03 November 2011

Gambar bogel isteri boros

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KESAL...Amri melihat facebook milik isterinya yang digunakan untuk menjual gambar bogel.

KUCHING: Sekali lagi facebook disalahgunakan untuk tujuan terlarang. Kali ini membabitkan seorang isteri yang menjual gambar separuh bogelnya dengan menjadikan laman sosial di Internet itu sebagai medium untuk mencari pelanggan dan proses tawar-menawar.

Selepas lelaki yang berminat memasukkan wang ke dalam akaun banknya, wanita berusia 35 tahun itu menghantar gambar separuh bogelnya kepada lelaki terbabit melalui khidmat pesanan multimedia (MMS) di telefon bimbit.

Perbuatan menjijikkan itu terbongkar selepas suami wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Amri, 43, diberitahu seorang daripada lelaki yang pernah membeli gambar isterinya itu.

“Hancur hati saya apabila mendapati apa dikatakan lelaki itu benar selepas saya memeriksa telefon bimbit serta komputer isteri.

“Malah, saya menyamar dengan menggunakan nombor telefon lain untuk berurusan dengan isteri melalui facebook dan maklum balas diterima membuktikan dia tergamak menjual gambar separuh bogelnya untuk mendapatkan wang,” katanya.

metro/-

1 ulasan:

yb berkata...

Mungkin suami ini kedekut dan tidak beri nafkah? Zaman sekarang semakin ramai wanita yang tanggung perbelanjaan rumah. Dari duit rokok hingga ke ansuran rumah semua diletakkan di atas bahu isteri.

Ada satu kes si suami egoist, bersikap pemalas dan kuat mendera. Kalau lewat seminit kopi dihidang, tangan dan kaki naik ke badan dan kalau lewat hidang makanan, dihalau ke luar rumah. Di mana sikap toleransi?

Ada satu kes suami penganggur dan penagih dadah tegar. Duit gaji isteri semua dikebas sampai terpaksa hidup bergadai. Bila tiada duit, suami mengamuk dan banyaklah barangan rumah yang pecah.

Dua kes di atas adalah kisah benar tapi pada siapa mereka hendak mengadu? Paling hampir ialah jiran tetangga, tapi nasihatnya sama, disuruh bersabar sepanjang masa. Dalam pada itu penderaan tetap berterusan.

Di mana letaknya sikap bertanggungjawab?