14 Mei 2009

Anwar cabar Najib adakan p'raya di Perak

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemelut politik di Perak bukanlah isu perundangan yang boleh diselesaikan di mahkamah.

Sebaliknya, beliau yang juga ketua umum PKR berkata, ia hanya boleh diselesaikan melalui pilihanraya yang bebas dan adil.

"Penyelesaiannya bukan pada istana atau mahkamah, tetapi mahkamah rakyat yang akan menentukannya," katanya.

Sehubungan itu, Anwar mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengadakan pilihanraya baru di Perak bagi menyelesaikan kemelut politik sekarang.


Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Apabila beliau bertanya mengapa Najib perlu takut untuk mengadakan pilihanraya baru di Perak, kira-kira 3,000 hadirin yang memenuhi dewan tersebut melaung: "Najib salah". Najib dikaitkan dengan tindakan BN merampas kuasa di Perak dari Pakatan Rakyat.

Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan demikian dalam satu forum di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam tadi.

Tajuk forum tersebut bertajuk 13 Mei hingga 1 Malaysia: Masa depan pembinaan negara Malaysia, anjuran pejabat ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.

'Saling bertukar MB'

Ahli panel lain ialah pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang juga ahli Parlimen Ipoh Timur serta Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Ketibaan mereka menerima tepukan gemuruh para hadirin.

Kemelut politik antara BN dan Pakatan Rakyat semakin parah apabila jawatan menteri besar salih berganti disandang oleh wakil kedua belah pihak.

Sidang DUN Perak pada 7 Mei lalu juga menyaksikan berlaku kekecohan dan pergaduhan antara kedua belah pihak, termasuk insiden Speaker V Sivakumar diseret keluar DUN.

Sebelum ini, BN mengambil alih pentadbiran negeri Perak selepas mendapat sokongan majoriti apabila tiga ADUN Pakatan keluar parti dan menyokong BN.

Ekoran itu, Nizar Jamaluddin membawa kes itu ke mahkamah dan kelmarin Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan beliau sebagai menteri besar Perak yang sah.

Berikutan keputusan tersebut, Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan exconya mengosong pejabat dan Nizar kembali bertugas.

Bagaimanapun, Zambry berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menangguhkan penghakiman mahkamah tinggi itu dan kembali bertugas semula semalam.

Mengulas lanjut mengenai kemelut di Perak itu, Anwar menyifatkan Nizar sebagai "bendahara Tun Perak yang baru".

Mengenai 13 Mei pula, Anwar yang berucap selama 15 minit berkata, selepas peristiwa tersebut, pelbagai slogan perpaduan dilaungkan - termasuk Islam Hadhari dan 1Malaysia - tetapi menurutnya tidak ada sebarang perubahan dasar.

Lim: 7 Mei 'hari memalukan'

"Malaysia tidak perlukan slogan baru, tetapi dasar dan program baru kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Katanya, program dan dasar yang diperkenalkan mestilah mengambil kira kepentingan seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum, terutamanya yang miskin dan terpinggir.

Sementara itu, Kit Siang menyifatkan tanggal 7 Mei sebagai 'hari yang memalukan; dan sebagai 13 Mei yang baru apabila SpeakerSivakumar diseret keluar daripada DUN Perak dan stesen TV dilarang menyiarkan gambar insiden tersebut.

"Tiada lagi 13 Mei, tetapi 7 Mei - hari yang memalukan," katanya, sambil menyifatkan pelik keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi - yang mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah - dalam masa yang singkat.

Beliau juga menyindir Zamry sebagai "3 in 1" -- Mandela-Gandhi- Zambry.

Lim juga menyelar rencana di Utusan Malaysia baru-baru ini yang berjudul "Malaysia di ambang republik".

Katanya, tulisan berunsur "hasutan, fitnah dan dusta" itu patut diheret ke mahkamah.

ADUN pelbagai latarbelakang

Sementara itu, Nizar pula berkata, 13 Mei dan politik perkauman wujud akibat warisan penjajah sebelum merdeka.

Katanya, keharmonian kaum sejak ratusan tahun di Malaya sebelum itu, antaranya melalui hubungan perdagangan, tidak mempunyai sebarang masalah.

Menteri besar Pakatan itu mendakwa, Umno menjadi penerus kepada politik perkauman penjajah.

Katanya, kerajaan Perak yang diwakili ADUN pelbagai latarbelakang kaum, jantina dan profesyen, telah berjaya menjamin keharmonian pelbagai pihak - tidak seperti yang berlaku di Terengganu.

"Di Terengganu, semua ADUN Melayu, orang Terengganu makan nasi dagang, tetapi bergaduh tidak selesai sampai sekarang," katanya merujuk kepada konflik majoriti ADUN BN menolak kepimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Mengulas mengenai kepelbagaian latarbelakang, beliau turut menyebut tentang terdapatnya "satu wanita dan dua lelaki lompat" sambil disambut sorakan "boo" penonton.

Katanya, konspirasi BN di Perak bermula sejurus selepas kemenangan Pakatan dalam pilihanraya umum lalu, dengan tawaran wang berjumlah jutaan ringgit kepada ADUN Pakatan supaya melompat parti. Malaysiakini.

33 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SAYA SETUJU,KU LI SETUJU,MUHYIDIN SETUJU,SEMUA RAKYAT SETUJU, CUMA ZAMBRY DGN NAJIB AJA YANG SETUJU, PASAI DEPA UTAMAKAN DIRI DEPA, BUKAN UTAMAKAN RAKYAT..MANA..PI COGAN KATA RAKYAT DI DAHULUKAN.

Tanpa Nama berkata...

bi end mana berani dah tau mesti kalah punya hahahah

tanpa nama berkata...

Assalamualaikum, YB.
Dulu saya ekstrim dgn UMNO,semua betul belaka... pasal apa?yang ada hanya media arus perdana, skrg tak lagi, pasal dah pandai internet... semua baca.BN punya baca PR punya pun baca... buat penilaian.Nampak sangat putar belit BN, lagi satu... perjuangan PAS lebih menjurus ke akhirat, jadi tak perlu risau la... org yang selalu ingat mati insyaallah tak buat perkara yang merugikan...

wassalam.

MZAIDI TECHNOLOGY berkata...

adakan saja pilihanraya selesai alahmas

Tanpa Nama berkata...

aku pun tak paham.., kenapa najis and the gang tu takut sangat nak adakan pilihanraya.., padahal dalam mca, gerakan sendiri dan berkokok minta diadakan pilihanraya,..., datuk najis.., jangan dinafi hak rakyat, ingatlah.., kita hidup ni tak lama.., dunia ni tempat kita singgah je.., macam naik kapalterbang, transit sekejap je.., bukannya tempat abadi..., aku ingat si najis ni memang takde telur la..., zambri yang rasanya diri tu sehebat mandela.., piiidah.., mangkuk hayun betul lah mamak ni.,..,

Tanpa Nama berkata...

aku meluat betul lah dgn PR..x habis2 mainkan sentimen rakyat..Krisis di perak x patut brlaku dan x patut dibesar2kn isunya..memang pada dasar cara menyingkirkan DS nizar x ikut perlembagaan tetapi dh diperkenan oleh sultan, dulu masa PR mula2 nk perintah pun cara lebih kurang sama, sultan mengambil keputusan atas majoriti, klau BN nk bantah dulu mmg boleh sbb masa tu tiada PR lagi kesemua parti alternatif bergabung untuk lebih majoriti dari BN tetapi BN menghormati keputusan Sultan, walhal BN memang boleh nk jdkan isu..x mcm PR x hormat keputusan sultan..skrg nie pun cara nizar nk bubarkan dun juga x ikut perlembagaaan.. knp nk bubar x buat sidang dun dahulu, terus hantar surat nk mohon mengadap sultan untuk dibubarkan dun..klau nizar buat sidang dun, cmfirm BN x melawan dlm Mahkamah rayuan..nizar pun nk buat cara salah, bg aku x salah BN nk memohon penangguhan keputusan di mahkamah rayuan..tgk majoriti setuju x dibubarkan baru betul caranya..x demokrasi la klau majoriti PR 28 kurang dari BN 31 nk mintak bubar plak..

aku salah seorg rakyat perak..tlg bila PR buat statement jgn sebut seluruh rakyat perak minta bubar.. rakyat perak sebenarnya mcm biasa jer..xde pun kecoh2..pemimpin PR jer buat kecoh dgn minoriti pengikutnya..

SNIPER berkata...

Pilihanraya adalah jalan sebaik-baiknya dalam penyelesaian isu kemelut di Perak ini. Kalau Najib betul-betul gentleman sahut cabaran DSAI. Adakan pilihanraya dan biar rakyat yang menentukan!

Tanpa Nama berkata...

aku rakyat perak dan mmg aku mintak bubarkan dun..

Tanpa Nama berkata...

Drs,Ke bawah Duli Tuanku.Merafak sembah rakyat mengadu "Usah kami di gantung tak bertali,disalai tak berapi" Mohon Dewan Undangan Negeri dibubari. Nona Rata Chulaborn.

Adoka Varachat berkata...

"..bercakap banyak tak baca buku, macam bawak duit tak laku.." saya tujukan khas kepada Tanpa Nama 7:47pm punya komen..kesian sungguh orang macam ni...

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya Pertembungan adalah diantara Najib dgm Anwar, nizar dgn Zambry hanya ayam sabongan sahaja...........

Tanpa Nama berkata...

KENAPA SUSAH SANGAT NAK BUBAR DUN? SY ORANG BN PUN SUSAH HATI KENAPA SULTAN TAK NAK BUBAR DUN. KAMI NAK KERAJAAN YANG BERMARUAH.. KALAU PERKARA INI BERLARUTAN HABIS LAA PRU 13 NANTI...

Tanpa Nama berkata...

AZWAN ALI MENGELARKAN PAKATAN RAKYAT ANJING!!!
ANJING ANJING BIADAP SERANG PEROK ????


KAH KAH KAH KAH..........DAN SI LASER NO 1 NEGARA....AZWAN ALI....PUN TERSENYUM MELIHAT....BEROK BEROK ZOO NEGARA ...........ALA ALA TERLEPASS...........LALU MENYERANG BUMI PEROK YANG TIDAK BERDOSA !!!!! BEROK BEROK ZOO NEGARA NI....BILA MASUK JER.....BANDARAYA IPOH YANG GAH TU....BERTUKAR MENJADI ANJING ANJING PALING BIADAP DI ATAS MUKA BUMI NI !!!!!!!!!!!!!! MEMANG ANAK ANJINGGGGGGGGGGGG.....................

HA......TAK KAN U ALLZ....TAK TENGOK ....DRAMA PALING MAHAL......DALAM SEJARAH POLITIK.....YANG MENGEGAR KAN PEROK SEMALAM????

KEJOR YOP KEJOR...............ATE???? ATE....??? DURIAN PUN TAK BERBUNGEE LAH KATE NYA......!!!! MEMALU KAN...........MENJIJIK KAN............... MUNTAH.............MEMANG HAMSAT !!!!

AZWAN ALI....SEBAGAI MANA STATEMENT MB PEROK YANG MACHO ALA ALA.....CHIEF ABANG ASKAR TU.............SETUJU SANGAT LAH...........ISTILAH BIADAP DI GUNAKAN....UNTUK BERIBU RIBU EKOR.....ANJING ANJING....YANG TERUS MENYALAK YALAK DI BUMI PEROK !!!!

TAPI IKUT HATI......BUKAN 'BIADAP' LAGI..........'HAMSAT' PATUTNYA !!!! HAMSAT NI....MAKSUDNYA....HARAM JA*** .......CAMPUR.....BANGSAT !!!!

APA NAK JADI LAH PEROK OOOI...............???? SELAGI MAHKAMAH TAK PUTUSKAN....SAPA YANG LAYAK BERNAMA 'MENTERI BESAR'......NAMPAKNYA.....BUMI PEROK TERUS DI LANDA MUSIBAH NGERI................!!!!!

MAK HAYAM GEBUSSS...........BUKAN LAH MINAT POLITIK SANGAT PUN..........TAK AMBIK POT DIK DIK NUN......!!!! LANTAK LAH KO....NAK JADI MB KER.....NENEK KER....DATUK KER.......ADA AKU KISAH???? BUKAN AKU DAPAT APA PUN?????? KAN???

SO WHATS THE BIG DEAL BABY.....!!!! ABANG AKU YANG JADI YB PUN........ADA AKU KISAH??? ADA AKU HERAN???? INI KAN PULAK ORANG KAN????? DUNIA POLITIK BUKAN DUNIA AKU PUNGGGGGGGG..............

TAPI MASALAH MENTAL....MASALAH ANJING ANJING BIADAP NI.....MEMANG MAK HAYAM GEBUSSSSSSSSSS AKAN TENTANG HABIS HABISAN........!!!

DALAM KES KAT PEROK SEMALAM....ADA LAH SEKOR ANJING PALING BIADAP NI !!! RUPANYA DIA .....YB POMPUAN DARI ULU SELANGOR.......U ALLZ...!!!! PAKAI TUDUNG HITAM....MUKA PUN MACAM KAK SOYAH JUAL APAM TAK LAKU......ADA HATI BERGELAR YB.....ADA HATI DATANG SERANG DEWAN UNGGUL KAT PEROK TU !!!
SEDANG KAN....PERSIDANGAN KAT IPOH TU....TAK DE KENA MENGENA DENGAN MASALAH WAKIL RAKYAT DIA PUNNNNNNNNNNN!!!!!!!

ALIH ALIH KENA TAHAN POLIS....ALIH ALIH TAK DI BENAR KAN MASUK PUN !!!! KAH KAH KAH KAH...........!!!! PAS TU......ADA HATI BUAT KECOH....ADA HATI HENTAK HENTAK KAKI DEPAN DEPAN ORANG...........KONON NYA KENA NAYA DENGAN POLIS ????

MEMANG PU***M** PUNYA MELAYU !!!! EH HELLO..............DENGAN MUKA YANG MACAM APAM BASI TU.....KO PEGI SENTAL DAKI LAKI KO PUN..........ADA PAHALA NYA ANJINGGGGGGGGGGGGGGGGG BIADAP OOI !!!!!

KALAU LAH DIVA NO 1 NEGARA AZWAN ALI NI ADA KUASA SAKTI.....MEMANG AKU AKAN TERBANG KE IPOH SECARA GHAIB................BAGI PENAMPAR MAUTTTTTTT.........KOW KOW KAT MUKA YB POMPUAN BEDEBAH NI.....!!! BIAR MUKA DIA YANG BUSUK LAGI BURUK TU BERPUSING PUSING TENGAH ORANG..........TERUS KOJOL !!!!! AMBIK KO BIADAP !!!!

NAZU ZU BILLAH MIN ZALIK PUNYA BETINA !!!! GELI LAH.........................EH HELLO??? INSAF LAH....KO INGAT KO SOKONG PARTI GAH KO TU.....SAMPAI NAK SERANG SERANG POLIS......KO AKAN MASUK SYURGA KER???? PEERAH................

PEROK OH PEROKK.............SEMAKIN BERTAMBAH NAMPAK NYA ANJING ANJING BIADAP......SAMPAI KERABAT DIRAJA KENA BUANG KAREN DEKAT 5 JAM U ALLL.....PUNYA NAK MELAYAN KERENAH MANUSIA.......YANG HATI ALA ALA BINATANG NI KAN???...........................MANUSIA YANG BERPIJAK AKAN HUKUM ALAM....HUKUM KEJADIAN ALLAH SWT....TAK MUNGKIN SANGGUP BUAT KEJE KEJE BODOSSSSSSSSSSS................!!!


DARI BLOG INI

SYA :

Ini merupakan BAHASA paling BIADAP dan KURANG AJAR yang dikeluarkan oleh ADIK kepada seorang YB di Negeri Selangor!!

Tindakannya menulis dilihat sebagai seorang yang kurang maruah diri dan kurang pemikiran akal yang normal.

Perkataan PEROK yang menggambar kan nama Negeri Perak dianggap mengHINA Negeri ini!!!!

