03 November 2011

Pemurnian sejarah lebih utama dari cerita hantu

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 3 Nov: PAS tetap berpendirian Jawatankuasa Khas Kabinet untuk mengkaji semula penulisan sejarah kemerdekaan negara perlu ditubuhkan sebagai usaha pemurnian sejarah khususnya fakta mengenai pejuang-pejuang kemerdekaan.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub (gambar) berkata, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan seharusnya mengutamakan usaha penulisan semula sejarah kerana terdapat percanggahan fakta yang dibuat Majlis Profesor Negara (MPN) sebelum ini.

"Kementerian seharusnya lebih mengutamakan usaha pemurnian sejarah berbanding membenarkan lebih banyak cerita hantu dan seram disiarkan di televiseyen.

"Lebih-lebih lagi apabila timbul kenyataan MPN bahawa Malaysia tidak pernah dijajah. Ini sangat mengelirukan dan perlu kepada jawatankuasa bertindak," kata beliau ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai membidas jawapan Timbalan Menteri, Datuk Maglin Dennis D'Cruz bahawa belum sampai masanya untuk kerajaan menubuhkan jawatankuasa tersebut.

Maglin dalam jawapannya memberi alasan Pakatan Rakyat akan menuduh terdapat campur tangan politik dalam penulisan sejarah jika jawatankuasa tersebut ditubuhkan.

Beliau sebaliknya berkata, seeloknya usaha itu dilakukan para sejarawan sendiri.

"Jawapan Timbalan Menteri itu tidak berapa inovatif...seharusnya kena ada pemikiran yang ke depan, bukan makin ke belakang," kata Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS.

Sebelum ini seorang lagi Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar pernah mengutarakan cadangan itu selepas kenyataan kontroversi

Pengerusi MPN, Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling bahawa Malaysia tidak pernah dijajah.

Namun tidak ada sebarang respons berhubung perkara itu.

HARAKAHDAILY/-

Muslihat politik tidak lulus daftar Pakatan

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 3 Nov: Pakatan Rakyat mengesyaki terdapat ‘muslihat politik’ apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) enggan meluluskan permohonan pendaftaran mereka untuk menjadi satu parti.

Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke berkata, ROS sengaja tidak mahu meluluskan pendaftaran Pakatan Rakyat kerana takut mereka menjadi satu gaubungan yang kuat dalam pilihan raya umum ke-13.

Mereka (ROS) sengaja tidak mahu mendaftarkan Pakatan Rakyat kerana takut kita akan menjadi satu entiti yang kuat untuk mencabar BN.

"Untuk pilihan raya akan datang, kita tidak boleh letak calon Pakatan tapi letak calon PAS, DAP dan PKR kerana belum berdaftar. Saya lihat ini ada muslihat politik," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution menyelar jawapan Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Osman baru-baru ini bahawa pedaftaran Pakatan Rakyat tidak diluluskan kerana mereka tidak membuat permohonan baru selepas pengerusi Pakatan waktu itu, Datuk Zaid Ibrahim keluar parti.

"Majlis Presiden Pakatan kesal dengan kenyataan tersebut kerana Pakatan telah ambil langkah yang perlu sejurus Datuk Zaid tinggalkan Pakatan.

"Kita lantik pengerusi Pakatan Rakyat yang baru iaitu Ahli Perlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaffar menggantikan Datuk Zaid," katanya yang juga Ahli Parlimen Machang.

Beliau berkata, dalam tempoh dua tahun lalu, mereka sering mengadakan pertemuan dengan pihak ROS untuk mengetahu perkembangan mengenai permohonan tersebut tapi gagal mendapatkan sebarang jawapan.

ROS, katanya masih memberi alasan bahawa permohonan lama Pakatan Rakyat iaitu sewaktu Zaid masih bersama PKR masih belum diluluskan dan Pakatan tidak membuat permohonan baru.

"Mengikut perlembagaan Pakatan Rakyat, sesiapa yang keluar parti, kedudukannya sebagai pengerusi akan terbatal. Jadi tiada masalah dalam hal itu," katanya.

Sehubungan itu katanya, Majlis Presiden Pakatan yang bermesyuarat petang semalam memutuskan untuk membuat keputusan baru sekiranya permohonan mereka masih tergantung.

"Sekarang kita buat keputusan untuk teruskan permohonan tapi kalau tidak ada jawapan juga, kita akan putuskan tindakan baru," katanya.

Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dr, Hatta Ramli pula berkata, tindakan ROS itu menggambarkan kelemahan pegawai-pegawai kerajaan menjalankan tugas.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai, ROS sepatutnya memaklumkan kepada Pakatan sekiranya terdapat kesalahan dalam borang permohonan atau sebagainya.

"Kalau ada sebarang kesilapan dalam permohonan atau perlu maklumat biasanya mereka akan hubungi pemohon tapi tiba-tiba kata tak hantar permohonan baru sedangkan pertukaran individu dalam jawatankuasa penaja adalah perkara biasa.

"Ini memberi gambaran yang tidak baik kepada pegawai kerajaan dan ada orang yang dijadikan mangsa," katanya.

HARAKAHDAILY/-

Mati ditetak di hadapan isteri dan anak

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

JOHOR BAHRU – Seorang kontraktor pendawaian mati setelah ditetak di hadapan isteri dan anaknya di kediaman mereka di Jalan Balau 4, Taman Rinting dekat Masai di sini semalam.

M. Rajandran, 50, mati setelah cedera parah di bahagian pipi dan bahu kirinya.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Roslan Zainuddin berkata, siasatan awal polis mendapati lebih daripada seorang suspek memasuki rumah itu melalui pintu belakang yang tidak berkunci.

"Mereka menyerang mangsa dan menetaknya dengan senjata tajam di hadapan isteri dan seorang anak perempuannya yang berusia 16 tahun,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, motif kejadian masih disiasat dan polis terpaksa menunggu untuk mengambil keterangan daripada isteri dan anak mangsa yang masih trauma.

Mayat Rajandran dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat. – Bernama

PAS Perak minta polis lebih profesional

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

IPOH, 3 Nov: PAS Perak kecewa dengan Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan dan Keurusetiaan Cawangan Khas Bukit Aman SAC 1 Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail kerana menjadikan majlis pertemuan khas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan warga pendidik Sekolah Agama Negeri Perak baru-baru ini sebagai medan menghentam dan memfitnah PAS.

Ketua Penerangannya, Ustaz Nuri Al-Amin Endut berkata, Abdul Rahman telah menayang video kemalangan yang menimpa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang dilanggar ketika himpunan aman Bersih 2.0 sedangkan isu tersebut telah pun di bawa ke mahkamah dan kini masih dalam perbicaraan.

Malah, katanya Abdul Rahmani juga ingin melibatkan Mohamad dan PAS dalam menyokong perjuangan komunis yang mana dasar yang dibawa komunis jelas sekali bertentangan dengan dasar Islam yang didukung PAS.

“Kami mendesak Abdul Rahman agar lebih bersikap profesional dan tidak mempolitikkan isu yang kini telah dibawa ke mahkamah agar menghormati undang-undang negara,” tegasnya.

Sikap seperti itu, katanya jelas boleh memberikan gambaran buruk terhadap pihak polis yang dilihat turut sama berpolitik bagi memastikan sokongan Barisan Nasional (BN) terus kekal dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

HARAKAHDAILY/-

Kes Hasan Ali tak perlu dipolemik

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KEHADIRAN Dr Hassan Ali, Exco Kerajaan Selangor dalam HIMPUNAN sejuta ummat di Stadium Shah Alam 22 Oktober lalu telah menjadi pertikaian panas dalam media.
Yang terjadi demikian ialah kerana partinya, PAS membuat keputusan tidak menyertai himpunan memprotes gejala murtad yang dianjurkan oleh beberapa NGO Islam.

Kerajaan Selangor yang dia adalah Exconya menyatakan tidak terlibat lalu menyerahkan kepada rakyat sama ada menyertainya atau berkecuali.

Lalu tiada mana-mana pemimpin PAS menjenguk ke stadium itu kecualilah Dr. Hassan. Demekian juga tidak diketahui mana-mana pimpinan kerajaan negeri hadir kecuali Dr. Hassan.

Dr. Hassan adalah pakar motivasi yang ulung. Sebelum bidang motivasi itu dikenali umum, maka Dr. Hassan sudah terjun ke situ. Ada dipercayai puluh ribu orang mendapat manfaat didikan dan latihan minda dari khidmatnya itu. Tidak terhingga bilangan orang yang telah terbuka mindanya setelah mendapat asuhan daripada kursus motivasi yang dianjurnya.

Jika sekalin yang kurang terbuka minda dari khidmatnya, maka tentulah sebagai pemecah kebekuan minda semua orang, lebih terbuka mindanya dari semua orang.

Tiada sebarang kesalahannya kepada partinya dan kerajaan yang didukungnya dengan kehadirannya itu. Partinya membuat keputusan tidak serta kerana menghormati penganjur tidak mahu ada penglibatan politik dalam himpunan itu, tetapi parti itu tidak melarang sesiapa menyertainya.

Jika pemimpinnya seperti Dato' Dr. Haron Din, atau Mohamad Sabu atau Mustafa Ali hendak pergi, maka mereka boleh pergi, bukan mewakili parti, tetapi atas nama diri sendiri. Bagaimana pun mereka menggunakan kelonggaran yang diberi oleh partinya.

Yang diketahui pergi Dr. Hassan. Tidaklah dia salah apabila dia menggunakan kelonggaran yang ada itu.

Kerajaan Negeri Selangor juga tidak melarang mana Exco dan kaki tangan kerajaan seperti Setiausaha Kerajaan Negeri atau Penasihat Undang-Undang. Mereka boleh pergi dan boleh tidak pergi. Maka tiada exco yang dilihat kecuali Dr. Hassan. Kerana tidak larangan dari kerajaan, tiadalah salah bagi Dr. Hassan.

Dr. Hassan adalah pakar motivasi, pemecah segala fikiran yang buntu, pembuka saluran kepada pemikiran yang sempit. Jika dia boleh selesaikan semua masalah orang yang tersimpul, maka tentulah dia amat tahu apa yang dibuatnya.

Justeru itu kehadiran Dr. Hassan ke himpunan tidak wajar menjadi topik polemik mana-mana pihak kerana tindakannya tidak bercanggah dengan mana undang-undang dan prinsip demokrasi.

Partinya dan kerajaannya juga tidak membuat peraturan yang melarangnya hadir di majlis itu.

Hassan memiliki kelebihan dan keistimewaan dari lain-lain orang politik termasuk Dr. Mahathir. Orang lain payah pisahkan politiknya bila menyertai mana-mana kegiatan yang bebas politik. Kalau Dr. Mahathir dan isteri singgah ke mana-mana gerai di pasar malam atau Najib jenguk pondok India miskin, tanpa sebarang motif politik, tetapi orang kata adalah politiknya.

Kalau Tok Guru Nik Aziz singgah sembahayang sunat di mana-mana surau, lalu orang surau melihatnya minta beliau bagi sedikit tazkirah. Tetapi ia katakan berpolitik juga.

Payah bagi mereka hendak menyangkutkan baju politik di luar dinding.

Tetapi Dr. Hassan boleh sangkut jeket politik di luar pagar stadium untuk menyertai protes anti murtad itu dan tidak sesiapa melihat dia membawa sebarang makna politik.

Orang yang hadir tidak terasa dia orang politik dan yang tidak pergi yang melihat gambar hadir juga tidak terasa dia orang politik. Mungkin orang lebih melihatnya sebagai pakar mativasi.

Dalam polemik kehadirannya itu dia telah menyatakan pendiriannya tentang mengapa dia hadir walau pun partinya membuat keputusan tidak hadir. Kenyataannya itu langsung tidak berbau politik dan tiada sebarang kesan politik.

Dia sangat berjaya membebaskan diri dari ikatan politik. Itulah agaknya dia jadi orang politik pembangkang yang sangat disenangi oleh Prof. Zainal Kling.

Saya teringat mula-mula Dr. Hassan Ali mula-mula menyertai PAS. Tak sampai beberapa tahun dia hendak bertanding Naib Presiden. Dia tanya pandangan saya.

Kata saya, ‘Masuklah! Tiada undang-undang yang melarang dan demokrasi dalam PAS tidak menyekat.’

Dia menang. Dia kata pada saya, ‘Orang cepat naik, cepat juga turun...!’

Saya gelak saja. Apa yang dia kata itu, macam dia meramalkan dirinya.

HARAKAHDAILY/-

Sering tergendala: SPAD periksa monorel Melaka

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Operasi Melaka Monorel dihentikan selama dua hari bermula hari ini bagi membolehkan kerja-kerja pemeriksaan secara keseluruhan dilakukan pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Tindakan itu, selepas insiden sepasang pelancong dari Britain terkandas dalam monorel berkenaan dipercayai berpunca daripada kerosakan pada pam pintu sehingga menyebabkan sistem terhenti.

Ketua Pegawai Operasi SPAD, Azhar Ahmad berkata, kerja-kerja pemeriksaan itu akan dilakukannya bersama empat pegawai.

“Saya nilaikan kejadian yang berlaku amat serius kerana dikhuatiri boleh menjejaskan imej negara kerana ia turut membabitkan pelancong dari luar negara.

“Kita minta sistem Melaka Monorel ditutup selama 48 jam sehingga Jumaat ini bagi membolehkan jurutera SPAD melakukan pemeriksaan lanjut terhadap aspek keselamatan dan teknikal pada keseluruhan sistem ini,” katanya selepas mengadakan sidang akhbar mengenai perkara itu, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari, Nazary Ahmad.

Menurut Azhar, seramai lima jurutera yang dilantik SPAD akan melakukan pemeriksaan selama 48 jam terhadap keseluruhan sistem monorel berkenaan.

"Kita mahu pastikan sama ada kemudahan itu selamat digunakan, menepati aspek keselamatan dan langkah diambil jika berlaku insiden kecemasan.

"Bagaimanapun, sekiranya Menara Taming Sari memerlukan lebih lama masa untuk menangani masalah itu, SPAD akan mengeluarkan arahan bagi memastikan perkhidmatan yang disediakan benar-benar selamat," katanya.

Pada kejadian yang berlaku kira-kira jam 1 tengahari Khamis lalu, dua pelancong Britain, James Craft, 57, bersama pasangannya Anne Craft, 49, terpaksa diturunkan menggunakan tangga kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat setelah terkandas kira-kira satu jam dalam monorel berkenaan.

Kejadian berlaku berhampiran Stesen Monorel Hang Jebat.

Operasi perkhidmatan Melaka Monorel yang bernilai RM15.9 juta itu bermula sejak setahun lalu dan pernah dihentikan sebanyak tiga kali akibat masalah teknikal.

malaysiakini/-

Banjir di barat Bangkok semakin buruk

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Kawasan di barat Bangkok sekali lagi diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga peringkat tinggi berikutan keadaan banjir di kawasan itu semakin buruk ekoran Sungai Chao Phraya melimpah dan kerosakan pada dinding tebatan banjir.

Perdana Menteri Yingluck Shinawatra berkata paras air adalah satu meter lebih tinggi daripada dinding tebatan banjir di situ.

Beliau berkata pihak berkuasa juga mengesan kerosakan di 11 tempat pada dinding tebatan banjir dan kerja-kerja membaik pulih keseluruhan kerosakan itu dijangka siap pada 10 Nov.

Banjir di beberapa daerah di barat Bangkok iaitu Thawi Wattana, Taling Chan dan Bang Phlad telah merebak ke Bang Kae dan Thon Buri, semalam.

Pengarah Pusat Operasi Bantuan Banjir Plodprasop Suraswadi yang juga Menteri Sains dan Teknologi hari ini memberi amaran bahawa keseluruhan barat Bangkok boleh dilanda banjir dalam tempoh 15 hingga 20 hari kerana terdapat kira-kira tiga bilion meter padu air banjir di kawasan itu.

Yingluck berkata pihak berkuasa berdepan masalah untuk mengalirkan keluar air banjir di kawasan barat Bangkok akibat terusan yang tersumbat dan sempit.

Dalam langkah yang mengejutkan, Yingluck semalam mengubah keputusannya Selasa lalu mengenai menaikkan paras di pintu air sluis di Klong Sam Wa.

"Kami akan kurangkan pembukaan pintu air," katanya tanpa menyatakan secara spesifik paras baru dan alasan berbuat demikian.

Dua hari lalu, beliau mengarahkan Dewan Bandaraya menaikkan pintu air kepada satu meter daripada 80sm ekoran bantahan keras penduduk di situ.

Pada awalnya, penduduk di daerah Klong Sam Wa di timur Bangkok mendesak pihak berkuasa membuka pintu air daripada 0.6 meter kepada 1.5 meter kerana kawasan mereka telah ditenggelami banjir kira-kira tiga bulan.

Mereka mengadakan protes di pintu air sluis itu pada Isnin dan bersetuju dengan paras 0.8 meter selepas berunding dengan pihak Dewan Bandaraya pada Isnin.

Bagaimanapun, penduduk mengadakan satu lagi protes Selasa lalu dan mendesak paras dinaikkan kepada 1.5 meter, mendorong campur tangan daripada Perdana Menteri yang mengarahkannya dinaikkan lagi kepada 1 meter.

