05 April 2009

PENTING : MENJAWAB ISU “TIDAK DIBENARKAN BERKEMPEN DI MASJID”

Selama ini kita dibelenggu kepeningan dan kebanyakan di kalangan kita turut terkeliru dengan kebenaran berkempen di dalam masjid. Adakah ia adalah perbuatan yang tidak disukai oleh Allah? Isu ini semakin hangat apabila berlaku satu perkara yang tidak diingini di Masjid Pekan Terong sepertimana yang telah diceritakan di dalam Blog Cina Islam.

Persoalan yang perlu diselesaikan ialah, bolehkah kita berkempen did ala Masjid. Persoalan ini akan saya rungkaikan secara mudah berdasarkan pemahaman dan pengetahuan saya yang tidak seberapa ini. Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita memikirkan sebuah soalan, “apakah perbezaan kempen BN dan kempen PR?”

Selama saya hidup di dunia ini, segala bentuk perjuangan PR adalah untuk menegakkan keadilan, menyebarkan kebenaran, menuntut hak kemanusiaan dan banyak lagi. Adakah “salah” sekiranya kita menggunakan masjid untuk melakukan semua perkara ini? Bukankah masjid itu digunakan untuk menegakkan keadilan? Bukankah ia juga digunakan untuk menyebarkan kebenaran? Bukankah ia juga digunakan untuk menuntut hak kemanusiaan?

Sekiranya kita melihat kepada kempen BN, setahu saya, perjuangan BN bukanlah perjuangan menegakkan Islam. Selama saya memerhatikan perjuangan BN, saya tidak pernah melihat ia sebuah perjuangan suci, bahkan ia kepentingan semata-mata. Maka, kempen BN dilihat sebagai kempen ke arah kehancuran. Bolehkah berkempen BN di dalam masjid? Jawapannya tidak! Ini kerana masjid bukan digunakan untuk menegakkan kehancuran!

Sekiranya BN benar-benar melaksanakan suruhan Allah SWT, menegakkan keadilan sepertimana yang telah diperintahkan, meninggikan ilmu dan ulama’, menyebarkan kebenaran dan sebagainya, maka apa perlunya kewujudan PR? Hari ini PR wujud adalah untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak melaksanakan undang-undang Allah ini.

PR juga memperjuangan keadilan yang telah dinodai oleh BN selama ini. Memori telah merakamkan segalanya. Maka apa yang dilihat di sini ialah, perbezaan yang ketara di antara perjuangan BN dan perjuangan PR. Anda sendiri boleh melihat hakikat kedua-duanya dengan akal yang anda miliki.

Kita kembali kepada persoalan “bolehkah berkempen di dalam masjid?”. Saya menjawab berdasarkan kefahaman saya yang rendah ini, bahawa berkempen PR di dalam masjid adalah digalakkan, manakala berkempen BN di dalam masjid, tidak dibenarkan. Saya mempersilakan kepada sesiapa sahaja untuk membincangkan tentang kefahaman ini.

Sekiranya PR berkempen untuk menghancurkan undang-undang Allah seperti BN, maka ia juga tidak dibenarkan. Sekiranya BN memperjuangkan kebenaran dan menegakkan keadilan, maka dipersilakan menggunakan masjid. Tetapi hari ini, ia tidak dilihat begitu, maka BN perlu ubah. Dan saya menasihatkan agar isu masjid ini dapat difahami terutamanya bagi ahli PR sendiri.

Sekiranya ada orang bertanya “sekiranya PR dibenarkan dan BN tidak dibenarkan, maka tidak adillah!”. Sebelum menjawab soalan ini pula, kita perlu memahami erti “adil”. “Adil” ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Sekiranya kita menggunakan masjid untuk berkempen kepada kehancuran, sudah pasti dikatakan zalim (berlawanan dengan adil). Begitu juga, menghalang masjid daripada berfungsi sebagai tempat menyebarkan kebenaran, ia juga dikatakan zalim, iaitu tidak adil. Wallahua’lam

Salam Perjuangan
Dr Fikrah (http://drfikrah.blogspot.com)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum warahmatullah.

Kekecohan seperti di atas didak akan berlaku lagi jika Najib melakukan perubahan dalam pentadbirannya,pengikut akan mencontohi pemimpinnya.

Najib baru sahaja dilantik sebagai PM Malaysia ke enan.Najib belum melakukan apa-apa keaslahan dalam pentadbirannya yang sehari jagong itu.Najib melakukan Fajarah semasa beliau belum PM,dia boleh membetulkannya semasa PM.

Khalifah Omar Abdul Aziz juga boros semasa ia menjadi gabenor di Mesir tapi bila beliau dilantik sebagai Khalifah Umaiyah ia terus mengubah corak hidup dan pentabirannya pada hari ia dilantik menjadi Khalifah.ia menjadi warak dan zohod.

Apakata kita doakan agar Najib membuat perubahan yang menyeluruh,perubahan dari sekular kepada Islam syumul,samada dalam dirinya,bininya dan keluarganya,mungkin Najib tahu dirinya banyak melakukan fajarah,oleh itu dia ingin membersihkan dirinya dengan taubat nasuha.

Setalah ia melakukan taubat nasuha kepada Allah kita doakan Najib melakukuan perubahan dalam pentadbirannya,jadikan perlembagaan malaysia yg ada kepada perlembagaan Islam,jika ulamak UMNO tidak dapat menggubalnya,dan jika najib tak yakin dengan ulamak PAS jemput ulamak tersohor seluruh dunia untuk melaksanakannya.

Perubahan awal yang besar yang perlu Najib lakukan di Malaysia,bubar DUN perak adakan pilihanraya,biar rakyat tentukan kerjaan mereka,jika OMNO-BN menag UMNO-BN lah yang memerentah,dan jika PR menang PR lah memerentah,Najib tak rugi apa-apa,kerana Perak masih dalam Malaysia dan perak masih di bawah pentadbiran PM-Najib,jika ini berlaku maka umat Melayu dan Islan akan bersatu dan seluruh rakyat Malaysia akan menikmati kemakmuran,keadilan dan kesejahteraan tulin.

Akurasa inilah juga yang selalu didoa dan diratibkan 0leh Mursidul Am PAS yang aku sayangi Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan seluruh pendokong PAS termasuk aku dan orang-orang yang memperjuangkannya.AMIN YA RABBAL ALAMIEN.TABIR.....