09 Disember 2009

Petua Memupuk Cinta Sejati Suami Isteri

Email : mohd naim mohd zain

Cinta sejati tidak memusnahkan diri kekasih yang dicintai, malah ia menjaga supaya si dia tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

Untuk itu, apabila cinta memilih untuk singgah di hati seseorang, lalu akan berasa betapa bahagianya diri untuk merasai nikmat cinta anugerah Ilahi.

Siapakah yang tidak pernah dicintai? Mungkin belum ditemukan dengan orang yang selayaknya untuk dicintai, namun perasaan itu memang wujud dalam kalangan semua insan. Hanya mereka yang pernah merasai dan melalui pengalaman cinta akan merasakan keindahannya.

Namun, bagi yang belum merasakannya, masa itu akan datang juga. Malah, hanya masa dan ketentuan yang bakal meletakkan rupa, perasaan dan khayalan sebelum menemui hakikat sebenar percintaan, seterusnya disatukan di alam yang penuh keindahan.

Bagi yang merasai keindahan cinta sehingga bertemu jodoh, bersatu diri dalam mahligai yang penuh keindahan. Pun begitu, tidak kurang juga yang diuji dengan pelbagai cubaan bagi meneguhkan kembali kekuatan cinta.

Perkara berikut mungkin dapat membantu mengukuhkan lagi perasaan anda dan pasangan apabila dua jiwa menjadi satu. Bagi yang bergelar isteri atau ibu, hayatinya untuk menjadi isteri yang didambakan dalam keluarga Islam.

* Letakkan dalam jiwa peranan besar dalam kehidupan keluarga. Tindak-tanduk, kebijaksanaan dan sifat selalu mengingati Allah boleh menjadikan rumah sebagai syurga yang diidamkan suami dan anak. Mereka berasa tenang setelah penat di luar rumah.


* Laksanakan tanggungjawab dan peranannya yang asasi dalam mendidik anak dan memelihara mereka kerana ibu perlu lebih banyak bergaul dengan anak.


Bahkan, mereka juga sangat berhajat kepada ibu terutama pada peringkat membina keperibadian dan perkembangan diri.

Antara ibu dan bapa, hendaklah ada persefahaman dalam mendidik anak supaya kedua-duanya saling menyempurnakan antara satu sama lain dengan tidak ada percanggahan.

Kasih sayang ibu terhadap anak jika tidak kena caranya, mungkin boleh memporak-perandakan keharmonian keluarga.

* Isteri contoh juga hendaklah mengetahui dengan teliti kewajipannya terhadap suami dan hak suami terhadap isteri yang mesti dilaksanakan sebagai beribadah kepada Allah dan mengharapkan pahala-Nya.


Hendaklah dia menjaga perasaan, bersimpati atas kesusahannya dan menjaga rakannya. Selain itu, bekerjasama dengan suami terutama dalam mendidik anak dan menjaga silaturahim.

* Beri semangat kepada suami supaya dia menjalankan kewajipan terhadap agamanya seperti beramal, berjihad dan berkorban.


* Isteri hendaklah pandai memilih kenalannya dalam kalangan wanita yang solehah. Dia juga harus berperanan mengajar dan mengingatkan adab Islam. Dirinya sendiri dijadikan contoh kepada yang lain.


* Alangkah baik jika isteri contoh bukan saja menjaga perkara halal dalam urusan rumah tangga seperti makanan, minuman, pakaian, kelengkapan rumah serta adat, malah, dia juga dapat menjaga daripada yang haram serta syubhat.


Rumahnya pula dijadikan contoh dari segi kebersihan dan kekemasan untuk membiasakan anak dengan keadaan demikian.

* Adab dan doa seharusnya dijadikan amalan seharian dalam perkara seperti makan, minum, tidur, memberi salam, meminta izin, melihat perempuan dan seumpamanya.


* Isteri (dan juga suami) hendaklah mengambil berat untuk menghidupkan hari kebesaran Islam serta ditanamkan rasa kasih terhadap hari berkenaan seperti Ramadan.

Rayuan derma & tunjuklah simpati..

Oleh : Songkok Putih

Beberapa hari lalu saya tidak berada di dalam kawasan, al Hamdulillah sekarang ada sidikit kelapangan untuk saya berbicara beberapa perkara dalam ruang ini.

Saya telah menerima maklumat bahawa Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman telah menjalani rawatan jantung iaitu prosedur angioplasty untuk memasukkan balon dan tongkat bagi membuka saluran jantungnya yang tersumbat. Pembedahan ini memerlukan kewangan yang melibatkan angka yang besar.

Ahmad Lutfi Othman seorang perjuang reformasi semenjak di Universiti lagi. Seorang yang low forfile tidak menonjolkan diri, mempunyai pemikiran terbuka, kritis dan semangat waja.

Jasanya di Harakah cukup besar walaupun beberapa kali beliau telah di "buang" daripada Harakah dan masuk semula untuk beberapa kali dengan rendah diri dan tidak pernah mengungkit kisah-kisah lama kenapa dia disingkirkan sebelum ini.

Ya seorang yang bekerja kerana Islam bukan kerana manusia sejagat! Sukar memperolehi manusia seperti ini di zaman muktahir ini.

Pernah bawa keluarga tidur dalam Toyota Unser, tidak pulang ke rumah demi menjaga keselamatan keluarga bila beliau membuat serangan beberapa siri pendedahan kebajetan pemimpin-peminpin Negara!

Hasilnya seorang Menteri Besar telah tumbang dan seorang lagi hampir tumbang!!

Ahmad Lutfi perlu dibantu, dimana beliau ingin mendapatkan wang sebegitu banyak jika kerja yang ditawarkan oleh akhbar-akhbar lain dengan kemewahan di tolak semata-mata ingin bersama dengan arus perjuangan Islam yang banyak menggunakan wang dan duit saku sendiri?

Sampai masanya untuk kita buktikan apa yang kita selalu bercakap tentang teori ukhwah, persahabatan dan perjuangan. Kita mesti membantu merasa perit maun yang dirasai oleh Ahmad Lutfi Othman. Kita mesti meringakan bebannya.

Jangan sampai nanti ada sahabat-sahabat UMNO yang kita benci dan nista mendahului kita memberi bantuan. Jangan pelekeh kenyataan saya. Semasa Ahmad Lutfi di dalam tahanan ISA dahulu, sesiapa yang berusaha mengeluarkannya. Bukan Pemuda UMNO Selongor !! Siapa yang bantunya semasa dia di saman??

Kita mahu ada orang bekerja dengan Islam sepenuh masa.. Tapi kita tidak bersedia membantu mereka... Jika ini sikaplah kita masa depan perjuangan kita masih jauh...

Saya menyeru dalam kesempatan ini bantu seadanya untuk meringankan beban beliau, semoga Allah akan memberikan kita kemuliaan disisiNya....

Akaun Maybank anak Sulong Ahmad Lutfi Othman (Ahmad Luqman Hakim bin Ahmad Lutfi) 162179670906

Maklumat Tambahan: Pembedahan pertama telah menjaya membuka satu saluran tersumbat. Ada 2 lagi dan Insya-Allah akan dilakukan pada jumaat ini 11/12/2009.


.........
** Saya juga diminta untuk maklumkan kepada HISBI ISLAMI UTM untuk sebaran dan bantuan kewangan.

ADUN Titi Serong sampaikan sumbangan kerusi roda.

ADUN Titi Serong sedang menyampaikan sumbangan kerusi roda dan sedikit wang untuk meringan bebanan seorang warga terlantar yang patah pehanya akibat terjatuh dibilik air.


TITI SERONG, 8 Dis. :- Kerja-kerja kemasyarakatan dan penyampaian bantuan kepada warga Titi Serong yang memerlukan terus dilakukan oleh Pejabat Pusat Khidmat ADUN Titi Serong. Kerja sedemikian sekaligus menafikan tohmahan pihak lawan pakatan Rakyatkononnya fungsi dan peranan Pusat Khidmat ADUN PR telah terhenti setelah kerajaan telah dirampas oleh BN sejak 6Februsri yang lepas. Demikian antara kenyatan ringkas ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa ditemui dipejabatnya selepas menyampaikan bantuan kerusi roda kepada seorang penduduk dalam DUN Titi Serong.

Pada kesempatan itu Drs. Khalil menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda dan sedikit wang kepada Puan Arbiah bt. Maidar yang tinggal di Pekan Batu 5 di sini. Beliau mengalami kemalangan bila terjatuh dibilik air dan menyebabkan peha kirinya patah.Sumbangan yang disampaiankan diharap dapat meringankan beban yang dihadapi oleh warga terlantar itu.

Menurut beliau sumbangan tersebut hasil dari kutipan yang terkumpul dari Tabung Amal DUN yang dilancarkan sejak bulan Ramadhan yang lepas.

Sementara itu dalam kenyataan yang lain, Setiausaha kepada ADUN berkenaan, Hj. Zakaria Abdullah menyatakan harapannya kepada semua para dermawan supaya meneruskan usaha murni untuk mengisi Tabung Amal Dun Titi Serong yang banyak membantu kerja-kerja Amal dalam DUN itu.

"Saya merayu semua pihak untuk terus menyumbang ke tabung ini dan kami akan agihkan sebaik mungkin kepada mereka yang memerlukannya" Kata Hj. Zakaria.


PAS PERAK: SEGERAKAN KEPUTUSAN MENTERI BESAR PERAK YANG SAH

Email : mohd hafez sabri

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak Al Fadhil Abu Bakar Hussain menegaskan kenyataannya kepada media bahawa keputusan mahkamah persekutuan yang akan mengistiharkan siapa Menteri Besar Perak yang sah adalah titik sejarah yang sangat penting bagi seluruh rakyat Malaysia.

Beliau mempersoalkan mengapa keputusan siapa Menteri Besar Perak yang sah masih tidak diistiharkan mahkamah persekutuan untuk pengetahuan rakyat, sedangkan keputusan sudah diketahui dikalangan 5 hakim yang menghakimi kes tersebut , perkara ini penting kerana rakyat Perak ingin tahu siapa sebenarnya Menteri Besar Perak yang sah selama ini,tegas beliau.

Beliau turut menyatakan bahawa Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah mengikut perundangan dan perlembagaan Negeri Perak, dan selama ini Pakatan Rakyat Perak tidak pernah mengiktiraf Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak .

Memetik kata-kata beliau “ Keputusan Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah adalah sangat penting kerana ia dapat membuktikan proses demokrasi mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Perak telah dapat dipertahankan.”

“ Keputusan Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah adalah sangat penting kerana ia dapat menjadi pelajaran dan pengajaran kepada UMNO/BN bahawa urusan perlantikan sebuah kerajaan dan segala proses perlantikan dan perlucutan jawatan hendaklah mengikut peraturan yang telah termaktub dalam perlembagaan.”

Beliau juga menyatakan bahawa PAS Perak berpendirian bahawa, kriris rampasan kuasa secara tidak sah yang telah dilalui di Perak ini bukan sahaja dirasai oleh rakyat Perak, bahkan seluruh Negara, bahkan seluruh masyarakat dunia juga sedang mengikuti kes siapa Menteri Besar Perak yang sah ini , ia termasuk para ahli akademik dan orang awam.Semua mereka mengharapkan agar prinsip demokrasi ini perlu diperbetulkan kepada landasan yang tepat mengikut lunas undang-undang dan demokrasi.

Selain itu beliau juga menyatakan bahawa PAS Perak berpendirian sekiranya keputusan siapa Menter Besar Perak yang sah berpihak kepada Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir maka keputusan itu akan mencemarkan malah merosakkan seluruh sendi demokrasi yang telah disepakati dan diamalkan di negara Malaysia selama ini.

Menurut beliau lagi PAS Perak berpendirian, sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan berpihak kepada Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah maka jelaslah keputusan ini adalah keputusan yang tepat dan terbaik bagi mengelakkan Negeri Perak, malah seluruh Negeri yang lain dari terjebak dalam peraturan dan percaturan undang-undang rimba iaitu “siapa kuat dia dapat”, tanpa mengikut ruang perlembagaan dan undang-undang yang cuba dibawa oleh UMNO/BN, di Perak.

PAS Perak turut menegaskan bahawa, akibat dari tidakan UMNO/BN yang terlalu gopoh dan bernafsu untuk mengambil alih pemerintahan Negeri Perak ini, maka ia telah menyebabkan punca kenapa kegawatan politik Perak telah berlaku dan memalukan seluruh Negeri Perak dikaca mata dunia luar, kata beliau.

Tambah beliau lagi, Bukan sahaja episod ADUN Pakatan Rakyat tidak dibenar masuk ke Dewan Undangan Negeri dan terpaksa bersidang dibawah pokok telah disaksikan oleh semua , malah pergelutan sehingga tindakan ganas di dalam sidang DUN Perak ketika hendak menukar Speaker Dewan juga telah mencatatkan sejarah yang cukup hina dan memalukan dalam politik Negara, semua ini adalah akibat dari sifat gopoh dan zalim yang dibawa oleh UMNO/BN ke Negeri Perak ini.

Beliau juga turut membidas tindakan zalim UMNO/BN yang telah menyalahgunakan institusi polis dan pegawai awam untuk mengheret secara fizikal V.Sivakumar selaku Speaker serta mengkasari beberapa orang ADUN Pakatan Rakyat ketika hari persidangan DUN pada sidang DUN 3 Mac 2009, 7 Mei 2009, 2 September 2009 dan 28 Oktober 2009 sangat tidak dapat diterima samasekali dan ia adalah tindakan yang sangat zalim.

PAS Perak, berpendirian bahawa dengan keadaan bilangan ADUN yang boleh sahaja berubah di kedua-dua belah pihak , maka jalan keluar yang terbaik ialah membubarkan DUN Perak dan menyerahkan semula mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang lebih stabil bagi kemaslahatan rakyat Negeri Perak, jelas beliau

HAKIKAT PERKAHWINAN

Email : dsj

A. Tujuan Perkahwinan Perkahwinan merupakan sifat atau tabiat manusia yang cenderung untuk mengadakan hubungan sesama manusia. Allah telah menjadikan hubungan perkahwinan sebagai Sunnah para Rasul di mana ianya akan melahirkan rasa saling cinta, sikap saling bekerjasama dgn kebaikan dan bantu membantu untuk mendidik keturunan.

Melalui perkahwinan juga, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai munurut tuntutan Ilahi sebagai tempat untuk berehat jasmani maupun rohani. Perkahwinan merupakan peristiwa bersejarah di mana ianya takmudah dilupakan bagi orang-orang beriman.
IJAB - penyerahan tanggungjawab dari wali calon isteri kepada calon suami.
QABUL- tanggungjawab dari calon suami atas penyerahan itu.
Kalimah ini pendek namun mengandungi makna yang mendalam.

B. Walimatul Urus Perkahwinan merupakan ibadah. Islam mengatur tatacara nikah dan walimah dalam bentuk yang sangat sederhana. Hikmah walimah sesuai dengan tuntutan Rasulullah SAW ialah:1. Bertujuan untuk melaksanakan ibadah2. Menghindari daripada perbuatan membazir3. Mengundang fakir miskin

C. Hikmah Perkahwinan Islam mengajar agar keluarga dan rumahtangga menjadi pelabuhan yang aman, kukuh bagi setiap ahli keluarga. Membincangkan semua hal, baik gembira maupun kesulitan yang dihadapi. Rasa aman dan perlindungan yang dirasakan oleh anak dalam keluarga akan memberi kepadanya kepercayaam pada diri sendiri dalam menghadapi berbagai persoalan hidupnya. Ibubapa adalah orang pertama diharapkan dapat memberikan bantuan dan petunjuk dalam menyelesaikan masalah anak. Seorang ibu adalah lambang kasih sayang, ketenangan dan juga ketenteraman.

Firman Allah SWT yang bermaksud: " Kaum lelaki(suami) adalah pemimpin bagi kaum wanita(isteri) oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atau atas sebahagian yang lain dan disebabkan kerana para suami telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu isteri yang soleh ialah yang taat kepada Allah, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak di tempat (sebagai rasa syukur) kerana Allah telah memelihara mereka..."(An-Nisa':34)
Rasulullah SAW menghuraikan makna ayat di atas bahawa, lelaki yang paling baik akhlaknya adalah lelaki yang paling sayang pada isterinya. Baginda sendiri membantu isterinya dalam rumahtangga. Wanita yang paling baik aialah wanita yang menyenangkan hati suaminya apabila suaminya memandangnya. Taat bila disuruh dan pandai menjaga kehormatan dirinya dan harta benda suaminya di kala suami tiada di rumah.

Perkahwinan yang disyariatkan Islam. selain daripada sebagai keperluan fizikal, ia juga bertujuan supaya manusia mempunyai keluarga dan keturunan yang sah serta hidup bahagia di dunia dan akhirat. Perkahwinan adalah tugas menunaikan amanah Allah, maka baik suami maupun isteri, niat yang pertama adalah melaksanakan tanggungjawab kepada Allah.

D. Nikah dengan Wanita Hamil yang Berzina
1. Dilarang lelaki mengahwini wanita hamil yang sah keturunan kandungannya.
2. a. Dihalalkan lelaki mengahwini wanita hamil dengan sebab- sebab perzinaan.
b. Menurut Mazhab Hanafi, perkahwinan itu sah tetapi belum boleh bersama selagi kandungan belum lahir kecuali kandungan itu adalah dari lelaki itu sendiri.
c. Menurut Mazhab Hambali, perempuan yang berzina, baik hamil atau tidak, tidak boleh dikahwini oleh lelaki yang tahu keadaannya itu.

Perempuan hamil yang sah keturunan kandungannya tidak boleh dikahwini lelaki lain misalnya perempuan yang bercerai atau hamil kerana persetubuhan syubhat (lelaki yang bersetubuh dengan wanita yang disangka isterinya, kemudian ternyata bukan isterinya).

E. Mengetahui Masa subur isteri Kaum wanita pada setiap 4 minggu (28 hari) sekali datang haid. Masanya berbeza. Perbezaan masa bergantung kepada keadaan badan seseorang. Daripada haid yang pertama hingga haid yang berikutnya dapat kita bahagikan kepada 4 tahap:
a. masa haid
b. masa bersih pertama; kandungan rahim sudah bersih dari kotoran tapi sel wanita belum dapat dibuahi untuk menjadi benih.
c. masa subur; kandungan rahim sedia untuk menerima sel benih, yang akan mengberhentikan kedatangan haid.
d. masa bersih kedua; masa penghancuran. Alat-alat dalam rahim mulai membersihkan kerana tiada pembuahan dan menanti datang haid yang baru.

Ringkasnya, minggu I, II dan IV adalah minggu kosong, tetapi minggu ke III adalah minggu subur.

Untuk mengetahui dengan tepat waktu subur bagi seorang wanita, haruslah mengetahui masa kedatangan haid pada setiap bulan, utk menyesuaikan waktu 14-16 hari sebelum datang haid sebelum datang haid yang baru. Apakah anda mempunyai jangka waktu bersih 28 hari 30 hari ataupun 32 hari. Menurut pendapat pakar kelamin, sel telur lelaki dapat hidup2 X 24 jam sebelum 'masa subur' dan 2 X 24 jam sesudah 'masa subur. Maksudnya 2 hari sebelum dan selepas 'masa subur', masih boleh menjadi benih bila bersetubuh pada masa itu. Jadi yang paling baik untuk memiliki anak ataupun menjarakkan kehamilan, haruslah melakukan persetubuhan berpandukan pada masa tersebut, iaitu 2 X 24 + 2 X 24 + 2 X 24 ataupun2 hari + 2 hari + 2 hari - jumlah hari subur.

Kesimpulannya, masa subur adalah dari hari ke 12 hingga hari ke 18 sebelum datang haid yang baru.
hari 1 7 14 21 28 tahap -- haid -- -tak subur- -- SUBUR -- -tak subur-

F. Teori membentuk bayi lelaki atau perempuan
Para ahli bangsa Arab yang menafsirkan ayat Mafatihul Ghaib yang terkandung dalam Surah Al-An'am ayat 59 yang mermaksud, " Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri."

Terbuktilah dengan hasil kejadian janin dalam rahim ibu yang hamil. Siapakah yang mentukan jantina janin itu, sedang bentuk dan rupa benih adalah sama dan serupa.
Mereka merumuskan pengertian "Mafatihul Ghaib" tersebut dengan pengalaman dan penyelidikan sebab terjadinya jantina, lelaki dan perempuan.

Kesimpulannya: "Sel telur yang menghamilkan kerana masuknya ke dalam rahim dengan sperma lelaki bergerak dan berpindah randah. Kekadang letaknya di sebelah kana, kekadanh di sebelah kiri. Bila sel telur terletak pada lambung kanan, maka akan lahir bayi lelaki dan sekiranya terletak pada sebelah kiri, rahim akan lahir bayi perempuan."

Menurut keterangan Dr. Muhammad Abdul Hamid (Mesir), pendapat ini diadakan percubaan oelh doktor-doktor Arab dan Inggeris. Hasilnya dalah 97% dari percubaan itu, hanya 3% yang gagal. Itu disebabkan kerana ketidakmampuan pihak wanita dalam melakukan secara teliti dalam mengetahui masa subur dan bulan kelahiran.

Teori pembentukan jantina anak adalah seperti berikut :-
Caranya :
1. Waktunya : Pada masa subur isteri kerana pada masa itu sel kelamin wanita dapat dibuahi sel kelamin lelaki.

2. Caranya : Lakukan persetubuhan dgn sebaik-baik dan sempurna. Setelah selesai, isteri hendaklah tidur miring sampai bangun pagi. Jangan tidur telentang supaya letak air mani jatuh miring.

3. Hasilnya : Bila ingin anak lelaki, miring ke kanan dan jika ingin anak perempuan miring ke kiri.
Teori ini juga merupakan daya usaha dalam mencari sesuatu yang diingini, namun hasilnya di luar batas kemampuan manusia. Semua nya ditentukan Allah SWT. Namun kita digalakkan berikhtiar.

Ada teori lain, satu pendapat Dr. M. Zaky Syafi'i Beyk dari Iskandariah (Mesir) yang menyatakan dalam bukunya " Al Azmatus Zaujiyah wa'ilajuha" - "Berilah isteri makan vitamin B semenjak mula hamil hingga 8 bulan setiap hari 3 kali - 2 biji sekali. Memakan vitamin B akan menambah kesihatan dan kesuburan apalagi bagi ibu yang mengandung. Bila isteri makan vitamin B sebagai penambah zat makanannya yang biasa setiap hari, maka bayi yang akan lahir kelak, insyaallah lelaki.

Teori ini amat praktis dan mudah dilakukan. Ianya bergantung kepada kita. Hasilnya akan dapat dirasai apabila telah mencuba.

G. Amalan suami semasa isteri mengandung Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung

a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT
b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.
c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.
d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.
e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri
h. Dilarang memakan benda-beda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal serta wang riba.
i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.
j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.
k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.
l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.
H. Adab suami ketika isteri sedang mengandung Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya.

Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung

a. Suami hendaklah menunjukkan rasa ksih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.
b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur. d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.
e. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, " La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin " maksudnya " Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim. "
f. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

I. Dorongan Suami semasa isteri bersalin Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.

Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepan darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbul kan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam.

Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam. Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung- jawab yang berat itu.

J. Mengapa bayi lahir menjadi kenan Kelahiran bayi cacat atau kenan mempunyai kesan dalam hati ibu bapa, saudara mara dan juga masyarakat. Reaksi pertama ibu adalah kesedihan dan kepiluan. Ia merasa hampa kerana anak yang dikandungnya selama 9 bulan itu cacat atau kenan. Kecacatan ini timbul dari berbagai gejala. Puncanya mungkin disebabkan oleh baka dan keturunan, jangkitan kiman, pendedahan kepada ubatan dan bahan kimia, masalah pemakanan, dadah, arak dan sebagainya. Ramai orang percaya bahawa wanita yang kenan melahirkan bayi yang cacat. Seringkali kelahiran cacat dikaitkan dengan kejadian ketika isteri mengandung seperti suami membunuh binatang dll.

Kejadian itu dikaitkan bila bayi lahir cacat, tapi tidak bila bayi dilahirkan normal. Islam menganjurkan umatnya melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Begitu juga dengan kenan dan kecacatan ini, jika suami ister melakukan kebaikan, tuhan akan membalas dengan kebaikan dan begitu sebaliknya.

K. Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak1. Menanam uri Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan diderma kan kepada syarikat swasta. Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa cuma membuang bayi dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan. Uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam, Adab ini adalah baik kerana menghargai sesuatu.

2. Mengazan dan mengqamatkan anak Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.

3. Mendoakan anak Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaanya. Doa Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah. Lima perkara yang mempengaruhi jiwa dan harapan orang yang berdoa:- a. Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur keyakinan bahawa Allah SWT itu dekat. b. Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada Allah SWT. c. Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang yang berdoa terlebih dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran Allah. d. Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan keimanan kepada Allah SWT. e. Dengan menjalankan seruan Allah dan percaya kepada-Nya maka Allah akan memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan agar tidak tersesat dan berputus asa.

Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh orang tua agar anak- anak mereka menjadi orang yang diredhai Allah iaitu : a) Doa agar anak patuh kepada Allah - Al Baqarah : 128 b) Doa agar diberi anak yang baik - Al Imran : 38 c) Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati - Furqan : 74 d) Doa agar anak tetap mengerjakan solat - Ibrahim : 40 e) Doa ketika memberi nama anak

4. Panduan menamakan anak Sunat memilih nama yang baik kepada anak. Memberikan nama kepada anak merupakan cermin keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang diberikan menggambarkan harapan hati dan harapan orang yang memberikannya.

"Six Essential Qualities that are the key to success:Sincerity, Personal integrity, humility,Courtesy, Wisdom,Charity.
============ ========= =========
NOTICE PEMBERITAHUAN: -
(Without Prejudice)
Setiap Penulisan,Nukilan Atau Article Yang Diposting Ke Laman Ini,Hanyalah Sebagai Bahan Bacaan Sahaja.Pengirim Tidak Samasekali Terniat Walaupun Sebesar Hama Untuk Mempengaruhi Hati Maupun Perasaan Pembaca. Dan Ianya Juga Tiada Kaitan Samasekali Samada Yang Masih Hidup Maupun Yang Telah Mati.
Sekian

8 syarikat saman Mara

KUALA LUMPUR, 7 Dis: Lapan syarikat menyaman Mara untuk menuntut gantirugi RM381 juta di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Saman yang difailkan pada 2003 lalu dibicarakan dalam kamar Datuk Zakaria Sam hari ini untuk tentukan isu undang-undang.

Syarikat itu adalah Indera Perabut, Medan Data, Adi Wood, Almawood Industries, Ikrar Teguh, Phoenix Calibre, Perabot Wilayah Uata dan CT Max.

Kesemua mereka mendakwa Mara gagal dalam tanggungjawabnya menyediakan pusat kemudahan guna sama atau PKG yang menyebabkan mereka tidak dapat beroperasi untuk siapkan projek perabot mereka.

Hasilnya, Mara telah menyaman mereka kerana tidak membayar hutang. Kini mereka menyaman Mara kerana kegagalan Mara laksanakan fungsinya untuk membolehkan projek perabot mereka berjalan dengan baik.

Mahkamah Pulau Pinang akan putuskan lapan Januari depan samada untuk menerima atau tidak isu undang-undang Mara bertanggungjawab siapkan PKG.

"Jika hakim putus Mara bertanggungjawab, segala tuntutan lapam syarikat itu akan diterima dan taksiran akan dibuat berdasarkan tuntutan plaintif," kata peguam plaintif Shuhaimi Mat Hashim selepas bersidang dalam kamar dengan hakim dan peguam defendan.

8 syarikat itu diwakili oleh Shuhaimi Mat Hashim manakala Mara diwakili 4 syarikat guaman. Isu undang-undang yang akan diputuskan hari ini adalah "Adakah Mara bertanggungjawab memastikan PKG disiapkan dan beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari, 1998 dan adakah Mara telah gagal, mungkir dan melakukan perbuatan pecah kontrak mengenai penyiapan dan operasi PKG seperti dijanjikan Mara yang kena disiapkan dan hendaklah beroperasi sepenuhnya oleh Mara pada 1 Januari, 1998."

"Seterusnya adakah akibat daripada kegagalan Mara mengenai PKG maka sebabkan aktiviti perniagaan lapan syarikat tidak boleh berjalan seperti yang dirancang kerana PKG tersebut adalah asas utama kepada pelaksanaan terma dan syarat perjanjian dan kerjasama pengeluaran perabot set meja makan."

HarakahDaily.Net/-

PAS Pahang anjur malam Palestin 8 Disember

TEMERLOH, 7 Dis: PAS negeri Pahang akan menganjurkan ceramah Malam Perpaduan Palestin bagi mencari dana membantu perjuangan masyarakat Palestin membina kehidupan yang sukar berdepan kekejaman Zionis Israel.

Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim berkata ceramah Malam Perpaduan Palestin tersebut akan dihadiri sendiri wakil Palestin daripada Hamas yang akan memberikan penjelasan terkini mengenai isu-isu berkaitan masyarakat dan negara mereka yang perlu diberi perhatian serius oleh masyarakat Muslim seluruh dunia.

Ceramah Malam Perpaduan Palestin itu akan diadakan pada 8 Disember 2009 bersamaan hari Selasa, di Kompleks PAS Pahang, Kerdau, bermula jam 9 malam.

Ceramah itu bakal disertai Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, wakil daripada Hamas dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dari PKR.

"PAS Pahang mengalu-alukan kehadiran orang ramai dan berharap sama-sama menyumbang bagi membantu masyarakat Palestin yang amat memerlukan," katanya Hasanuddin.

HarakahDaily.Net/-

Penyeludupan dadah, Siti Zailah tidak puas hati jawapan timbalan menteri

KUALA LUMPUR, 7 Dis: Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) meminta Kementerian Dalam Negeri menjelaskan langkah yang diambil oleh kementerian berkenaan dalam menangani masalah pembekalan dadah di sempadan Thailand.

Siti Zailah sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi tadi berkata, kebanyakan pembekal dadah di kawasan itu dapat bolos ke Malaysia.

Beliau meminta pihak kementerian menyatakan jumlah tangkapan yang dilakukan terhadap pembekal dadah di sempadan dan tindakan yang diambil terhadap pembekal yang menggunakan wanita dan kanak-kanak untuk tujuan pengedaran.

Sebelum itu, Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) meminta menteri dalam negeri menyatakan jumlah rampasan dadah dari Januari hingga Jun 2009 dan pelan tindakan pencegahan penyalahgunaan dadah yang diambil oleh kementerian serta jumlah peruntukan yang disediakan.

Timbalan menteri, Datuk Wira Abu Seman (BN-Masjid Tanah) dalam jawapannya memberitahu secara keseluruhannya dalam tempoh Januari sehingga Jun 2009, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merampas 22 jenis dadah dan racun di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952.

Rampasan terbesar melibatkan dadah jenis syabu seberat 1,052 kg bernilai lebih RM263 juta. Secara keseluruhannya, nilai rampasan dalam tempoh tersebut berjumlah lebih RM306 juta.

Berhubung dengan jumlah peruntukan yang disediakan bagi melaksanakan pelan tindakan pencegahan dadah, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah memperuntukkan sebanyak RM93 juta bagi tahun 2009.

Siti Zailah yang ditemui selepas itu bagaimanapun tidak berpuas hati dengan jawapan Abu Seman kepada soalannya yang dianggap sambil lewa dan tidak menjawab soalan sebenar.

"Saya tak puas hati dengan jawapan timbalan menteri tadi. Saya tanya berapa kes yang ditangkap, tapi beliau tidak jawab," katanya.

Beliau yang juga timbalan ketua Muslimat PAS berkata, menurut maklumat yang diterimanya, ramai pengedar dadah di sempadan ditangkap oleh PDRM dan boleh didakwa di bawah seksyen 398 namun dibebaskan atas alasan tidak cukup bukti.

Sedangkan sumber memberitahu, ketika serbuan dibuat ke rumah pengedar, terdapat banyak dadah dan wang ditemui.

Difahamkan, pihak berkuasa membebaskan mereka kerana didakwa telah menerima rasuah dalam jumlah yang banyak.

"Apakah ini tidak cukup sebagai bukti? Saya menyeru kerajaan ersikap telus dalam menangani masalah ini. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memaihnkan peranan mereka," tegasnya.

Beliau dalam pada itu turut mempersoal program pemberian percuma methadone di klinik-klinik kerajaan untuk membantu penagih yang dilihat tidak berkesan dan tidak mencapai sasaran.

Ketidakberkesanan ini ujarnya turut diakui sendiri dalam laporan audit negara.

"Program yang dikatakan dilakukan secara tetutup ini, rupa-rupanya diakukan secara terbuka, dan orang boleh tahu siapa yang menerima bantuan methadone itu.Ini sekaligus tidak melindungi identiti penagih," katanya.

Selain itu, pemberian methadone itu tidak membantu penagih untuk berhenti daripada mengambil najis dadah.

HarakahDaily.Net/-

112 Maut dalam Kebakaran di Rusia


Seramai 112 orang terbunuh petang semalam (5/12) waktu tempatan setelah sebuah kelab malam yang terkenal di bandar Perm, Rusia terbakar akibat pertunjukan bunga api yang dipercayai dikendalikan tidak mengikut peraturan.

Kebakaran berlaku ketika lebih 200 kakitangan kelab tersebut dan anggota keluarga mereka sedang mengadakan parti untuk meraikan ulang tahun ke-8 penubuhan kelab itu.

Menurut pegawai berkenaan, antara 130 mangsa yang sedang dirawat di hospital, 88 berada dalam keadaan sangat serius. Ramai mangsa yang cedera teruk telah dibawa dengan pesawat khas untuk dirawat di sebuah pusat rawatan yang khas untuk mangsa terbakar di Moscow.

Pegawai keselamatan berkata, tidak ada bukti yang menunjukkan, kebakaran tersebut berpunca daripada serangan pengganas.

Presiden Rusia, Dmitry Medvedev menandatangani perintah semalam untuk mengumumkan 7 Disember sebagai Hari Perkabungan Negara. CRI/-

Dakwa difitnah, Zaid Ibrahim saman Kadir Jasin

KUALA LUMPUR, 7 Dis: Zaid Ibrahim, ahli pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak menyaman penulis blog A Kadir Jasin kerana didakwa memfitnahnya sebagai pengacau dalam PKR melalui tulisannya Zaid, the Hurricane Hattie of PR bertarikh 21 Oktober lalu, tulis A Kadir Jasin dalam blognya.

Kadir dalam blognya, The Scribe A Kadir Jasin beralamat di kadirjasin.blogspot.com dalam tulisannya petang ini bertajuk Senator Zaid Ibrahim Saman Saya menulis saman itu telah disampaikan kepadanya oleh syarikat guaman Zaid hari ini.

"Buat makluman pembaca dan pembahas sekalian, saya telah disaman oleh Senator Zaid bin Ibrahim di Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur (Bahagian Sivil) kerana menulis rencana bertajuk 'Zaid, The Hurricane Hattie Of PR' yang disiarkan dalam blog ini pada 21 Oktober lalu," tulis Kadir.

Tulis Kadir, antara tuntutan Zaid termasuk perintah tuntutan maaf, ganti rugi kerana libel dan injunksi menghalang penerbitan tulisan dalam blog terbabit.

Dalam tulisan terbaharunya itu, Kadir menulis beliau percaya kepada kebebasan bersuara, menyebabkan beliau tidak berniat mengambil tindakan undang-undang terhadap Zaid yang membalas tulisan beliau pada hari yang sama.

Kadir juga menulis, "Sebagai seorang blogger, saya percaya kepada hak dan kebebasan bersuara. Malah saya bergembira jika beliau juga menjawab dan berbahas dalam blog saya."

Zaid dalam tulisan bertajuk Kalau Hati Dah Busuk... di myzaidibrahim.wordpress.com juga pada 21 Oktober lalu mengkritik keras Kadir yang disifatkan sebagai orang bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dan membawa propaganda bohong.

"Sejak zaman dulu, kewartawanan yang dibawanya memang propaganda basi dan bohong semata-mata. Sebagaimana yang diajar kepada budak-budak wartawannya, cara tulisan Kadir hanya mahu ajak ramai orang merasa benci kepada saya," dakwa Zaid.

HarakahDaily.Net/-

Lagenda Etnik Tajik: Seruling Helang (1)


Etnik Tajik, salah satu daripada sepuluh etnik minoriti yang beragama Islam di China. Mereka kebanyakannya tinggal di Dataran Tinggi Pamirs di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Kalau memandang dari langit tinggi, kita boleh nampak sungai, tasik, ladang penternakan dan ladang gandum di lembah yang dalam tetapi rata, tempat orang Tajik mengamalkan penghidupan yang aman dan harmoni. Mungkin disebabkan suasana kehidupan di dataran tinggi yang cuacanya sejuk tetapi pemandangannya indah sekali, mereka mempunyai keazaman yang teguh dan sifat yang mesra. Tarian dan nyanyian yang dipersembahkan oleh mereka dipenuhi dengan perasaan cinta terhadap alam sekitar dan kehidupan.