Beberapa penduduk malahan merosakkan pintu air itu dalam protes semalam yang dikawal oleh kira-kira 200 anggota polis.
Tindakan Yingluck itu telah dikritik oleh pentadbiran Bangkok Metropolitan dan pembangkang.

Timbalan Gabenor Bangkok Thirachon Manomaipiboon berkata menaikkan pintu air sluis itu kepada 1 meter akan mendedahkan seluruh Bangkok kepada ancaman banjir walaupun 19 daerah lain di tengah kota Bangkok terselamat daripada bencana alam itu buat masa ini.

Parti Demokrat menyelar tindakan Yingluck kerana kerajaan tidak sepatutnya tunduk kepada tekanan semasa mengendalikan krisis banjir.

Jurucakap parti pembangkang itu, Chavanond Intarakomalyasut mahu kerajaan melaksanakan dekri darurat bagi memudahkan usaha kerajaan menangani banjir serta mengawal penunjuk perasaan.

Konfrontasi antara pihak berkuasa dan penduduk mengenai isu pintu air sluis turut dilaporkan berlaku di wilayah-wilayah lain tetapi situasi keseluruhannya adalah terkawal.

Dalam kes tertentu, pekerja telah meminta perlindungan polis semasa membaik pulih dinding tebatan banjir dan pintu air sluis dan dalam satu kes, tembakan amaran dilepaskan di udara oleh seorang penduduk yang cuba menghalang pekerja menjalankan kerja mereka.

Kira-kira satu pertiga daripada negara ini masih ditenggelami banjir dengan 2.1 juta orang dari lebih 10,000 kampung di 26 wilayah terjejas oleh banjir yang melanda negara ini secara berperingkat bermula 25 Julai. Angka kematian meningkat kepada 427 orang hari ini.

- Bernama

Rais bercakap tangani jenayah siber, indah khabar dari rupa.

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
Kenyataan Media
ADUN Titi Serong.

Saya mengalu-alukan kenyataan berupa satu persetujuan dicapai untuk mewujudkan satu mekanisme jaringan antarabangsa yang jitu bagi menangani masalah jenayah siber, seperti yang di dedahkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, persetujuan itu dicapai dalam Persidangan London mengenai Ruang Maya yang diadakan selama dua hari dan berakhir semalam.

Namun realiti kepada apa yang di banggakan oleh Rais Yatin merupakan perkara yabg sebaliknya di negaranya sendiri.

Nampaknya Rais semacam nampak kuman diseberang laut tetapi membutakan gajah yang berada didepan matanya.

Kata Rais lagi "Jadi dengan itu, dapat dirumuskan bahawa persidangan ini berjaya membuka mata dunia supaya menentukan bahawa jenayah siber harus ditangani secara bersekutu sama ada di peringkat nasional, wilayah atau antarabangsa," katanya kepada Bernama dan RTM selepas menghadiri persidangan berkenaan di sini, semalam.

Rais menghadiri persidangan berkenaan bagi pihak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Persidangan itu dirasmikan Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar dan Komanwel British, William Hague. Turut hadir Perdana Menteri Britain, David Cameron.

Seramai kira-kira 700 peserta menghadiri persidangan yang terdiri daripada kalangan pemain utama ruang maya dari seluruh dunia termasuk daripada kerajaan, industri dan masyarakat sivil.

Apa yang berlaku di Malaysia jauh langit dari bumi seperti apa yang dihasratkan. Kenyataan Rais kononnya jenayah siber harus ditangani secara bersekutu sama ada di peringkat nasional, wilayah atau antarabangsa adalah indah khabar dari rupa dan merupakan usaha untuk perbodohkan rakyat.

Bayangkan apabila kumpulan yang mengfitnah Datuk Seri Anwar dengan klip video lucah dengan menyerahkan satu salinan asli kepada pihak polis namun tidak beberapa lama sesudah itu disiarkan dalam blogger pro umno tanpa henti dan batasan apa lagi dihalang.

Dari itulah beredarnya klip video dan menjadi tayangan umum ditempat awam dan kursus dan majlis resmi kerajaan termasuk di Kuala Kangsar baru-baru ini.

Dimanakah Rais yang bercakap sehingga menangani jenyah siber di peringkat antarabangsa sedang di negaranya sendiri dalam keadaan porak peranda dan tidak ada tindakan yang serius.

Apa lagi kita punya bukti bahawa umno sanggup mengupah sekumpulan blogger dan melakukan berbagai fitnah terhadap pimpinan Pakatan Rakyat serta menghalalkan jenayah siber yang dikatakan.

Rais nampaknya cuba berbohong kononnya sumbangan Malaysia dalam menangani keganasan dan masalah keselamatan siber turut mendapat perhatian masyarakat antarabangsa. sedangkan realiti yang berlaku di Malaysia yang ditangani hanya sebelah pihak sahaja walaupun ianya berasas dan punya fakta.

Kalaupun berupa fitnah dan rekaan blogger por umno demi menjatuhkan dan memburukkan pimpinan Pakatan Rakyat ianya dibiarkan dan semacam bukan jenayah siber yang dilaungkan.

Realiti yang sebenarnya jenayah yang dimaksudkan oleh Rais selagi ianya menguntungkan umno dan bn ianya bukanlah satu kesalahan, tetapi kalau ianya menggugat kuasa dan kedudukan umno dan pemimpinnya ianya adalah jenayah siber.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong.
3 November 2011

Maraton lelaki 100 tahun

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

FAUJA SINGH menamatkan larian Toronto Waterfront di Kanada sejauh 41.9 kilometer dalam masa lapan jam, 25 minit dan 16 saat baru-baru ini.

FAUJA SINGH mengejutkan dunia dengan menyertai larian maraton ketika usianya mencecah 100 tahun. Pelari Britain itu menamatkan maraton Toronto Waterfront di Kanada sejauh 41.9 kilometer dalam masa lapan jam, 25 minit dan 16 saat baru-baru ini.

Bagaimanakah pencapaian melangkaui usia itu dapat dilakukan? Padahal kebanyakan daripada kita akan bersyukur sekali gus terkejut kerana masih terus bernafas pada usia satu abad. Menyertai larian maraton pada usia sebegini ibarat nukilan novel sains fiksyen.

Namun, realitinya, Singh masih dapat mengatasi lima peserta lain yang lebih muda untuk menamatkan larian di tempat ke-3,850.

Dia meletakkan kejayaannya kepada amalan tidak merokok atau minum arak, berfikiran positif dan makan kari halia.

Namun, jika hanya semua itu yang diperlukan, jalan-jalan raya akan dipenuhi pelari berusia seabad manakala setiap rumah orang tua memiliki pasukan atletnya sendiri.

Pakar perubatan geriatrik menyatakan, rekod yang dicatatkan oleh Singh akan bertahan lama dan sukar untuk diatasi.

Larian jarak jauh membebankan tubuh manusia dengan semakin tua seseorang, semakin sukar baginya melakukan aktiviti lasak.

Jantung warga tua kurang efisien dalam menyalurkan kitaran oksigen ke seluruh badan. Darah beroksigen yang dipam oleh jantung individu berusia 60 tahun kurang 20 peratus kandungan oksigen berbanding darah pemuda berusia 20 tahun.

Selain itu, kekuatan otot merosot dengan ketara apabila seseorang melepasi had usia 70 tahun pada kadar 30 peratus untuk setiap satu dekad.

Ligamen dan tendon pula semakin rapuh, menyebabkan warga emas lebih cenderung ditimpa kecederaan manakala paru-parunya menjadi keras dan kurang efisien.

Namun, jika keadaan kesihatan warga emas berkenaan baik dan dia kerap melakukan latihan fizikal, kesan penuaan ini dapat diperlahankan.

Penjagaan kesihatan yang baik juga membolehkan semakin ramai warga emas terus berlari walaupun usia mereka memasuki lingkungan 80 atau 90 tahun.

Bagi golongan ini, Singh ialah seorang wira.

"Apa yang cuba disampaikan oleh Singh ialah saya tidak akan membiarkan diri saya dikongkong oleh norma-norma kehidupan," kata pengarah program kebangsaan Pusat Latihan Galloway di Atlanta, Chris Twigg.

Luar biasa

Tambah Twigg: "Masa memberikan kesan buat kita semua. Tetapi selagi kita berwaspada dengan cara latihan, kita sebenarnya boleh mencapai apa yang orang lain fikirkan mustahil.

"Jika mempunyai kesihatan yang baik, kita mampu menghabiskan larian selagi kita bergerak secara perlahan-lahan.

"Kuncinya adalah dengan mengurangkan tekanan ketika berjalan untuk mengelakkan keletihan kaki."

Twigg turut menasihatkan pelari agar mengurangkan hari latihan dalam seminggu untuk memberi ruang kepada badan berehat.

Majikan Twigg, bekas atlet sukan Olimpik, Jeff Galloway yang merupakan penulis buku Running Until You're 100 menjelaskan bahawa impiannya adalah untuk berlari sehingga dia mencapai usia 100 tahun dan boleh terus menulis sambungan buku itu.

Lelaki yang berusia 67 tahun itu telah melatih mereka yang berusia 70-an dan ramai yang berjaya menghabiskan larian maraton.

Namun, dia mengakui bahawa peluang untuk mencapai angka 100 tahun tanpa sebarang penyakit dan kekal sihat untuk menamatkan larian jauh adalah sesuatu yang sukar.

"Mesej yang disampaikan melalui kajian kami adalah 'gunakannya atau biarkan ia hilang'," kata Galloway.

Dr. Sharon Brangman yang merupakan Pengerusi Persatuan Geriatrik Amerika percaya bahawa Singh adalah antara warga emas luar biasa yang muncul pada ketika ini.

"Dia benar-benar seorang yang luar biasa. Maraton adalah antara punca utama yang memberikan tekanan kepada tubuh.

"Ketika usia 100 tahun kebanyakan manusia boleh mencapai jarak 10 meter sahaja. Mustahil untuk menamatkan maraton.

Tambah Brangman, maraton sebenarnya memberikan banyak tekanan kepada jantung walaupun kepada orang muda.

Pelari muda juga boleh terlibat dengan kecederaan fizikal yang lain sebelum sistem endorfin mereka mula bekerja untuk larian.

kosmo/-

PAS rayu JAIS lindung Islam, jangan tangkap pendakwah

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

ULASAN Terkilan benar perasaan saya apabila terpampang wajah saudara Bob Lokman di dada akhbar sebagai orang yang dikehendaki oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk ditangkap malah waran tangkap telah pun dikeluarkan, sebagaimana terkilannya saya apabila pihak Universiti Islam Antarabangsa menggantung tugas Prof Abd Aziz Bari baru - baru ini.

Apakah telah hilang budi bicara sang penguasa dalam negara ini? Asal sahaja kuasa di tangan, biarpun hanya sekelumit dan sementara maka rakusnya tak ubah seperti mereka berkuasa selamanya.

Saya tahu, "dosa" Bob Lokman ialah kerana menyampaikan ceramah atau tazkirah tanpa tauliah. Begitulah peraturan yang ada. Mengajar tanpa tauliah itu salah menurut peraturan yang dikeluarkan oleh pihak JAIS. Saya tidak mahu mempersoalkan peraturan tersebut kerana asasnya peraturan itu dibuat adalah untuk mengawal penyebaran dan kesucian agama Islam.

Persoalan yang mahu saya tegaskan di sini ialah di mana budi bicara JAIS, sebagaimana JAIS menggunakan budi bicaranya untuk tidak menyerbu masuk DUMC tempohari walaupun mereka bertindak dari maklumat yang dilaporkan dan saya menyokong langkah tersebut, maka ke mana pula perginya budi bicara itu terhadap Bob Lokman?

Bob Lokman seorang artis dan selebriti yang baru berhijrah, menjalani kehidupan barunya bersama jamaah Islam. Saban minggu Bob Lokman menyertai usrah dan majlis ilmu. Lebih menarik, sedikit ilmu yang beliau perolehi maka segera disebarkan melalui kemahirannya berkomunikasi dengan audien.

Anak muda

Kini Bob Lokman berjaya menarik minat anak-anak muda kepada majlis ilmu dan berjuang bersama jamaah Islam.

Malangnya, semangat beliau untuk aktif menuntut dan menyampaikan ilmu terganggu ekoran tindakan JAIS.

Sebagaimana yang ditegaskan oleh Bob Lokman sendiri betapa beliau turut sedih kerana sepanjang beliau berada dalam dunia artis dan hiburan, beliau tidak pernah diancam dan rasa terancam oleh mana - mana pihak berkuasa khasnya pihak berkuasa agama.

Tetapi, apabila beliau mula mahu berubah, menuntut ilmu dan menyampaikannya serba sedikit apa yang beliau tahu, kini beliau berdepan dengan ancaman JAIS yang telah pun memiliki waran untuk menangkap beliau.

Dosanya hanya kerana tidak mempunyai tauliah. Sebagaimana yang telah saya tegaskan tadi, apakah tiada budi bicara JAIS terhadap Bob Lokman untuk menyelesaikan perkara ini tanpa perlu memburu dan menangkapnya seperti penjenayah?

Tujuan tauliah ialah untuk mengawal kesucian agama islam agar tiada pembawa ajaran sesat bebas menyampaikan ajarannya. Justeru itu, alangkah baik jika pihak JAIS memanggil atau menyiasat terlebih dahulu, apakah Bob Lokman terlibat dalam aktiviti ajaran sesat?

Apakah penyampaian Bob Lokman bertentangan dengan ajaran Islam? Jika tidak, maka kesalahan tidak memiliki tauliah itu bolehlah diselesaikan secara lebih baik dan harmoni tanpa perlu menangkapnya laksana seorang penjenayah.

Mesra pendakwah

Saya menggesa agar pihak JAIS lebih mesra pendakwah dan mencari jalan bagaimana mekanisme pemberian tauliah itu dapat dilakukan dengan baik dan berkesan. Jika mereka didapati salah dalam penyampaian dan tidak menepati peraturan yang ada, pihak JAIS boleh mendidik dan membimbing atau memberi nasihat dan tunjuk ajar.

Saya menegaskan perkara ini kerana melihat kepada realiti yang dihadapi oleh ummat Islam hari ini yang sangat memerlukan pendakwah dan pembimbing untuk mengeluarkan mereka dari kepungan jahiliah moden yang semakin meruncing dan mengelirukan sehingga nilai akhlak, moral dan aqidah ummah kian luntur.

Bayangkanlah keadaan ummat Islam di negara kita sekarang! Sudahlah mereka berdepan dengan pelbagai ancaman yang merosakkan nilai ilmu, agama dan iman mereka, kini mereka terus terasing dan semakin sulit untuk mendekati kehidupan beragama.

Masjid sepi tanpa majlis ilmu sementara pendakwah ditangkap. Lebih malang pemburunya adalah Jabatan Agama sendiri. Bagaimanalah kita mahu melahirkan masyarakat yang solehah dengan rakyat yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT?

JAIS selayaknya menjadi penaung kepada kegiatan ilmu dan agama, bukan pengancam dan pengugut sehingga menakutkan orang mahu menyampaikan Islam sedang Nabi saw mengajar kita semua menyampaikan ilmu Islam ini walaupun satu ayat!

Saya cadangkan agar JAIS mengambil tindakan segera lalu menganugerahkan tauliah secara menyeluruh kepada para pendakwah yang gigih dan benar ilmu mereka.

"Lebih merugikan kalau ada yang memiliki tauliah tetapi hanya diam di pejabat berhawa dingin. Segan dan malas untuk turun ke masjid surau bagi mendidik dan membimbing ummah. Lebih memilukan apabila pihak Jabatan Agama Islam hanya peka menghidu kegiatan pendakwah dan penceramah tanpa tauliah sekalipun nun di masjid hujung kampung sedang mereka gagal mengesan pelbagai kemaksiatan dan kemungkaran yang wajib dicegah sekalipun hanya di sebelah pejabat mereka."

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang pengarang Malysiakini.

Penulis adalah Ketua Dewan Pemuda PAS

Mansuh AUKU : Mahasiswa & Ahli Akademik Sokong

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 3 NOV: Golongan mahasiswa dan ahli akademik menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan berhubung Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Justeru menyeru kerajaan memansuhkan akta berkenaan dengan segera demi kebebasan mahasiswa dan ahli akademik.

Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Ahmad Syazwan Muhammad Hasan yang dihubungi Sela-ngor Kini berkata, golongan mahasiswa di negara ini telah berjuang sejak tahun 1970-an bagi mendesak akta ini dimansuhkan.

"Gamis berpandangan bahawa Auku ini perlu dimansuhkan segera oleh kerajaan dan perlu menggantikannya dengan satu akta baharu yang lebih mesra kepada mahasiswa dan akta baharu ini diharap mempunyai roh dan semangat perlembagaan dan menyunjung prinsip kebebasan bersuara dan berfikir mahasiswa.

"Jika ISA dihapuskan kerana desakan ramai dan tekanan awam, maka Auku juga sama. Sifat zalim dan menyekat Auku adalah serupa dan senada de-ngan apa yang ada dalam ISA," katanya.

Ahli Akademik dan Pakar Perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang dihubungi pula berkata, keputusan Mahkamah Rayuan ini perlu diterjemahkan oleh kerajaan dengan memansuhkan akta tersebut yang bersifat zalim dan mengongkong sepertimana akta hasutan, akta mesin cetak dan ISA.

