09 Disember 2009

Lagenda Etnik Tajik: Seruling Helang (1)


Etnik Tajik, salah satu daripada sepuluh etnik minoriti yang beragama Islam di China. Mereka kebanyakannya tinggal di Dataran Tinggi Pamirs di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Kalau memandang dari langit tinggi, kita boleh nampak sungai, tasik, ladang penternakan dan ladang gandum di lembah yang dalam tetapi rata, tempat orang Tajik mengamalkan penghidupan yang aman dan harmoni. Mungkin disebabkan suasana kehidupan di dataran tinggi yang cuacanya sejuk tetapi pemandangannya indah sekali, mereka mempunyai keazaman yang teguh dan sifat yang mesra. Tarian dan nyanyian yang dipersembahkan oleh mereka dipenuhi dengan perasaan cinta terhadap alam sekitar dan kehidupan.

Penduduk etnik Tajik meminati tarian. Walaupun keadaan di dataran tinggi yang kurang oksigen membataskan pengerakan kerana akan susah bernafas, namun itu tidak menghalang mereka berbuat demikian. Mereka pandai mengawal pengerakan nafas, iaitu menarik nafas dalam dan menghembuskannya secara perlahan-lahan. Selain itu, lutut perlu meleding sedikit dan bersenang-senang ketika berjalan kaki di dataran tinggi. Oleh kerana itu, penduduk etnik Tajik selalu mengekalkan lutut meleding sedikit dan pergerakan mereka fleksibel ketika menari.

Baiklah, selepas mengetahui ciri-ciri tarian etnik Tajik, kami akan memperkenalkan sejenis alat muzik yang istimewa etnik itu, iaitu seruling helang kerana sebarang tarian tidak boleh terpisah daripada penggunaan alat-alat muzik.

Seruling helang merupakan alat muzik yang khusus dipunyai oleh etnik Tajik. Walaupun teknik meniupnya sukar dikuasai dengan baik, namun melodi yang dikeluarkannya sangat merdu dan istimewa.

Mungkin timbul pertanyaan, mengapa alat muzik itu dinamakan seruling helang? Apakah hubungannya seruling dengan helang? CRI/-

Tiada ulasan: