti itu khususnya DAP dan Pas tidak pernah sehaluan.

Beliau turut mencabar pembangkang supaya membentuk sebuah parti yang menggabungkan DAP, PKR dan Pas sebagai parti komponen bagi membuktikan mereka mempunyai kesepakatan yang kukuh.'Sebenarnya mereka tidak boleh sehaluan dalam tempoh yang panjang. Apakah semua ahli Pas bersetuju untuk menggugurkan perkataan Islam semata-mata mahu bersepakat dengan DAP?

Sebetulnya komen Ali tidak lebih dari gambaran kebimbangan pemimpin UMNO setelah ada persefahaman kembali antara parti PAS, PKR dan DAP. Alasan kita tidak pernah sehaluan adalah suatu kenyataan tidak cerdik yang dilemparkan. Kalau tidak sehaluan mana mungkin kita boleh duduk semeja. Seperti tidak sehaluannya Ali dengan musuh-musuh politiknya adakah beliau boleh duduk semeja.

Cengkaman yang kuat hasil dari gabungan Barisan Rakyat di Perak sehingga menubuhklan kerajaan baru Perak adalah gambaran awal dan tapak awal dalam penubuhan Pakatan Rakyat. Alasan yang kuat inilah adalah suatu bukti yang akan mengubah landskap politik Malaysia dalam tempoh mendatang. UMNO dan BN akan reput ditelah zaman setelah khianat kepada amanah yang diberikan selama 50 tahun.

60,000 penduduk kampung baru dapat geran tanah

IPOH 2 April – Lebih 60,000 penduduk kampung baru di negeri ini akan memperoleh geran pemilikan kekal ke atas tanah yang didiami apabila kerajaan negeri membuat keputusan membenarkan mereka memiliki tanah tersebut.


Menteri Besar Perak, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, selain penduduk kampung baru, peluang tersebut turut diberikan kepada mereka yang mendiami kampung tersusun sebagai ‘hadiah’ daripada kerajaan negeri terhadap rakyat yang mengundi ketiga-tiga parti membentuk kerajaan campuran itu pada pilihan raya lalu.

“Ini adalah tawaran terbesar kami kepada rakyat di atas sokongan mereka terhadap kami pada pilihan raya lepas, apatah lagi peluang ini memang ditunggu-tunggu oleh mereka yang sudah lama mendiami tanah tersebut.

‘‘Selama ini, mereka begitu bersabar menduduki tanah terbabit menggunakan geran tanah pemilikan sementara (tol) walaupun sudah tinggal di situ sejak 1948 iaitu sebelum merdeka lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mendengar taklimat daripada ketua-ketua jabatan di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Kezaliman.

“Kalau kamu merasa berkuasa melakukan kezaliman kepada hamba-hamba Allah, ingatlah bahwa Allah lebih berkuasa membalasnya” (Umar bin Khattab r.a.).



Salah satu perbuatan berdosa yang cepat sekali mendatangkan azab Allah di dunia ini ialah perbuatan zalim, kata Rasulullah SAW. Apalagi, salah satu doa yang paling cepat dikabulkan Allah ialah doa orang( orang) yang dizalimi. Jeritan hati mereka didengar Allah. Peringatan Rasul SAW itu kiranya cukup untuk menjadikan hati kita menyedari kembali apakah kita sendiri sering melakukan kezaliman selama ini.

Untuk mengetahuinya, kita perlu meletakkan diri seperti perasaan orang lain. Misalnya, tempatlah diri kita pada tempat orang orang yang sepatutnya lulus dalam suatu ujian kenaikan pangkat atau jawatan, namun kita yang kebetulan sedang berkuasa meminggirkan mereka demi meluluskan saudara atau teman kita sendiri, atau orang yang talah diterima sogokan darinya. Rasakan bagaimana mereka merasakan kepiluan atau kesedihan mereka. Bila tumbuh perasaan seperti yang mereka rasakan, itu berarti hati kita masih subur dengan siraman keimanan.

Namun bila sudah tidak mampu lagi merasakannya, itu pertanda hati sebagai tempat tumbuhnya minat yang baik sudah menjadi keras. Hati yang sudah keras merupakan pertanda bahwa hati itu telah kering dari siraman keimanan. Jelasnya, hati yang demikian tidak dimiliki kecuali oleh orang-orang yang tidak (lagi) beriman. Hati yang demikian hanyalah dimiliki oleh orang yang sudah Allah siapkan dengan bermacam azab baik di dunia ini mahupun di akhirat kelak. Satu hal lagi yang harus diingat, sebagaimana kata Umar bin Khattab, bahwa Allah lebih berkuasa membalas perbuatan aniaya pada hamba hambaNya.

Kenapa perlu saya letak jawatan ?

Setelah berita angin bertiup kencang mengenai perletakan jawatannya, Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan dengan keras spekulasi yang beliau akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.



Abdullah mengulangi pendiriannya beberapa hari yang lepas yang beliau tidak akan lari daripada tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri.

“Saya masih di sini. Saya masih di sini. Saya masih di sini. Mereka semua membuat spekulasi. Saya larilah. Saya letak jawatan. Kenapa perlu saya letak jawatan.

“Kerajaan saya mendapat majoriti besar (walaupun) bukan dua pertiga tetapi amat kukuh...itulah sokongan yang diterima. Takkan saya nak lari, tinggal saya punya tanggungjawab,” katanya.

Sitiuasi tidak menentu dalam politik negara dilihat setelah mandat yang agak rapuh diperolihi oleh parti yang diketui oleh Pak Lah. Perbalahan dengan pihak istana dalam soal perlantikan Menteri Besar Perlis dan Terengganu dilihat sebagai suatu krisis yang memalukan kerajaan dan kewibawaan Abdullah. Selain itu penarikan diri satu demi satu oleh timbalan menteri yang dilantiknya adalah sesuatu yang luarbiasa dan menggambarkan lemahnya arahan beliau.

Dalam keadaan ia tidak dihormati oleh kawan dan apa lagi lawan sewajarlah spekulasi mengenai perletakan jawatannya berlegar dalam kepala semua rakyat Malaysia.

MB Kedah umum kenaikan gaji guru SAR

Kerajaan Kedah hari ini mengumumkan kenaikan gaji bagi guru sekolah agama rakyat (SAR) di negeri ini berkuat kuasa semalam. Menteri Besar, Azizan Abdul Razak, berkata kenaikan itu dibuat mengikut Skim Saraan Malaysia (SSM), selaras dengan tangga gaji yang diterima oleh guru sekolah kebangsaan. “Sebelum ini, tangga gaji guru SAR tidak mengikut kelulusan yang mereka miliki, justeru kerajaan negeri meluluskan permohonan untuk menaikkan gaji mengikut gred SSM,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Beliau berkata, kenaikan gaji kepada 214 orang guru SAR di 21 buah sekolah itu membabitkan peruntukan RM2.5 juta bagi tahun ini saja. Mengenai peletakan jawatan anggota Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) serta ahli Majlis Daerah, Perbandaran dan Majlis Bandaraya, Azizan berkata, pihaknya sudah menerima surat berhubung perkara itu hari ini. “Lantikan baru akan dibuat selepas mesyuarat Exco minggu depan,” katanya.

Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengarahkan semua 1,938 JKKK serta ahli Majlis Daerah, Perbandaran dan Majlis Bandaraya daripada Umno meletak jawatan berkuat kuasa semalam ekoran kekalahan Barisan Nasional (BN) di negeri ini dalam pilihan raya umum, 8 Mac lalu.