"Ia merupakan satu keputusan yang berani oleh para hakim. Saya melihat perlunya komitmen kerajaan sedia ada untuk memansuhkan Auku ini yang menghalang kebebasan mahasiswa untuk menyatakan pandangan dan dunia akademik itu sendiri.

"Saya juga melihat tidak perlu untuk kerajaan menggantikan Auku ini dengan akta yang baharu kerana seperti yang kita ketahui Auku ini wujud pada era tahun 1970 dan pada ketika itu universiti sudahpun wujud di Malaysia, " katanya.

Dr Aziz Bari juga berkata jika kerajaan membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah tersebut menunjukkan bahawa kerajaan sedia ada tiada kesungguhan untuk mengembalikan hak kebebasan mahasiswa dan akademik di Malaysia.

Dalam pada itu golongan mahasiswa yang ditemuramah turut menyatakan sokongan agar Auku dimansuhkan supaya mahasiswa mempunyai ruang dan kebebasan bersuara.

tv news/-


[Waspada] Kerana Mahu Badan Lansing, Gadis Dungun Menderita Kulit Melecur

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Sura Gate (Dungun): Impian seorang gadis sunti untuk memiliki badan langsing lebur apabila sebahagian daripada kulitnya hampir melecur dipercayai kesan penggunaan alat kosmetik selepas melalui beberapa siri rawatan di sebuah pusat kecantikan di sini.

Lebih mendukacitakan, wang untuk membiayai kos rawatan terbabit berjumlah RM1,030 turut hangus, biarpun dia dikatakan gagal mendapat faedah daripada rawatan diterima.

Menceritakan pengala­man­ pahit itu, mangsa, Noor Aishah Azmi, 22, berkata, dia terpedaya dengan iklan yang ditawarkan di pusat kecantikan itu, yang mendakwa dapat melangsingkan badan, sebelum mendaftar untuk mendapatkan rawatan di pusat kecantikan yang beroperasi di Pusat Niaga Sura Gate itu.

Aishah berkata, dia membuat pembayaran secara beransur-ansur dan selepas lima kali menerima rawatan, dia sudah menjelaskan wang RM1,030 seperti yang dipersetujui.

Namun selepas kali terakhir mengikuti rawatan itu, kulitnya menggelupas dan terasa pedih, sebelum melecur serta melekat pada seluar.

Aishah berkata, dia juga turut mengalami muntah-muntah, sengal badan selain bengkak pada paha.

“Apabila saya memaklumkan kejadian itu kepada pihak pengurusan pusat kecantikan tersebut dan memohon wang saya dikembalikan, mereka tidak mahu bertanggung jawab dengan pelbagai alasan tidak munasabah.

“Akhirnya saya membuat satu laporan polis di Balai Polis Dungun pada 17 Oktober lalu agar kes saya ini mendapat pembelaan daripada pihak berwajib,” katanya.
Menurut Aishah, dia juga sudah melantik peguam dan bercadang mengambil tindakan undang-undang ke atas pusat kecantikan itu, selain membuat tuntutan ganti rugi pelbagai. -SH


Operasi Syabas Diaudit

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 3 NOV : Dua firma perakaunan yang dilantik kerajaan Selangor akan menjalankan kajian terperinci ke atas akaun dan operasi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) minggu ini sebagai persediaan untuk mengelak berlakunya kekurangan bekalan air di negeri ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata hasil laporan berkenaan akan dikemukakan bagi memberi penjelasan berhubung dakwaannya bahawa loji pembersihan milik kerajaan negeri, yang diurus Syabas, tidak mengeluarkan air terawat mencukupi.

"Ini (dakwaan Syabas tidak keluar air terawat mencukupi) adalah soal teknikal.

"Kita akan terangkan selepas audit terhadap Syabas dibuat dan saya akan kemukakan apa yang audit buat nanti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Shah Alam, semalam.

Sebelum ini, Abdul Khalid dilaporkan berkata kerajaan negeri Selangor melantik Tetuan Atkins dan Tetuan Halcrow untuk menjalankan kajian terperinci ke atas akaun dan operasi Syabas sebagai persediaan untuk mengelak berlakunya kekurangan bekalan air di negeri ini tanpa bergantung kepada projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

Beliau berkata kajian itu dijalankan terutama daripada segi penggunaan aset negeri termasuk loji pembersihan yang akan dipulihkan semula supaya Selangor mempunyai air terawat yang mencukupi.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan mengadakan sesi penerangan kepada orang ramai mengenai skim premium tanah yang diperkenalkan pada Jun lalu.

"Skim ini adalah pilihan kerana pemilik tanah boleh memilih cara bayaran mengikut kadar pengiraan yang lama. Kita tidak memaksa pemilik tanah memilih skim baru ini sebaliknya terletak di tangan mereka mengikut tahap kemampuan," katanya dipetik daripada BERNAMA.

Beliau berkata kerajaan negeri turut bersedia untuk berdebat mengenai isu terbabit jika masih ada pihak yang tidak memahami polisi berkenaan walaupun setelah menghadiri sesi taklimat.

tv news/-

Banjir: Kedah buat persediaan awal

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 3 Nov: Kerajaan Negeri Kedah telah membuat persiapan awal menghadapi banjir di negeri itu yang dijangka berlaku pada musim tengkujung penghujung November ini.

Sehingga kini, kerajaan negeri telah membeli 16 buah bot sebagai tambahan kepada bot-bot dari Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Polis Diraja Malaysia.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, bot-bot tersebut akan diagihkan mengikut keutamaan kepada daerah yang mudah dinaiki air seperti Padang Terap, Kubang pasu, Pendang dan Pokok Sena.

“Jangan bimbang semua daerah akan mendapat bot dan keutamaan akan diberi kepada daerah-daerah yang sering dilanda banjir,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Aman, Alor Setar semalam.

Katanya, bot-bot jenis ini ringan kerana diperbuat daripada aluminium dan sesuai dengan suasana banjir yang kedalaman air berbeza mengikut tinggi rendah kawasan berkenaan.

Untuk berhadapan banjir tahun ini, kerajaan negeri juga ujarnya memperuntukan jumlah hampir sama dengan tahun lepas iaitu RM3 juta.

Bagaimanapun katanya, jumlah itu mungkin berubah bergantung kepada keadaan banjir itu sendiri.

“Tahun lepas kita peruntukan RM3 juta dan tahun ini mungkin sekitar jumlah itu tetapi terletak kepada banjir itu sekiranya sama dengan lepas ataupun lebih besar,” katanya bagi menjawab soalan media yang ingin tahu mengenai jumlah yang diperuntukan.

Selain itu, sebagai persiapan awal juga, setiap daerah telah diarah memberi taklimat kepada Penghulu, Majlis Komuniti Ketua Kampong (MKK) dan Jawatankuasa Keselamatan Kampung berhubung persedian menghadapi banjir.

harakahdaily/-

Kelantan buat persiapan awal hadapi kempen musim depan

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

JUARA Liga Super, Kelantan membuat persiapan awal bagi menghadapi kempen Liga M musim depan apabila barisan The Red Warriors mula menjadi latihan semalam.

Bagaimanapun, sesi latihan pertama itu tanpa kelibat beberapa pemain iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Mohd. Izuan Solahuddin dan Mohamad Ab. Aziz Ismail yang kini bersama skuad Bawah 23 tahun negara bagi menghadapi Sukan SEA di Indonesia.
Penyerang berbisa, Norshahrul Idlan Talaha pula dikhabarkan menjalani rawatan di Kuala Lumpur.

Pengendali Kelantan, Peter James Butler berkata, meskipun tanpa beberapa tonggak utama, ia tidak menjejaskan sesi latihan tersebut yang turut melibatkan beberapa pemain skuad Piala Presiden.

“Ini merupakan latihan pertama bagi semua pemain. Bagi saya, ia lebih kepada latihan biasa sahaja dan saya tidak mahu mengejutkan pemain dengan corak latihan keras.

“Keadaan cuaca yang tidak menentu di sini (Kota Bharu) mengganggu sedikit latihan kerana padang menjadi becak.

“Begitupun, saya mahu semua pemain berlatih dalam suasana yang santai dan gembira,” katanya semalam.

Tambah Butler, beliau tidak terlalu menekankan soal kecergasan memandangkan pemain-pemainnya berehat terlalu lama.

Sesi latihan tersebut turut disertai empat pemain import iaitu Emmanuel Okine dan Denny Antwi dari Ghana, Chikondi Mpulula (Malawi) dan Jean Black (Belanda).

Difahamkan, Mpulula dan Black telah diarahkan untuk berkemas pulang setelah didapati tidak memenuhi kriteria ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Kosmo


Wanita lahir anak perempuan didenda

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Suami minta RM1,561 sebelum benar isteri pulang

PATNA: Tindakan seorang lelaki di Bihar kelmarin mengenakan denda kepada isterinya 25,000 rupee (RM1,561) kerana melahirkan bayi perempuan, memaksa pentadbiran tempatan campur tangan.

Nargis, bayi perempuan yang dilahirkan di kampung negeri jiran Uttar Pradesh adalah antara bayi yang diiktiraf sebagai penduduk dunia ke-7 bilion.
Pihak berkuasa campur tangan dalam isu itu selepas Mohammad Manzoor, dari daerah majoriti Islam di Purnea, Bihar menghalau isterinya, Shahnaz, 30, dari rumah mereka dan hanya membenarkan beliau kembali ke rumah itu selepas membayar denda yang dikenakan.

Menurut pegawai di kawasan itu, Manzoor turut mengisytiharkan denda akan berganda jika isterinya melahirkan bayi perempuan lagi, lapor Gulfnews.

“Saya tidak mahu anak perempuan, ini terlalu membebankan,” katanya.
Ditinggalkan tanpa pilihan, wanita itu mengemukakan aduan kepada pentadbiran daerah tempatan untuk mendapatkan bantuan.

“Saya dihormati keluarga mentua sebelum ini tetapi sebaik melahirkan anak perempuan, layanan mereka terhadap saya terus berubah. Jika melahirkan bayi perempuan adalah kesalahan yang perlu dihukum, saya sepatutnya diberi anugerah kerana melahirkan dua anak lelaki sebelum ini,” katanya.

Menyedari kes itu agak sensitif, pihak pentadbiran segera memindahkan kes itu kepada Jabatan Pertelingkahan Keluarga yang berkhidmat dengan mengemukakan notis kepada suami dan akhirnya menyelesaikan masalah itu.

“Kami benar-benar sukar meyakinkan Manzoor tetapi apa yang baik ialah berjaya menghalang keluarga itu bercerai berai,” kata anggota jabatan itu yang memberi kaunseling kepada lelaki itu, Dilip Kumar Deepak dan Swati Vaishnatri.

Selepas diyakinkan kaunselor, pasangan itu setuju tinggal bersama dan Shahnaz menggugurkan kes terhadap suaminya. – Agensi

Penunjuk perasaan sami Nepal protes anti-China

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Polis Nepal menahan penunjuk perasaan disertai sami semasa protes anti-China di Kathmandu, Nepal. kelmarin. Lebih 60 orang ditahan selepas upacara keagamaan bagi memperingati sami yang membakar diri bertukar ganas di kem pelarian Jwalakhel di daerah Lalitpur itu.

Pesawat Boeing 767 LOT selamat mendarat tanpa roda di Warsaw

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

DETIK-detik cemas semasa pesawat Boeing 767 milik Penerbangan LOT Poland melakukan pendaratan cemas tanpa roda di Lapangan Terbang Warsaw di Poland, kelmarin. - REUTERS

WARSAW 2 Nov. - Sebuah pesawat Boeing 767 membawa seramai 231 orang selamat mendarat selepas ia mengalami kegagalan peralatan pendaratan di Lapangan Terbang Warsaw, hari ini.

Jurucakap syarikat penerbangan LOT Polish Airlines di Poland berkata, anggota bomba dan ambulans dikerah ke tempat kejadian dan kesemua 220 orang penumpang serta 11 orang krew selamat dikeluarkan dari pesawat penumpang itu.

Menurut jurucakap LOT, Leszek Chorzewski, pesawat Boeing 767-300 itu yang dalam perjalanan dari Newark, Amerika Syarikat berjaya melakukan pendaratan kecemasan selepas mengalami kegagalan pada gear pendaratan.

"Pesawat tersebut selamat mendarat pada badannya di landasan itu yang telah disembur dengan bahan perencat api yang istimewa.

"Kesemua penumpang selamat diturunkan (dari pesawat) dan tiada sesiapa yang cedera," katanya.

Rakaman video pendaratan kecemasan yang disiarkan beberapa minit selepas kemalangan tersebut menerusi stesen televisyen tempatan, TVN24 menunjukkan badan pesawat tersebut tergelincir di landasan dan mengeluarkan asap putih.

Percikan api turut kelihatan di enjin jet yang terletak di kepaknya ketika pesawat itu tergelincir.

Penumpang kemudian keluar dari pesawat tersebut menggunakan gelongsor kecemasan dengan bantuan krew lapangan terbang. - AFP

Hendak beri markah pun pensyarah tidak bebas

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Dalam kita sibuk memperkatakan tentang kebebasan para akademik untuk bersuara, sedarkah kita bahawa kadangkala mereka tidak juga bebas dalam kerja-kerja seharian mereka seperti memberikan markah kepada pelajar-pelajar mereka? Kenapa saya mengatakan demikian? Untuk lebih memahami apa yang saya maksudkan, saya mempersembahkan beberapa scenario yang telah dan sedang berlaku di universiti-universiti kita.

Senario 1: Pihak Kementerian Pelajaran sedang dalam usaha menaik-tarafkan guru-guru yang tidak mempunyai ijazah dengan menganjurkan kursus-kursus PJJ di universiti-universiti tempatan. Kesemua pensyarah telah ‘diminta’ supaya tidak menggagalkan walau seorang pun pelajar walaupun ada sebahagian yang tidak melepasi tahap lulus. Ini adalah kerana Kementerian ‘amat bertimbang rasa’ terhadap guru-guru tersebut dan mahukan semua mereka berjaya mendapat ijazah.

Senario 2: Di kolej-kolej swasta para pelajar Muslim diwajibkan mengambil pelajaran Agama Islam sementara pelajar-pelajar bukan Islam pula diwajibkan mengambil pelajaran moral. Pensyarah-pensyarah yang mengajar subjek-subjek tersebut telah secara awal-awal lagi diberitahu supaya tidak menggagalkan mana-mana pelajar. Ini adalah supaya pelajar-pelajar kolej tersebut tidak dibebankan dengan mengulangi subjek ‘sampingan’ sekiranya gagal subjek tersebut.

Senario 3: Seorang pensyarah telah didapati mengeluarakan kenyataan yang bertentangan dengan pihak pengurusan tertinggi universiti. Dekan beliau telah diarahkan supaya tidak membenarkan beliau mengajar pada semester tersebut. (Dikhuatiri mempengaruhi pemikiran pelajar mungkin?)

Senario 4: Seorang pensyarah yang baru menamatkan ijazah kedoktorannya telah diambil mengajar oleh sebuah universiti kerana kepakarannya dalam bidang sains politik. Di antara subjek yang akan ditawrkan kepada pelajar-pelajar pada semester tersebut adalah berkenaan politik Malaysia. Memandangkan pensyarah tersebut diketahui mempunyai kecenderungan kepada pihak pembangkang, pensyarah tersebut tidak dibenarkan mengajar subjek tersebut. (Dr Syed Azman pasti tersenyum membaca tentang hal ini).

Cuba kita bayangkan yang kita berada dalam situasi-situasi di atas. Apakah yang akan kita lakukan? Bayangkan, untuk memberikan markah kepada para pelajar pun seseorang pensyarah itu tidak bebas. Bayangkan juga tentang kualiti para pelajar nanti. Apa yang berlaku pada Prof. Aziz Bari adalah sebahagian sahaja daripada kongkongan pihak atasan terhadap para pensyarah. Tidak mustahil perkara yang sama berlaku kepada guru-guru di sekolah (yang mungkin diminta untuk menaikkan markah-markah para pelajar demi mengejar ‘ranking’).

Adalah diharapkan senario ini tidak terus berlaku. Para pendidik, baik para guru atau pensyarah harus melakukan sesuatu untuk mendapatkan hak mereka daripada tidak terus ditekan oleh ‘tangan-tangan ghaib’ dari atas. Pihak masyarakat awam juga hendaklah memberi sokongan kepada para guru dan para pensyarah. Sekiranya campurtangan dari pihak atasan terus berlaku, nescaya kualiti pendidikan kita akan terus menjadi korban.

harakahdaily/-

Thailand pindah kereta kebal untuk bersih kesan banjir

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Anggota tentera Thailand memindahkan kereta kebal di 4th Cavalry Division King’s Guard di Bangkok, kelmarin. Media tempatan melaporkan usaha mengepam air banjir ke laut di sekitar utara. Bangkok mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya 10 hari.

sinar harian/-

Israel terus bina penempatan haram

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Israel mengikut jejak sekutu kuatnya, Amerika Syarikat (AS) yang berang dengan Pertubuhan Pen­didikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) kerana memberi keanggotaan penuh kepada Palestin dengan mengarahkan pembinaan segera 2,000 unit rumah lagi untuk penempatan haram golongan Yahudi di Baitulmaqdis Timur.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengeluarkan kenyataan itu semasa mempengerusikan mesyuarat lapan menteri kanan, kelmarin dan menganggap keputusan tersebut kononnya sebagai sebahagian daripada kandungan syarat rundingan damai antara Israel-Palestin pada masa hadapan.

