05 April 2009

Naib presiden PPP sertai PKR

Naib presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), V Nagarajan menyertai PKR bersama 6,000 ahli selepas lapan bahagian dengan 62 cawangan PPP di Kedah dibubarkan.

Lapan bahagian yang dibubarkan itu ialah Alor Star, Kubang Pasu, Kuala Kedah, Pokok Sena, Kulim, Baling, Sungai Petani dan Merbok.

Perkara itu diumumkan oleh anggota Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Johari Abdul yang juga ahli Parlimen Sungai Petani malam ini.

Beliau membuat pengumuman itu dalam satu majlis ceramah di Dewan Hock Seng, Sungai Petani, dalam DUN Bukit Selambau.

Nagarajan kemudiannya menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PKR kepada Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nagajaran memberitahu pemberita kemudiannya bahawa hari ini beliau menyerahkan 300 borang keahlian manakala bakinya akan diserahkan selepas pilihanraya kecil Bukit Selambau pada 7 April depan.

Johari juga mengumumkan kemasukkan ketua Umno cawangan Kampung Jerai, Marzuki Md Akib bersama 51 ahli cawangan tersebut menyertai PKR.

Turut menyertai PKR malam ini ialah pemimpin masyarakat siam di Bukit Selambau, Nao Bai Seong bersama 100 orang masyarakat siam.

Dalam ucapannya, Anwar berkata beliau akan membuat satu lagi pengumuman penting pada 7 April depan.Malaysiakini.

HIKMAH DI SEBALIK 7 AYAT DALAM AL FATEHAH

Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau kita lihat, tujuh ayat dalam Al Fatehah itu dirangkapkan dua ayat, dua ayat. Ia seolah-olah berbentuk sajak. Hujungnya disamakan iaitu sama ada huruf mim atau huruf nun di akhir setiap ayat. Ada ayat yang berakhir dengan 'mim' dan ada ayat yang akhirnya dengan 'nun'. Ayatnya seolah-olah bahagian akhirnya dipasang-pasangkan.

Sebenarnya dalam jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh ini, ada hikmah yang besar. Secara isyarat, ia ada hubungan dengan manusia dan dengan ciptaan Tuhan. Antaranya ialah:

1. Tujuh ayat menggambarkan tujuh hari dalam seminggu

Dalam tujuh hari itulah sama ada manusia hendak jadi jahat atau jadi baik, dapat rahmat atau dapat laknat, dapat bahagia atau celaka, jadi kafir atau jadi mukmin, kaya atau susah, sakit atau sihat. Apakah ada hari yang lain selain daripada tujuh hari itu (yakni Ahad hingga Sabtu)? Tentu tidak. Ertinya dalam masa seminggu, kalau seseorang itu benar-benar menghayati Al Quran; yang intipatinya ada dalam tujuh ayat Fatehah itu, sehingga ia benar-benar berperanan dalam hidupnya, maka dalam seminggu itu dia boleh selamat. Kalau Fatehah tidak berperanan pada dirinya dalam seminggu, maka akan kena laknatlah dia. Huru-hara, haru-biru dan celakalah hidupnya.

2. Tujuh ayat berkait dengan tujuh anggota badan

Dalam seminggu itu sama ada manusia jadi baik atau buruk, ditentukan oleh anggota yang tujuh. Sebab itu dalam sembahyang; yang mana sembahyang itu adalah rukun Islam yang kedua; kesemua tujuh anggota ini terlibat atau digunakan. Kalau agama lain, mereka menyembah Tuhan tidak melibatkan semua anggota. Sebaliknya dalam ajaran Islam, semua anggota terlibat untuk tunduk dan patuh kepada Tuhan.

Ketujuh-tujuh anggota itu ialah:

a. Kepala - ini termasuklah anggota-anggota yang ada di kepala seperti mata, mulut, telinga, lidah dan lain-lain. Kegunaan kepala pula ada bermacam-macam jenis.
b. Dua tangan - ia juga banyak peranannya. Ia boleh berbuat baik atau berbuat jahat, boleh bunuh orang, boleh selamatkan atau celakakan orang.
c. Kedua-dua lutut
d. Kedua-dua tapak kaki

Dalam sembahyang, anggota-anggota sujud itu merupakan tujuh anggota penting tubuh manusia. Semuanya terlibat dalam solat. Dalam doa Iftitah kita menyebut, "Hidupku dan matiku adalah untuk Allah." Ertinya semua anggota yang penting dalam diri kita ini secara tidak langsung sudah kita ikrarkan bahawa kita serahkan pada Allah. Ertinya kita akan menggunakannya ke jalan Allah sebagaimana yang Allah kehendaki. Oleh itu kalau kita sedari dan hayati, apa yang disebut dalam bacaan melibatkan juga anggota dalam perbuatan.

3. Tujuh ayat berkait dengan tujuh Neraka dan tujuh Syurga

Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau intipati Quran dapat dihayati atau tidak dapat dihayati, itu yang akan menentukan nasib seseorang nanti sama ada Neraka yang tujuh atau Syurga yang tujuh. Semua ditentukan oleh intipati Al Fatehah. Kalau Al Fatehah berperanan dalam hidupnya, dia akan dapat salah satu dari tujuh peringkat Syurga. Kalau tidak dapat dihayati dan tidak dapat dijadikan amalan hidup, dia akan masuk salah satu dari tujuh peringkat Neraka.

4. Tujuh ayat itu juga menggambarkan di dunia ini ada tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi
Di langit ada macam-macam makhluk Tuhan yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Demikian juga dengan tujuh lapis bumi yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Ramai ahli sains yang membuat kajian sudah mengesahkannya tetapi ia setakat hubungan yang lahir.

Sebenarnya ia bukan sekadar hubungan yang lahir sahaja. Manusia bukan hanya berhubung dengan matahari, bulan dan bintang sahaja. Tidak juga hanya berhubungan dengan isi bumi, lautan, hutan, binatang, tanaman dan seumpamanya. Bahkan manusia juga berhubung rapat dengan makhluk yang ghaib seperti malaikat.

Malaikat juga menentukan hidup manusia. Kenapa? Sebab ia juga tumpang mendoakan manusia pada Tuhan dan ia juga boleh tumpang melaknat manusia. Tetapi hal yang ghaib ini ahli sains tidak dapat kesan. Mereka hanya mampu kesan yang lahir seperti hubungan matahari dengan manusia, hubungan bulan, pasang surut air laut, bintang-bintang dengan kehidupan manusia. Tentang malaikat, mereka tidak tahu.
Padahal malaikat ikut campur tangan dalam menentukan keselamatan manusia. Mereka juga mendoakan dan memberi berkat dengan izin Tuhan. Mereka juga melaknat manusia dengan izin Tuhan kerana kederhakaan manusia. Perkara yang ghaib ini ahli rohani sahaja yang boleh kesan tetapi saintis tidak boleh kesan.

Selain malaikat, jin-jin juga ada hubungan dengan hidup manusia. Ini tidak dapat dikesan oleh ahli sains, tetapi boleh dikesan oleh ahli-ahli rohani. Apa maksud jin-jin juga terlibat? Jin itu hidupnya ditumpangkan dengan manusia. Dia bergaul dengan manusia. Oleh sebab itu, apa bahasa manusia itulah bahasa jin. Kalau di Malaysia menggunakan bahasa Melayu, jin pun bercakap dalam bahasa Melayu. Di Indonesia, jin bercakap bahasa Indonesia. Kalaulah di Malaysia ada jin yang berbahasa Indonesia, bermakna jin itu berasal dari Indonesia. Jin di negara Arab berbahasa Arab. Jadi jin tumpang bahasa manusia itu untuk menunjukkan manusia lebih mulia dari jin.

