11 Mei 2017

Putus hubungan dengan PKR, Kenyataan rasmi PAS Selangor

*KENYATAAN RASMI PAS NEGERI SELANGOR BERHUBUNG KEPUTUSAN MAJLIS SYURA ULAMA PAS*

PAS Selangor akur dan menghormati keputusan Majlis Syura Ulamak PAS  yang telah memutuskan bahawa hubungan politik Tahaaluf Siyaasi antara PAS dan PKR telah terbatal.

Oleh yang demikian PAS Selangor tidak lagi akan terlibat dalam sebarang kerjasama dan rundingan politik dengan PKR dan sebaliknya akan mengukuhkan kerjasama dalam Gagasan Sejahtera khususnya dalam menghadapi Pilihanraya Umum yang akan datang.

TAHAALUF SIYAASI PAS-PKR TERBATAL


Kenyataan Media Majlis Syura Ulamak PAS
Sumber: HarakahDaily |  11 Mei 2017

MAJLIS Syura Ulamak yang bersidang pada hari ini, 14 Sya’ban 1438 bersamaan 11 Mei 2017 memutuskan bahawa:

1. Dengan merujuk kepada begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat Tahaluf Siyaasi menurut pertimbangan hukum Syarak dan Akhlak Islam, maka hubungan politik Tahaaluf Siyaasi antara PAS dan PKR telah terbatal.