Netanyahu turut memutuskan untuk membekukan pemindahan hasil cukai kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) kerana tidak berpuas hati dengan negara itu yang telah berjaya menganggotai badan pertama antarabangsa di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tersebut.
Assist children in accessing better residential care. Click here.

Sebanyak 1,650 unit rumah akan dibina di Baitulmaqdis Timur dan selebihnya di Tebing Barat.

Keputusan rejim Zionis itu turut mencetuskan kemarahan bekas ketua rundingan Palestin, Saeb Erakat, beliau menegaskan pembinaan pesat tersebut sebenarnya bermotifkan politik serta ia hanya memberi keuntungan kepada sebelah pihak.

“Tanah yang dijadikan tempat pembinaan penempatan haram itu sebenarnya milik Palestin. Israel juga dilihat sengaja membekukan hasil cukai yang sepatutnya menjadi hak kami,” menurutnya lagi.

Erakat turut mempertikaikan tindakan AS dan Israel yang dilihat seperti takut dengan bayang-bayang sendiri selepas Palestin menerima sokongan 107 negara bagi membolehkannya menjadi negara ke-195 untuk diiktiraf oleh badan antarabangsa itu.

Sinar

Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang Bayar Hutang BN

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

GEORGETOWN 2 NOV : Sejak mengambil alih Pulau Pinang pada Mac 2008, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat berjaya melangsaikan sejumlah RM600.47 juta atau 95.29 peratus jumlah hutang kerajaan negeri terdahulu.
Kejayaan ini menjadikan baki hutang semasa kerajaan negeri sekarang ialah RM29.66 juta.

Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Menteri pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu sidang media di sini baharu-baharu ini.

Guan Eng menjelaskan baki hutang semasa ini adalah meliputi RM27.51 juta untuk 11 Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) dan RM2.15 juta bagi projek 'Indoor Arcade & Seafood Centre di Batu Kawan.

"Kita telah bayar hutang ini, tetapi kebanyakannya adalah kerana projek air yang mana telah diusahakan oleh kerajaan dulu (BN).

"kita merasakan ianya perlu dilangsaikan kerana kalau tidak ia akan menjadi beban kepada kerajaan Pulau Pinang,"jelasnya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan seorang Adun Barisan Nasional yang menuduh kerajaan negeri Pulau Pinang gagal menguruskan kewangan negeri sejak memerintah.

Mengulas lanjut, Guan Eng menjelaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 jelas menunjukkan kedudukan kewangan kerajaan negeri meningkat walaupun terpaksa melangsaikan hutang kerajaan terdahulu.

Laporan Audit berkenaan mendedahkan semua petunjuk kewangan di negeri yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat itu, meningkat pada tahun lepas.

Sebagai makluman, Kumpulan Wang Disatukan Negeri telah meningkat RM29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion.

Manakala baki Akaun Hasil Disatukan telah juga meningkat RM33.54 juta atau 6.2% sehingga mencapai RM572.49 juta

Hasil yang dikutip pada tahun 2010 telah meningkat sebanyak RM34.19 juta atau 9.1% kepada RM410.70 berbanding dengan 2009, RM376.51 juta.

Aset negeri yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan meningkat RM29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion (RM1.10 bilion pada tahun 2009).

tv news/-

Kerja lain: Graduan ISMP bantah Muhyiddin

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 3 Nov: Kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) ‘cari kerja lain’ sebelum ini telah menimbulkan kemarahan sekaligus mengguris hati ribuan graduan dan bakal graduan ISMP di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan kampus-kampus lain.

Susulan dari ketidakpuashatian itu, hampir seribu mahasiswa UPSI telah mengadakan piket di perkarangan Sudut Pidato Universiti tersebut semalam sebagai tanda protes.

Setiausaha Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Yuyu Luna ketika dihubungi Harakahdaily menjelaskan piket yang berlangsung selama empat jam itu telah menyaksikan ucapan-ucapan menuntut hak penempatan guru untuk graduan ISMP yang dikatakan telah dinafikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

"Piket tengah hari semalam telah dianjurkan oleh Gabungan Bertindak Mahasiswa yang dicetus oleh wakil LMP sebuah 'front' Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Adam Adli dan wakil Gabungan Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Wan Ahmad Fathi.

"Gabungan mahasiswa ini turut digerakkan bersama wakil Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), serta 'front' mahasiswa UPSI yg lain," jelasnya.

Tambah Yuyu lagi, piket itu kemudian diakhiri dengan penyerahan memorandum Tujuh Tuntutan Mahasiswa ISMP oleh YDP Majlis Perwakilan Pelajar UPSI kepada TNC Penyelidikan dan Inovasi, Datuk Noraini.

"Tujuh tuntutan itu termasuklah menuntut Timbalan Perdana Menteri menyediakan penempatan yang mencukupi kepada graduan ISMP, mengurangkan pengambilan Guru Sandaran Tidak Tetap serta Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah dan memperincikan bajet pendidikan yang lebih telus dalam menyediakan penempatan guru.

"Tuntutan lain termasuklah menuntut agar unjuran pengambilan guru yang tepat dan telus dikeluarkan agar universiti boleh membuat unjuran pengambilan pelajar yang tidak merugikan,” ujarnya lagi.

Yuyu juga memberitahu gabungan itu berhasrat untuk menyerahkan 10,000 tanda tangan mahasiswa kepada Timbalan Perdana Menteri dalam masa terdekat.

"Petisyen tersebut telah diedarkan disekitar kampus dan kolej-kolej kediaman dan sehingga kini tandatangan yang kita perolehi menjangkau angka sepuluh ribu.

"Ia bakal diserahkan sendiri oleh wakil-wakil mahasiswa kepada Timbalan Perdana Menteri pada masa dan tarikh yang akan ditetapkan nanti," tambahnya lagi.

Sebelum itu, Muhyiddin telah mengeluarkan kenyataan yang disiarkan Buletin Utama pada 30 Oktober lalu bahawa tiada lagi jaminan penempatan bagi graduan ISMP yang tidak ditaja KPM.

Selain itu, beliau turut menyebut bahawa graduan pendidikan perlu mencari kerja di tempat lain yang sesuai dengan ijazah mereka.

Muhyiddin turut menyifatkan keutamaan penempatan turut diberikan kepada Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) manakala penempatan graduan ISMP akan dibuat setelah selesai penempatan GSTT dan KPLI.

Yuyu berkata, Muhyiddin sekarang berdepan dengan kemarahan mahasiswa di UPSI jika isu tersebut tidak diselesai segera selain memenuhi tujuh tuntutan memorandum tersebut.

harakahdaily/-

50 maut kena renjatan elektrik

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

PENDUDUK terpaksa berdiri di tempat duduk ketika menunggu bas di daerah Phisi Charoen, Bangkok, semalam.

Penduduk Bangkok redah banjir hadapi risiko baru

BANGKOK: Banjir dilaporkan semakin buruk di ibu negara Thailand berikutan lebih banyak kawasan tenggelam manakala jalan raya tidak dapat dilalui.
Lebih 50 penduduk dilaporkan maut akibat terkena renjatan elektrik sewaktu memindahkan barangan mereka ketika meredah banjir.

Ketua Jabatan Kawalan Penyakit, Dr Pornthep Siriwanarangsan melahirkan kebimbangannya berikutan semakin ramai penduduk yang terbunuh terkena renjatan elektrik.

Beliau berkata, walaupun angka rasmi kematian akibat terkena renjatan elektrik ketika banjir masih lagi 17, lawatan beliau ke penempatan dan pertemuan dengan penduduk terjejas mendapati jumlahnya 50 kes.

Sementara itu, Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) mengarahkan penduduk berpindah dari kawasan Bang Phai, berikutan banjir semakin buruk. Bang Phai berada di daerah Bang Khae di Bangkok.

BMA menyenaraikan kawasan daerah Bang Chan di daerah Klong Sam Wa di Bangkok sebagai kawasan dalam pemerhatian.
Gabenor Bangkok, MR Sukhumbhand Paribatra turut bimbang mengenai zon barat di ibu negara itu.

“Sistem saliran air di sana tidak baik seperti di zon timur,” katanya.
Kawasan yang dilanda banjir, Bang Khae dan Thawee Watthana adalah antara daerah di zon barat.

“Paras banjir kini melebihi satu meter,” kata Samart Khemthong, seorang daripada mangsa di sana. Kampungnya, Sakunthip berada berhampiran dengan terusan Thawee Watthana.

Katanya 30 daripada 350 keluarga berkhemah di luar perkampungan mereka bagi menghalang harta benda mereka dicuri.

