09 Disember 2009

ADUN Titi Serong sampaikan sumbangan kerusi roda.

ADUN Titi Serong sedang menyampaikan sumbangan kerusi roda dan sedikit wang untuk meringan bebanan seorang warga terlantar yang patah pehanya akibat terjatuh dibilik air.


TITI SERONG, 8 Dis. :- Kerja-kerja kemasyarakatan dan penyampaian bantuan kepada warga Titi Serong yang memerlukan terus dilakukan oleh Pejabat Pusat Khidmat ADUN Titi Serong. Kerja sedemikian sekaligus menafikan tohmahan pihak lawan pakatan Rakyatkononnya fungsi dan peranan Pusat Khidmat ADUN PR telah terhenti setelah kerajaan telah dirampas oleh BN sejak 6Februsri yang lepas. Demikian antara kenyatan ringkas ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa ditemui dipejabatnya selepas menyampaikan bantuan kerusi roda kepada seorang penduduk dalam DUN Titi Serong.

Pada kesempatan itu Drs. Khalil menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda dan sedikit wang kepada Puan Arbiah bt. Maidar yang tinggal di Pekan Batu 5 di sini. Beliau mengalami kemalangan bila terjatuh dibilik air dan menyebabkan peha kirinya patah.Sumbangan yang disampaiankan diharap dapat meringankan beban yang dihadapi oleh warga terlantar itu.

Menurut beliau sumbangan tersebut hasil dari kutipan yang terkumpul dari Tabung Amal DUN yang dilancarkan sejak bulan Ramadhan yang lepas.

Sementara itu dalam kenyataan yang lain, Setiausaha kepada ADUN berkenaan, Hj. Zakaria Abdullah menyatakan harapannya kepada semua para dermawan supaya meneruskan usaha murni untuk mengisi Tabung Amal Dun Titi Serong yang banyak membantu kerja-kerja Amal dalam DUN itu.

"Saya merayu semua pihak untuk terus menyumbang ke tabung ini dan kami akan agihkan sebaik mungkin kepada mereka yang memerlukannya" Kata Hj. Zakaria.


Tiada ulasan: