|
JOHOR BAHRU – Seorang ahli perniagaan yang keluar bersarapan
berdepan dengan detik-detik cemas apabila dia dilarikan oleh sekumpulan
tiga ah long dengan sebuah kereta sebelum dibelasah dan ditikam di
sebuah lorong di Jalan Tekun, Taman Maju Jaya di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa, Too Chow
Siew, 50, juga ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan berlumuran
darah.
Bagaimanapun, Chow Siew dapat diselamatkan setelah orang ramai yang
lalu-lalang di kawasan itu terdengar jeritannya dan terus membawanya ke
Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk rawatan.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Dr. Hashim Haron,
kejadian yang hampir meragut nyawa mangsa itu berpunca apabila ah long
tersebut berang dengan mangsa yang tidak melangsaikan pinjaman yang
dibuat.
“Mangsa telah dilarikan oleh tiga orang lelaki dengan sebuah
kenderaan di hadapan rumahnya kira-kira pukul 9.30 pagi dan kemudian dia
ditinggalkan selepas dipukul oleh ah long berkenaan pada pukul 12
tengah hari di sebuah lorong di Taman Maju Jaya.
“Ah long berkenaan dipercayai memburu mangsa selepas dia dipercayai
menimbulkan kemarahan kumpulan itu kerana tidak membayar hutang yang
dipinjam,” katanya kepada Kosmo!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan