14 Mei 2009

CADANGAN PENYELESAIAN UNTUK KEMELUT DI PERAK

Saudara Pengarang,

Kemelut politik yang sedang berlaku di Perak adalah amat menyedihkan. Isu yang mana pada mulanya kelihatan mudah menjadi semakin kusut dan seolah tidak menampakkan jalan keluar. Ini meletakkan pentadbiran kerajaan Perak berada dalam keadaan terumbang ambing. Ini menjejaskan kesejahteraan rakyat perak secara keseluruhannya kerana jentera kerajaan tidak dapat berfungsi dengan berkesan.

Saya ingin mengemukakan satu cadangan untuk merungkaikan kekusutan yang berlaku akibat isu politik yang semua orang telah sedia maklum dan tak payah saya ulas semula disini.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Suka ditegaskan, sebagai seorang pensyarah, cadangan penyelesaian yang saya ingin kemukakan adalah sebagai pihak ketiga yang bersikap bebas dan berkecuali tanpa berpihak kepada mana-mana kumpulan Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR).

Cadangan Penyelesaian

1. Pihak BN dan PR perlu mengadakan pertemuan dan membuat ikrar untuk menyelesaikan serta merungkaikan kekusutan di Perak secara rundingan.

Justifikasi

Ikrar bersama itu penting untuk merungkaikan isu dan mengembalikan kerajaan Perak ke ”Status Quo” tanpa menjejaskan mana-mana kihak.

2. Kedua pihak perlu bersetuju agar DUN Perak dibubarkan tertapi kedua-dua pihak perlu memastikan bahawa semasa penamaan calun, 28 kerusi yang dimenangi oleh BN diberikan menang percuma tanpa dicabar oleh PR. Begitu juga 28 kerusi yang dimenangi oleh PR tidak dicabar oleh BN.

Justifikasi

Melalui persetujuan sebegini kedua-dua pihak BN dan PR akan mendapat jaminan bahawa status mereka sebelum Konflik di Perak itu timbul boleh dikekalkan. Semua pihak mahu merungkaikan kekusutan yang berlaku dan ini bukannya masa yang sesuai untuk melihat pihak mana yang lebih mendapat sokongan.

3. Kedudukan tiga ADUN yang melompat perlu kosongkan dan BN perlu pastikan agar kerusi tersebut diserahkan kepada PR tanpa perlu ditandingi.

Justifikasi

Kadangkala keputusah politik yang kita ambil menimbulkan keadaan buntu. Bila itu berlaku kita perlu kembali kepangkal agar masaalah tersebut dapat diselesaikan.

Tiga langkah di atas hanya boleh dilaksanakan jika semua pihak mempunyai Iltizam untuk menyelesaikan masaalah dan dalam waktu yang sama dapat menjaga airmuka semua pihak.

Perlu diingat disini bukan kita ingin mencari siapa yang betul atau siapa yang salah, tertapi kita hanya ingin merungkaikan masalah .

Ular menyusur akar tidak akan hilang belangnya.
Mana-mana pihak yang mengalah tidak bermakna ia kalah.
Apabila perlu menarik rambut dalam tepong. Yang penting rambut dapat ditarik tertapi tepong tidak tumpah.

Didalam mana-mana perundingan perlu diutamakan ”situasi menang-menang”. Satu pihak diberikan kuasa memerintah dan sebelah pihak lagi dapat menjaga air muka dan menggunakan ruang yang ada untuk memulihkan kepercayaan rakyat kepada mereka.

Penyelesaian yang dicadangkan diatas, boleh mengembalikan keharmonian didalam DUN Perak.

Sekian

Mohd Nizam Bin Hj Badaruddin
sahaniza@oum.edu.my

37 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

justifikasi untuk menyelamat bn.

yongjenuh.

IBAN MUSLIM berkata...

Tiadanya langkah yang mantap di dalam menangani kemelut di negeri Perak, pertelagahan dan turun naik mahkamah akan berterusan kerana dunia membenarkannaya. Secara sedar mahupun tidak, banyak perancangan untuk negeri dan rakyat tidak dapat difokuskan dengan baik.

