03 Disember 2012

Hanya 11 % yakin BN dapat 2/3, 89 % undi PAS

19 Muharram 1433H. [MOD] -



(Keputusan bancian antara PAS dan Umno))

KUALA LUMPUR: Hanya 11 peratus dari pembaca laman web Sinar Harian Online yakin Barisan Nasional (BN) akan menguasai kembali 2/3  kerusi dalam Dewan Rakyat selepas pilihan raya umum akan datang.

89 peratus dari pembaca mereka pula memilih PAS  dalam pilihan raya umum akan datang berbanding Umno.

Inilah dua keputusan yang dicapai melalui bancian yang dibuat oleh Sinar Harian hari ini.


(Bancian tentang majoriti 2/3 oleh Sinar)

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ketika membuat ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) yakin BN akan mendapat kemenangan 2/3 dalam Dewan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang jika ahli Umno bersatu.

Dalam bancian pertama, Sinar Harian bertanya, "Anda yakin Barisan Nasional akan menguasai  kembali kerusi 2/3 di Parlimen pada PRU 13?"

Peserta bancian itu menjawab, Saya yakin 11 % (117), Saya tidak yakin 82 % (862) dan saya tidak pasti 6 % (67).

Keputusan ini dicapai ketika jumlah yang menyertai bancian ini adalah 1046.


(Bancian tentang sokongan antara BN dan PR)

Dalam satu lagi bancian, Sinar bertanya, "Susulan Perhimpunan Agung Umno 2012, jika ada seorang pengundi, parti pilihan anda?:

PAS 89 % (918), Umno 11 % (115). Peratusan ini dicapai ketika jumlah peserta bancian ini adalah 1033 peserta.

Dalam bancian yang dibuat oleh Sinar juga, 88 peratus (951) pesertanya memilih Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional hanya 12 peratus (129). 

Keputusan ini dicapai ketika jumlah pembaca yang mengambil bahagian dalam bancian ini adalah 1080 orang.

1 ulasan:

huda berkata...

isunya sekarang SPR bukan badan bebas. SPR berkerja untuk BN.