Selain itu, jin juga tumpang belajar dengan manusia. Firman Allah di dalam Al Quran:
Maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (nya) lalu mereka berkata, 'Diamlah kamu (untuk mendengarkannya) .' Ketika pembacaan itu selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan." (Al Ahqaf: 29)

Mujurlah kita tidak nampak jin sebab kita tidak akan sanggup hendak melihatnya. Begitu juga soal makan. Jin kafir makan tulang-tulang haiwan yang disembelih oleh orang kafir. Jin Islam pula tumpang makan tulang-tulang binatang yang disembelih oleh orang Islam. Oleh sebab itu berhati-hatilah apabila membuang tulang. Buanglah pada tempatnya. Kalau tulang-tulang itu dibiarkan bersepah, jika ada jin yang datang untuk makan lalu terlanggar anak kita maka akan timbul masalah.

5. Tujuh ayat ini kalau kita jadikan panduan, ia boleh didik nafsu kita yang tujuh peringkat.
Inilah hikmah terpenting dari jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh itu. Makin kita hayati, makin kita dapat mendidik diri dan nafsu kita. Bila dikategorikan, nafsu manusia ada tujuh peringkat iaitu:
i. Nafsu ammarah
ii. Nafsu lawwamah
iii. Nafsu mulhamah
iv. Nafsu mutmainnah
v. Nafsu radhiah
vi. Nafsu mardhiah
vii. Nafsu kamilah

Isi Al Quran itu terkandung dalam Al Fatehah yang terdiri dari tujuh ayat. Nafsu ada tujuh peringkat dan ayat Al Fatehah juga ada tujuh. Itu bukan kebetulan. Hikmahnya adalah, kalau Al Fatehah ini dihayati, nafsu boleh menjadi baik. Nafsu itulah yang menentukan celaka atau bahagia, patuh atau tidak patuhnya kita pada Tuhan. Paling-paling lemah, Al Fatehah atau isi Al Quran ini dapat mendidik nafsu sampai ke peringkat mulhamah. Walaupun nafsu mulhamah ini masih belum mantap, masih goyang tapi itu pun dikira sudah baik. Itulah nafsu orang soleh. Manakala mutmainnah pula, ia peringkat nafsu yang sudah istiqamah, sudah tetap serta tidak mudah goyang.

Di sini juga dapat kita faham bahawa manusia akan bermula dengan nafsu yang paling jahat kepada nafsu yang paling baik kalau dia benar-benar mengendalikan nafsunya itu. Kalaulah manusia menghabiskan banyak masanya untuk mempelajari hal-hal yang berkaitan dengan nafsu dan mempraktikkannya, sesungguhnya manusia akan mampu meningkatkan dirinya dari tahap ke tahap. Dia akan dapat meningkatkan dirinya daripada bernafsu ammarah kepada lawwamah, mulhamah, mutmainnah dan paling tinggi akan sampai kepada mardhiah. Namun ada di kalangan manusia yang mampu sampai kepada nafsu kamilah; nafsu yang paling atas; iaitu para nabi dan rasul. Manusia biasa boleh menjangkau sampai nafsu mardhiah sahaja kalau dia sangat berusaha mengendalikan nafsunya.

Cara untuk kita mengendalikan nafsu hingga sampai ke taraf malaikat, itu semua mesti dirujuk kepada Al Quran. Ia tidak boleh dirujuk kepada ilmu jenis lain. Siapa yang boleh menguasai Al Quran sepenuhnya dan mempraktikkan Al Quran terhadap nafsunya, maka dia akan merasai bagaimana dia merangkak beralih dari satu tahap ke satu tahap. Hebatnya Allah kerana menciptakan dalam diri manusia, satu nafsu yang tidak boleh dilihat tetapi memang berperanan. Kalau manusia mahu, dia boleh mentadbir nafsunya itu. Tetapi untuk itu ianya mesti dirujuk kepada Al Quran.

Ayat Al Quran itu terlalu banyak, namun Allah yang Maha Bijak telah meminta kita memberi tumpuan kepada tujuh ayat sahaja. Kalau kita boleh mengambil tujuh ayat ini untuk kita kuasai segala kekuatan yang ada di dalamnya maka kita akan boleh mengendalikan nafsu kita. Yang sebenarnya kalau kita boleh kuasai tujuh ayat itu, kita boleh sampai ke peringkat ketujuh, yang mana nafsu itu boleh kita tadbir dan kuasai. Nabi-nabi boleh melakukannya hingga mereka sampai peringkat ketujuh itu.

Allah yang menciptakan nafsu itu tujuh peringkat, tahu untuk memadankannya dengan tujuh ayat dari surah Al Fatehah itu. Allah SWT menetapkan kekuatan tujuh ayat Al Fatehah itu boleh mengendalikan tujuh peringkat nafsu itu walaupun sifatnya tidak sama. Namun kita seperti diberi amaran bahawa kebanyakan manusia tidak akan mampu untuk mengambil seluruh kekuatan Al Fatehah itu untuk memerangi nafsu sehingga peringkat tertinggi melainkan setakat mulhamah atau paling tinggi mutmainnah.

Maha Besar Tuhan yang mampu mencipta tujuh ayat yang dengan kekuatannya mampu berhadapan dengan tujuh peringkat nafsu. Saintis pun tidak pernah boleh mengesan kehadiran nafsu itu tetapi Allah boleh wujudkannya dan Allah berkata bahawa Dia membuatnya sebanyak tujuh jenis. Namun orang rohani yang diberi ilham oleh Allah boleh melihat kekuatan Al Fatehah ini yang dirangkum dalam tujuh ayat. Rupanya walaupun ilmunya ilham tetapi ia bersifat falsafah. Iaitu melihat keajaiban ciptaan Tuhan merangkumkan kekuatan 6,666 ayat itu ke dalam tujuh ayat sahaja yang mana ia boleh dipakai untuk mengendalikan tujuh peringkat nafsu. Ia bukan kebetulan. Seseorang yang dhaif dalam mengambil tujuh ayat ini maka dia akan dhaif dalam mengendalikan tujuh tahap nafsu itu.

Jadi di sini kita sudah nampak kebesaran Fatehah padahal baru memperkatakan kulit atau muqaddimahnya sahaja. Baru di pintu Fatehah, belum masuk ke dalam tetapi sudah nampak besar isinya. Oleh sebab itulah saya lebih suka mengatakan Al Fatehah itu 'Surah Yang Dapat Kemenangan' daripada menamakan ia 'Surah Pembukaan'.

Kalau ulama masyhurkan Al Fatehah itu sebagai Surah Pembukaan kerana ia diletak di depan Al Quran, itu tidak salah tetapi bagi saya elok dimasyhurkan sebagai Surah Kemenangan sebab pengertiannya lebih luas. Ini kerana ia merangkumi semua kehidupan langit dan bumi, yang ghaib dan rohani seperti Syurga, Neraka, nafsu dan lain-lain. Tuhan sendiri dalam menamakan surah ini menggunakan isim fi'il - 'yang telah mendapat kemenangan'. Lebih baik makna ini kita masyhurkan kerana Surah Fatehah itu menentukan seseorang itu mendapat kemenangan atau tidak sama ada di dunia mahupun di Akhirat. Agar dengan itu hidup ini dipandang berat dan tidak disia-siakan. Jangan dianggap semuanya kebetulan. Ia ada hubung kaitnya dengan hidup kita.

Nukilan: Alang Aminah Mahyudin (a2aminah@yahoo. com.au)
Di rakam dari syarah : Ustaz Hj Ashaari Muhammad


Salaam & Regards
Amri el Wahab
68000 Ampang, Selangor
MALAYSIA

Provokasi BN.

Hari ini penduduk kubur berdekatan Kg Berchat Bukit Gantang gempar dengan kain rentang berwarna pas yang tertera slogan ''KAMI MAHU CALON TEMPATAN" yang nyata jelas bukan dibuat oleh penyokong PAS. Sayang saya tidak sempat untuk mengambil gambar tersebut kerana kamera menghadapi sedikit masalah teknikal. Pada petangnya ketika lalu disitu untuk mengambil gambar tersebut, kain rentang tersebut sudah tiada. Sayapun tidak tahu hilang ke mana.

Mungkin telah diambil pihak2 yang bertanggungjawab setelah perkara ini mula heboh diperkatakan. Pelik? Setahu saya selaku penduduk di Parlimen Bukit Gantang, rata2 yang setia kepada Pakatan Rakyat tidak menolak calon luar terutama bila mendengar MB Nizar yang akan bertanding.

Teringat saya pekikan rakyat di padang Kota Jaya ketika pengumuman dibuat. Saya sendiri secara tidak sedar melompat kegembiraan. Wahai penduduk parlimen Bukit Gantang, dengarlah kata2 Dato Seri Anwar Ibrahim bahawa dia sanggup menyerahkan Malaysia kepada YB Nizar kerana dia mempunyai ciri2 yang dimahukan bagi menyatupadukan masyarakat di Malaysia ini.

Berbalik kepada cerita kain rentang tadi, BN sudah ketandusan isukah? Hari Isnin ini xtahulah apa pulak yang akan dilakukan oleh Zahid Hamidi yang khabarnya ingin berjumpa dengan guru2 Kafa di parlimen Bukit Gantang. Harap jangan bawa tiga penari berjoget sudahlah...Ini bukan budaya guru Kafa! Atau mungkin dia akan bawa kumpulan nasyid untuk menghiburkan guru kafa? Semuanya akan terjawab hari Isnin ini.

Yang pasti berbagai provokasi Be End(BN) telah berlaku dari mula penamaan calon hinggalah sekarang. Tidak malukah mereka terpaksa membawa FRU ke Changkat Ibol untuk memasang Banner? Ini terang2 sifat bacul ditonjolkan oleh mereka. Petang tadi sempat saya melawat Kg Changkat Ibol. Sesungguhnya saya kagum dengan SEMANGAT PAS CHANGKAT IBOL yang sentiasa menjaga kawasan mereka ibarat memikul AMANAH yang besar. SYABAS penduduk CHANGKAT IBOL! Semoga FRU kenal SEMANGATMU!!!

Naninu Sakun.

Tergedik-gedik menari di belakang Menteri: Apa maksudnya?

Oleh Huzaifah Ahmad Yamani

Beberapa kenalan menzahirkan rasa pelik, kenapakah Zahid Hamidi, Menteri Agama di Malaysia yang nampak lantang bersuara isu-isu agama, sanggup membiarkan perempuan cina seksi menari dan menyanyi di belakangnya. Namun, ada juga yang tidak merasa pelik, kerana kononnya…yang menari itu di belakang Zahid. Zahid tak tengok pun paha gadis cina tu…kata salah seorang kawan sambil berseloroh!

Persoalannya, kenapa mereka yakni masyarakat cina di tempat berkenaan tergamak membuat persembahan gaya seksi sedemikian, walhal Zahid Hamidi masih ada di hadapan?

Inilah persoalannya? Saya tidak terfikirkan pun isu budaya, kerana setahu saya orang-orang cina pun zaman dahulu tahu adab dan tau malu. Mereka pakai ciongsam hingga tutup segala, bukannya dedah-dedah dan dedah

Saya menyatakan, perlakuan sedemikian tidak akan terjadi jika Nik Aziz ataupun Nizar sendiri yang hadir ke tempat mereka. Ini kerana, mereka hormat kepada apa yang dipegang sebagai prinsip oleh Nizar dan Nik Aziz. Hormat kerana prinsip dan hormat kerana takut lain. Inilah bezanya PAS dan Umno!

Saya juga amat yakin, apabila masyarakat cina sudah berani melakukan adegan seksi ‘di depan’ pak menteri sendiri…itu tandanya, mereka sudah hilang hormat. Saya ulangi, mereka kaum Cina sudah HILANG HORMAT kepada Umno.

Kerana apa? Ya…kerana dalam Umno sendiri mereka tiada prinsip yang jelas dan hakiki. Mereka kata pertahan agama; tetapi mereka memijak agama. Mereka kata pertahan bahasa; tetapi mereka lanyak bahasa…jadi, apa lagi yang ada pada Umno?

Umno juga terkenal dengan ‘perempuan.’ Najib sendiri begitu sinonim dengan perempuan…ah, ramai lagi dalam Umno yang terseret namanya dengan banyak perempuan. Pak Lah yang alim itu pun sukakan Michelle Yeoh…aduh…apa salahnya jika perempuan menari dan bergolek-gelek di depan pemimpin Umno?!

Jadi, inilah bayangan sikap dan rasa hormat orang bukan Melayu kepada Umno hari ini. Jadi…anda fikirlah. Apakah kesudahan Umno suatu masa kelak?

Abdullah diketepi sebelum turun

BUKIT GANTANG, 4 April : Ketiadaan poster bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi di mana-mana lokasi dalam kawasan pilihan raya kecil P59 di sini menimbulkan tanda tanya banyak pihak termasuk pengundi BN sendiri.

Mereka berkata, sepanjang perjalanan mereka meninjau semua lokaliti pilihan raya kali ini, hanya poster Najib, Zambry dan Ismail Saffian sahaja di mana-mana.

“Mana ada poster Pak Lah sedangkan beliau masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri (ketika berita ini ditulis), apakah BN sudah membuangnya kerana ada masalah dalaman sesama mereka?” soal mereka.

Orang ramai berkata lagi, jika benci sangat kepada Pak Lah, jangan dilupakan begitu sahaja dan jangan pula membuang Abdullah sebelum beliau turun.

Dengan nada bergurau, seorang dari mereka berkata, Umno tidak mahu letakkan poster Abdullah kerana tidak dapat menarik perhatian pengundi yang sudah tahu sikapnya yang diketahui ‘lembik’.

Jika hendak diambilkira ranking jawatan dalam Umno pula, ke mana perginya poster Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin yang memegang jawatan sebagai Pengarah pilihan raya BN bagi semua pilihan raya kecil? soal mereka lagi.

Jumaat lalu, rasmi Pak Lah turun dan Najib dinaikkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6. Siasahdaily

Sasterawan Negara berbicara di Bukit Gantang





Mohon restu rakyat ?


TV3 dan Utusan putar belit kes Speaker Sivakumar dan 3 ADUN

OLEH : MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN

Laporan Buletin Utama TV3 semalam ( 1/4/2009 ) dan laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini ( 2/4/2009 ) mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar untuk membatalkan saman terhadapnya oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas tidak menggambarkan keputusan sebenar Mahkamah Tinggi tersebut.

Utusan Malaysia melaporkan hari ini ( 2/4/2009 ) seperti berikut:-

“ IPOH 1 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar untuk membatalkan saman terhadapnya oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas.

Keputusan ini secara tidak langsung membolehkan ketiga-tiga ADUN Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong.”

Laporan utusan di atas khususnya perenggan yang menyatakan “ keputusan ini secara tidak langsung membolehkan ketiga-tiga ADUN Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong” adalah satu laporan yang amat mengelirukan dan boleh dibaca sebagai laporan yang mala fide ( berniat jahat ) di atas alasan –alasan berikut :-

1. Mahkamah Tinggi Ipoh HANYA menolak permohonan Sivakumar bagi membatalkan saman pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga “ADUN” tersebut ke atas beliau.

2. Keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Sivakumar tidak bermakna Mahkamah mengisytiharkan ketiga-tiga “ADUN” Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong kerana isu tersebut belum didengar dan diputuskan oleh Mahkamah.

3. Apabila Hakim mendengar mana-mana permohonan untuk membatalkan Saman ( sama ada Writ Saman atau Saman Pemula - dalam kes ini ianya adalah Saman Pemula ) yang mana permohonan tersebut dibuat di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 ( juga dikenali sebagai permohonan “to strike out pleading” ) , Hakim hanya memutuskan permohonan tersebut sahaja . Ini bermakna di dalam kes di Ipoh tersebut hakim hanya memutuskan sama ada membenarkan permohonan Sivakumar atau menolak permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga “Adun tersebut”.

4. Di dalam kes ini Mahkamah memerintahkan permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga “Adun tersebut” ditolak. Itu sahaja perintah yang Mahkamah berikan. Tiada perintah lain diberikan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh.

5. Selepas Mahkamah memerintahkan permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga “Adun tersebut” ditolak , Mahkamah yang sama telah menetapkan untuk meneruskan pendengaran Saman Pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga “ ADUN” bebas tersebut dan tarikh pendengaran Saman Pemula telah ditetapkan pada 8 hb April 2009 ini.

6. Selagi Mahkamah belum mendengar dan memutuskan isu yang dibangkitkan di Saman Pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga “ADUN” tersebut , ketiga-tiga mereka belum boleh dikatakan sebagai wakil rakyat yang sah dan kerusi mereka juga tidak boleh dikatakan tidak kosong sepertimana yang dilaporkan oleh TV3 dan Utusan Malaysia.

7. Pasukan Peguam Sivakumar telah memutuskan untuk memfailkan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut dan terdapat kemungkinan besar keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut akan diketepikan oleh Mahkamah Rayuan kelak sepertimana Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Dato’ Ridzuan yang melarang Sivakumar diwakili oleh peguam.

Saya harap penjelasan di atas dapat sedikit sebanyak membetulkan salah faham para pembaca di atas laporan putar belit TV3 dan Utusan Malaysia di atas.

Memahami pengertian politik baru.

Muqaddimah

Satu ungkapan yang acap disebut di dalam kempen PRK P059 Bukit Gantang ialah Politik Baru. Frasa ini sebenarnya bukan juga satu yang baru. Tidak pula ia terbatas kepada wacana politik di negara ini sahaja. Dengan kata lain ia memberi makna dan wacana tertentu kepada kelompok tertentu yang menggunakannya pada tempat serta era tertentu.

Makalah ini cuba menekuni perkembangan istilah ini dalam konteks backdrop politik dan perubahan landskap nasional di negara ini. Meskipun diakui pernah digunakan lebih awal, wacana Politik Baru ini hanya mendapat satu pengertian yang lebih serius, pasca PRU ke-10, selepas Gelombang Pertama Kebangkitan Rakyat. Impaknya bukan kepalang sehingga kerajaan Umno/BN kehilangan 42 kerusi di Parlimen dan 2 buah negeri.

Kali kedua gugatan ini berulang ialah pada PRU ke-12 pada 8 Mac, 2008 yang lalu. Kali ini ia juga diberi jolokan Tsunama Politik yang melanda kerajaan Umno/BN, lengkap persis ’zon terbenamnya’ (epicentre) dan "plak-plak tektonik"nya. Ramai penganalisis telah merakamkan penulisan mereka termasuk penulis ini. Kerajaan Umno/BN kehilangan 5 buah negeri, 82 kerusi parlimen sekaligus ternafi 2/3 majoriti di Dewan Rakyat, paling bermakna dan signifikan dalam sejarah politik negara-bangsa ini.

Pasca PRU ke-12 kembali membuka laluan kepada perubahan struktural politik dua parti atau 2 pakatan-barisan mirip amalan demokrasi matang seperti di United Kingdom, Amerika Syarikat atau Australia. Dalam laluan setahun pasca PRU ke-12, Politik Baru ini terus berkembang dan mengambil satu evolusinya tersendiri dengan eksperimentasi dan pengalamanya tersendiri.

Bezanya dengan penulisan lain, ia diolahkan dari perspektif kerangka pemikiran (worldview) seorang Islamis demokrat yang memahami laras bahasa politik kontemporari. Pendekatan penulisan ini awalnya menekankan faktor pencetus atau ’causative factors’ sebelum membuat analisis ringkas ciri-ciri Politik Baru. Akhirnya penulisan ini cuba membuat beberapa telahan politik ke depan atau ’political trajectory’ Politik Baru ini.

Beberapa pentakrifan dan pengistilahan

Mengikut mantiq atau logiknya, kalau ada yang baru tentu ada yang lama. Kalau ada Politik Baru pasti ada Politik Lama. Namun yang ‘Baru’ ini tidak pula bermaksud satu ciptaan terkini yang tidak pernah wujud sebelum ini. Bahkan Politik Baru ini, di beberapa segi secara substantif (isi) adalah pemunggaran dan penggilapan semula era silam. Maka penilaian ’Baru’ atau ’Lama’ dalam konteks bicara politik atau ‘political narration’ yang digunakan penulis, bukanlah diukur dengan neraca “Masa” atau ‘Timeline’ ia tampil dalam gelangang atau domain politik.

Sesungguhnya yang menjadi ukuran penentu Politik Baru atau Lama, mengikut pandangan penulis secara kritis ialah Sistem Nilai dan lebih bersifat Value-Centric. (Berteras Nilai). Sistem Nilai ini pula boleh sahaja yang berpaksikan Nilai Sejagat atau Nilai Wahyu-Islam atau Nilai Agama-Transcendental yang lain.

Dalam banyak hal, nilai-nilai yang didukungi kedua-dua kelompok ini tidak pula bersifat ‘eksklusif’bahkan sebaliknya saling menyokong atau ‘komplementari’. Nilai Amanah atau Integriti, Keadilan, Ketelusan, Pertanggungjawaban, Hak Asasi Manusia (Huquq Insaniyah) adalah contoh tunggak-tunggak pentingnya. Ciri-ciri Politik Baru pula amat berlawanan dan bertentangan atau anti-tesis kepada Politik Lama yang mewakili Orde atau Regim Lama. Penganjur-pendukung Politik Baru juga lebih bersedia menjadi ’inklusif’ dan lebih terbuka untuk senantiasa ’engaged’ bagi menjayakan cita-cita besar mereka.

Contoh ketara ialah pertautan atau ‘convergence’ nilai Amanah atau Integriti yang didukungi kedua-dua sistem Nilai Sejagat dan Nilai Wahyu. Pendukung nilai Amanah dan Integriti bagi mewakili Politik Baru, samada golongan Islamis atau Sekular, akan bersedia menggembleng tenaga untuk menyaingi bagi mengalahkan segala kebobrokan tajaan Politik Lama yang menganjur dan membudayakan sifat berlawanannya, yakni Rasuah, Penyalahgunaan Kuasa dan Khianah.

Politik Baru dan Politik Koalisi

Dengan itu Politik Baru ini juga membawa satu lagi dimensi kematangan bukan sahaja di segi pertautan atau “convergence” di tahap nilai-nilai yang didukungi bersama oleh pemain-pemain utamanya. Ini amat menarik, sekaligus memungkinkan Permuafakatan Politik dijalinkan oleh pemain-pemain utama Politik Baru, samada golongan Islamis atau Sekular, dalam satu Pakatan atau Politik Koalisi (Coalition Politics).

Yang penting dalam Permuafakatan Politik atau Tahaaluf-Siyasi ini ialah persetujuan menganjurkan dan memperjuangkan matlamat dan idealisme yang dikongsi sama dalam Advokasi Agenda Politik Pakatan (Coalition’s Political Advocacy).

Tegasnya mengikut pandangan penulis, Politik Baru ini telah menjadi satu gagasan dan gerakan yang mewakili cita-cita dan pengharapan Manusia Bertamaddun dan Masyarakat Madani, termasuk Masyarakat Islam. Sekaligus Politik Baru menyuntik satu makna segar dan positif kepada persoalan ‚’nationhood’ atau negara-bangsa.

Politik Baru meruntuh tembok-tembok yang dibina oleh penguasa Politik Lama bagi memecah-perintah rakyat dalam erti amalan politik perkauman dan feudal-elit warisan penjajah. (Penghuraian ini akan dibuat dalam penulisan yang menyusul).

Pencetus Utama Politik Baru?

Dorongan utama kea rah perubahan kepada Politik Baru adalah suasana bobrok hasil rentetan pergolakan atau kebrentakan realiti sosial terbitan buruk Politik Lama. Namun tanggungan derita rakyat terhadap segala kezaliman, penyalahgunaan kuasa, pembaziran, kerakusan, penindasan serta peminggiran golongan lemah dan teramai diteruskan dengan pemegang kuasa Orde Lama terus menindas rakyat serta menakut-nakutkan rakyat.

Politik Lama juga memperbodohkan serta menafikan rakyat dari maklumat dan pengetahuan supaya mereka meyakini bahawa pemerintahan Orde Lama adalah penting dan kritikal kepada penerusan survival kehidupan rakyat.

Contoh terburuk Orde Lama yang mengongkong dan membelenggu rakyatnya ialah Fir’aun dalam urus-tadbir zalimnya terhadap kaumnya bagi mempastikan rakyatnya terus taat dan mengikut sahaja perintahnya.

Firman Allah SWT dalam Surah Az-Zukhruf:25

Fas ta khaffa kaumahu, fa ’Atho’u...Dan Firaun menakut-nakutkan rakyatnya, maka mereka mengikutnya...

Tegasnya, Fir’aun menggunakan Politk Mengugut (Politics Of Fear) dalam mempastikan rakyatnya terus tunduk dan mentaati pemerintahannya. Bahkan rakyatnya diyakinkan bahawa Fir’aunlah kuasa segala-galanya yang memberi rezeki dan kehidupan kepada mereka. Nabi Musa memerdekan kaum Fir’aun dengan pengetahuan bahawa Fir’aun bukan Tuhan/Raja yang berkuasa secara mutlak dan tidak terbatas.

Begitulah juga pada sifat dan tabiat perubahan ke arah Politik Baru dalam mana-mana era atau zaman. Namun dalam era kini, yang memerdekakan rakyat dari Politik Peras-Ugut Orde Lama ialah Media Baru. Dengan kuasa dan wahana media baru yang dimenafaatkan pendukung-pendukung Politik Baru berbanding media lama, rakyat dicelikkan dengan informasi dan dimerdeka dengan pengetahuan.

Rakyat kini amat sedar dan faham tentang segala kekejaman dan kezaliman penguasa serta pemerintah yang memperkayakan serta melindungi segelintir kroni dan meminggirkan rakyat teramai. Media ini menerang, mendidik dan mengkeupayakan rakyat (empowering citizens) supaya bertindak membebas diri dari belenggu penindasan dan kezaliman pemerintahan. Orde Lama tetap cuba menggunakan akta dan perundangan rimba bagi menyekat maklumat dan pengetahuan kepada rakyat.

Sistem demokrasi pula mengizinkan rakyat membuat pilihan. Bahkan demokrasi itu pada takrifnya ialah sistem yang mengizinkan rakyat membuat pilihan berdasarkan informasi dan pengetahuan. Rakyat kini menggunakan kuasa pilihan sekaligus bertindak untuk membuat perubahan ke arah Politik Baru dan menolak Politik Lama yang menindas dan menafikan hak mereka.

Sekarang penguasa Politik Lama tahu bahawa rakyat tidak akan menyokong mereka lagi. Politik Baru membebaskan serta mendaulat kuasa rakyat sementara Politik Lama membelenggu serta memperbodoh rakyat untuk kesekian lamanya. Tidak ada cara untuk penguasa dan pendukung Politik Lama kembali berkuasa kecuali untuk memahami tuntutan Politik Baru serta menyatakan komitmen terbuka lantas menghayati idealisme Politik Baru. Ini yang terjadi di Bukit Gantang, ketika penguasa lama menggunakan laras bahasa dan meneriak slogan-slogan Politik Baru.

Aneh, janggal dan sedikit membosankan. Penguasa Politik Lama mungkin mahu menyerupai pendukung Politik Baru, namun peniruan dan kegiatan ciplak dan plagiarisme mereka ini akan terdedah. Kalau benar sungguh mereka mahu berubah, itulah sebaiknya. Tetapi kalau sekadar untuk sekali lagi mengeliru dan menipu rakyat, itu malang dan khianat namanya.

Contohnya: Untuk Apa ’Mohon Restu Rakyat’? yang dibuat calon BN. Bagi Politik Baru ianya adalah untuk menjalankan Amanah dengan segala Pertanggungjawaban dan Ketelusan kepada rakyat. Juga untuk memberi Menafaat dan Kebajikan kepada Rakyat seluruhnya tanpa mengira kaum, agama, budaya serta anutan politik mereka.

Mampukah Umno/BN selaku tunggak pendukung Politik Lama menjawab dengan jelas dan tuntas, bukan sekadar dengan dakwaan lisan atau pengakuan lidah mereka, tetapi dengan dibuktikan dengan amal, ahklaq, perilaku dan rekod prestasi mereka?

Menyongsong Politik Baru – ’New Politics’ Political Trajectory’

Negara kini sedang menuju hari-hari kegemilangannya yang sebenar, apabila pendukung cita-cita mulia dan ajaib ini di beri ruang berkuasa untuk melaksana dan merealisasi pengharapan rakyat seluruhnya. Mereka berpotensi membina satu pemerintahan baru dan tamaddun manusia yang juga unik dengan realiti pluralis akhir zaman.

Pendukung Politik Baru wajar tahu bahawa dirinya hanya layak diberi mandat selama komitmen mereka terarah untuk memenuhi Amanah Agung ini, yakni bagi mengisi matlamat manusia dijadikan diatas muka bumi ini.

Firman Allah SWT dalam Surah Hudd: 61.

Dia yakni Allah yang menjadikan kamu di atas buka bumi, supaya kamu Memakmurkan (Mengisti’mar) buka bumi ini.

Sebaik sahaja golongan ini tersasar dan tergelincir dari landasan tuntutan Al-Isti’mar (Memakmurkan) dan Al-Istikhlaf (Urus-Tadbir Baik- Good-Governance -Surah An-Nur:55), sudah tidak ada lagi kelayakan untuk mereka dimandatkan rakyat. Ketika itu mereka turut menjadi punca kebobrokan (Al-Khusran) dan kemusnahan (Al-Fasad) Politik Lama. Mereka akan turut mengalami proses degenerasi atau kereputan lantas menjadi Politik Lama, Usang dan Jijik, yang mereka sendiri perangi dahulu.

Pada hakikatnya, golongan ini yang dulunya bercita-cita besar, telah menjadi musuh dan penentang Politik Baru.

Dr Dzulkifly Ahmad
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS

MAHKAMAH BUKTIKAN NIZAR TIDAK DERHAKA DAN MAHKAMAH BUKTIKAN DAKWAAN UMNO NIZAR DERHAKA TIDAK BERASAS

Sejak krisis Perak bermula, Umno tidak henti-henti menuduh Y.B Dato’ Seri Nizar Jamaluddin sebagai penderhaka. Tuduhan derhaka tersebut dibuat hanya di atas andaian semata-mata. Umno dengan secara salah dan tidak wajar mengandaikan Dato’ Y.B Seri Nizar derhaka kerana enggan mematuhi keputusan Y.M Tuanku Sultan Perak.