Penduduk etnik Tajik meminati tarian. Walaupun keadaan di dataran tinggi yang kurang oksigen membataskan pengerakan kerana akan susah bernafas, namun itu tidak menghalang mereka berbuat demikian. Mereka pandai mengawal pengerakan nafas, iaitu menarik nafas dalam dan menghembuskannya secara perlahan-lahan. Selain itu, lutut perlu meleding sedikit dan bersenang-senang ketika berjalan kaki di dataran tinggi. Oleh kerana itu, penduduk etnik Tajik selalu mengekalkan lutut meleding sedikit dan pergerakan mereka fleksibel ketika menari.

Baiklah, selepas mengetahui ciri-ciri tarian etnik Tajik, kami akan memperkenalkan sejenis alat muzik yang istimewa etnik itu, iaitu seruling helang kerana sebarang tarian tidak boleh terpisah daripada penggunaan alat-alat muzik.

Seruling helang merupakan alat muzik yang khusus dipunyai oleh etnik Tajik. Walaupun teknik meniupnya sukar dikuasai dengan baik, namun melodi yang dikeluarkannya sangat merdu dan istimewa.

Mungkin timbul pertanyaan, mengapa alat muzik itu dinamakan seruling helang? Apakah hubungannya seruling dengan helang? CRI/-

Bank didakwa tawar pinjaman 'berbaur perkauman'

Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) mendakwa terdapat sebuah bank tempatan yang mengutamakan kaum sebagai kriteria penting ketika menimbang permohonan pinjaman.

Setiausaha agung NUBE, J Solomon berkata, amalan itu melanggar Perlembagaan Negara dan bercanggah dengan konsep 1Malaysia yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Amalan tersebut telah mengetepikan kontrak sosial yang wujud antara kerajaan dan rakyat, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Soloman mendakwa, bank tersebut mempunyai panduan dalam menilai kredit, dengan mengutamakan kaum sebagai satu kriteria penting.

Dengan itu, katanya, sesetengah kaum akan terpinggir berbanding dengan kaum lain.

Sehubungan itu, katanya, NUBE menuntut Bank Negara menjalankan siasatan terhadap perkara itu.

NUBE juga, tambah Soloman, supaya mendedahkan sepenuhnya perkar aitu kepada umum.

MalaysiaKini/-

Derma masih diperlukan, Alhamdulillah kepada yang menyumbang.

Sehingga kelmarin saya menerima 3 email berupa makluman dari MayBank mengenai sumbangan dari 3 orang hamba Allah yang menyalurkan dana ke Tabung Amal DUN(TADTS) Titi Serong. RM 150, RM 100 dan RM 10 dengan jumlah semuanya RM 260. Selain itu ada yang menyumbang terus ke TADTS dengan jumlah kutipan kelmarin secara keseluruhan sebanyak RM 700.

Semacam sudah dijanjikan pagi ini datang dua hamba Allah yang melaporkan keadaan ibu mereka yang patah kaki dan sangat memerlukan bantuan kerusi roda dan sedikit ubat dari pihak kami.

Dengan itu saya masih berharap dari semua pengunjung blog ini untuk terus menyalurkan sumbangan ikhlas masing-masing untuk memastikan dana tersebut dapat membantu banyak kerja-kerja kebajikan di DUN Titi Serong.

Kepada yang telah menyumbang, kami cuma mampu mengucapkan berbanyak terima kasih dan sentiasa mendoakan kepada Allah SWYT supaya rezeki penyumbang akan ditambah dan diberkati.

Tembok lemah punca kereta terjunam: Polis

Struktur tembok bangunan penghadang kenderaan di tempat letak kereta tingkat tiga bangunan pasaraya KB Mall yang tidak kukuh dipercayai punca kepada kereta yang dipandu seorang wanita terjunam ke dalam bangunan itu semalam.

Ketua Polis Kelantan SAC1 Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata sekiranya tembok setinggi 1.8 meter itu dibina dengan bata dengan terdapat tetulang besi di dalam, mustahil boleh runtuh sebagaimana berlaku semalam.

"Dinding itu dibina dengan bata setinggi 1.8 meter dan tidak terdapat besi di dalam bagi menguatkan dinding itu daripada mudah runtuh," katanya kepada pemberita pada majlis berkhatan beramai-ramai anak warga PDRM Kontinjen Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Pada kejadian pukul 5 petang semalam, dua pelajar perempuan Kolej Kejururawatan Masterskill cawangan Kota Bharu, Siti Nor Amira Samsuddin, 19, dan Siti Nor Diana Azman, 18, terbunuh dihempap kereta terbabit ketika berada di atas tangga bergerak pasar raya itu.

Dua mangsa yang cedera parah ialah Rashidah Ahmad Lutfi, 24, juga pelajar kolej yang sama dan pemandu kereta terbabit, Nor Ain Said, 19, kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu.

Beliau berkata kejadian dikatakan berlaku apabila pemandu kereta terbabit tidak dapat mengawal kenderaan yang ditolak oleh seorang lelaki bagi menghidupkan enjin.

Abdul Rahim berkata siasatan awal mendapati tembok penghadang ke bangunan itu dibina dengan bata sahaja, tidak menggunakan konkrit tetulang sebagaimana lazim dilakukan ke atas bangunan-bangunan konkrit.

Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara dan denda kerana dikatakan gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kematian.

Beliau juga meminta seorang lelaki yang dipercayai rakan kepada pemandu kereta itu yang menghilangkan diri tampil membantu polis menyiasat kes terbabit di mana-mana balai polis berdekatan.

"Kita percaya lelaki itu boleh membantu siasatan kerana dia berada bersama-sama bersama pemandu wanita dan adik wanita itu yang selamat," katanya. BERNAMA

MalaysiaKini/-


Muhyiddin yang larang, Muhyidin yang bercakap !

Muhyiddin Yassin pada 23 November lepas meminta kerjasama daripada semua pemimpin MCA agar tidak mengeluarkan kenyataan kerana ia menunjukkan berlaku percanggahan yang berlarutan.Namun sejak kebelakangan ini nampaknya Muhyiddin yang berjaya mengeruhkan lagi suasana dalaman MCA yang sedia bergolak itu dengan berbagai kenyataan.

Timbalan Perdana Menteri berkata bahawa dalam proses mencari formula penyelesaian kemelut dalaman parti itu, adalah lebih baik pemimpin MCA tidak mengeluarkan apa apa kenyataan..

