06 Julai 2010

Laporan Polis ADUN Titi Serong terhadap Khesvinder Singh.

LAPORAN POLIS

Tarikh laporan : 5 July 2010
Nama Pelapor : YB. Drs. Khalil Idham Lim Abdullah
Jawatan :ADUN Titi Serong Perak.
No. Kad pengenalan : 641102-03-5125
Alamat : No.15 Jalan Wawasan 8, Taman Wawasan Jaya, Parit Buntar.

Inilah Laporan Polis saya :-

1. Berdasarkan laporan berita (seperti dilampir) oleh Malaysiakini bertarikh 2 July 2010 ADUN Bebas malim Nawar mengatakan seperti berikut :

Mengenai wang pinjaman peribadi RM3,500 yang diberikan oleh Khalil Idham Lim dari PAS, Keshvinder mendakwa wang itu adalah untuk kegunaan pengundi di kawasan Malim Nawar.

"Saya tidak meminta daripada Khalil tetapi dia yang memberikan saya wang itu sekembali saya daripada pilihan raya kecil Sibu kerana saya kekurangan dana untuk kawasan saya.”

2. Saya mendapati kenyataan nya merupakan fitnah dan Khesvinder saya anggap telah menipu saya sedangkan saya telah pergi ke sebuah AMBank di Ipoh pada sekitar jam 1.00 petang pada 19 Mei 2010, untuk membayar keretanya yang telah ditarik oleh pihak Bank dengan menyerahkan sejumlah RM3500 untuk menyelesaikan masalah itu.

3. Laporan ini dibuat berdasarkan beberapa SMS yang dikirim oleh beliau yang masih saya simpan sebagai bukti untuk tindakan saya selanjutnya.

4. Oleh itu saya memohon dari pihak Polis untuk mengadakan siasatan terperinci terhadap Khesvinder Singh yang telah mengeluarkan kenyataan fitnah dan menipu yang merosakkan reputasi awam terhadap saya

Sekian laporan saya yang sebenarnya,

(YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM)

Sidang media ADUN Titi Serong.

ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim didampingi ADUN PR Perak yang lain iaitu Chen Fok Chai/Keranji, Tai Seng Eng/Kuala Sepetang, Sivasubramaniam/Buntong, Sum Chiok Leng/Bercam dan Lim Phek Her/Mengelembu dalam satu sidang media pada jam 3.00 petang tadi di pejabat PR Ipoh. Khalil telah menuntut gantirugi RM 500,000 dan permohonan maaf dalam masa 14 hari terhadap ADUN Bebas Malim Nawar, Khesvinder Singh yang telah menfitnahnya.

Keshvinder diberi 14 hari dan gantirugi RM500,000

22 Rejab 1431H.
Harakahdaily

IPOH, 5 Julai: Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh hari ini diberikan notis 14 hari untuk memohon maaf kepada Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim serta membayar ganti rugi RM500,000 kerana membuat kenyataan tidak benar tentangnya.

Surat notis itu akan dihantar petang ini oleh peguam Khalil Idham, A Sivanesan yang juga Adun DAP Sungkai, selepas Khalil membuat laporan polis mengenainya tengahari tadi di Balai Polis Parit Buntar.

"Saya beri dia notis 14 hari untuk meminta maaf dan membayar gantirugi RM500,000. Jika tidak prosedur saman ini akan difailkan oleh peguam saya," kata Khalil Idham kepada Harakahdaily.

Keshvinder, Adun DAP Malim Nawar telah keluar DAP baru-baru ini. Dalam kenyataannya kepada media, beliau berkata pernah meminjam wang dari Khalil Idham, Adun PAS, untuk membantu penduduk kawasan DUNnya.

Namun, menurut Khalil Idham yang juga Ketua Penerangan Pakatan Perak dan bekas Pengerusi Kelab BBC kerajaan Perak, beliau dihubungi oleh Kesvinder melalui sms untuk meminjam wang bagi membayar hutang bank setelah keretanya ditarik.

"Saya sendiri telah bersama beliau ke Ambank Ipoh pada 19 Mei lalu dan memberikan wang sebanyak RM3,500 untuk tujuan itu. Saya sendiri melihat dia membayar wang sebanyak RM2,825 untuk tujuan itu," beritahu Khalil Idham.

Khalil berkata, beliau mempunyai bukti segala kenyataannya dan akan digunakan dlam perbicaraan di mahkamah nanti.

Pada 25 Februari 2010 lalu, Adun Malim Nawar, Perak dari DAP, Keshvinder Singh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beliau ditawarkan wang tunai RM20 juta agar meninggalkan Pakatan Rakyat.

Dalam kenyataannya kepada media di luar pejabat SPRM itu, Keshvinder mendakwa, agen Datuk Seri Najib Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Perhubungan Umno Perak yang membuat tawaran itu.

Pada 15 Jun lalu, dalam sidang medianya, Keshvinder mengumumkan beliau keluar dari DAP dan menjadi Adun Bebas dan menyokong Barisan Nasional.

Beliau menafikan menerima sebarang bayaran untuk tindakannya ini dan mencabar mana-mana pihak memeriksa akaun bank beliau.

"Saya bersih," kata Adun Malim Nawar itu.

Antara dakwaan beliau ketika mengumumkan kerana keluar DAP adalah kerana kegagalan DAP membantunya dalam menguruskan keperluan rakyat kawasannya.

Pra Syarat ukhuwah Islamiah

22 Rejab 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

1. Hendaklah ukhuwah itu terbina di atas dasar keikhlasan kpd Allah.
Ini jelas drpd hadis riwayat Imam Muslim:

Satu hari malaikat bertanya kpd seorang lelaki yg hendak menziarahi saudaranya "Kemanakah kamu hendak pergi? Lelaki itu menjawab "Aku hendak pergi menziarahi saudaraku seislam" Malaikat itu bertanya lagi "Adakah kamu ziarah ini ada sebab2 keduniaan? Lelaki itu menjawab "Tidak.

Aku ziarah hanyalah kerana aku cinta kepadanya demi kerana Allah." Malaikat berkata "Sesungguhnya aku adalah utusan dr Allah dan nak menyampaikan kpdmu bahwa Allah kasih kpdmu seperti mana kamu kasih kpdnya kerana Allah."

2. Hendaklah ukhuwah tersebut terbina diatas dasar keimanan dan ketakwaan.

Caranya adalah dgn dia memilih kawannya dr kalangan org2 yg soleh dan beriman. NAbi bersabda:

"Janganlah kamu bersahabat melainkan dgn org beriman dan jangan bagi makanan kamu melainkan kepada org yg bertakwa."(Tirmizi)

Nabi s.a.w bersabda:

Seseorang itu mengikut agama temannya. Maka hendaklah sesorang itu melihat utk memilih dgn siapa dia berteman."(Hr Abu Daud)

3. Hendaklah ukhuwah berjalan dgn mengikut syariat Islamiah.

Diantara golongan yg dinaungi oleh Allah adalah golongan "dua lelaki yg berkasih sayang kerana Allah. keduanya Bertemu dan berpisah dia atas batasan hukuman Allah"(Hr Bukhari dan Muslim)

4. Hendaklah ukhuwah terbina diatas konsep nasihat menasihati.

Jabir r.a berkata:

Aku berjanji setia kepada Rasulullah s.a.w untuk mendirikan solat, membayar zakat dan untuk menasihati setiap org Islam."(Hr Bukhari dan Muslim)

5. Hendaklah ukhuwah itu mekar dgn konsep bantu membantu dikala senang dan susah.

Firman Allah:

Tafsirnya: Dan hendaklah kamu saling tolong menolong dalam kebaikan dan ketakwaan.(2: Al-Anam)

Firman Allah:

Tafsirnya: Orng2 bertakwa yg membelanjakan hartanya dikala senang dan susah(134: Ali Imran)

Nabi bersabda:

Sesiapa yg berjalan untuk membantu saudranya seIslam lebih baik drpada orang yang beriktikaf selama 20 bulan.(hr Thabrani atau hakim)

Akibat meninggalkan Amar makruf dan cegah kemungkaran

22 Rejab 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Firman Allah:
Tafsirnya: Dilaknat orang2 kafir dr kalangan bani Israel yg disebut dalam kitab zabur dan kitab Injil. Laknat tersebut disebabkan oleh maksiat dan keterlampauan yg dilakukan mereka. Ini juga disebabkan mereka tidak melakukan kerja2 mencegah kemungkaran yg dilakukan di kalangan mereka. Alangkah buruknya ape yg mereka buat itu.(78-79: Al-Maidah)

Rasul bersabda:
"sesungguhnya manusia bila melihat seorang yg berbuat zalim dan tidak menegahnya maka dikhuatiri Allah akan menurunkan azab secara menyeluruh.(Hr Abu Daud dan Nasaie))

berbuat zalim tu samada pd diri sendiri dgn buat maksiat pd tuhan atau menzalimi org lain dgn cara menganiayainya.

