03 April 2008

Kenapa perlu saya letak jawatan ?

Setelah berita angin bertiup kencang mengenai perletakan jawatannya, Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan dengan keras spekulasi yang beliau akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.



Abdullah mengulangi pendiriannya beberapa hari yang lepas yang beliau tidak akan lari daripada tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri.

“Saya masih di sini. Saya masih di sini. Saya masih di sini. Mereka semua membuat spekulasi. Saya larilah. Saya letak jawatan. Kenapa perlu saya letak jawatan.

“Kerajaan saya mendapat majoriti besar (walaupun) bukan dua pertiga tetapi amat kukuh...itulah sokongan yang diterima. Takkan saya nak lari, tinggal saya punya tanggungjawab,” katanya.

Sitiuasi tidak menentu dalam politik negara dilihat setelah mandat yang agak rapuh diperolihi oleh parti yang diketui oleh Pak Lah. Perbalahan dengan pihak istana dalam soal perlantikan Menteri Besar Perlis dan Terengganu dilihat sebagai suatu krisis yang memalukan kerajaan dan kewibawaan Abdullah. Selain itu penarikan diri satu demi satu oleh timbalan menteri yang dilantiknya adalah sesuatu yang luarbiasa dan menggambarkan lemahnya arahan beliau.

Dalam keadaan ia tidak dihormati oleh kawan dan apa lagi lawan sewajarlah spekulasi mengenai perletakan jawatannya berlegar dalam kepala semua rakyat Malaysia.

2 ulasan:

bona berkata...

Betul la kata2 Zulkifli Nordin, orang UMNO ni masih hidup dalam khayalan. Apa pun saya masih sokong Pak Lah jadi PM sebab dia akan terus hancurkan UMNO dan BN. Itu misi utama yang dia tak perasan.

nina najwan berkata...

YB,
Kalau boleh minta tolong kat semua YB-YB Pakatan Rakyat untuk terus "sokong" Kabinet Persekutuan (yg macam kabinet dapur tu) untuk dikekalkan. Kalau kabinet macam ni, senang sikit BN hancur dan cepat sikit lah PR peintah Malaysia, insyaAllah.
Saya setuju dengan cadangan bona & cadangan ketua AMK untuk Dollah terus jadi PM & presiden UMNO. Lagi kepala batu & degil dia nak turun, lagi baik untuk rakyat dan lagi cepat UMNO masuk muzium, insyaAllah.