Meskipun Umno sedar tuduhan derhaka tersebut tidak mempunyai asas sama sekali namun di atas prinsip “matlamat menghalalkan cara” yang menjadi teras atau rukun politik Umno, gendang derhaka tersebut terus menerus dipalu oleh Umno bagi mendapat undi rakyat dengan cara yang tidak bermaruah.

Sejak dari awal Dato Seri Nizar dan Pakatan Rakyat ( PR ) tidak pernah berniat jauh sekali menderhaka kepada Y.M Tuanku Sultan. Hakikatnya PR boleh dan telah pun mengemukakan bukti-bukti sahih dan kuat yang secara jelas menunjukkan Umno adalah sebenarnya penderhaka kepada Sutan. Bukti-bukti yang PR kemukakan adalah bukti-bukti yang boleh diperolehi secara mudah dari rekod-rekod awam ( public record ) dan rasmi. Apa yang berlaku sebenarnya adalah penderhaka Umno menuduh Dato’ Seri Nizar yang tidak derhaka sebagai penderhaka.

Seperti yang dimaklumi, Dato’ Seri Nizar telah memfailkan saman ( semakan kehakiman ) ke atas Dato Dr Zambry di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendapatkan antara lain perintah bahawa Dato Seri Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Memandangkan beliau masih sebagai Menteri Besar Perak yang sah maka Dato Zambri tidak berhak memegang jawatan tersebut.

Semasa pendengaran saman tersebut pada 6/4/2009 yang lalu, pihak Peguam Negara telah membantah saman Dato’ Seri Nizar tersebut di atas alasan Dato Seri Nizar sebenarnya mencabar keputusan Y.M Tuanku Sultan Perak dan keputusan Sultan, menurut Peguam Negara , tidak boleh dipertikaikan atau disemak oleh Mahkamah.

Pasukan Peguam Nizar berhujah bahawa Dato Seri Nizar tidak pernah berniat jauh sekali mencabar keputusan Y.M Sultan Perak . Peguam Dato’ Seri Nizar juga bersetuju bahawa kuasa Sultan tidak boleh dicabar di Mahkamah. Namun bagi mereka yang mahir dalam undang-undang pentadbiran ( administrative law ) , mereka tentu arif bahawa undang-undang membenarkan Mahkamah bertanyakan kepada mana-mana penjawat awam seperti Dato Zambry atas kuasa apakah beliau layak memegang jawatan tersebut di bawah Undang-Undang Tubuh Negeri Perak di dalam keadaan Nizar mendakwa beliau masih lagi Menteri Besar yang sah.

Pada 8/4/2009 iaitu pada jam 3.50 petang ,Y.A Hakim Dato Abdul Aziz Abdul Rahim menolak bantahan Peguam Negara dan memutuskan permohonan Dato Seri Nizar bukan permohonan yang remeh ( not frivolous ) sebaliknya permohonan tersebut mempunyai merit dan asas yang kuat. Mahkamah menolak hujah Peguam Negara bahawa Dato Seri Nizar mencabar keputusan Sultan kerana berdasarkan saman yang Dato’ Seri Nizar failkan di Mahkamah adalah jelas Dato Seri Nizar tidak menyaman Sultan atau mempertikaikan keputusan Sultan.

Keputusan Mahkamah tersebut secara jelas dan terang menunjukkan bahawa sejak dari awal Nizar tidak pernah mempertikaikan keputusan Sultan . Keputusan tersebut sekaligus menyangkal dakwaan tidak berasas Umno bahawa Nizar adalah pernderhaka.

Keputusan Mahkamah membuktikan secara jelas bahawa isu derhaka yang Umno mainkan selama ini adalah satu politik jahat , politik murahan dan politik putar belit Umno . Beginilah politik Umno dulu, kini dan tak tahu sampai bila.

Kenyataan Media
Badan Perhubungan PAS Perak.

Sembahyang jenazah juga diputar belit ?

Kejadian sembahyang jenazah di Kampung Chengal Jantan beberapa hari lepas diputar belit oleh orang yang tidak bertanggung jawab. Seorang pemuda umno yang meninggal dunia semasa memasang bendera adalah sama dengan hari kejadian kekecohan memasang bendera yang dipasang di Kampung Changkat Ibol dan dikawal oleh pihak FRU.

Pada waktu malam zambry pergi menziarahi dan keesokan paginya calon PAS, DS. Nizar pergi dan sampai dalam sekitar jam 10.40. Dalam 10 minit sebelum jam 11.00 pagi. Apabila diminta laluan oleh rombongan calon PAS untuk sembahyang dulu lalu seorang penduduk tempatan membantah dan dibuat majlis tahlil terlebih dulu.

Pada jam 11.00 pagi solat jenazah diimamkan oleh imam disitu. Tidak ada sesuatu yang perlu diisukan .

Slogan "mohon restu rakyat" tidak beri kesan ?

"Mohon restu rakyat" yang diletakkan di semua papan tanda besar yang jumlahnya tidak setanding dengan jumlahnya dengan jumlah papan iklan yang diletakan oleh PAS dengan tema "Kekalkan kemenangan untuk rakyat".

Dengan berlatarkan gambar Najib, Zambry dean Ismail jumlahnya jauh lebih banyak dari yang diletakan oleh Jentera PAS dan cuma berlatarkan gambar Nizar. Namun kenyataannya jumlah kami yang sedikit itu telah mengalahkan jumlah iklan UMNO yang banyak itu.

Semacam para sahabat tentera Badar sejumlah 313 mengalahkan musuhnya berjumlah 1000 orang begitulah sudah kalahnya poster UMNO yang lebih besar, banyak dan segalanya oleh iklan PAS yang lebih kecil , cuma menar4inya calon PAS melambaikan tangan sambil tersenyum dalam wajahnya yang sebenar, Insya Allah boleh menarik pengundi di Bukit Gantang untuk mengundi beliau.

Lalu ia mengundang sakit hati, dengki, cemburu dan khianat sehingga berlaku pencerobohan kepada Iklan PAS itu. Inilah perangai musuh PAS dan Pakatan Rakyat. Baling batu sembunyi tangan.

Iklan UMNO/BN adalah wajah-wajah pelakon yang sekali lagi ingin menipu rakyat dengan pujukan dan janji manis. Semoga Kemenangan kepada kebenran dan mengalahkan kebathilan walaupun cuba diselindungi.

Senarai 13 tahanan ISA yang dibebaskan

Berikut ini adalah senarai 13 orang yagn diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak kelmarin. Perlulah diingatkan keputusan pengumuman ini jangan melalaikan kepada kita pejuang keadilan dan kemanan sejagat bahawa masih ramai yang meringkuk di dalam Kem Tahanan Kamunting. Bukannya membebas kan seramai itu, wajib bebaskan semuanya, dan wajib mansuhkan ISA yang zalim itu.

Antara tahanan ISA dibebaskan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak:

1. R. Kenghadharan, 40, peguam - Hindraf, ditahan 2007

2. V. Ganabatirau, 40, peguam - Hindraf, ditahan 2007

3. Mohd Nazri Dollah, 34, guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kinabutan di Tawau, Sabah - Anggota kumpulan militan Darul Islam Sabah, ditahan April 2002 4. Pakana Selama, pemastautin tetap Malaysia - Anggota kumpulan militan Darul Islam Sabah, ditahan April 2002

5. Artas A. Burhanuddin, 41, jurukur gred - Anggota kumpulan militan Darul Islam Sabah, ditahan April 2002 6. Francis Indanan, 41, pemandu teksi - Anggota kumpulan militan Darul Islam Sabah, ditahan April 2002

7. Idris Lanama, 34, peniaga - Anggota kumpulan militan Darul Islam Sabah, ditahan April 2002

8. Binsali Omar, 43, rakyat Filipina dengan taraf pemaustatin tetap Malaysia, penyelia syarikat - Anggota kumpulan militan Darul Islam Sabah, ditahan April 2002

9. Pakana Selama dari Sabah - Anggota kumpulan militan Darul Islam Sabah, ditahan April 2002

10. Amir Hussain, warganegara Myanmar, berhubung kesalahan palsukan dokumen

11. San Khaing, warga Myanmar berhubung kesalahan palsukan dokumen

12. Sundaraj Vijay, warganegara India berhubung kesalahan palsukan dokumen

13. Wan Amin Wan Hamat, anggota Jemaah Islamiah Wan Amin Wan Hamat, pensyarah dari Universiti Teknologi Malaysia.

Lambang PAS di ceroboh

Sekali pandang gambar di atas tidak ada apa-apa yang cacatnya, namun inilah yang menimbulkan kekecohan di Simpang malam tadi. Begitulah akibat dari tindakan pihak lawan yang tidak bertanggung jawab menampak lambang dacing diatas lambang bulan sehingga menarik ratusan penyokong PAS termasuk Pangarah jentera Operasi PAS, Hj. Asmuni Awi bergegas ke sana.

Satu laporan polis telah dilakukan kepada 3 papan iklan yang sama setelah diceroboh sedemikian rupa.

Saya sampai disana pada jam 3.00 pagi, dan tidak lama selepas itu sekitar 60 orang FRU tambahan sampai untuk membantu sekitar 20 orang FRU yang sedia ada. Tujuannya seperti yang diminta oleh Komandan yang meminta kepada saya supaya semuanya bersuarai. Namun kehadiran penyokong semakin bertambah sehingga saya meninggalkan tempat tersebut sekitar jam 3.30 pagi.

GAMBAR : 8 PERKARA YANG ADA PADA NIZAR, TIADA PADA ZAMBRY

Nizar senyum dengan ikhlas.. Zambry senyum kambing.

Nizar bercakap benar… Zambry berkata benar?

Nizar menghormati ulama’.. Zambry membantai ulama’..

Nizar mendampingi dan berjuang bersama ulama’,.. Zambry.. berjuang bersama duit..

Nizar menjadi imam Solat Jenazah dan mentalqin jenazah… Zambry?

Nizar makan di warung.. Zambry tak maiinnn laa..

Nizar serbu kubu lawan di Bukit Gantang.. Zambry baling batu dari belakang semak

Nizar MB pilihan rakyat … Zambry MB Haram… Takbirr!!(http://drfikrah.blogspot.com)

Tukang kebun sekolah pun boleh tukar guru

KOTA BHARU, 3 April :- Pernah anda mendengar seorang tukang kebun sekolah boleh merasmikan mesyuarat PIBG. Pelik dan tidak masuk akal.

Namun semuanya tidak mustahil apabila tukang kebun itu ada jawatan dalam Umno.

Ia bukan kisah omongan, tetapi itulah realiti yang pernah berlaku di Tanah Merah beberapa tahun lalu.

Lebih menarik lagi apabila ketua cawangan Umno boleh mempengaruhi Pejabat Pelajaran Daerah untuk menukarkan guru.

Mungkin mengambil kira situasilah agaknya Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishamuddin Hussien mahu guru kumpulan A dibolehkan berpolitik.

Bekas pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Muhamad Fadzli Hassan berkata, hasrat untuk memberi ruang kepada guru kumpulan A berpolitik perlu dilakukan secara adil.

"Seharusnya dilihat secara adil dan tidak menyekat mereka berpolitik dalam mana-mana parti politik.

"Namun apa yang berlaku sekarang guru hanya dihalal berpolitik dengan Umno sahaja. Kriteria kenaikan pangkat pun diambil kira sentimen politik di Kelantan," katanya di sini.

Menurutnya juga sejak 1990 sehingga sekarang wakil-wakil rakyat bukan Barisan Nasional langsung tidak dibenarkan masuk ke sekolah di bawah kementerian.

Sedangkan katanya, wakil-wakil rakyat BN bebas menggunakan sekolah untuk kepentingan politik.

"Malah ada tukang kebun yang menjadi ketua cawangan lebih berpengaruh daripada seorang pengetua sekolah.

"Inilah yang berlakunya sekarang, ketua cawangan atau ketua bahagian menggunakan sekolah untuk berkempen sedangkan wakil-wakil rakyat di pihak lain tidak dibenarkan langsung.

"Bagi saya bukannya setakat penglibatan guru kumpulan A sahaja, malah ia seharusnya untuk semua penjawat awam," katanya yang juga anggota Exco kerajaan Kelantan.

Beliau berkata, berilah kebebasan memilih parti yang dekat dengan naluri mereka.

Menurutnya orang yang berpendidikan tinggi seharusnya diberi kebebasan untuk berpolitik kerana mereka merupakan golongan intelek.

Kata beliau sebagai golongan terpelajar tentunya dapat membahagikan masa di antara kerjaya dan politik.Harakahdaily.

Exco Kudeta Buat Laporan Polis Terhadap V.Sivakumar

IPOH - Satu laporan polis dibuat terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar hari ini kerana didakwa mengemukakan afidavit palsu semasa perbicaraan saman pemula Menteri Besar kudeta, Datuk Dr Zambry Abd Kadir dan enam exco kudeta nya untuk membatalkan keputusan penggantungan mereka menghadiri sidang DUN. Laporan dibuat oleh ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rapat, Hamidah Osman (foto) di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini jam 7 malam tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri merupakan seorang daripada enam Exco Barisan Nasional (BN) kudeta yang digantung oleh Sivakumar daripada menghadiri sidang DUN selama 12 bulan. Katanya laporan dibuat kerana Sivakumar dikatakan telah mengemukakan afidavit palsu semasa perbicaraan dalam kamar di Mahkamah Tinggi di sini pada 30 Mac lalu.

"Saya dimaklumkan oleh peguam yang mewakili Menteri Besar dan enam Exco BN bahawa Sivakumar telah mengemukakan afidavit palsu semasa perbicaraan kes itu diadakan dalam kamar hakim pada 30 Mac lalu," katanya kepada pemberita di sini. "Dalam afidavitnya, beliau mengatakan bahawa keputusan menggantung Menteri Besar kudeta dan enam Exco BN kudeta daripada menghadiri sidang dewan adalah keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, afidavit dikemukakan oleh Sivakumar ini adalah bertentangan dengan kenyataannya sebelum ini yang mengatakan keputusan menggantung Menteri Besar kudeta dan enam Exco kudeta BN dibuat oleh beliau sendiri selaku Speaker DUN. Malah, kata Hamidah, perkara itu turut dinyatakan dalam surat yang dihantar oleh Sivakumar kepada mereka semasa memaklumkan mengenai penggantungan itu.

[Nampaknya BN Perak masih terus mencari isu untuk menghalang V.Sivakumar. Sememangnya kes penggantungan MB dan Exco BN itu sudah diketahui umum sebelum ini yang ia dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN yang dipengerusikan sendiri oleh V. Sivakumar. Seantero dunia sudah diwar-warkan perkara itu, mengapa Hamidah beriya-iya benar mahu mempertikaikannya dan mengatakan Sivakumar membuat afidavit palsu di mahkamah. Soalnya sekarang, apakah pihak polis juga akan sepantas kilat berlari untuk menyiasat dakwaan tersebut bila ia dilaporkan oleh pemimpin UMNO dan BN. Tetapi mereka menyepi dan menikus jika laporan polis dibuat oleh pembangkang. Makanya Najib perlu membersihkan imej polis agar kelihatan adil dan saksama hendaknya nanti]. Pahangdaily.

BILA UMNO TULIS JAWI...


Bila UMNO tulis jawi... Kenapa tajuk ini begitu indah untuk didengar. Lihatlah gambar di atas kerana ia boleh menjawabnya. Paling ketara ejaan AMALAN. Ni baru satu belum yang lain lagi. Saya tambah lagi satu MALAYSIA. Buka kamus, betulke ejaantu?

Ni baru dari segi ejaan sudah menunjukkan kedaifan mereka, macamanalah nak mentadbir negara ini?. Dalam hati ini berkata sudah tiadakah ilmuan Islam di dalam UMNO yang boleh mengejanya dengan betul? Inilah padahnya kesan dari penghapusan tulisan jawi yang dilakukan oleh UMNO dulu.

Kesannya sekarang kita nampak jelas betapa Melayu telah hilang JAWINYA. MELAYU TELAH HILANG AKHBAR JAWINYA! Puncanya...UMNO! Perkara inilah yang diperjuangkan oleh cendekiawan bahasa kita melalui perhimpunan 100 ribu PPSMI.

Kita tidak mahu BAHASA MELAYU jadi seperti TULISAN JAWI. Wahai BANGSA MELAYU di BUKIT GANTANG dan BUKIT SELAMBAU renung dan fikir2kanlah.....BILA UMNO TULIS JAWI....?

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

BERSATU Gesa Mahasiswa Turun Mengundi Minggu Hadapan


Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU) dan Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA) masing-masing menggesa seluruh mahasiswa Malaysia turun mengundi 7 April ini dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Bercakap kepada media pagi semalam, Presiden BERSATU Hafez Sabri menggesa seluruh mahasiswa Perak terutamanya yang berada di luar Perak untuk meluangkan masa demi menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dan warga Perak amnya dalam sistem demokrasi negara ini.

“Kita sebagai anak muda Perak mesti tunai tanggungjawab untuk pilih pemimpin baru. Saya seru kepada semua anak muda di Bukit Gantang terutamanya yang berada di perantauan untuk sama-sama turun mengundi pada selasa ini (7 April),” tegas beliau semasa bertemu golongan muda negeri itu semalam dalam satu majlis.

Dalam pertemuan yang lain, presiden PERSADA, Mohd Faisal Mustafa mengingatkan kepada semua pengundi supaya memilih pemimpin yang adil dan tidak bersifat perkauman.

“Kita mahasiswa sebagai pelapis kepada generasi muda Malaysia yang baru, dalam (suasana)politik baru tidak boleh melihat pemilihan pemimpin dari sudut kaum. Malaysia yang baru mesti dipimpin oleh pemimpin yang tepat tanpa tengok (melihat) pada kaum mana dia datang. Yang penting ialah kepimpinan yang telus, jiwa rakyat,” ujar beliau sambil menggesa seluruh mahasiswa Kedah untuk turun mengundi di pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau.

Terdahulu, NGO Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menghantar 300 mahasiswa dari pelbagai universiti di Lembah Klang ke Kuala Sepetang, satu daripada tiga DUN bawah Bukit Gantang minggu lepas.

Sambil menegaskan bahawa pertubuhan mahasiswa tersebut tidak condong kepada mana-mana parti politik, mereka pergi mengedarkan risalah isu politik itu di kawasan-kawasan perkampungan di DUN itu yang mempunyai hampir 20,000 pengundi, 32 peratus daripadanya Cina.-mahasiswakini

PENTING : MENJAWAB ISU “TIDAK DIBENARKAN BERKEMPEN DI MASJID”

Selama ini kita dibelenggu kepeningan dan kebanyakan di kalangan kita turut terkeliru dengan kebenaran berkempen di dalam masjid. Adakah ia adalah perbuatan yang tidak disukai oleh Allah? Isu ini semakin hangat apabila berlaku satu perkara yang tidak diingini di Masjid Pekan Terong sepertimana yang telah diceritakan di dalam Blog Cina Islam.

Persoalan yang perlu diselesaikan ialah, bolehkah kita berkempen did ala Masjid. Persoalan ini akan saya rungkaikan secara mudah berdasarkan pemahaman dan pengetahuan saya yang tidak seberapa ini. Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita memikirkan sebuah soalan, “apakah perbezaan kempen BN dan kempen PR?”

Selama saya hidup di dunia ini, segala bentuk perjuangan PR adalah untuk menegakkan keadilan, menyebarkan kebenaran, menuntut hak kemanusiaan dan banyak lagi. Adakah “salah” sekiranya kita menggunakan masjid untuk melakukan semua perkara ini? Bukankah masjid itu digunakan untuk menegakkan keadilan? Bukankah ia juga digunakan untuk menyebarkan kebenaran? Bukankah ia juga digunakan untuk menuntut hak kemanusiaan?

Sekiranya kita melihat kepada kempen BN, setahu saya, perjuangan BN bukanlah perjuangan menegakkan Islam. Selama saya memerhatikan perjuangan BN, saya tidak pernah melihat ia sebuah perjuangan suci, bahkan ia kepentingan semata-mata. Maka, kempen BN dilihat sebagai kempen ke arah kehancuran. Bolehkah berkempen BN di dalam masjid? Jawapannya tidak! Ini kerana masjid bukan digunakan untuk menegakkan kehancuran!

Sekiranya BN benar-benar melaksanakan suruhan Allah SWT, menegakkan keadilan sepertimana yang telah diperintahkan, meninggikan ilmu dan ulama’, menyebarkan kebenaran dan sebagainya, maka apa perlunya kewujudan PR? Hari ini PR wujud adalah untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak melaksanakan undang-undang Allah ini.

PR juga memperjuangan keadilan yang telah dinodai oleh BN selama ini. Memori telah merakamkan segalanya. Maka apa yang dilihat di sini ialah, perbezaan yang ketara di antara perjuangan BN dan perjuangan PR. Anda sendiri boleh melihat hakikat kedua-duanya dengan akal yang anda miliki.

Kita kembali kepada persoalan “bolehkah berkempen di dalam masjid?”. Saya menjawab berdasarkan kefahaman saya yang rendah ini, bahawa berkempen PR di dalam masjid adalah digalakkan, manakala berkempen BN di dalam masjid, tidak dibenarkan. Saya mempersilakan kepada sesiapa sahaja untuk membincangkan tentang kefahaman ini.

Sekiranya PR berkempen untuk menghancurkan undang-undang Allah seperti BN, maka ia juga tidak dibenarkan. Sekiranya BN memperjuangkan kebenaran dan menegakkan keadilan, maka dipersilakan menggunakan masjid. Tetapi hari ini, ia tidak dilihat begitu, maka BN perlu ubah. Dan saya menasihatkan agar isu masjid ini dapat difahami terutamanya bagi ahli PR sendiri.

Sekiranya ada orang bertanya “sekiranya PR dibenarkan dan BN tidak dibenarkan, maka tidak adillah!”. Sebelum menjawab soalan ini pula, kita perlu memahami erti “adil”. “Adil” ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Sekiranya kita menggunakan masjid untuk berkempen kepada kehancuran, sudah pasti dikatakan zalim (berlawanan dengan adil). Begitu juga, menghalang masjid daripada berfungsi sebagai tempat menyebarkan kebenaran, ia juga dikatakan zalim, iaitu tidak adil. Wallahua’lam

Salam Perjuangan
Dr Fikrah (http://drfikrah.blogspot.com)