Orang kampung mungkin sudah meluat dengan apa yang berlaku. Dan mungkin juga ada yang tidak peduli atau malas nak peduli kerana ianya tidak mengganggu 'periuk nasi' mereka. Tapi kita jangan lupa bahawa kepimpinan yang memiliki pemimpin yang telus dan adil bakal menjamin kesejahteraan di sesebuah institusi kepimpinan.

Semoga ada langkah yang bijak diambil dalam menyelesaikan permasalahan ini.


http://ibanmuslim.blogspot.com/

mantap berkata...

Apa punya penyelesaian daaaaaa ... dun dibubarkan untuk p/raya diadakan dan beri hak rakyat buat pilihan dan keputusan. Cadangan 2 merapuuu jeee .. Kalau lah 28 kerusi BN dan PR diberi kemenangan percuma iaitu menang tanpa bertanding, apa perlu p/raya dibuat. Kalau keputusan dah dibuat sebelum p/raya lebih baik tak perlu p/raya. Cadangan ke 3 tu dah lama PR nak buat iaitu nak isytihar 3 kerusi tu kosong tapi SPR je yang bengong. Apa punya idea daaaa

Tanpa Nama berkata...

Pandangan saya penulis melontarkan sebuah idea yang terlalu idealistik dan mungkin lebih menjurus kepada satu impian sahaj. Secara realitinya tak mungkin kedua-dua pihak sanggup melaksanakan apa yang dicadangkan khususnya cadangan yang ketiga. maaf jika terkasar bahasa.

anak perak berkata...

saya tidak setuju, tiada jaminan semua ini akan dipatuhi dan juga majoriti rakyat memang berhasrat tidak mahu lagi kepada BN seperti keputusan di PRU 12 dan PRK selepasnya

Tanpa Nama berkata...

apa punyer cadangan daaa ni..?baik tak yah bubarkan dun..kita bubarkan dun agar rakyat dapat memilih wakil rakyat dan kerajaan yang benar-benar kuat dan mantop..so maaf yer..cadangan tuan saya bangkang sama sekali..terima kasih atas cadangan tuan..

Tanpa Nama berkata...

satu pendapat yang nampak macam matang . tapi mohon maaf, ada cacatnya disitu

persoalannya, bila pilihanraya diadakan (baca:dun dibubarkan), maka seluruh rakyat malaysia ada hak untuk mengundi dan juga BERTANDING.

lihat sahaja apa yang berlaku di bukit selambau.......

lalu pendapat diatas supaya kerusi yang dimenangi oleh PR dan BN tidak ditandingi dan diberikan kemenangan percuma adalah ridiculous (dengan izin ).

mengumumkan diri sebagai pensyarah bukanlah langkah bijak untuk menjadikan hujah anda diterima. maaf, hujah anda tidak matang.

dan hujah saya? anda sendiri sudah ada jawapannya...

Tanpa Nama berkata...

hujah merapu. saya bangkang!

Tanpa Nama berkata...

ada juga yang pandai sangat..

Pendekar Laut berkata...

Kalau begitu, maknanya sama la jugak hanya 3 DUN sahaja yang dibubar, bukan bubar DUN keseluruhan.

Tanpa Nama berkata...

Jalan penyelesaian untuk yg dikemukakan pensyarah ini mengarut ye. Manusia dari kelompok banjingan tidak akan melakukan kebaikan ikhlas sebab mereka umpama yahudi. Saya rasa Sultan perlu buat sesuatu kerana kuasa membubar DUN di tangannya. Sejauh mana pihak berkenaan sensitif untuk menjernihkan haru-biru ini? saya yakin Najib dan Mahathir sanggup ambil risiko kerana mereka BRUTAL. Dewan ulama PAS sepatutnya bangun dari tidur.. ajak ahli-ahli Pas dan orang ramai sholat hajat. kenapa susah sgt nak beri arahan?

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Apakah yang ingin dicapai daripada pembahagian kuasa seperti itu? Apakah niat kedua-dua belah pihak telah berubah menjadi satu - demi kebaikan rakyat?

Pada hakikatnya, PR sedang menguasai medan perang di Perak. Jika mereka bersabar dan memperbaiki perancangan mereka, mereka akan dimenangkan. Perancangan PR lemah kerana tidak pernah memasukkan sekali perancangan musuh kedalam perancangannya.

BN boleh dimaafkan jika terbukti keikhlasannya kepada kebenaran. Musuh yang pasrah kepada kebenaran memang wajar dimaafkan. Apakah bukti yang boleh dipegang bahawa BN telah berubah, benar-benar menghormati kebenaran, menghormati undang-undang dan menghormati rakyat? Mana buktinya.

Cadangan En. Nizam ibarat memberi harapan dan penanggguhan kepada orang jahat yang tidak mahu menukar niat jahatnya. Diwaktu aman, mereka merancang makar yang baru, untuk mengalahkan. Apabila telah kuat semula, mereka mengganas lagi.

Kerana tidak ada apa-apa yang berubah dalam niat mereka. Hanya strategi dan tektik yang berubah-rubah.

Jika PR lalai atau keliru, lalu mengendurkan serangan menegakkan kebenaran, sementara pihak BN terus merancang-rancang sisi yang boleh ditembusi, kelak PR akan terkemasi, hina terkalahkah oleh kebatilan yang terancang.

Orang-orang seperti itu (Zambry, Najib dan pengikut-pengikut mereka) hanyalah boleh diubah dengan kita terus berakhlak terpuji kepada mereka, tetapi pada masa yang sama kita menunjukkan ketegasan kita kepada menghormati kebenaran, undang2 dan hak orang-orang2 yang berhak.

Wallahu'lam.

Tanpa Nama berkata...

Orang Kedah kata cerita atau cadangan tak dak akai macam penulis tu. Baru tengok atau baca berita kottt. Adakah anda pernah mengundi? atau belum daftar lagi?

Tanpa Nama berkata...

Cadangan tuan pensyarah tu bagus dan dipersetujui, cuba tuan bagi cadangan ni kat belah sana.. amacam...belah sini dah buat dah...tp tak jalan...
tengoklah apa jadi bila speaker dah umum kerusi 3 adun katak kosong dan nak buat p/raya.
sapa yang tak buat p/raya????
Sebab ramai sangat yg nak sokong yg haram,
kan yg haram tu sedap dr yg halal.
tengoklah apa jadi, nak anjur solat hajat..no
anjur jom heboh...yes
anjur tarian separuh bogel,, lagi yes.. menteri haji pun turut serta....
Tapi apa yg berlaku sekarang ada hikmatnya
dulu sebut nama nizar sapa pun tak kenal tp sekarang 1malaysia dah kenal dah dan sayang kat dia.
Allah nak angkat mertabat seseorang tu berbagai cara hanya Dia yang maha mengetahui.
kita juga berpeluang menyaksikan pelbagai gelagat dan aksi, yg mana tak nampak dah nampak.
kena lihat dengan mata hati kalau hati dah hitam, tak dapaet den nak menolong...kena banyak bertaubat...mohon kat Allah...
Dah nampak mahkamah tinggi, mahkamah rayuan, pdrm, sprm, spr dan agensi agensi yang sewktu dengannya.
Makin lama, makin terselak kain depa, lama lama terlondeh le tu....
Tapi Lawan tetap Lawan, lawan menghapus kezaliman, rasuah serta kemungkaran.
Niat....kerana Allah S.w.t.
Inyaallah kemenangan akan menjelma.

tiUb Gerek berkata...

bubarkan DUN perak. Biar rakyat perak tentukan semua kerusi DUN. Stakat kelebihan 3 kerusi DUN (majoriti mudah) tak menjamin kerajaan yang kukuh. Bila2 masa sahaja bleh tumbang mcm yang berlaku sekarang. Lebih baik dapatkan majoriti 2/3 supaya mudah untuk memerintah.

cadangan untuk pilihanraya 3 DUN sahaja merupakan pilihan terakhir untuk mendapat majoriti dan menamatkan kelut politik tp xdapat menjamin masa depan kerajaan perak kerana dalam tempoh 3-4 sblum PRU13 mcm2 bleh terjadi.
Adun terdedah dengan segala ugutan/pujuk rayu seta ganjaran berJuta2.

BuBarkan Dun Perak. mudah-mudahan PR medapat majoriti 2/3 jika diukur dengan situasi politik terkini.insyaAllah..

Tanpa Nama berkata...

:)

mohahz berkata...

Assalammualaikum....

cadangan tu lebih baik direct to the point je.kekal kerusi BN,kekal kerusi PR,3 kerusi milik adun lompat shj dipertandingkan.Bagaimana pula dgn calon bebas yg akan bertanding melawan calon2 parti2 ni?
Buat mcm tu takkan selesaikan konflik.Ini bukan konflik palestin-israel yg perlu ada iltizam semua pihak,demokrasi itu perlu diberi pd rakyat perak utk mentafsirnya.samada kerusi kekal atau berlebih ataupun berkurangan,itu pilihan rakyat.
salah betul bukan soalnya,tp siapa yg menuruti undang2 dan demokrasi itu adalah soal yg utama.

Tanpa Nama berkata...

Cadangan yg berbelit-belit....
Nak kasi puas hati..bubar dun, bertanding semula
Gerenti BN menang...
(menang yg ade undi pos aje)

wargaperak berkata...

Aku rasa cadangan tu...PR mungkin boleh setuju....tetapi BN? Sebenarnya BN yang tak nak mengalah. Dia yang nak memerintah perak. Kalau 3 Dun tu di buat pilihanraya, pun BN taknaknye...sbb dah dikatakan tadi.

Baru2 nie aku baca dalam Utusan Malaysia,BN nak adakan sidangan DUN sementara Zambry jadi Menteri Besar Perak yang mereka nak adakan undi majority supaya Sultan tidak perkenan pembubaran DUN yang bakal dikemukakan oleh Nizar. Siapa yang tidak demokrasi siapa yg tidak adil sebenarnya? Tolong bagitau..

Aku dah jemu dah dengan perkara nie...
Mak ayah aku dok kat changkat jering. Kampung aku yang dulu aman damai...sekarang celaru dengan masalah politik. heeeeee marah nie.

baei berkata...

Cadangan karton seperti itu tidak harus dilayan. Kalau macam itu punya cadangan tak payah buat pilihanraya. sama juga macam sebelumnya. Kita perlu menang 2/3 baru stabil.

Tanpa Nama berkata...

apa pnyer cadangan ler niee....merapu betui...ko mmg pensyarah ker apa nii...????

Hanya seorang insan yang kerdil di dunia maya ini... berkata...

Ada juga pensyarah yang bagi idea macam ni. Punya la tak logik. Rasanya pensyarah ni pro-BN. Apa la... tak boleh fikir ka... dalam negara demokrasi, kuasa penentu adalah rakyat. Kalau mesti bagi menang percuma pada sesuatu parti sedangkan parti lain nak bertanding, tu dah jadi diktator.Buat malu standard aku je... pensyarah gak... haiyaa.... Penyelesaian terbaik tak lain tak bukan BUBAR DUN la!!!! Kalau Bubar DUN pun, PR bukan kata dia menang semua... yang BN takut sangat pasal apa? Yang sebenarnya..... BN ada banyak SB(bayar gaji SB ni pakai duit rakyat-pemimpin khianat,pakai duit rakyat untuk jaga kepentingan sendiri) yang mungkin dah pegi survey yang diorang punya sokongan di kalangan rakyat Perak dah makin kurang, sebab tu depa takut nak pilihanraya. Cuba la hampa pikir PAS berpuluh tahun lepas, pernah elak masuk pilihanraya? Taka ada..... walaupun PAS kalah teruk, dicerca, dimaki.... tapi kerana asas mereka ISLAM.... Membawa cahaya keadilan untuk seluruh alam.... mereka terus berjuang hinggalah ALLAH bukakan pintu hati ramai rakyat Malaysia hari ni untuk melihat keadilan ISLAM yang dibawa oleh PAS.

TpK berkata...

