09 Disember 2009

PAS Pahang anjur malam Palestin 8 Disember

TEMERLOH, 7 Dis: PAS negeri Pahang akan menganjurkan ceramah Malam Perpaduan Palestin bagi mencari dana membantu perjuangan masyarakat Palestin membina kehidupan yang sukar berdepan kekejaman Zionis Israel.

Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim berkata ceramah Malam Perpaduan Palestin tersebut akan dihadiri sendiri wakil Palestin daripada Hamas yang akan memberikan penjelasan terkini mengenai isu-isu berkaitan masyarakat dan negara mereka yang perlu diberi perhatian serius oleh masyarakat Muslim seluruh dunia.

Ceramah Malam Perpaduan Palestin itu akan diadakan pada 8 Disember 2009 bersamaan hari Selasa, di Kompleks PAS Pahang, Kerdau, bermula jam 9 malam.

Ceramah itu bakal disertai Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, wakil daripada Hamas dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dari PKR.

"PAS Pahang mengalu-alukan kehadiran orang ramai dan berharap sama-sama menyumbang bagi membantu masyarakat Palestin yang amat memerlukan," katanya Hasanuddin.

HarakahDaily.Net/-

Tiada ulasan: