05 April 2009

Abdullah diketepi sebelum turun

BUKIT GANTANG, 4 April : Ketiadaan poster bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi di mana-mana lokasi dalam kawasan pilihan raya kecil P59 di sini menimbulkan tanda tanya banyak pihak termasuk pengundi BN sendiri.

Mereka berkata, sepanjang perjalanan mereka meninjau semua lokaliti pilihan raya kali ini, hanya poster Najib, Zambry dan Ismail Saffian sahaja di mana-mana.

“Mana ada poster Pak Lah sedangkan beliau masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri (ketika berita ini ditulis), apakah BN sudah membuangnya kerana ada masalah dalaman sesama mereka?” soal mereka.

Orang ramai berkata lagi, jika benci sangat kepada Pak Lah, jangan dilupakan begitu sahaja dan jangan pula membuang Abdullah sebelum beliau turun.

Dengan nada bergurau, seorang dari mereka berkata, Umno tidak mahu letakkan poster Abdullah kerana tidak dapat menarik perhatian pengundi yang sudah tahu sikapnya yang diketahui ‘lembik’.

Jika hendak diambilkira ranking jawatan dalam Umno pula, ke mana perginya poster Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin yang memegang jawatan sebagai Pengarah pilihan raya BN bagi semua pilihan raya kecil? soal mereka lagi.

Jumaat lalu, rasmi Pak Lah turun dan Najib dinaikkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6. Siasahdaily

7 ulasan:

pemudapas berkata...

org tua tu dah dilupakan..kesian2..

Juraimi Zainal berkata...

sama gak la ngan KJ cuma terbalik jer... KJ diketepikan selepas naik

Lun Wan Melah berkata...

Memang parti spesis ni tak reti kenang jasa.

Tanpa Nama berkata...

tak yah la campur hal dalaman umno, sebab kita pun sama, siapa yang dengar kata Tok guru Presiden skang, ramai ahli lebih percaya kata2 anwar...

harap giatkan usaha tarik undi melayu yang terpengaruh dengan propaganda UMNO.

wasalam

Unknown berkata...

Kalau BN menang di Bukit Gantang ini bermakna sokongan orang ramai itu adalah menunjukkan sokongan kepada Najib sebagai PM.

Ini ada kaitan dengan strategi pilihanraya tahun 2004, ketika itu Pak Lah sebagai PM yang baru, didapati sokongan orang ramai kepada BN meningkat.

Tanpa Nama berkata...

satu kejayaan kepada mahathir kerana berjaya mengusir pak lah dari jawatan Perdana Menteri.

tindakan itu sebagai satu balas dendam mahathir akibat beberapa tindakan yang tidak di gemari di lakukan oleh pak lah sepanjang pemerintahan.

pada mahathir, Khairy yang mengatur rancang semua perkara. jembatan bengkok terbatal, tempoh serahan kuasa berlarutan, mukhriz kalah dalam pertandingan dan macam macam lagi.

bila pak lah berjaya di usir, mahathir berharap khairy akan turut kecundang selepas ini. Mukhriz cuba di lantik menjadi Majlis Tertinggi.

Semua rancangan menyusur kepada usaha untuk meneruskan legasi Mahathir di dalam pemerintahan negara.

Kalau pergerakan khairy tidak di sekat, jenerasi mahathir akan terkubur.

Tanpa Nama berkata...

macam Zamri pula lawan Nizar. Banyak sangat promosi wajah MB ni. Ismail dah lepas ke tepi. Kesian!!!