Saya hormati pandangan Sdr Mohd Nizam. Itu mungkin juga merupakan harapan bagi individu non partisan dan pengundi atas pagar. Malang sekali realitinya berbeza, maka jika dilihat dari sudut praktikaliti dan hakikinya ia hanyalah sebuah ilusi. Jika sdr mengikuti dengan rapat kemelut ini, malah sejak apa yg terjadi di negara kita sejak 1998, sdr akan sedar bahawa pekung UBN telah tersungkap dan faham bahawa UBN tidak akan menjanjikan "iltizam tinggi" yg diharap2kan. Maka saranan ini kekal akademik dan ilmiah semata2. Apapun syabas kerana menyampaikan buah fikiran utk dibahaskan.

UBN terlalu kemaruk kuasa dan tidak akan sekali2 memikirkan soal menang-menang atau "win win situation". Apa saja rundingan mestilah mereka yg mendapat kelebihan. Ini sudah terbukti setelah lebih 50 tahun berkuasa.PAS sgt2 memahami sikap UBN ini kerana sewaktu UBN lemah, mereka akan menghulurkan tgn, selepas membina kekuatan, PAS ditendang keluar dari BN, itu fakta yg tidak dapat dinafikan, sejarah yg tidak dapat dipadamkan. Apakah dgn fakta dan sejarah ini kita masih boleh menganggap yg UBN akan ikhlas utk meneruskan usaha sepertimana yg disarankan?

Jika UBN ini memg jenis boleh bekerjasama, sudah lama dah pimpinan PR sanggup menimbangkan saranan seperti ini. Saya yakin, pimpinan PR akan menyambut baik saranan seperti ini, tapi cuba sdr kemukakan kepada UBN, pastinya mulut mereka kata mereka menerima dgn lapang dada tapi hakikatnya mereka tidak akan boleh melakukannya.

So, jgn kita mencurah ke daun keladi, jgn meletakkan harapan tinggi kepada pekara yg jelas tidak dapat dilaksanakan kelak kecewa nanti. Seharusnya kita lebih praktikal dgn peka akan pe el kedua-dua pihak, itu adalah lebih praktikal dan berpijak ke bumi nyata. Realitinya "tamadun" dan budaya politik di Malaysia tidak mencapai tahap toleransi setinggi itu. Ini yang menyebabkan antara punca PR menentang UBN.

LAWAN MANA YANG TAK BETUL berkata...

mana punya Pensyarah ni da...direct to the point je lah..
a. 3 yg lompat letak jawatan
b. bubar terus semua..

Boleh pakcik mohon BN perbesarkan Jamban rumah pakcik..

Tanpa Nama berkata...

Hek Eleeh..mula-mula dia kata bubar DUN.Lepas tu dia kata masa penamaan calun bagi menang percuma kerusi yang 28-28 tu.Baik tak payah bubar DUN...Apa punya baghal pensyarah ni.Nasib baik anak aku tak berpenyarahkan dia,kalu tak anak aku pun bingung mcm dia.

Tanpa Nama berkata...

Macam cerita keluarga 69 punca idea. Nak jadi engineer konon nak selesai masalah.. Puncanya BN nak kuasa sangat2..dan tak mau pilihanraya sebab tu depa lawan dengan kekuasaan mrk yg ada. PR pula yakin akan rakyat sokong mrk.. tapi BN dok congak depa akan kalah kalau pilihanraya..Mau tak mau guna kuasa veto depa laa...Masalah tak akan selesai sampai PRU13. Biarkan ia berlarutan nanti sampai jugak PRU13 yang tinggal 3 1/2 thn je lagi

ikhwan86 berkata...

PENSYARAH AHLI UMNO LA YANG BAGI PENDAPAT NI..

JANGAN PENSYARAH AKU DAH LA... MEMALUKAN SIKIT.. MENGOSONGKAN HANYA 3 KERUSI DUN SAHAJA TAK DAPAT MENYELESAIKAN MASALAH PERAK SECARA TOTAL..

BUBARKAN DUN DAN ADAKAN PILIHANRAYA YANG ADIL DAN BERSIH DISELURUH NEGERI PERAK... ITU YANG SEBAIKNYA.. YANG PENSYARAH NI NAK SELAMATKAN 28 ADUN BN YANG MENANG TU... KALAU DIORANG MASIH DAPAT SOKONGAN, INSYAALLAH, DIORANG AKAN KEKAL MENDAPAT SOKONGAN. KALAU DAH TAK ADIL, TAK YAH CAKAP LA... LINGKUP SEMUA PUN MUNGKIN.. YANG TINGGAL MUNGKIN TAJOL ROSLI JE LAGI...

Samsul Ghazali berkata...

Cadangan apa tah macam tu.. takkan pensyarah punya cadangan macam tu kot??

Pencadang tu ingat BN nak lepas kuasa macam tu senang ka??

Bubarkan DUN.. kita lawan semula, kalah atau menang itu isu kedua, yang penting lawan tetap lawan!!!

madkrie berkata...

Macam mana boleh jadi pensyarah nie...aku sekolah atap ja..tapi cadangan aku sama macam kawan2 lain Bubarkan semua DUN.Baik PR baik BN sama berentap siapa menang dia perintah negeri.
PR pun cakap besar aja..mau ingat Pos Trong kalah tu....

TpK berkata...

Kalau org atas pagar nie mau kita ajak je undi PR. Kalau pro BN, kita turn over. Sesetengahnya kurg maklumat, sesetengahnya bebal, sesetengahnya bangang, sesetengahnya tak reti bahasa, sesetengahnya totok UMNO...mcm2 punya dok ada...tapi kalau dia berhemah, kita berhemah le dgn dia, lain le kalau dia caci kita, layanan berbeza le jwpnya!! Hangpa punnn....

Tanpa Nama berkata...

Saya berSETUJU cadangan diatas adalah buduh..

anakjatiperak berkata...

apa punya tur laaaaa......sapa boleh jamin BN tak taja calon Bebas?janji ngan BN ni . siang cakap lain, malam cakap lain...Mr Tutor/lecture...cadangan anda ni akan mematikan sistem demokrasi dan akan menjadi bahan ketawa berdekah2 di kedai kopi seluruh dunia. termasuk barack obama pun terkentut2 dengancadangan anda.
satu lagi..cadangan ni nak nyelamatkan BN daripada diberi malu besar di hadapan rakyat.Lupakan saja.Bubar DUN dan p.raya...senang ajer...Rakyat halalkan semua perbelanjaan p.raya daripada membayar gaji MB yang mahkamah isytihar Haram...

Tanpa Nama berkata...

Cadangan macam budak sekolah, bagilah idea yang mantap sikit, namapun pensyarahkan. Pemikiran anda telah dipikir 3 bulan lepas oleh speaker dan saya, Justifikasi anda yang bahawa anda adalah pensyarah memaulkan saya yang hanya tukang kebun sekolah sahaja,

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT berkata...

apa punya cadangan,rak betul tu...kemelut ni dimulakan oleh Bn pusat lagi...kerana masuk campur urusan Negeri Perak...bubar sahaja dun...jgn lagi puter belit terbelit fakta...Satu dunia dah tahu yg Nizar MB Perak yg sebenornye....tapi ditahan2 oleh BNUMNO termasuk sikap bermuka2 hakim Mahkamh rayuan.Asas perundangan dimalaysia ni bercelaru sangat(disebabkan BNUMNO).terima kasih kerana prihatin kpd sedara yg rasanya tak ikuti perkembangan politik perak ni dari awal.

mathanis berkata...

Woii...cadangan apa ni!..kawan pensyarah kita ni nak suruh student PJJ OUM buat ulasan ka..sebagai sebahagian daripada tesis depa..apa punya ide la..tau apa ide saya.....elok kawan pensyarah kita ni jangan bagi ide lagi yang karut maghut ni..nak caghi jalan penyelesaian tak perlu justifikasi-justifikasi macm tu aih..Wahai anakjatiperak cuba hang basuh sikit kawan pensyarah kita ni..

TpK berkata...

kah kah kah.....nak tergelak tgk kengkawan marah sungguh....??? mcm2 punya dok ada, byk "membedal"...he he....nama pun kebebasan bersuara kan? tak gitu...??

Tanpa Nama berkata...

gaya bahasa, bagus..100 markah.
susunan ayat, bagus...100 markah
isi, berbelit belit..sukar nak terima mcm buat assingment oum.
walaubagaimana pun itu adalah pandangan masing masing, terima kasih atas pandangan.