Perkataan ANJING,BEROK dan HARAM JADAH yang dikeluarkan amatlah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa kerana ia terang-terang telah menghina Pemimpin dan Penyokong Pakatan Rakyat!!!

penulis blog http://silaserazwanali.blogspot.com/ harus memohon maaf dan menarik balik artikel ini!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Q

Tanpa Nama berkata...

Deme tu ada bran ka?...

mimi berkata...

kepada encik "Tanpa nama berkata" silalah bukak2 buku perundangan dan kaji sendiri kesahihahn si zambry@BN memerintah Perak....Kuasa Sultan memang tak boleh dipertikaikan tapi ape yg terjadi Sultan nampaknye mcm lalang....Sultan sepatutnye lebih adil dan saksama utk kepentingan rakyat....hanye org bodoh yg mengatakan kerakusan BN rampas kerajaan Perak sbg perbuatan mulia...Nizar dah disahkan Menteri Besar yg sah..knp perlu mintak tangguh?kalau dah mahkamah sndiri kate dah sah nak mintak tangguh ape lg?tangguh utk ape?jgn perbodohkan rakyat...yg sah tetap sah....

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama ke tanpa otak? Dalam PRU12 berapa banyak jumlah semua undi BN dapat dan berapa pula jumlah undi yang PR dapat? Yang lompat katak tu ialah ADUN, bukan rakyat atau pengundi!

Akupun orang Perak! BUBAR DUN! KEMBALIKAN KUASA RAKYAT.

madkrie berkata...

Perkara 16(6) tu apa kejadahnya...sokong UMNO sampai tidak tahu perlembagaan negeri sendiri.
Benarlah kata orang pemimpin UMNO sebenarnya hendakkan pengikutnya sentiasa bodoh.
Kalau bubar dun pun rakyat yang untung.Banyaklah jalanraya2 baru,bantuan disana sini,Kaum Cina dapat juta2 peruntukan,kaum Melayu dapat basikal free,sekolah baru,pejabat baru,nelayan dapat bot baru ada duit kopi lagi,bangunan UMNO baru,masjid baru macam2 lagilah.

musafirlalu berkata...

Satu perkara yang amat memalukan apabila tersebar berita yang melibatkan YB Hamidah yang telah terbabit melindungi gengster dan menganggu kerja-kerja polis yang sekarang ini hangat diperkatakan.Amat memalukan apabila polis pun terlibat sama bersekongkong dengan YB Hamidah.Dimanakah intergriti polis yang sepatutnya melindungi orang awan tetapi perkara lain pula yang berlaku.Inikah slogan yang digembur-gemburkan DS Najib "Rakyat didahulukan.

Sepatutnya slogan yang sesuai yang patut DS Najib laungkan adalah "Satu BN:Keluarga dan Kroni Didahulukan dan Kekayaan diutamakan".Itulah slogan yang paling sesuai DS Najib Laungkan kepada rakyat.

YB Hamidah yang pernah berkata "Kalau Jumpa India Dan Ular,Kita Kita Pukul India Dulu".Baik punya cakap.Kalu macam itu kerapa tidak pukul Speaker Haram Datuk Genasen.Malah dia yang lebih mengajar Genasen mengemdalikan perjalanan persidangan DUN haram tempoh hari.Jadi sekarang ini kita tukar pula kata-kata beliau pula "Kalau Jumpa YB Hamidah dengan Ular,Kita pukul YB Hamidah dulu".

Kita tak hairanlah kalau apa yang terjadi kepada peristiwa hitam yang berlaku semasa berlangsungnya Sidang Dewan Undangan tempoh hari yang amat memalukan.Maka banyaklah persoalan-persoalan yang selama ini menjadi tanda tanya siapakah yang terlibat dalam kes Persidangan Bawah Pokok dan peristiwa membawa polis dan samseng kedalam dewan terjawab.

Tak sangka Makcik inilah rupanya ketua kepada Ahli Kongsi Gelap dan Samseng Perak.

Saya harap KPN mengambil tindakkan diatas perkara yang boleh mencalarkan imej polis yang memang dah terlaku banyak calarnya.Imej Polis yang sepatutnya tidak memihak telah dikotak-katikkan oleh para pemimpin UMno.Dimanakah lagi tempat yang akan rakyat pergi untuk mengadu apabila kreditibiti Polis dan Mahkamah diliwat dengan sebegitu rupa

Kalau macam ini kita sekarang ini betul-betul berada didalam kerajaan yang mengunakan Hukum Rimba.

Itulah kalau dah MB nya Haram,para Exco pun haram dan tidak ketinggalan satu lagi jawatan haram iaitu Speaker Genesen.

Saya harap perkara ini mestilah dibawa ke peringkat tinggi Polis kerana menyalahkan kuasa dengan mengikut telunjuk ahli politik UMno.

Bila lagi nak diadakan pilihanraya ni.Tangan saya ni dah gatal sangat nak memangkah......Ooop.....Lupa pulak .....UMno kan Pobia pilihanraya......Pasti tak jadinya.

Zambry pohon tangguh dulu keputusan Mahkamah di Mahkamah Rayuan,yang ajaibnya dalam masa tak sampai 4 jam Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan Zambry Haram.Bila DS Nizar menghantar kepada Mahkamah Rayuan dengan hakim yang sama,kes beliau akan didengar dalam masa 5 hari lagi.

Kalau nak tengok banyak perkara yang ajaib,silalah datang ke Perak.Pasti anda tidak akan dikecewakan........Insyaallah.

Tanpa Nama berkata...

aku pon orang perak...aku, kawan2 aku, taman aku di P...t B....r sume nak bubar dun...tak kira BN or PR. Kalau susah sangat bubar seluruh negeri pun bubar 3 tempat ADUN lompat tu pun boleh juga. Sape yg tak sokong untuk bubar dun ni @#%*%...tak taulah nak kata apa

Tanpa Nama berkata...

NAJIB DAH JADI LELAKI.. ELUKLAH PEMBUBARAN DUN PERAK DIPERCEPATKAN DAN DIADAKAN PILIHARAYA

BN tak gentar jika pilihan raya di Perak - Najib

Barisan Nasional (BN) tidak gentar menghadapi apa sahaja kemungkinan termasuk pilihan raya baru di negeri Perak sekiranya itu yang diputuskan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bagaimanapun menegaskan, soal sama ada pilihan raya negeri itu perlu diadakan atau tidak ia tertakluk kepada perkenan Sultan Perak.

"Kita sedia berdepan dengan rakyat," katanya kepada para pemberita selepas menghadiri majlis Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di Putrajaya hari Khamis.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas cabaran penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Najib yang juga Pengerusi BN mengadakan pilihan raya baru di Perak bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda negeri itu.

“Penyelesaiannya bukan pada istana atau mahkamah, tetapi mahkamah rakyat yang akan menentukannya,” kata Anwar.

Menurut Najib, pilihan raya baru di Perak adalah merupakan salah satu pilihan yang ada dalam mencari penyelesaian kemelut politik di negeri itu tetapi ia bukanlah sesuatu yang harus dilaksanakan.

Namun jelasnya, keputusan sama ada untuk mengadakan pilihan raya negeri di Perak bergantung kepada budi bicara Sultan Perak Sultan Azlan Shah. – 14/5/2009

Tanpa Nama berkata...

hah, aku jugak org perak. tanpa nama di atas nun, ko sorang je lah yg biasa2, aku hangat!! panas x senang duduk! sebab aku nak tgk dun bubar segera! pengikut PR minoriti ke pengikut BN yg minoriti? ko memang outdated lah.. tinggal dalam gua sam poh tong ke hape?? ke gua tempurung?

raja azlan ape dibuatnye? tolonglah keluarkan kenyataan sikit sebanyak.. ini tidak, diam diam diam.. hadoi! pening!!

otai-otai kampung berkata...

kalo bubar dun perak..
kita bg BN 1kerusi dh la..
1kerusi tu ialah ZAMBRI..
kalo bersidang nti kite balun ckup2 mamak tu...

Tanpa Nama berkata...

Aku rakyat perak..x nk pembubaran dun.. rakyat mcm aku jugak berabih duit kena balik mengundi.. yang untung puak2 politik jer..aku rugi jer dapat..runding je lah baik2..x payah perabih duit rakyat..bagi aku apa yang sultan buat dahulu da cukup baik..kuasa majoriti yang boleh menjadi kerajaan..puak PR klau nk balas dendam cari lah balik majoriti atau tunggu pilihan raya akan dtg..jgn buat kecoh jer..TOLAK PEMBUBARAN DUN..

Tanpa Nama berkata...

SAMPAI HATI NAJIB DI PANGGIL DATUK NAJIS GELINYA...TAK BAIK TAU KATA KAT NAJIB TU NAJIS..TAPI SEDAP JUGA KATA UNGKAPAN GITU. . AKU NI ORANG BN PURE PUNYA..DAH NAIK MELUAT PERANGAI NAJIB DENGAN ZAMBRY , PR NAK BUBAR DUN DIA KACAU AKU PUN NAK TENGOK JUGA KALAU ADA PILIHANRAYA BARU MAJU SIKIT KAMPUNG AKU. KALI NI MESTI AKU PANGKAH PR PUNYA LAH.DULU AKU TAK TAU..TERIKUT-IKUT. LA NI AKU DAH TAU. HIDUP MELAYU...EH SILAP ....ALLLAHUAKBAR...

adoka varachat berkata...

Tanpa Nama 11:14pm ni pun sama jugak...bercakap banyak tak baca buku, macam bawak duit tak laku...hahahah...

...hang apa tau!! lahir ja kat Perak, tapi cari makan kat tempat lain!! Sekali sekala balik mengundi pun nak berkira ka?? Kalau dah berkira sangat, toksah balik, toksah mengundi, apa susah...

Tanpa Nama berkata...

adoka varachat..tambah satu lagi toksah pilihanraya...hahahahaha!!!!!

Tanpa Nama berkata...

YB LIM,

Boleh bagi penjelasan, betul ke dalam sidang dun yg dulu YB DS nizar ada mempertikaikan yang tiada didlm transkrip atau memorundum mengatakan PAS akan menegakkan memperjuangkan islam..

adoka varachat berkata...

Tanpa Nama 12:35am..Toksah pilihanraya?? tu hang sorang ja yang cakap...takut kalah kot??muahahahah!!

adoka varachat berkata...

Tanpa Nama 12:35am..toksah pilihanraya?? Tu hang yang kata...aku tetap nak pilihanraya..Takut kalah kot?? Bukan ka Tokwan hangpa dah forecast macam tu dalam mstar online tadi?? kah kah kah!!!

AHIM KAMPONG berkata...

Tanpa Nama berkata...
YB LIM,

Boleh bagi penjelasan, betul ke dalam sidang dun yg dulu YB DS nizar ada mempertikaikan yang tiada didlm transkrip atau memorundum mengatakan PAS akan menegakkan memperjuangkan islam..

5/14/2009 12:46 AM

MEMANG ADA, TAK PERCAYA BOLEH TENGOK SENDIRI DALAM YOUTUBE....PERKARA SEBEGINILAH YANG MENGECEWAKAN KAMI....SEPATUTNYA YB NIZAR JAWAB DENGAN LEBIH PROFESIONAL DENGAN HUJAH YANG LEBIH BERKUALITI....JANGAN SAMPAI DIAMBIL PELUANG OLEH ADUN BN...

Tanpa Nama berkata...

SIAPA DIA AZWAN ALI TU? AKU TAK KENAL...

mathanis berkata...

Sapa kata Najib tak berani bubar DUN..selama ni apa yang dia tak berani? Dalam kes.!!?? pun dia berani tak mengaku..Saya adalah penyokong DS Najib TULEN..jangan main-main na...kita kena sokong DS Najib habis habisan sebab di zaman beliaulah teraju pemerintahan akan bertukar..apa kita takut nak berubah? agak tak sesuai pemerintah baru..kita tukaq pulak..Hak kita la beb!Walaupun gitu eloklah yang memimpin itu paham bahawa RAKYAT adalah Raja Kerajaan malaysia..