Sekitar jam 3.40 petang tadi saya dihubungi oleh rakan media dari akhbar Berita Harian bertanyakan satu berita yang diperolehi sekadar untuk mendapatkan pengesahan atas nama Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).
soalannya mengejutkan "adakah benar 5 ADUN dari PAS nak keluar jadi Bebas?"
Sebenarnya diapun tidak percaya dengan berita itu, lalu saya pun menafikan dan menganggap satu cerita bohong dan tidak berasas. Selain itu saya mempertanyakan kenapakah hanya lima orang sedangkan ADUN PAS semuanya 6 orang, siapakah yang tercicir ?
Nampaknya musim sekarang adalah musim berita angin yang pelbagai bentuk, tidak dilayan tidak boleh , kita layan nampak macam buang masa saja...
soalannya mengejutkan "adakah benar 5 ADUN dari PAS nak keluar jadi Bebas?"
Sebenarnya diapun tidak percaya dengan berita itu, lalu saya pun menafikan dan menganggap satu cerita bohong dan tidak berasas. Selain itu saya mempertanyakan kenapakah hanya lima orang sedangkan ADUN PAS semuanya 6 orang, siapakah yang tercicir ?
Nampaknya musim sekarang adalah musim berita angin yang pelbagai bentuk, tidak dilayan tidak boleh , kita layan nampak macam buang masa saja...
19 ulasan:
tekad perjuangan untuk Allah
perjungan membela haq Allah
biasale tu...ahli PKR pun dah habis semalaya diberitakan join UMNO BN...xpecially bila ada PRK...he he he
Ini serupalah dengan kes sedikit masa dulu, bila dilaporkan dalam akhbar dan tv bahawa lebih 2,000 ahli PAS suatu kawasan yang hendak mengadakan pilihan raya kecil telah masuk Umno. Bila disiasat, semua ahli PAS kawasan yang diberitakan tu tak sampai seribu orang pun. Macamana pula yang melompat lebih seribu orang?
Kalau 6 ADUN PAS Perak dikatakan nak melompat dan YB tak tau, YB la kot yang tercicir. Tapi, bila saya tengok pada YAB Dato' Seri Nizar, saya rasa beliau pun keciciran juga.
x yah layan le...
taktik je tu...
x yah layan...
taktik je tu...
baru nyembang dengan hj husin din petang tadi kt markas masjid tinggi...memang khabar angin
asik kata ahli PR je masuk umno.ce bg tau TGHH masuk umno ke..TGNA masuk umno.baru la mantap...ahaha..umno nih..menyusahkan 7 keturunan je hidup kat malaysia.
...mereka mahu menghangatkan lagi suasana...
www.duniacacamarba.blogspot.com
Adun PAS ada 6 orang.
5 ORANG JADI BEBAS??
Tercicir lagi sorang?
SAPA? MB Perak je kot....
Mean: Tuan nya blog pun nak masuk BEBAS...
Gila apa
Kalau betul2 wala' dia tak kan lompart kemana2 kecuali kubur
"BERJUANG KERANA ALLAH"
Tidak kira kita berjuangan melalui BN ke
PAS ke, yang penting niat kita(nawaitu).
x gitu YB? ~ ya lah itulah POLITIK.
"Tidak kira kita berjuangan melalui BN ke
PAS ke, yang penting niat kita(nawaitu)".
Senang sungguh hidup, kalau bersandarkan "nawaitu."
Minum sikit Todi,nawaitu kita untuk jaga kesihatn.
Ambil Parpu kari basi,nawaitu kita dapat makan.
Elok amalkan ler..
macam artis malysia ja kalau cakap macam tu . kalau suka sama suka apa salah nya, pakaian macam tu juga nampak pungkuq pun tak apa asalkan niat baik. pi rah..
wahai kawan2..niat pun kena tengok tempat juga. contohnya kalau nak solat kena cari tempat bersih dulu,baru niat dan solat. tak kan dalam jamban pun nak solat.dah nama pun parti islam semalaysia kira tempat bersih la tu.kalau umno tu ibarat lubang jamban je...lu pikiaq la sendiri. jom kita lompat parti masuk PAS
kelakar dan lawak betul anda semua ni. saya tersenyum, tersengeh dan ketawa membaca ulasan anda semua. memang betul lah seperti yang didakwa oleh beberapa penulis blog iaitu rakyat jelata menjadi tidak betul kerana kerajaan tidak betul. Betul ke? Atau tidak betul?
Bukan senang nak bebas atau lompat parti.. Calon PAS kena ingat balik bai'ah mereka sebelum jadi calon. Sampai sumpah laknat pada diri sendiri sekiranya khianat.... Ini semua berita angin jer....
Bukan senang nak bebas atau lompat parti.. Calon PAS kena ingat balik bai'ah mereka sebelum jadi calon. Sampai sumpah laknat pada diri sendiri sekiranya khianat.... Ini semua berita angin jer....
sekadar catatan,
saya pernah terbaca di laman web TKO tentang keangkuhan dan kesombongan dua sepupu yang memerintah Perak dari DAP, sehingga orang DAP sendiri marah kepada dua sepupu ini. Jika ini di jadikan ukuran, maka tidak mustahil hal ini terjadi. Dari menerima hinaan sepanjang masa, lebih baik jangan biarkan mereka berkuasa, jalannya adalah dengan menjatuhkan kerajaan mereka. Jika itulah jalannya, maka terpaksalah berkorban atau terkorban.
rakyat biasa
kalau tak percaya pun check betul-betul. hari tu pun macam tu. tak lompatlah, mana adalah, tup-tup jadi pembangkang kejap opps! masih pembangkang
Catat Ulasan