Arahan itu dipatuhi oleh Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dan pemimpin MCA lain yang memilih untuk mengambil sikap berdiam diri berhubung kemelut dalaman parti komponen Barisan Nasional (BN) itu, bagi mengelakkan sebarang spekulasi yang lebih teruk.

Kelmarin semasa di jepun Muhyiddin berkata Pemimpin-pemimpin MCA perlu sepakat dan menerima pakai satu formula bagi membolehkan mereka mengadakan pemilihan baru jawatan dalam parti bagi mengelak MCA daripada kehilangan keyakinan masyrakat Cina, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Semua orang ada kepentingan sendiri tetapi yang paling utama ialah kepentingan parti," katanya.

Itulah wajah pemimpin UMNO yang memandai untuk menjaga dan menyelesiakan kemelut MCA sedangkan kemelut dalaman UMNO jelas semakin hari semakin parah.

Bailah pemimpin MCA mengambil keputusan yang tepat samada masih mahu kekal dalam pakatan BN atau menunjukkan sikap yang sebenar keatas campurtangan yang melampau pemimpin UMNO menjaga tepi kain MCA.

KB Mall baik ketika insiden kereta terjunam

Struktur pasaraya KB Mall di sini disahkan dalam keadaan baik ketika kejadian di mana dua mangsa terkorban dihempap sebuah kereta yang terjatuh daripada parkir di tingkat tiga bangunan itu, kata pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan.

Datuk Takiyuddin Hassan berkata pengesahan itu diperoleh pada mesyuarat untuk membincangkan kejadian tersebut, yang dihadiri pegawai Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Jabatan Kerja Raya (JKR), polis, bomba dan pengurusan pasar raya berkenaan.

Mesyuarat itu juga mengesahkan tiada sebarang kecacatan pada bangunan itu mahupun penambahan yang tidak diluluskan oleh MPKB-BRI, katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat khas yang diadakan di pasaraya KB Mall di Kota Bharu hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, walaupun bangunan pasar raya itu disahkan berada dalam keadaan baik, pihaknya akan mengambil langkah penambahbaikan segera bagi menjamin keselamatan orang awam.

Pada mesyuarat itu juga, semua jabatan bersetuju dan membuat keputusan untuk menutup sementara tempat letak kereta di tingkat tiga pasar raya itu sehingga kawasan tersebut dibaiki selain menunggu pengesahan berhubung langkah keselamatan yang akan diambil MPKB-BRI.

Takiyuddin bagaimanapun berkata, mesyuarat terbabit tidak menyentuh soal punca kejadian dan pihak yang terlibat dalam kejadian itu berikutan ia di bawah bidang kuasa polis.

"Kita tidak sentuh soal itu kerana tidak mahu mengganggu tugas dan hasil siasatan polis, kita hanya berbincang mengenai faktor keselamatan bangunan dan orang ramai," katanya.

Selain itu, beliau berkata pihaknya akan mengkaji semula kesemua bangunan pasar raya di negeri ini walaupun kebanyakan pasar raya disahkan mempunyai tahap keselamatan yang sempurna.

"Memang mengikut kajian sebelum ini tahap keselamatan di semua pasar raya memang sudah baik dan sudah memadai tetapi kita tetap akan buat kajian semula terutama di pasar raya yang mempunyai tempat letak kereta di bahagian atas kerana mengambil kira kejadian kemalangan yang boleh berlaku," katanya.

Pada kejadian kira-kira pukul 5 petang semalam, dua pelajar kolej perubatan Masterskill di Kota Bharu, Siti Nor Amira Samsudin, 19 dan Siti Nor Diana Azman, 18 maut dan dua lagi cedera parah Rashidah Ahmad Lutfi, 24, pelajar dan pemandu Nor Ain Said, 19, apabila kereta yang dipandu Nor Ain rosak dan ditolak oleh rakannya dan hilang kawalan, merempuh tembok penghadang pasar raya itu, lalu terjunam dan menghempap tiga pelajar tersebut di tingkat bawah pasar raya berkenaan.

Sementara itu, Takiyuddin juga berkata pasaraya KB Mall yang ditangguhkan operasinya pagi tadi telah dibuka semula kira-kira pukul 2 petang tadi dan akan beroperasi seperti biasa mulai pukul 10 pagi esok.

Beliau berkata pasara raya itu dibuka setelah mengambil kira kepentingan peniaga, pekerja dan orang ramai berikutan pasar raya itu merupakan pasar raya terbesar di negeri ini yang menjadi tumpuan.

Katanya, pihaknya juga memberi jaminan terhadap keselamatan orang ramai serta mengarahkan pihak keselamatan pasar raya itu agar meletakkan papan tanda mencukupi di tempat kejadian tersebut. BERNAMA

MalaysiKini/-

10 pesakit disah positif H1N1

Seramai 10 pesakit disahkan positif virus influenza A (H1N1) daripada 234 pesakit yang mendapat rawatan di hospital sehingga semalam, tiga daripada mereka dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata daripada tiga yang dimasukkan ke ICU, dua daripadanya berada dalam kumpulan berisiko tinggi iaitu kanak-kanak berumur di bawah lima tahun.

"Daripada 234 kes yang dilaporkan, sebanyak 30 kes ILI (gejala serupa influenza) baru dikesan semalam. Sehingga hari ini juga tiada kematian dilaporkan.

"Jumlah terkumpul bagi jangkitan H1N1 di negara kita pula sehingga hari ini ialah 12,220 kes dengan 77 kematian dilaporkan," katanya dalam sidang media selepas menutup Kem Kepimpinan Belia Mahasiswa Nasional ke-12 anjuran Biro Pendidikan Pemuda MCA di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Jugra, Banting di Kuala Langat petang semalam.

Liow berkata pihaknya telah mengarahkan setiap Jabatan Kesihatan Negeri mempertingkatkan pengawasan di peringkat akar umbi dalam usaha mengawal gelombang kedua H1N1 di negara ini.

"Pengawasan kita sehingga hari ini semua kes ILI tidak melebihi paras 10 peratus (paras berjaga-jaga).

"Ramai yang masuk hospital pasal selesema, kalau melebihi (10 peratus) maka ia akan jadi wabak, jadi kita akan pertingkatkan pengawasan dan rawatannya," katanya.

Selain itu, Liow berkata masalah H1N1 di peringkat global masih meruncing, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan sebanyak 207 negara telah melaporkan kes H1N1 dengan sekurang-kurangnya 8,768 kematian. BERNAMA

MalaysiaKini/-