“Kami sangat memerlukan sebuah bot sekarang ini,” kata Samart.

Sanya Sheenimit, yang mengetuai Jabatan Saliran dan Pengairan BMA berkata bahawa pegawai BMA menggunakan bot di kawasan barat yang dilanda banjir.

“Kami sudah memasang lebih banyak pam dan meletakkan penghadang air,” katanya.

Sukhumbhand berkata, banjir menjadi ancaman di zon timur Bangkok selepas kerajaan mengarahkan pintu air di terusan Klong Sam Wa dialihkan.

“Lebih banyak tempat di zon timur termasuk kawasan perindustrian Bang Chan berisiko dilanda banjir,” katanya. – Agensi

Sijil halal cuka buatan Jepun

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

MELAKA sedia bekerjasama dengan Jepun mendapatkan status halal bagi pasaran cuka buatan ke negara-negara Islam. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Melaka sedia menjadi pihak tengah untuk membantu Jepun mendapatkan sijil halal bagi membolehkan cuka buatan yang dikeluarkan di negara itu memasuki pasaran Asia Barat dan negara-negara Islam.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, cuka itu yang dikenali sebagai kurozu popular di Jepun sebagai minuman kesihatan untuk penjagaan kulit dan awet muda, boleh turut dimanfaatkan umat Islam jika diproses mengikut syariat Islam.

"Oleh itu, sijil halal khasnya daripada Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) diperlukan bagi produk daripada beras dan ragi yang diperam ini untuk menarik minat pengguna Islam di merata dunia," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama dari Jepun semalam.

Proses pembuatan cuka itu, yang diperam dalam tempayan untuk tempoh tertentu, sama seperti proses pembuatan kicap yang menggunakan bahan asas kacang soya.

Mohd. Ali yang sedang dalam lawatan kerja empat hari ke Jepun, melontarkan idea itu pada jamuan malam bersama Persatuan Persahabatan Malaysia-Kagoshima (KMFA) yang dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia Osaka di sini malam tadi.

kosmo/-

Mat Sabu, integriti dan perisytiharan harta

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Memang agak pedih menerima kritikan pedas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bahawa isu integriti dan akauntabiliti seakan-akan tidak diberi perhatian utama oleh sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat yang diberi amanah untuk menerajui kuasa di negeri-negeri tertentu.

Malah beliau membandingkan, negara-negara Barat jauh lebih ke hadapan dalam hal ini, sambil merujuk beberapa indeks penting seperti berkaitan demokrasi, antirasuah, keselamatan dan kebebasan akhbar. Kecenderungan pemimpin parti Islam yang menang di Tunisia, An-Nahdah, Raschid Ghanoushi untuk meneladani model ekonomi Sweden -- bukannya negara Islam -- turut dibangkitkan Mat Sabu.

Selepas menyemak indeks berkenaan, saya dapati memang ada pertalian rapat di antara ranking demokrasi dan korupsi, kecuali untuk Singapura. Lima negara teratas demokrasi, seperti Denmark, Sweden, Finland, New Zealand dan Switzerland juga menduduki posisi lima negara terbaik dari segi ranking antirasuah. (Malang sekali apabila negara-negara Islam tercorot jauh ke belakang).

Program negara kebajikan mereka juga dikenali seluruh dunia. Memang peratus peruntukan kebajikan buat rakyatnya daripada KDNK begitu tinggi, dan cukai yang dikenakan ke atas rakyatnya juga besar, tetapi saya kira dengan pengurusan kewangannya yang telus dan berhemah, pembayar cukai akan berlapang dada. (Sebenarnya kadar cukai di Malaysia, sama ada cukai korporat mahupun individu, tidaklah jauh berbeda dengan cukai di negara berkenaan).

Sedangkan negara kita saban tahun menyaksikan pembaziran dan salahguna berleluasa, antaranya ditunjukkan dalam Laporan Ketua Audit Negara dan pendedahan berterusan mengenai ketirisan puluhan bilion ringgit, maka pembayar cukai sentiasa memprotes dalam diam (dan mutakhir ini berani meledakkannya di petak undi).

Lebih keras apabila Mat Sabu menujukan teguran langsung kepada sahabat-sahabatnya, dalam saf kepemimpinan Parti Islam, PAS sendiri. Beliau mahu teladan lebih unggul, terutama dalam urustadbir sumber negeri dan amalan integriti dizahirkan secara lebih meluas. Jangan sewenangnya ghairah menggunakan 'hak' untuk menikmati keistimewaan atas jawatan dalam kerajaan (yang digubal Umno-BN semasa mereka berkuasa); seharusnya budaya hidup sederhana dipraktikkan.

Sesungguhnya integriti tidak akan dicapai melalui undang-undang atau institusi formal semata-mata. Seseorang individu itu kekal mengamalkan prinsip dan nilai hidup unggul meskipun dihapuskan segala kekangan perundangan serta adat dan kebiasaan tertentu dalam masyarakat. Justeru, konsep ehsan dalam Islam merupakan jawapan terbaik. Cukup malang jika aktivis gerakan Islam boleh mengetepikan integriti selepas diuliti kekuasaan.

Kisah hidup Umar Abdul Aziz, seperti diungkapkan Dr Siddiq Fadzil, perlu ditelani pemimpin gerakan Islam: "Ditakdirkan Umar tampil pada zaman menggejalanya kehidupan materialistik. Beliau cukup menyedari gaya hidup bermewah-mewah adalah punca utama pelbagai kebejatan moral, sosial, politik dan ekonomi ... membuka ruang rasuah, penyalahgunaan harta awam.

"Untuk menutup ruang kebejatan itulah Umar berusaha mempromosikan gaya hidup sederhana dengan menampilkan diri dan keluarganya sebagai teladan yang hidup ... Memang tidak mudah melaksanakan langkah korektif apabila ia melibatkan kepentingan keluarga dan kerabatnya sendiri. ...

"Keadilan sosial tidak hanya dikhayalkan .... direalisasikannya menerusi agenda pemerataan keadilan dan kesejahteraan, termasuk perapatan jurang kaya miskin."

Meneliti realiti di negara kita, saya semakin sedih terutama selepas membaca prakata buku Reformasi Pembiayaan Politik di Malaysia, terbitan Transparency International Malaysia: "Masyarakat Malaysia sudah terlalu lama bertolak ansur dengan rasuah. Kita menerima adalah tidak menjadi kesalahan untuk terlibat dalam rasuah asalkan kita sendiri memperoleh sesuatu atau merasa selesa.

"Justeru, kita sering menutup mata terhadap perlakuan rasuah dalam semua bentuk, dan tidak mengendahkan soal kurangnya akauntabiliti dan urus tadbir dalam urusan menerajui sumber negara, asalkan pemimpin politik berupaya memberi manfaat ekonomi kepada masyarakat, meskipun tidak sebanyak mana atau tidak setimpal sekalipun berbanding dengan ketirisan yang berlaku."

Mungkin ada baiknya difirkan secara mendalam cadangan seorang rakan yang mahukan setiap calon PAS dalam PRU13 membuat pengisytiharan harta, iaitu salah satu elemen penting untuk mengekalkan integriti. "Kita sudah berkuasa di beberapa negeri, dan ramai pemimpin yang memegang jawatan kerajaan. Tanpa perlu diminta, biarlah kita menunjukkan teladan dengan secara sukarela membuat perisytiharan aset, agar nampak kita berpegang dengan ketelusan dan transparensi," hujahnya.

Di Amerika Syarikat, calon-calon yang bertanding akan meneliti borang perisytiharan sesama sendiri dan menjadikannya isu jika ada calon yang hidup mewah di luar kemampuannya. Borang yang menghendaki perisytiharan tentang sumbangan dan perbelanjaan kempen juga tidak terkecuali.

Jika ada calon mendakwa hanya menerima sumbangan sederhana tetapi menaiki jet sewa dan tinggal di hotel mewah, maka calon saingan akan menjadinya isu. Terdapat juga kumpulan masyarakat sivil yang memeriksa borang dan laporan tentang ahli politik yang membuat perisytiharan meragukan.

Wajar sekali pemimpin dan kerajaan Pakatan Rakyat sedaya mungkin membuktikan bahawa dengan keterbatasan ruang lingkup yang ada, mereka secara jujur mahu mempraktikkan segala amalan mulia yang dilaungkan. Akhlak, integriti dan etika menjadi budaya hidup dalam menerajui amanah rakyat.

Kelak akan tampil menyerlah perbedaan nyata sosok tubuh dan perwatakan seorang ahli politik Pakatan Rakyat (khususnya PAS) dengan Barisan Nasional, setelah terbukti berjaya melepasi godaan kuasa yang menggila itu.

harakahdaily/-