31 Mei 2014

Tak rasmi: BN umum kemenangan

2 Sya'aban 1435. [MOD] -
  • Proses pengundian berakhir pada jam 5 petang dengan peratusan pengundian yang agak rendah - 66.5 peratus atau 39,850 pengundi.

(Tidak Rasmi) Dyana Sofya 19,919 Mah Siew Keong 20,157

2 Sya'aban 1435. [MOD] -

KEPUTUSAN TERKINI Dyana Sofya Mohd Daud (DAP) mendapat 19,919 undi sementara Mah Siew Keong (BN) memperoleh 20,157 undi dengan 550 undi rosak.
Seramai 39,850 atau 66.50 peratus daripada 59,927 pengundi keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan selepas 35 pusat pengundian ditutup pada pukul 5 petang tadi.

PRK Teluk Intan: 35 pusat pengundian dibuka 8 pagi

2 Sya'aban 1435. [MOD]


TELUK INTAN: Sebanyak 35 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan 59,927 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.
  
Parlimen Teluk Intan meliputi dua kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Pasir Bedamar dan Changkat Jong.

Doakan Presiden PAS kembali pulih

2 Sya'aban 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar meminta semua ahli dan penyokong PAS bertenang serta berdoa agar kesihatan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kembali pulih.

Beliau memberitahu Presiden PAS sekarang berada di hospital di Istanbul dan dalam pemantauan pakar-pakar perubatan.

Hari penentuan Mah lwn Dyana

2 Sya'aban 1435. [MOD] -
  • Sebanyak 35 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan 59,927 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.

Berlari satu kilometer tanpa sebelah tangan

2 Sya'aban 1435. [MOD]

  • Seorang lelaki berlari sejauh satu kilometer tanpa sebelah tangan untuk menyelamatkan diri selepas ditetak dua lelaki di Bukit Temalong, Bachok Rabu lalu.
      
    Kejadian berlaku kira-kira 8.45 malam ketika Izani Razali, 43, dari Besut, Terengganu baru pulang dari rumah ibu saudaranya di Bachok dengan motosikal sebelum didatangi dua lelaki yang menetaknya sehingga tangannya terputus di sebuah kawasan perumahan.

Risalah rasis disebar untuk takutkan pengundi pro-DAP

2 Sya'aban 1435. [MOD] -
  • Pelbagai risalah yang mengandungi mesej perkauman dari pihak tak dikenali disebarkan di Teluk Intan dalam tempoh 24 jam ini dari apa yang dilihat sebagai tindakan menakutkan pengundi daripada menyokong calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.

Lelaki tampar isteri wakil rakyat DAP

2 Sya'aban 1435. [MOD] -
  • TELUK INTAN Dua petugas wanita DAP mendakwa ditumbuk dan ditampar seorang lelaki yang cuba menghalang mereka daripada memasang kain rentang kempen petang tadi.

    Leong Pooi Wan dan Bavani Veraiah mendakwa kejadian itu berlaku
    selepas mereka didatangi lelaki itu yang mereka kenalpasti sebagai seorang ahli MIC tempatan pada sekitar jam 3 petang beserta dua lagi lelaki lain di simpang tiga Jalan Sekolah.

Surat terbuka untuk orang Teluk Intan

2 Sya'aban 1435. [MOD] -
  • Dyana Sofya Mohd Daud | 

  • Tuan/puan orang Teluk Intan yang baik budi,

    Dua minggu sudah begitu memerah tenaga, namun sangat mengujakan. Sejak dinamakan oleh DAP sebagai calon pilihanraya kecil Teluk Intan, saya melalui pelbagai pengalaman dalam masa dua minggu ini jika dibanding dengan usia 27 tahun saya.

PRK Teluk Intan Kotor kerana BN, bukan PR

2 Sya'aban 1435. [MOD] -
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Calon BN, Datuk Mah Siew Keong tidak berhak melabel Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan sebagai paling kotor kerana partinya sendiri mengamalkan taktik itu sepanjang kempen berjalan, kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.