19 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: 53 peratus akan melompat parti manakala 31 peratus lagi akan sabotaj Umno jika mereka tidak terpilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.
(Keputusan bancian yang dibuat oleh Sinar pada jam 6.30 petang)
Keputusan ini dicapai dari 7,894 perserta bancian Sinar Harian selepas ditanya soalan yang diandai Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ketika menggulong perbahasan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2012 kelmarin.
Dalam bancian itu, Sinar bertanya kepada pelayarnya, "Menjawab soalan cepumas DS Najib di AGM Umno, jika anda ahli Umno, pilihan anda"
Lima pilihan jawapan diberikan sebagaimana diberikan oleh Najib Sabtu lepas.
Solan-soalan itu adalah:
1) Sokong penuh Umno meskipun tidak dipilih calon: 6 % (473)
2) Masih sokong Umno meskipun tidak dipilih calon : 2 % (194)
3) Tidak akan kerja masa PRU13 : 7 % (558)
4) Saya akan sabotaj Umno-BN: 31 % (2482)
5) Saya akan lompat parti: 53 % (4187)
Jumlah Undian: 7894
Semasa membuat ucapan penggulongan semalam, Najib membuat soalan cepumas itu kepada perwakilan Umno.
Ketika itu, tidak ada sikap yang jelas di kalangan perwakilan kerana tidak ada bancian yang dibuat.
Berdasarkan bancian Sinar yang dibuat mulai semalam itu, hanya 6 peratus atau 473 peserta bancian sahaja yang berkata "Sokong penuh Umno meskipun tidak dipilih calon."
Hanya 2 peratus pula yang berkata "Masih sokong Umno meskipun tidak dipilih calon".
Manakala 7 peratus berkata, "Tidak akan kerja masa PRU13".
Kesemua jawapan ini memberikan serangan saikoloji yang kuat kepada Umno khasnya Najib yang membuat semua andaian itu.
Sumber : Harakahdaily/-



KOTA BHARU:
Pemimpin masyarakat Islam di Thailand menyifatkan banyak laporan media
mengenai pergolakan di selatan negara itu tidak tepat dan bukan
mencermin situasi sebenar.
Beliau juga mengakui dasar asimilasi menyebabkan ramai generasi muda di Thailand sekarang tidak lagi fasih berbahasa Melayu.




GAZA:
800 rumah musnah samasekali, 170 syahid, 300 yang cedera parah, 1000
yang cedera rengan, 5000 kediaman yang rosak manakala 50,000 keluarga
kini menjadi miskin tegar.





