- Seorang lelaki berlari sejauh satu kilometer tanpa sebelah tangan untuk menyelamatkan diri selepas ditetak dua lelaki di Bukit Temalong, Bachok Rabu lalu.
Kejadian berlaku kira-kira 8.45 malam ketika Izani Razali, 43, dari Besut, Terengganu baru pulang dari rumah ibu saudaranya di Bachok dengan motosikal sebelum didatangi dua lelaki yang menetaknya sehingga tangannya terputus di sebuah kawasan perumahan.
Menurut isteri mangsa Aidah Arifin, 36, suaminya berada di Bachok atas urusan kerja sebelum beliau ke rumah ibu saudaranya itu.
"Dia berlari meninggalkan motosikalnya kira-kira sejauh satu kilometer untuk selamatkan diri selepas tangan kanannya ditetak.
"Dia kemudiannya diselamatkan orang kampung yang membawanya ke hospital berdekatan," katanya kepada pemberita di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di Kota Bharu hari ini.
Aidah berkata suaminya kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi HUSM dan doktor mengesahkan bahawa tangannya berjaya disambung semula.
"Menurut doktor, pembedahan telah dilakukan dan tangannya telah disambung semula. Namun sekarang dia tidak sedarkan diri.
Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Abdul Hamid Che Ahmad berkata gerakan mencari suspek sedang dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.
- Bernama
31 Mei 2014
Berlari satu kilometer tanpa sebelah tangan
2 Sya'aban 1435. [MOD]
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan