29 April 2011

Gempa bumi sederhana di pantai barat Sumatera Utara

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 29 April — Gempa bumi sederhana berukuran 5.8 pada skala Richter berlaku di pantai barat Sumatera Utara pada 4.56 petang hari ini.

Pusat gegaran ialah 40 kilometer tenggara Meulaboh, Indonesia, 522 kilometer barat daya Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Menurut Jabatan Metereologi Malaysia, gegaran tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Pemuda Pas Parit Prihatin : Selesai Masalah Rakyat

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
PAS Parit.

Parit, 29 April 2011 – Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit sekali lagi menunjukkan rasa prihatin dan cakna terhadap masalah rakyat apabila mengunjungi penduduk kampung di Parit 8 semalam sekaligus menghulurkan sedikit bantuan kebajikan. Rombongan tersebut telah diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit, Ustaz Shah Hakimi Shah Alami dan turut disertai oleh beberapa Exco Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit.

bantuan kebajikan.PNG

Program ziarah kebajikan semalam telah singgah di dua buah rumah penduduk yang dalam keadaan daif serta serba kekurangan. Seorang penduduk kampung Parit 8 yang diziarahi semalam yang hanya mahu dikenali sebagai Din berkata, beliau berasa sangat terharu atas keprihatinan Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit akan nasibnya yang ditimpa strok kecil seterusnya menyebabkan tidak mampu untuk mencari sumber pendapatan dan terpaksa bergantung harap kepada ehsan isteri dan anak-anaknya.


Din yang juga ahli Umno Kawasan Parit melahirkan rasa kecewa dengan pimpinan Umno Kawasan yang langsung tidak menjenguk beliau dan bertanya khabar walaupun merupakan penggerak kuat Umno di cawangan beliau. Dalam kesempatan ziarah tersebut, Din telah menyatakan hasrat untuk menyertai PAS dan bersedia untuk menjadi penggerak PAS yang kuat di cawangan beliau.

bantuan kebajikan2.JPG

Dalam ziarah di rumah yang kedua, Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit begitu tersentuh akan nasib seorang ibu tunggal yang tinggal dalam sebuah rumah yang begitu kecil tidak berbilik dan tidak mempunyai elektrik. Kedaifan hidup ibu tunggal tersebut semakin menghibakan kerana beliau baru sahaja kehilangan sumber pendapatan utamanya iaitu mencari buah luruh di ladang kerana peraih yang selalu membeli buah tersebut telah berpindah ke tempat lain.


Memetik ucapan Ustaz Shah Hakimi semasa program Ceramah Isu Semasa pada sebelah malamnya, “Pemuda Pas Kawasan Parit akan mencari alternative pekerjaan untuk kedua-dua buah rumah yang baru sahaja diziarahi ini. Insya Allah, dalam masa terdekat, Pemuda Pas Kawasan Parit akan bergotong royong membantu membina banggunan baru untuk ibu tunggal yang amat memerlukan bantuan tersebut. “

ustaz shah hakimi.PNG

Menurut beliau, “Rakyat di Kawasan Parit ini seharusnya memahami bahawa UMNO sudah tidak relevan untuk menjadi wakil rakyat di kawasan ini kerana masalah rakyat seperti di dua buah rumah ini sudah lama berlaku dan sampai sekarang masih tidak ada penyelesaian sedangkan ianya boleh diselesaikan. “


Ustaz Shah Hakimi menegaskan lagi bahawa, “Sekarang sudah masa untuk rakyat memilih PAS dan Pakatan Rakyat sebagai wakil rakyat mereka demi membela nasib dan kebajikan mereka.”

ESKAY TIADA PILIHAN, TERPAKSA BERSUMPAH JUGA, KERANA APA?

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Oleh: WFAUZDIN NS

SYABAS dan tahniah kepada sebilangan besar jemaah Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul hari ini kerana berani meluahkan kebenaran dan hak agar kelakuan sesat dapat dihindarkan berlaku di dalam Rumah Allah itu. Sejurus selepas Solat Jumaat, wajah Eskay tidak kelihatan untuk mengadakan perbuatan karut iaitu Sumpah Laknat, melainkan yang lebih awal muncul adalah Pengarah JAWI.

Petikan dari Malaysiakini, keadaan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul menjadi kecoh apabila penyokong PKR pimpinan ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin mula melaungkan takbir serta ungkapan "kami mahu qazaf, bukan sumpah" selepas solat Jumaat hari ini (Malaysiakini).

Meskipun difahamkan Eskay tetap akan hadir bersumpah selepas Jumaat kemungkinan lewat tiba, apa yang penting kita patut bersyukur masih ramai yang sedar dan insaf bahawa perkara sumpah di dalam Islam tidak boleh dipersendakan. Masih ramai yang tidak sejahil puak mereka yang mahu agar tuduhan zina ini boleh diatasi dan diselesaikan dengan sumpah. Eskay sedar, beliau tidak mampu untuk menghadapi kes Qazaf kerana hukum tersebut akan memberi keadilan yang sebenar. Adakah Eskay mahu kepada keadilan Islam ataupun hanya mahu mengaibkan musuhnya?

Pelik bin ajaib, permohonan untuk membicarakan kes Qazaf terhadap isu ini lebih awal dipohon bagi pihak DS Anwar melalui Ketua AMK, Sdr Shamsul Iskandar bahkan beliau telah pun dipanggil untuk memberi keterangan di Pejabat JAWI. Tetapi, mengapa Pengarah JAWI memilih untuk hadir lebih awal ke Masjid berkenaan semata-mata untuk upacara sumpah tersebut? Mengapa beliau memilih membelakangkan kes Qazaf tetapi segera malah lebih awal dari Eskay untuk menyaksikan sumpah laknat?

Kita masih ingat kes sumpah laknat oleh Saiful dahulu, siapakah Pengarah dari Jabatan Agama Islam yang terlibat memaksa Imam Raml;an Poringgi mengadakan sumpah laknat buat Saiful? Alhamdulillah, akhirnya Imam Ramlan sedar betapa beliau telah dipergunakan oleh bosnya yang berkepentingan politik. Apa jadi pada Imam Ramlan selepas itu? Beliau digantung dan akhirnya ditamatkan perkhidmatan. Itulah cabaran bagi sesiapa sahaja yang ingin menegakkan kebenaran. Seandainya Eskay tetap mahu bersumpah hari ini kita merasa sedih kerana berkemungkinan ada Imam lain yang turut menjadi mangsa politik lagi.

Saya tetap yakin Eskay akan terus bersumpah kerana beliau tahu tiada jalan lain untuk beliau menghilangkan rasa malu akibat fitnahnya yang kini ditertawakan orang. Siapa mahu percaya cerita Eskay yang pada awalnya menyebut beliau tahu kes zina tersebut apabila terjumpa kamera tersembunyi sewaktu beliau ingin mengambil jam DS Anwar yang tertinggal. Beliau pun memanggil beberapa rakannya terlebih dahulu untuk menontonnya bagi memastikan kebenaran siapa pelaku di dalam video yang kununnya beliau jumpai itu sebelum ditayangkan kepada para wartawan. Tetapi semalam, beliau membuat pengakuan berbeza dengan menyebut bahawa beliau tahu watak lelaki tersebut adalah DS Anwar kerana beliau ada bersamanya ketika kejadian.

Dari segi fakta fizikal lelaki di dalam klip video siri I hingga setakat Siri II yang disiarkan oleh youtube dan dipanjangkan juga oleh media porno kita, jelas penipuan mereka. Tambahan pula apabila Eskay berbelit di dalam ceritanya. Sebab itu Eskay terlalu ingin untuk bersumpah kerana beliau tidak perlu menjawab apa jua kemusykilan.

Kita tidak pelik berapa ribu kali Eskay mahu bersumpah kerana yang kita inginkan adalah kes ini mesti mengikut apa yang Allah ajar pada kita. Sebelum itu, kita juga mahu tindakan ke atas Eskay dan juak-juaknya yang telah mengaku menayangkan video lucah berkenaan agar didakwa segera. Eskay boleh bersumpah setiap hari, ada kita kisah?/wfauzdin.blogspot.com

VIDEO SEKS - KANTOI LAGI, KEJAP KATA TERJUMPA KAMERA, KINI MENGAKU ADA BERSAMA DALAM BILIK, MANA SATU ESKAY?

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Oleh: WFAUZDIN NS

BULETIN TV3 sebentar tadi, terang-terang Datuk Eskay bagitahu dia berani buat sumpah laknat esok kerana dia sendiri berada di dalam bilik sewaktu aksi seks DS Anwar berlaku. Bertambah pening orang yang sedia bodoh dengan pengakuan Eskay ini. Mengapa saya berkata demikian?

Bukankah Eskay awal dulu mendakwa bahawa dia terjumpa kamera tersembunyi tersebut di dalam bilik hotel sewaktu Anwar menyuruhnya mengambil jam yang tertinggal? Kununnya untuk memastikan bahawa itu adalah Anwar, beliau mengajak beberapa orang termasuk Rahim, Shuib juga YB Johari Abdul termasuk Chegu Bard menontonnya.

Sekejap beliau kata terjumpa kamera tersebut, sekarang ini mengaku beliau ada di dalam bilik berkenaan. Adakah kerana video itu sudah terkantoi kerana kelihatan kelibat lelaki lain selain lelaki yang kununnya Anwar di dalam video tersebut, maka dia terpaksa mengubah cerita?

Jika beliau memang benar berada di situ, apakah tujuannya? Jika untuk memerangkap Anwar, tidakkah lebih baik dan berkesan dengan menghubungi pihak berkuasa Agama untuk menangkapnya? Tentu lebih berkesan dan Anwar tidak boleh mendakwa itu satu konspirasi lagi.

Lojikkah Anwar mahu buat projek dengan Eskay berada di dalam bilik? Eskay kununnya memanggil beberapa orang untuk mengesahkan itu adalah Anwar. Mahu sahkan apa lagi jika beliau sendiri kata beliau berada di dalam bilik bersama Anwar? Jika beliau berkata beliau ada bersama Anwar, mengapa beliau sebelum ini memberitahu kejadian berlaku di sebuah hotel tetapi Polis menyebut di sebuah apartment? Siapa yang berbohong?

Tunggu kawan-kawan lain tolong sambung..../wfauzdin.blogspot.com

Hanya Eskay lafaz sumpah


25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 April: Ahli Perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah akhirnya melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul sebelum waktu Asar siang tadi.

Bagaimanapun hanya beliau seorang sahaja melafazkan kalimah sumpah itu walaupun uturut ditemani dua lagi rakannya iaitu bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Majlis itu dilakukan dalam keadaan semua pintu ke ruang solat masjid itu ditutup dan dikawal ketat pihak polis.

Selepas selesai melakukan sumpah tersebut, Eskay, Rahim dan Shuib beredar dengan kawalan ketat pihak polis, melalui pintu belakang masjid.

Masjid kecoh, Eskay batal sumpah laknat

Terdahulu, majlis sumpah laknat yang dijadualkan selepas solat Jumaat tengahari tadi bertukar kecoh sehingga ianya terpaksa dibatalkan.

Kekecohan berlaku sejurus selesai imam membaca doa selepas solat Jumaat apabila kumpulan menyokong Eskay bersumpah laknat bertembung dengan kumpulan yang membantahnya yang diketuai Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin.

Belum pun kelibat Eskay kelihatan, kedengaran laungan 'Allahuakbar' dan'kami mahu qazaf, bukan sumpah' bergema dalam masjid itu sejurus selesai berdoa.

Ekoran itu, semua hadirin yang baru sahaja keluar, masuk semula melihat apa yang berlaku sehingga ruang solat utama penuh sesak.

Kekecohan yang berlaku diruang solat uatama masjid itu berlarutan hampir 45 minit dengan pelbagai aksi tolak menolak dan berbalas laungan.

Turut kelihatan beberapa individu dipercayaai penyokong trio Datuk T ditarik dan dihalau keluar dari ruang solat selepas berlaku pertengkaran dengan kata-kata kesat sebelumnya.

Selain Shamsul, beberapa pimpinan AMK lain juga turut kelihatan mengedarkan buku bertajuk Qazaf yang diterbitkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) kepada hadirin.

Lebih memanaskan keadaan apabila mereka mendakwa ternampak pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali berada di sebelah mimbar.

Che Mat kemudian kelihatan keluar melalui pintu di belakang mimbar tetapi terdapat seorang penyokong PKR yang cuba mengejarnya untuk menyerah buku Qazaf itu.

Dalam kekecohan itu juga, penyokong Pakatan Rakyat sempat mengadakan solat hajat dan berdoa beramai-ramai memohon pemfitnah diberi pembalasan.

Memandangkan keadaan kecoh tersebut, pengerusi masjid berkenaan, Abdul Razak Husin naik ke atas mimbar untuk menenangkan keadaan.

Beliau meminta semua orang keluar dari masjid bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini.

Abdul Razak berkata, beliau dimaklumkan Eskay tidak hadir dan upacara sumpah laknat itu telah dibatalkan.

Bagaimanapun terdapat sumber yang mendakwa Eskay akan menunaikan solat Asar di masjid itu nanti.

Harakahdaily/-

Ibu Aminulrasyid Dakwa Khalid, Najib Lindungi Jenayah

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA 29 APRIL : Ibu kepada remaja mangsa tembakan polis, Aminulrasyid Amzah, Norsiah Ahmad mendakwa wujud konspirasi untuk melindungi anggota dan pegawai polis yang terlibat dari sebarang tindakan undang-undang dalam kes pembunuhan anak bongsunya itu.

Norsiah berkata, beliau turut menuntut janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya penjenayah sebenar, diheret ke muka pengadilan.

Menurut Norsiah yang ditemui ketika membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis daerah Petaling Jaya, terdapat beberapa usaha yang dilakukan pihak tertentu untuk melindungi jenayah yang dilakukan terhadap anaknya, yang turut didalangi Khalid sendiri.

Dalam pada itu, Norsiah yang diiringi beberapa pemimpin PKR dan Lawyer For Liberty mempersoalkan pelantikan Datuk Khalid Abu Bakar sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, sedangkan beliau gagal menyelesaikan kes tersebut sewaktu memegang jawatan Ketua Polis Selangor ketika hari kejadian.

Tv Selangor/-

KEMELUT SYRIA: PINDAHKAN RAKYAT MALAYSIA. PANGGIL PERSIDANGAN OIC

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (LA DPPP) menggesa Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Syria untuk memindah atau membawa pulang pelajar dan rakyat Malaysia di sana. Keadaan yang semakin meruncing dan tidak menentu di Damsyik sekarang di atas bantahan dan tunjuk perasaan rakyat Syria yang menggesa Presiden Bashir Asad untuk berundur semakin tinggi.

Laporan rasmi ketika ini seramai 450 rakyat telah menjadi korban pro-demokrasi yang bermula sejak 6 minggu lalu. Namun laporan tidak rasmi memberitakan sudah hampir mencecah 1000 orang. LA DPPP khuatir dengan tindakan dan tindak balas kerajaan Syria melalui tentera dan polis terhadap penunjuk perasaan dan rakyatnya akan membahayakan rakyat Malaysia di sana yang terdiri daripada penuntut-penuntut di pusat pengajian tinggi dan professional yang bekerja disana.

Kejadian tembak-menembak yang dilepaskan secara rambang oleh tentera untuk menyuraikan protes rakyat boleh membahayakan umum. Dengan komunikasi di kawasan-kawasan utama di Syria telah disekat oleh pihak berkuasa dari dunia luar juga merisaukan rakyat Malaysia terhadap nasib dan keselamat keluarga serta anak-anak mereka yang sedang berada di Syria.

LA DPPP menggesakan Kerajaan Malaysia mengambil langkah pro-aktif dengan memindahkan warga Malaysia ke kawasan yang agak selamat seperti Jordan atau terus membawa mereka pulang sekiranya kerajaan Malaysia tidak boleh menjamin keselamat mereka. Suasana di Syria dilihat lebih terancam berbanding Mesir kerana pihak berkuasanya dilihat mengambil langkah balas dengan cara kekerasan sehinggakan mana-mana tentera yang enggan melepaskan tembakan kepada penunjuk perasaan akan diambil tindakan keras.

Sumber memberitahu ramai tentera dan polis yang bersimpati dengan penunjuk perasaan juga tidak terkecuali menjadi mangsa tembakan rambang tentera. LA DPPP menyeru Menteri Luar, Datuk Anifah Aman agar segera mengeluarkan kenyataan jaminan kerajaan Malaysia terhadapa keselamatan pelajar dan rakyat Malaysia di Syria dengan kadar segera.

Malaysia juga melalui Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) di lihat telah gagal dalam menangani kemelut di Timur Tengah yang semakin meruncing hari ini. LA DPPP juga menggesa satu sidang tergempar OIC perlu diadakan segera untuk membincangkan kemelut di Negara-negara umat Islam ini bagi menyekat pihak tertentu terutamanya Amerika yang dilihat sudah mula mengambil kesempatan untuk campur tangan.

DR RAJA AHMAD AL-HISS

Pengerusi,
Lajnah Antarabangsa,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sumapah laknat: AMK persoal kehadiran Jawi

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 29 April: Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin mempersoal kehadiran Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali pada majlis sumpah laknat Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini.

Bercakap kepada media di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul hari ini, beliau berkata jabatan agama itu sepatutnya menghalang dan bukan merestui perbuatan itu.
Apatah lagi ujarnya, menurut undang-undang Islam, kes berkaitan fitnah jatuh dibawah hukum Qazaf dan ianya telahpun difailkan di Jawi.

"Saya hairan kenapa ada pengarah Jawi, kenapa beliau ada di sini. Kita sudah failkan kes ini di Jawi.

"Adakah beliau cuba membuat satu undang-undang baru dalam konteks syariah Islam yang telah jelas diperincikan dalam undang-undang," katanya.

Terdahulu majlis sumpah laknat Eskay yang dijadualkan berlangsung di sini hari ini bertukar kecoh dan terpaksa dibatalkan.

Ahli perniagaan itu juga tidak hadir ke masjid tersebut untuk majlis itu seperti yang didakwa sebelum ini.

Bagaimanapun, dalam kekecohan itu AMK mendakwa ternampak pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali berada di sebelah mimbar.

Che Mat kemudian kelihatan keluar melalui pintu di belakang mimbar.

"Saya hairan kenapa Jawi bersedia menjadi alat kepada pemerintah Umno dan Barisan Nasional untuk bersekongkol pada saya dalam perkara taghut, yang boleh merosakkan masyarakat,"kata Shamsul lagi.

Pada masa sama, beliau turut melahirkan rasa kesal terhadap pihak yang melakukan provokasi sehingga mencetuskan kekecohan dalam rumah Allah itu.

"Kita bukan bercadang mengganggu sebarang program, tetapi untuk beri penegasan, beritahu kepada mereka yang hadir, ini tidak boleh berlaku dalam Islam,"tegasnya.

Harakahdaily/-
Oleh : Nazri Abdullah

Angkat Sumpah Eskay Batal

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

SENTUL 29 APRIL : Upacara angkat sumpah ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay yang dijadualkan berlangsung selepas solat Jumaat tadi, dibatalkan.

Ia disahkan oleh pengerusi masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul, Abdul Razak Hussin.

Beliau juga meminta jemaah yang masih berkumpul dalam dewan solat supaya beredar.

Namun keadaan menjadi agak tegang sebaik sahaja selesai solat Jumaat tadi apabila sekumpulan jemaah memasuki ruang solat dan menuntut penangkapan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Semalam, Shazryl Eskay mengumumkan beliau akan melakukan sumpah itu selepas solat Jumaat.

Bagaimanapun, beliau tidak kelihatan di masjid itu, mungkin kerana faktor keselamatan.

Tv Selangor/-

Suasana Majlis Angkat Sumpah Laknat Kecoh

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

25 Jamadilawal 1432 H.KUALA LUMPUR: Suasana kecoh menyelebungi majlis angkat sumpah lakmatsalah seorang trio 'Datuk T', Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dijadual diadakan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul di sini, Jumaat.

Suasana menjadi tidak terkawal sekitar pukul 2.10 petang apabila jemaah dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) masuk ke ruang solat utama di hadapan mimbar masjid dengan laungan takbir sambil dipercayai bagi menghalang majlis angkat sumpah diadakan.

Bagaimanapun Shazryl Eskay yang pada mulanya dijadual turut sama menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan masih belum hadir ketika berita ini ditulis.

Kekecohan seterusnya berlaku apabila Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin masuk ke ruang solat ditengah-tengah kekecohan berkenaan.

Shamsul Iskandar kemudiannya dijulang oleh penyokong PKR sambil menunjukkan buku 'Qazaf' - hukum Islam.

Ketegangan terus berlaku apabila penyokong yang dipercayai di pihak Shazryl Eskay bertindak mengganggu ceramah ringkas Shamsul Iskandar.

Penyokong PKR kemudiannya menunaikan solat sunat hajat.

Tv Selangor/-

Bagusnya jika Najib umum royalti hak rakyat T’ganu

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU, 29 April: Alangkah bagusnya pada akhir sesi lawatan kerja Datuk Seri Mohd Najib Razak ke negeri ini mengumumkan bahawa royalti adalah hak rakyat Terengganu dan rakyat seharusnya menikmati hak mereka dengan sebaik mungkin.
Sehubungan itu, Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri ke Terengganu, esok.

Pengerusi Mampat, Mohamad Fauzi Abu Samah percaya kedatangan Najib adalah bukti komitmen dan kesungguhan beliau dalam melaksanakan apa yang dikatakan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Katanya, kesungguhan yang ditunjukkan tersebut bukan sekadar datang menjenguk, tetapi katanya mahu mendengar suara akar umbi rakyat di Terengganu, khususnya di Pekan Batu Enam, di Manir, Kuala Terengganu dan golongan muda melalui pertemuan dengan rakan Facebook yang dijadualkan pada petang hari tersebut.

Untuk itu, katanya Mampat mewakili suara rakyat Terengganu bagi semua golongan mengambil kesempatan di atas keprihatinan Najib mendengar rintihan rakyat Terengganu untuk mengembalikan semula ‘hak dan maruah’ mereka yang telah dinafikan selama 11 tahun.

“Kembalikan royalti kami kerana ianya adalah lambang ‘hak dan maruah’ kami yang telah dinodai’

“Dalam kesempatan ini juga, Mampat ingin mengingatkan rakyat Terengganu umumnya dan kepimpinan Terengganu pada hari ini tentang janji-janji yang pernah disebutkan Najib berkenaan royalti minyak Terengganu,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Untuk makluman perdana menteri, katanya pada 13 Disember 2010 lalu, dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan bahawa Mac 2011 adalah tarikh yang diberikan kerajaan pusat untuk membayar kembali royalti sepenuhnya setelah perundingan dilaksanakan olehnya.

Namun, ujarnya sehingga hari ini tiada sebarang khabar berita mengenainya walaupun bulan Mei 2011 menjelang tiba.

“Ini adalah janji kali keempat yang pernah diberikan. Rakyat Terengganu tidak akan lupa janji-janji yang telah dibuat oleh pimpinan Pusat untuk mengembalikan royalti kami,” katanya.

Beliau turut mengimbau kembali jalinan janji yang pernah diberikan kepada rakyat Terengganu sebelum ini.

Katanya, pada 14 Jun 2008, Perdana Menteri pada masa itu iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (sekarang Tun) mengumumkan bahawa royalti akan dikembalikan kepada rakyat Terengganu di mana pengumuman itu dibuat di Hotel Primula.

Tambahnya, rakyat Terengganu tidak pernah lupa bagaimana Ahmad Said dan rakyat Terengganu ditipu oleh Najib apabila menerima replika cek pada 13 Disember 2008 berjumlah RM408.6 juta yang dikatakan bayaran royalti minyak separuh kedua 2008.

Dalam majlis berkenaan, katanya Najib menyebut seolah-olah selepas ini semua wang royalti akan dimasukkan terus ke akaun kerajaan negeri.

Bagaimanapun, ujarnya hakikat sebenar tidak berlaku seperti yang dinyatakan.

Selain itu, katanya pada 13 Disember 2010 lalu, dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu, Ahmad telah mengumumkan bahawa Mac 2011 adalah tarikh yang diberikan kerajaan pusat untuk membayar kembali royalti sepenuhnya setelah perundingan dilaksanakan oleh pihak menteri besar itu.

“Atas kesedaran yang sama, Mampat menyeru semua pihak sama ada kerajaan negeri, mahupun rakyat Terengganu untuk terus bertanyakan hak rakyat Terengganu ini yang seolah-olah sengaja cuba dilupakan,” katanya.

Beliau menambah, jika peluang sebaik kedatangan Najib itu tidak digunakan, Mampat percaya ruang lain yang ada sangatlah terbatas, hendak diharapkan respons pada laman Facebook Najib, sudah tentu ia seumpama mimpi sahaja.

Untuk makluman, jelasnya sehingga Mac 2011 yang lalu, genap sudah 11 tahun Kerajaan Pusat menafikan hak rakyat Terengganu menikmati royalti Minyak.

“Rakyat Terengganu sudah terlalu letih menunggu buah yang tidak gugur. Jangan nanti sehingga rakyat terpaksa menjolok buah yang tidak gugur tersebut dengan cara yang lebih keras.

“Cukup-cukuplah penghinaan yang kami terima, cukup-cukuplah janji-janji kosong yang kami terima, cukup-cukuplah mencuri hak rakyat Terengganu,” katanya.

Harakahdaily

Had Umur Persaraan Sektor Swasta Dicadangkan 58 Tahun

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Had Umur Persaraan Sektor Swasta Dicadangkan 58 Tahun
PUTRAJAYA: Had umur persaraan bagi sektor swasta mungkin dilanjutkan kepada 58 tahun selaras dengan umur persaraan sektor awam, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam.

Bagaimanapun, beliau berkata pada masa ini, perkara itu masih di peringkat perbincangan dan mengambil masa sebelum dimuktamadkan.

"Kita dalam proses mengadakan perbincangan dengan semua 'stakeholder' untuk mencari satu jalan...suatu umur yang ditetapkan bagi sektor swasta.

"Tujuan kita membenarkan mereka bekerja lebih lama (dari umur bersara pada 55 tahun sekarang) kerana mereka masih mempunyai keupayaan dan boleh menyumbang kepada produktiviti (syarikat masing-masing)," katanya kepada pemberita di sini.

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pernah menggesa kerajaan supaya melanjutkan umur persaraan bagi sektor swasta kepada 60 tahun sebagai langkah untuk mengekalkan modal insan dan meningkatkan produktiviti.

Subramaniam berkata kerajaan juga sedang mengkaji memperluaskan skim-skim perlindungan sosial bagi menjaga kebajikan para pekerja terutamanya jika diberhentikan kerja atau syarikat tempat mereka bekerja gulung tikar.

"Kita sudah pun memulakan perbincangan yang melibatkan kerajaan dan 'stakeholder' bagaimana untuk mewujudkan satu sistem atau dana kepada pekerja yang diberhentikan tanpa apa-apa arahan dan bukan disebabkan atas pilihan mereka.

"Skim-skim ini diharap dapat membantu meringankan beban kerana mereka tidak bersedia berdepan dengan masalah sedemikian," katanya.

Beliau berkata kerajaan akan terus berusaha untuk menjaga kebajikan pekerja dan penggubalan terhadap Akta Majlis Konsultasi Gaji Minima Kebangsaan merupakan antara langkah ke arah itu.

Katanya dengan penggubalan akta itu, kerajaan mempunyai kuasa untuk menetapkan kadar gaji minimum berpatutan kepada pekerja kerana terdapat sektor-sektor yang gaji minimumnya masih rendah.

"Perkara-perkara ini diberikan tumpuan besar oleh kerajaan sebagai langkah untuk menjaga kebajikan tenaga pekerja," katanya.

Dalam perkembangan lain, Subramaniam berkata sambutan Hari Pekerja akan diadakan pada 7 Mei ini di Bukit Jalil dan akan dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata tema sambutan kali ini, ialah "Pekerja Merealisasi Transformasi Negara", yang mencerminkan pentingnya peranan warga pekerja dalam merealisasikan transformasi ke arah mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.- BERNAMA

Azhar tidak hadir sidang DUN Pulau Pinang kerana sakit

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

GEORGETOWN: Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim, tidak menghadiri perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini kerana dimasukkan ke Island Hospital di sini akibat masalah jantung.

Azhar yang ditemui di hospital itu berkata, beliau mula berasa sesak nafas, sakit dada dan batuk pada Rabu dan terus dibawa ke Hospital Kepala Batas oleh isterinya.
Beliau kemudiannya dipindahkan Island Hospital di sini pagi semalam kerana rekod perubatannya ada di hospital berkenaan.

"Saya berharap sangat dapat menyertai sidang DUN kali ini, tapi saya kena dengar nasihat doktor," katanya yang kelihatan agak lemah, kepada pemberita selepas menerima lawatan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO pagi ini.

Azhar berkata, jika beliau dibenarkan keluar hospital dalam waktu terdekat, beliau akan menghadiri persidangan DUN untuk mendengar perbahasan yang berlangsung tanpa turut serta dalam perbahasan itu.

Beliau dijadual menghadiri persidangan dewan hari ini selepas tempoh penggantungannya selama enam bulan berakhir bulan lalu.

Azhar dikenakan tindakan penggantungan enam bulan selepas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN mendapati wakil rakyat Penaga itu melanggar peraturan berikutan mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan ketika berlaku pertikaman lidah dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, pada persidangan DUN Mei lalu.

Persidangan DUN kali ini dijadual selama lima hari bermula hari ini dan akan disambung pada Selasa hingga Jumaat depan. - BERNAMA

Anwar : Saya Tak Akan Tunduk Serangan Umno-BN

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 29 APRIL : Musuhnya boleh membawa seberapa banyak video seks atau tuduhan liwat, tetapi Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kesemuanya tidak akan memaksa beliau berundur daripada arena politik dan melepaskan tanggungjawabnya sebagai ketua Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, pemimpin berusia 63 tahun ini percaya serangan demi serangan yang dibawa Umno terhadap bekas timbalan perdana menteri itu jika dilayan bermakna beliau “tunduk” kepada perancangan berterusan parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Ketua Umum Pakatan Rakyat ini memberitahu The Malaysian Insider, meskipun perikatan tiga parti itu digantikan oleh seorang ketua yang baru, serangan oleh Umno-BN tidak akan dihentikan.

“Dalam pemerintahan diktatorial yang tidak demokratik, mana-mana wajah pembangkang yang berwibawa akan diserang dengan teruk,” katanya lagi.

“Anwar menjadi sasaran, tetapi jika Anwar meninggalkan pentas dan anda mendapat pemimpin baru, maka pemimpin ini akan diserang,” kata beliau dalam temu bual ini yang diadakan kelmarin, sehari sebelum rakaman video seks yang didakwa mirip beliau dimuat naik di laman YouTube.

Dalam temu bual eksklusif ini, Anwar menjelaskan meskipun serangan yang dihadapinya itu sangat “melukai hati” diri beliau dan juga keluarganya, usaha-usaha untuk menamatkan kerjaya politik bukan sesuatu yang baru.

“Ia (satu perbuatan) menghina maruah,” kata bapa kepada enam orang anak dan mempunyai dua cucu ini.

Bagaimanapun beliau menekankan, serangan-serangan itu memperkuatkan azamnya untuk terus menerajui Pakatan Rakyat.

“Jika saya berundur dan melepaskan (jawatan), ini bermakna kita tunduk kepada rekaan (politik) Umno... siapa yang patut menentukan sama ada saya patut berundur atau tidak? Parti-parti Pakatan Rakyat dan pengundi buat keputusan. Saya tidak akan tunduk kepada tekanan ini,” kata Anwar.

Anwar dilihat sebagai pengikat kerjasama dan hubungn komponen Pakatan Rakyat iaitu PKR, PAS dan DAP, yang ditubuhkan pada 1 April 2008 selepas pilihan raya umum ke-12.

Beliau berhadapan dengan tuduhan liwat pertama pada 1998 dan yang kedua satu dekad kemudian, di mana sama ada Ketua Umum PKR ini akan dipanggil bela diri atau dibebaskan akan ditentukan 16 Mei ini.

“Saya terus diserang, sejak tuduhan pertama pada 1998... ramai tidak dapat membayangkan yang mereka (Umno-BN) (sanggup) mengambil tindakan macam ini, tetapi ia bukan tuduhan yang baru, bukan?” kata bekas timbalan presiden Umno ini.

Anwar berkata, tindakan-tindakan ini, yang beliau sifatkan sebagai terdesak, bertujuan menghentikan usahanya mahu mewujudkan sebuah kerajaan bebas rasuah.

“Sebagai contoh, sebuah pasukan pihak berkuasa berasuah yang cuba mencemarkan anda, menghentikan kempen anda menentang rasuah... adakah anda akan menyerah diri? Itu penekanan saya. Anda perlu ada iltizam dan semangat dalam apa yang anda lakukan,” katanya lagi.

Sehari selepas temu bual ini, rakaman video seks yang tidak diedit menggambarkan Anwar dimuat naik di YouTube, langkah yang dilihat sebagai usaha mengenakan tekanan ke atas Ketua Pembangkang itu yang sejak sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit.

Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat.

Video seks 21 minit itu buat kali pertama dipertontonkan kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara di sini, 21 Mac lalu oleh “Datuk T”.

Anwar juga berkata beliau tidak mahu fokus perjalanan politiknya diganggu oleh penyebaran tuduhan video seks yang dipertontonkan pada 21 Mac lalu.

“Saya tidak mahu dialih pandangan dengan pendedahan video, ia didedahkan ketika dekat dengan pilihan raya Sarawak.

“Di Sarawak, saya berkempen selama 13 hari ketika serangan Umno begitu tinggi, menggunakan video... tetapi ia bukan pilihan untuk serah diri sekarang, bukan sekarang,” kata Anwar lagi.

“Saya perlu teruskan (perjuangan),” katanya lagi.

Keluarganya menurut Anwar lagi, adalah sumber kekuatan beliau sepanjang berhadapan dengan waktu-waktu yang sukar dan mereka sentiasa menyokongnya dalam keputusan seharian sebagai ahli politik.

“Saya ada keluarga yang hebat dan saya harus ucapkan terima kasih kepada mereka,” katanya lagi.

“Azizah, anak-anak saya... meskipun ketika saya menjadi timbalan perdana menteri, mereka bukan anak timbalan perdana menteri, mereka anak Anwar dan Azizah,” kata beliau dengan senyuman.-The Malaysian Isider

Dalang muat naik video seks sedang dicari

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Bukit Aman dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah memulakan siasatan untuk mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab memuat naik video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laman YouTube, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata sehingga kini pihaknya belum mengenal pasti identiti mereka yang terbabit dan proses itu dijangka mengambil masa lama.

“Polis dan SKMM menjalankan siasatan sebaik rakaman itu tersebar di internet dan tidak perlu menunggu laporan polis dibuat,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Kelmarin, bahagian kedua klip video seks hitam putih yang didakwa mirip Ketua Pembangkang itu tersebar menerusi laman video YouTube sehingga menjadi perhatian ramai.

Klip video selama satu minit 47 saat bertajuk Papa Nurul Izzah Part 2 dimuat naik oleh pemegang akaun YouTube menggunakan nama ‘Wakparjosudorno’ dan dipaparkan menerusi pautan di beberapa laman blog lain sebelum dipadam kira-kira jam 6.30 petang.

Klip itu adalah susulan klip video pertama bertajuk ‘VTS 010’ yang dimuat naik ke laman sama pada awal bulan ini menggunakan nama ‘thepowercam’.

Rakaman video itu kali pertama mereka didedahkan pada 21 Mac lalu kepada sekumpulan wakil media oleh tiga individu yang menggelarkan diri mereka 'Datuk T'. Mereka ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim.

Khalid berkata, individu yang bertanggungjawab memuat naik video itu disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan meminta orang ramai jangan buat spekulasi serta menyerahkannya kepada polis untuk menjalankan siasatan.

Berita Harian/-

Polis Berpangkat SAC Dakwa Anwar Ancaman Negara

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 29 APRIL: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mendedahkan seorang pegawai polis tertinggi berpangkat Senior Asisten Komisioner (SAC) l, Datuk Isa Abdul Rahman bertemu dengan guru-guru di sekolah sekitar Kelantan menyatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah ancaman kepada negara.

Turut didakwa, pegawai polis itu telah mengesahkan Anwar adalah individu yang terlibat dalam rakaman video seks yang tersebar luar di laman Youtube.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata maklumat tersebut disampaikan oleh guru sekolah berkenaan dan dipercayai telah berlaku sejak empat minggu lalu apabila video tersebut mula diedarkan oleh trio 'Datuk T'.

"Kita mengecam perbuatan ini dilakukan sendiri oleh pegawai tertinggi Bukit Aman," jelasnya.

Katanya lagi, PKR akan menyatakan bantahan kepada PDRM dan Jabatan Perdana Menteri selepas mengumpulkan maklumat lengkap mengenai perkara tersebut.

Tv Selangor/-

15 maut dalam serangan bom di Marrakesh

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

MARRAKESH: Seramai 15 orang termasuk 10 warga asing maut dalam serangan bom ke atas sebuah kafe di destinasi pelancongan terkenal Maghribi, Marrakesh.

Serangan bom itu disasarkan ke atas sebuah kafe berhadapan Medan Jamaa el-Fnaa yang sering dipenuhi pelancong.
Jurugambar Reuters berkata, beliau melihat anggota penyelamat mengeluarkan mayat mangsa yang terputus.

Televisyen 2M melaporkan 15 yang terbunuh ialah enam warga Perancis, lima warga Maghribi dan empat warga asing yang tidak dinyatakan negara mereka.

"Analisis awal bukti yang diperoleh di tempat kejadian itu mengesahkan teori serangan," menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri Maghribi. - Reuters

Misteri kehilangan terjawab

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

IPOH – Belum pun sampai empat jam mengadakan sidang media mengenai kehilangan anaknya, seorang ibu, M Kavitha, 36, terpaksa meratapi kematian anaknya itu yang dipercayai dibunuh.

V Seshagary berusia sembilan bulan yang ditemui mati di dalam beg pada Sabtu lalu rupa-rupanya anaknya yang hilang sejak 22 April lalu.

Misteri kehilangan itu terjawab selepas pengecaman gambar dibuat di Balai Polis Simpang, Taiping dan mengesahkan bayi itu adalah anaknya.

Pengerusi Biro Pengaduan Masyarakat India Negeri, Iruehiyam Sebastiar yang menemani Kavitha untuk pengecaman itu memberitahu, mayat bayi lelaki itu adalah Seshagary.

“Kita serah segalanya kepada pihak polis untuk jalankan siasatan kerana kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

“Saya pun telah dimaklumkan pihak polis bahawa seorang wanita iaitu rakan Kavitha telah ditahan untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, mayat bayi itu berada di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, bagaimanapun ia belum boleh dituntut kerana melibatkan kes polis.

Terdahulu pada sidang medianya, Kavitha memberitahu kehilangan anaknya itu mula disedari selepas kawan baiknya mengambil bayi itu dengan alasan untuk bermain pada 22 April kira-kira jam 12.30 tengah hari di rumah pengasuh.

Beliau yang tinggal di Taman Indah Sakti mengenali rakannya itu sejak setahun lalu berkata, anaknya itu tinggal beberapa hari di rumah rakan itu di Taiping sehingga 24 April.

Rakannya yang mula dipercayai itu kemudiannya memaklumkan akan menghantar anaknya itu tetapi sehingga semalam masih belum tiba seperti yang dijanjikan.

“Dia beritahu abangnya akan hantar anak saya balik ke rumah kerana dia akan ke Kuala Lumpur tetapi sampai sekarang tidak sampai-sampai.

“Itulah yang saya risaukan. Bila saya telefon, abang dia tak angkat tetapi ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) suruh saya ambil anak di beberapa tempat,” katanya dalam satu sidang media di Bilik Mesyuarat, Bangunan Perak Daruk Ridzuan, di sini, semalam.

Hadir sama dalam sidang media itu, Penasihat Menteri Besar, Datuk S Veerasingam; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN ), Datuk R Ganesan dan Penasihat Undang-undang MIC, S Thangeswary.


Terima SMS minta ambil anak



Kepada media Kavitha memberitahu ada menerima SMS pertama daripada lelaki itu meminta beliau mengambil anaknya itu di Seri Iskandar.

Katanya, setelah sampai ke tempat yang dimaksudkan, tidak ada sebarang kelibat anak dan lelaki itu sebaliknya satu lagi SMS diterima meminta beliau ke Air Tawar.

“Setelah saya tiba di Air Tawar, keadaan sama seperti di Seri Iskandar. Tiada apa yang saya jumpa dan lelaki itu menghantar SMS terakhir meminta saya ke Balai Polis Sitiawan.

“Bila sampai di Balai Polis Sitiawan, memang saya hampa dan sedih sebab anak saya masih tidak dijumpai,” katanya yang mempunyai lima orang anak.

Menurut Kavitha, satu laporan polis dibuat kelmarin berkaitan kehilangan anak bongsunya itu dan beliau merasakan anaknya itu telah diculik.

“Saya mahu kawan saya ini bertanggungjawab ke atas kehilangan anak kesayangan saya. Saya juga berharap pihak polis mengambil tindakan ke atas pihak yang terlibat,” katanya.

Pada 23 April lalu, mayat kanak-kanak lelaki berusia setahun lebih berpakaian lengkap ditemui dalam beg pakaian berhampiran jalan susur masuk ke hentian tol Bandar Baharu di Kilometer 175 dari arah Utara, pada jam 5.45 petang.

Berdasarkan pemeriksaan awal, polis menemui kesan lebam di kepala mangsa, manakala hidungnya berair.

Sinar Harian/-

Media lucah: Apa peranan KDN

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 29 April: PAS kesal terhadap media perdana yang dikuasai oleh Umno BN yang tidak beretika dan bermoral kerana menyiarkan gambar lucah di dalam akhbar mereka.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, ini satu tindakan yang tidak bermoral dan melanggar etika kewartawanan dan tatasusila agama demi mencapai cita-cita politik mereka.

Pada mereka, katanya soal moral dan etika tidak diperhitungkan lagi.

“Apakah negara kita sudah hilang nilai-nilai ketimuran sehingga sanggup mengaibkan individu yang belum lagi dibuktikan kesalahannya?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, sudah dua kali media perdana menyiarkan gambar lucah berhubung dengan video seks yang dituduh pelakunya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“PAS ingin mengingatkan kerja ini ialah kerja yang menempah dosa dan akan mendapat pembalasan daripada Allah,” tegasnya.

Katanya, sejak mutakhir ini media perdana tidak lagi segan silu untuk menyiarkan berita yang tidak layak disiarkan lebih-lebih lagi keputusan belum lagi diputuskan oleh mahkamah.

Begitu juga, ujarnya berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian bertajuk "Lelaki Y ialah Anwar".

Ini, katanya merujuk kepada kes yang sedang dibicarakan mengenai kes liwat Anwar sedangkan lelaki Y yang dilaporkan ialah hujah pendakwa, yang belum lagi ditentukan kesahihannya.

“Kenapa hujah balas pembela tidak disiarkan sama di tajuk muka depan?” tanya beliau lagi.

Ini, katanya sudah tentu ada agenda jahat yang tersirat.

PAS, tambahnya hairan ke mana pergi peranan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang hanya pandai memantau penerbitan Pakatan Rakyat sahaja.

“Apakah semua laporan yang disiarkan mengenai pemimpin Pakatan Rakyat walaupun fitnah dan menyalahi akta penerbitan dan mesin cetak tidak boleh diambil tindakan.

“Apakah akta ini hanya untuk menjaga parti Umno BN sahaja?” soalnya lagi.

Harakahdaily/-

Isu nasi lemak untuk lindungi wabak negara

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 29 April: PAS sangat prihatin terhadap isu yang berlaku menyentuh aspek pendidikan dan pembangunan sumber manusia di negara ini termasuklah aspek pemakanan di sekolah.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik (gambar) berkata, PAS tidak mahu isu pemakanan menenggelamkan isu besar seperti isu akhlak di kalangan pelajar dan belia, isu PPSMI, isu diskriminasi politik termasuk ke atas guru, rasuah, jenayah, kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barang, penyalahgunaan kuasa dan lain-lain yang belum diselesaikan.

“Apakah isu pemakanan ini serius atau hanya untuk menabiri dan melindungi isu-isu besar yang sedang mewabak dalam negara?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau merujuk kepada keputusan Kerajaan untuk menyekat penjualan nasi lemak di sekolah seperti yang disiarkan oleh akhbar-akhbar harian bersama dengan sejumlah senarai makanan dan minuman yang lain.

Menurutnya, isu pemakanan untuk pelajar-pelajar bukanlah isu yang sangat besar berbanding dengan isu akhlak dan gejala sosial yang menjadi wabak di kalangan pelajar dan belia dalam negara hari ini.

Beliau menambah, sesuatu isu sepatutnya diselesaikan secara berstrategik dalam erti kata ianya hendaklah mengambil kira kemampuan anggota masyarakat untuk mengikuti aturan dan peraturan yang hendak dikenakan.

“Apakah isu sebenar di kalangan pelajar dewasa ini?” tanya beliau lagi.

Menurutnya lagi, diandaikan isu pemakanan merupakan isu besar, maka ia mestilah dikaji secara teliti di mana spek-aspek kebudayaan dan cara hidup khususnya yang membabitkan aspek pemakanan dalam masyarakat.

Katanya, budaya pemakanan ini tidak boleh ditukar secara drastik dengan suatu penguatkuasaan undang-undang kerana aspek perundangan tidak boleh mengatasi aspek kemanusiaan.

Beliau berkata, menukar menu makanan di sekolah secara drastik membabitkan makanan tradisi seperti nasi lemak walaupun nampaknya mudah tetapi akan menekan kehidupan dan kebiasaan yang belum tentu mendatangkan mudarat, sedangkan memaksa mereka meninggalkannya lebih menyusahkan dan membebankan banyak pihak kerana makanan itu adalah mengenyangkan dan mudah serta menjadi adat dan kebiasaan yang sudah bersebati dalam kehidupan masyarakat.

“Mana satu yang lebih mudarat membiarkan menu nasi lemak seperti biasa ataupun membebankan masyarakat dengan peraturan-peraturan yang baru?

“Apa bezanya nasi lemak dengan nasi minyak, mee kuning, nasi goreng, nasi dagang, roti canai dan seumpamanya?” soalnya lagi.

Oleh kerana itu, ujarnya maka pendidikan kepada anggota masyarakat untuk mengamalkan budaya baru yang difikirkan baik adalah lebih penting daripada memaksa meraka meninggalkan kebiasaan yang tidak terbukti kemudaratannya.

Dalam isu ini, katanya aspek-aspek kemampuan ibu bapa dalam semua lapisan masyarakat di bandar dan luar bandar, kamampuan pengusaha-pengusaha kantin dan asrama dan kemampuan sekolah untuk melaksanakan peraturan dan kemampuan pelajar untuk mematuhi adalah isu besar yang memerlukan masa dan proses mendidik untuk memampukan mereka mematuhi peraturan-peraturan yang hendak dijalankan.

Sebagai perbandingan, katanya lagi isu pelajar-pelajar merokok, walaupun ia tidak dibenarkan dan diharamkan, namun peraturan-peraturan yang ada tidak dapat menyekat mereka daripada merokok bahkan masalah menjadi bertambah besar kerana makin ramai pelajar yang merokok.

Beliau berkata isu gengsterisme, pencabulan, pemakaian yang tidak menutupi aurat dan terlalu ketat pergaulan bebas, seks rambang, dadah, arak, ponteng sekolah, rempit, mencuri, ragut, vandalisme tidak menghormati guru dan menderhakai ibu bapa adalah isu-isu yang sangat menyayat hati dan mesti ditangani segera.

Pada hari ini, ujarnya terlalu banyak isu yang sedang berlaku menyentuh bidang pendidikan dan pembangunan sumber manusia di negara ini yang kalau tidak ditangani akan memberi kesan buruk kepada masa depan negara dan rakyat.

“Apabila pihak Kerajaan mahu memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) adakah ia bermakna isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPMSI) telah pun diselesaikan sesuai dengan tuntutan Perlembagaan Negara dan kepentingan nasional serta menjamin hak umat Islam di negara ini?” soalnya.

Harakahdaily

Jangan permainkan sumpah laknat

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 29 April: PAS mengingatkan semua pihak tidak mempermainkan sumpah laknat seperti yang mahu dibuat ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini berhubung video seks yang didedahkannya.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata dalam perundangan Islam, sumpah di hadapan hakim mahkamah syariah mempunyai nilai yang tinggi bagi menjaga martabat seseorang yang dituduh.

Bagaimanapun katanya, penuduh yang menggunakan kaedah sumpah laknat untuk membenarkan tuduhan, bukan sahaja akan merosakkan nilai sumpah itu sendiri, malah lari dari kaedah Islam.

"Sumpah mesti di dalam mahkamah atas arahan hakim syarie.

"Kita tengok sumpah ini dah jadi macam satu trend baru untuk menuduh orang. Lepas tuduh, bersumpah nak membenarkan tuduhan.

"Iaitu guna metodologi Islam (sumpah) untuk menghalalkan benda yang bukan syarak (fitnah)," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas hasrat Eskay yang mahu bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat hari ini bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pelaku dalam video seks yang didedahkannya.

Beliau juga turut mengulangi penegasan bahawa Anwar juga tidak perlu bersumpah atas desakan mana-mana pihak kecuali hakim mahkamah syariah.

"Jika Anwar bersumpah di khalayak seperti yang didesak pihak tertentu, adakah ia menjamin bahawa tuduhan ke atasnya itu digugurkan?" soal Tuan Ibrahim.

Sebelum ini, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria turut menegaskan Anwar tidak perlu bersumpah mubahalah atau kerana pelaku dalam rakaman video seks masih belum dibuktikan lagi.

“Sumpah (mubahalah) dalam mahkamah bukan di luar... lagipun apa guna beliau (Anwar) nak bersumpah? Jadi beliau tidak perlu bersumpah di hadapan masyarakat, kenapa tidak buat di mahkamah? Anwar tak perlu dihukum sebab beliau tidak lagi didapati bersalah.

“Dalam video itu, kita belum tahu siapa pelakunya, kalau nak bersumpah mubahalah pun kena tunggu bukti dulu tapi kalau ada (bukti) pun Anwar tidak boleh disabitkan bersalah sebab menurut Islam perlu ada empat saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku,” katanya.

Harakahdaily/-
Oleh : Nazri Abdullah

650 rakyat Malaysia di Syria selamat - Wisma Putra

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Semua 650 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan kedutaan Malaysia di Damsyik, Syria dilaporkan selamat dan tidak terlibat dalam kekacauan di negara itu.

Wisma Putra berkata, pihak kedutaan Malaysia di Syria sentiasa memantau dan berhubung dengan rakyat Malaysia serta menasihatkan mereka agar berwaspada dengan situasi terkini negara itu yang dilaporkan semakin meruncing.

Malah, kedutaan turut menasihatkan pelajar dan warganegara Malaysia yang telah tamat belajar dan selesai urusan perniagaan atau lawatan mereka ke Syria agar kembali secara sukarela ke tanah air.

"Rakyat Malaysia juga dinasihatkan untuk menangguhkan lawatan mereka ke negara itu sehingga keadaan dan keselamatan di sana bertambah baik," katanya.

Orang ramai juga boleh menghubungi bilik operasi Kementerian Luar yang dibuka 24 jam di talian 03-88874570, 03-88892746, 03-88874770, 03-88892830 atau 019-2784566.

Sinar Harian/-

PMIUM gesa kerajaan bertegas permainan hina Islam

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 29 April: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan kaabah.

Pemain permainan itu (Devil May Cry 3) didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Sehubungan itu, Naib Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Rohayu Rusli menggesa tindakan tegas harus diambil dengan serius oleh pihak kerajaan dan pihak berwajib.

Katanya, difahamkan permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

“Jadi, saya mewakili mahasiswa mahasiswi Islam UM menggesa pihak berwajib meneliti dengan lebih terperinci ‘keadaan’ permainan ini sebelum dipasarkan kepada pelanggan terutamanya remaja.

“Permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau menyifatkan permainan seperti itu boleh menggugat keimanan dan akidah seseorang terutama apabila ‘mempermainkan’ agama Islam.

Tambahnya, tindakan dan sebaran harus dibuat secepat mungkin bagi menyedarkan semua sebelum terlambat.

“Saya rasa isu ini sudah lama keluar, mungkin ramai lagi yang tidak tahu tentang permainan ini,” ujarnya.

Harakahdaily

Ribut Taufan Landa AS: 193 Maut

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



TUSCALOOSA (Alabama): Ribut taufan melanda sebahagian negeri AS dengan memusnahkan banyak kediaman dan pusat perniagaan, selain memaksa sebuah loji nuklear menggunakan sumber tenaga sokongan bagi meneruskan operasi, semalam.

Jumlah korban di lima negeri dikatakan sekurang-kurangnya 193 orang, termasuk 61 di Alabama dan jumlah itu dijangka meningkat.

Antara kawasan paling teruk terjejas adalah Tuscaloosa, bandar didiami lebih 83,000 orang serta menempatkan Universiti Alabama.

Sekurang-kurangnya 15 orang maut dan 100 dirawat di sebuah hospital di daerah itu.

Akibat angin kencang, bekalan elektrik di bandar berkenaan terputus, manakala jalan tidak dapat dilalui, selain pelbagai kerosakan dahsyat lain.

Seramai 11 orang terbunuh masing-masing di Mississippi dan Georgia.

Presiden Barack Obama membenarkan Gabenor Alabama, Robert Bentley, mengisytiharkan darurat bagi membolehkan bantuan kecemasan persekutuan dihantar. 

AP

Tentera Syria Bunuh 500 Orang Awam

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



AMMAN: Tentera Syria dilaporkan membunuh sekurang-kurangnya 500 orang awam dalam usaha mereka mengekang kebangkitan rakyat, kata sebuah pertubuhan hak asasi manusia, semalam.

Menurut Sawasiah, beribu-ribu warga Syria turut ditahan dan sebahagian daripadanya gagal dikesan selepas demonstrasi mendesak reformasi diadakan di negara itu dilancarkan hampir enam minggu lalu.

Sawasiah ditubuhkan peguam hak asasi manusia yang kini dipenjara, Mohannad al-Hassani.

Dalam kenyataan semalam, pertubuhan itu menuntut kerajaan menghentikan pembunuhan, penyeksaan dan penahanan warga Syria.

“Kami memiliki 500 nama orang yang dibunuh tentera kerajaan,” kata pertubuhan itu. 

Reuters

Dihukum Gantung

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



ALOR SETAR: Seorang pemandu lori dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini, semalam selepas didapati bersalah membunuh teman wanitanya dengan menghentak kepala mangsa menggunakan seterika serta menikam dada dan leher mangsa bertubi-tubi menggunakan gunting, dua tahun lalu.

Pesurujaya Kehakiman, Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman terhadap Mohamad Adnan Abdul Rahim, 29, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mohd Zaki berkata, selepas meneliti penghujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati pihak pendakwa mempunyai bukti kuat untuk mensabitkan kesalahan terhadap tertuduh.

“Ketika membela diri, tertuduh tidak menafikan melakukan kecederaan kepada si mati tetapi mendakwa tiada niat untuk membunuh si mati. Saya tiada pilihan lain kecuali menjatuhkan hukuman mati,” katanya sebelum menjatuhkan hukuman itu.

Mengikut fakta kes, Mohamad Adnan dituduh membunuh Nur Bahirah Ishak, 22, di sebuah rumah bernombor 157, Lorong Perak 2, Taman Perak, Kulim, antara jam 10.30 hingga 10.45 pagi pada 17 Mei 2009.

Tertuduh berasal dari Simpang Ampat, Pulau Pinang didakwa membunuh mangsa dengan menghentak kepalanya menggunakan seterika serta menikam bertubi-tubi dengan gunting termasuk di bahagian dada sebelah kiri dan leher akibat perselisihan faham.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Norshuhada Mohd Yatim manakala tertuduh diwakili peguam, K Padmanathan.

Mohamad Adnan yang memakai kemeja-T kelihatan tenang dan hanya menundukkan kepala selepas mahkamah menjatuhkan hukuman itu.

Pada 18 Mei 2009, akhbar ini melaporkan seorang gadis menemui ajal akibat ditikam bertubi-tubi sejurus mengungkapkan hasrat ingin memutuskan hubungan cinta dengan seorang duda yang dikenali sejak kecil kerana mahu bertunang dengan lelaki pilihan hatinya.

Mangsa, Nurbahirah Ishak, 22, bekas pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, ditemui tidak sedarkan diri dalam bilik di rumahnya di Taman Perak, di sini.

Dua Kali Terkejut

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



MARAN: Seorang peneroka yang terlelap di ruang tamu rumahnya ketika menunggu siaran langsung perlawanan bola sepak Liga Juara-Juara Eropah antara Real Madrid menentang Barcelona, awal pagi semalam, tergamam apabila dikejutkan tiga penyamun yang mengacukan parang di lehernya dalam kejadian samun di Felda Jengka 18, dekat sini.

Kira-kira lima jam selepas kejadian pada jam 2.30 pagi itu, mangsa Ramli Saad, 58, sekali lagi terkejut apabila diberitahu tiga penjenayah terbabit ditembak mati dalam ladang kelapa sawit berdekatan rumahnya.

“Saya lihat ramai orang berkumpul di situ dan apabila sampai di sana, seorang rakan memberitahu ada penyamun kena tembak dan mereka adalah kumpulan yang menyamun saya,” katanya Ramli berkata, dia terjaga daripada tidur apabila badannya ditepuk seorang daripada tiga penyamun terbabit yang turut mengacu parang di lehernya sebelum tangannya diikat menggunakan dawai ampaian, manakala mukanya ditekup dengan tuala.

Selepas diikat dan diarahkan diam, penjenayah bertopeng dipercayai warga asing itu menggeledah rumahnya dan melarikan empat telefon bimbit serta wang tunai RM300.

Ramli yang juga pembekal baja berkata, ketika kejadian dia berseorangan di ruang tamu rumahnya, manakala isterinya, Normah Khalid, 53, dan tiga anaknya serta dua cucunya nyenyak tidur dalam bilik.

“Saya memang ‘kaki bola’ dan menyokong pasukan Barcelona terlelap seketika sementara menunggu perlawanan itu bermula.

“Saya sama sekali tidak menyangka apabila dikejutkan tiga lelaki bertopeng yang mengacu parang ke leher saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Menurutnya, dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana khuatir dicederakan.

“Selepas menggeledah kira-kira lima minit, mereka melarikan diri apabila gagal membuka tiga pintu bilik tidur di rumah saya.

“Mereka hanya melarikan empat telefon bimbit dan dompet saya mengandungi wang tunai RM300,” katanya memaklumkan penyamun terbabit masuk melalui bahagian belakang rumahnya yang sedang diubahsuai.

Ramli berkata, selepas tiga penyamun terbabit melarikan diri, dalam keadaan tangan masih terikat, dia menjerit memanggil anak sulungnya yang juga seorang orang kurang upaya (OKU).

“Saya bertempik meminta pertolongannya yang kemudian membuka ikatan pada tangan saya dan mengejutkan ahli keluarga yang lain.

“Mereka semua terkejut kerana langsung tidak menyedari rumah kami dimasuki penyamun,” katanya yang menghubungi polis selepas itu.

Menurutnya, dia hanya mengetahui penjenayah terbabit ditembak mati dalam ladang kelapa sawit berdekatan rumahnya apabila keluar ke kedai di simpang masuk Felda berkenaan kira-kira jam 7 pagi.

“Ketika saya sampai mayat penjenayah itu sudah dibawa polis. Yang tinggal hanyalah Perodua Viva berwarna merah dinaiki mereka tersadai selepas melanggar pokok sawit dan beberapa anggota polis melakukan siasatan,” katanya.

Tiga penjenayah terbabit ditembak mati sepasukan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang yang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan Felda berkenaan, kira-kira tiga kilometer dari rumah mangsa dan sejam selepas melakukan rompakan.

Keputusan Liga Europa

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


Keputusan Liga Europa 

Separuh akhir pertama

Benfica 2 (Jardel 50, Cardozo 59) - Braga 1 (Vandinho 53)

FC Porto 5 (Falcao 49-pen, 67, 75, 90, Guarin 61) - Villarreal 1 (Cani 45)