27 November 2007

Tu Diaaa......


Ini adalah gambaran sebenar wakil rakyat UMNO, bila tidak mampu berhujah kaki dan tangan yang mereka pakai.

Kayanya Orang Pahang.


Berita dibawah bukan sekadar berita, tetapi bagi saya menunjukan inilah perangai pemimpin yang tidak bertanggung jawab. dari atas sampailah ke bawah semuan tidak bertanggung jawab.


Ramai lagi orang pahang yang memerlukan bantuan, alangkah baiknya semua wang bidaan nombor CCC digunakan oleh mereka untuk rakyat yang miskin dan memerlukan bantuan.


KUANTAN 26 Nov. – Pejabat Menteri Besar Pahang memenangi tender bagi mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan CCC 9 selepas membida pada harga RM48,000.
Harga tersebut merupakan yang ketiga tertinggi dibida bagi siri nombor CCC selepas Sultan Pahang yang membida pada harga RM76,600 untuk CCC 1 dan dua Exco kerajaan negeri yang membida sebanyak RM62,400 untuk CCC 3 dan CCC 8. Bagaimanapun dua Exco itu dilaporkan telah menarik diri.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri juga memenangi bidaan untuk nombor CCC 20 dengan nilai bidaan sebanyak RM5,500.
Senarai nama pemohon yang berjaya bagi nombor siri CCC yang ditender, kini dipamerkan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Alor Akar di sini.
Jumaat lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob memberitahu, dua anggota Exco kerajaan negeri Pahang yang membida nombor pendaftaran tersebut telah menarik diri.
Dua Exco itu ialah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Shahiruddin Ab. Moin dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Perpaduan, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail.
Adnan berkata, beliau tidak menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri untuk mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan berharga lebih RM10,000 kerana mereka mempunyai sumber pendapatan lain misalnya perniagaan.
‘‘Tetapi bagi mereka yang menjadi Exco, kalau nak beli nombor pendaftaran, saya nasihatkan berhentilah jadi Exco,’’ katanya.
Sementara itu, mengikut laman web JPJ, nombor 1 hingga 10 dikelaskan sebagai nombor utama dan pembida perlu membayar 10 peratus daripada nilai bidaan semasa memohon.
Pembida yang berjaya perlu membayar baki nilai tempahan dalam tempoh dua minggu dan mendaftarkan nombor tersebut dalam masa satu bulan.

Siapa Yang Dipinggirkan ?


Utusan Malaysia 27 Nov 2007 melaporkan ,Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak gentar menghadapi cabaran Hindu Rights Action Force (Hindraf), penganjur perhimpunan haram di ibu negara semalam yang jelas bermotifkan politik.


Tegas Timbalan Perdana Menteri, perhimpunan yang bertukar ganas itu tidak ada kena-mengenai dengan dakwaan kononnya masyarakat India di negara ini dipinggirkan.


Sebetulnya siapakah yang telah dipinggirkan oleh kerajaan sekarang. Pada hemat saya bukan sahaja masyarakat India yang hanya dipinggirkan, orang melayu juga telah dipinggirkan oleh pemimpin mereka pada hari ini.


Memang ada segelintir melayu yang dapat kesenangan dari limpahan projek, tetapi siapa kah mereka ? Mereka adalah Khairi Jamaluddin Beruk, mereka adalah Kamaluddin Abdullah, mereka adalah kroni kroni kerajaaan tiga beranak yang ada sekarang.


Bayangkan ada maklumat yang mengatakan berniaga dengan Petronas sekarang kena melalui syarikat Scomi. Pemiliknya tentu Khairi Beruk. Susahnya berniaga di Malaysia sehingga saya andaikan kalau perniagaan tahi beruk keringpun kalau dapat permintaan dan keuntungan mesti melalui syarikat Scomi.


Tidak hairan orang India rasa dia dipinggirkan, kerana realiti sama berlaku kepada mereka. Yang kaya dan dapat projek adalah India MIC dan kroni kepada Abang Mie kata orang sg. Siput, sesudah itu dikalangan pembesar-pembesar orang India yang duduk dikerusi empuk di DUN atau Parlimen. Sesudah ini mereka adalah golongan yang susah sebagai susahnya orang Melayu di kampung.


Susahnya orang India agak logik dan masuk akal, tetapi susahnya orang melayu sampai sekarang tidak masuk akal. Inikan tempat tumpah darah orang Melayu, mereka berasal dari sini, dibesarkan disini. Tiada negara lain mereka nak pergi melainkan ini tempat mati nya.


Bayangkan dalam tulisan yang lepas, saya dah dedahkan betapa susahnya orang melayu kena berniaga tenggiling, katak , labi-labi dan kura-kura. Hatta dalam kawasan parlimen Mashitah di Baling ada yang kena tanggap tenggiling dan kura-kura untuk menyara keluarga beranak lapan sebagaimana yang disiarkan oleh Harian Metro pada September lepas.


Orang melayu menjadi alat dan kuda tungganan pemimpim UMNO untuk mendapatkan kuasa dan mengaut segala hasil mahsul negara. Bayangkan macammana bekas menteri besar selangor yang menjadi ketua penerangan umno sekarang. Mampu memberikan pampasan RM 12 Juta kepada bekas isterinya. Dari mana diambil duit sebanyak itu kalau bukan dari pintu belakang. Meletup juga dengan cerita beliau bawa lari duit rakyat dan tertangkap di Australia.


Jelasnya Pemimpin UMNO lah yang berjalan di atas duit, orang melayu berjalan di atas daun kayu dan sampah sarap. Rakyat Melayu bawahan walaupun ahli UMNO sekalipun, dia masih terpinggir dan merempat dinegara sendiri.


Memang gendang dipalu, serunai ditiup kononnya nak tolong orang melayu, yang ditolong tidak lain dan tidak bukan KRONI nya sahaja.