Nabi s.a.w bersabda:
"Suruhlah manusia berbuat baik dan laranglah drpd mereka berbuat kemungkaran sebelum mana kamu berdoa dan tidak diterima doa kamu."(hr Baihaqi)

Diriwayatkan bahawa Allah mewahyukan kepada Nabi Yusya' Bin Nun:
"Sesungguhnya aku memusnahkan 40 ribu org yg baik2 dan 60 ribu org yg jahat."

Nabi Yusya' a.s bertanya "Takpalah dimusnahkan yg jahat ni; tapi kenapa pulak yg baik pun dimusnahkan same?"

Allah menjawab: "Mereka tidak marah terhadap maksiat tersebut yg mana aku marah dan mereka juga terus bersama2 makan2 dan minum dgn org jahat tersebut."(Hr Ibnu Abi Dunya)

Oleh itu marilah kita sama2 mencegah kemungkaran dan mengajak kebaikan. Pd masa kini kemungkaran berada di mana2. Tak Mampu berseorangan maka buat cara jemaah dan berkumpulan....Dan hadis ini juga melarang drpada kita bersekongkol dgn org yg melakukan kejahatan dan juga dilarang menyertai kumpulan atau pertubuhan yg melakukan kejahatan walaupun dia tak buat kejahatan tersebut.. Tuhan berfirman:

Tafsirnya: "Sesungguhnya kamu sekiranya duduk bersama org2 yg menghina ayat tuhan maka kamu seumpama mereka"(140: An-Nisa)

Sumpah dlm Islam

22 Rejab 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Sumpah adalah: Satu akad yg disokong dgn penguat utk org yg bersumpah berazam melakukan satu perkara atau meninggalkannya.

Pensyariatan Sumpah.

Ia disyariatkan berdasarkan dalil2 berikut:

Firman Allah:
Tafsirnya: "Allah tidak mengira sumpah yg main2 dan tetapi Allah mengira sumpah yg dibuat secara sungguh."(89: Maidah).

Nabi bersabda:
"Apabila kamu bersumpah dgn satu perkara dan melihat lebih baik pd melanggar sumpah maka buat yg lebih baik dan hendaklah kamu bayar kaffarah sumpah."(Hr Tirmizi)

Ijmak Ulama menyatakan disyariatkan sumpah.

Syarat2 sumpah.

1. Hendaklah ia dilakukan oleh org yang Islam, berakal dan sudah baligh. Maka tak sah sumpah dr org yg kafir, budak kecik dan kafir.

2. Ianya berlaku ketika jaga dan tidak dipaksa.

3. Hendaklah perkara yg disumpah adalah perkara yg boleh berlaku. sape yg bersumpah nak minum air yg tidak mungkin wujud ketika itu maka sumpahnya terbatal.

4. Hendaklah sumpah itu tidak ada pengecualian sperti dia kata insyaAllah atau jika diizinkan Allah.

5. Huruf sumpah ada tiga iaitu waw, ba dan ta.

6. Hendak sumpah dgn Nama2 Allah, sifat2 Allah, dan al-Quran.

Haram sumpah dgn mahkluk Allah. Sabda Nabi s.a.w:
"Sesiapa yg hendak bersumpak maka hendaklah dia bersumpah dgn Allah"(Hr Bukhari dan Muslim)

Kaffarah sumpah.

Sesipa yg tidak melakukan ape yg disumpah maka wajib membuat salah satu yg berikut:
1. Memberi makan kepada sepuluh org miskin satu cupak makanan asasi(sprt beras).
2. Memberi pakaian.
3. Membebaskan hamba.

Jika tak mampu maka dia boleh puasa 3hari.

IKUTI TERJEMAHAN WASHINGTON POST INI, BENARKAH ANWAR MOHON MAAF ?

22 Rejab 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

Berikut terjemahan bebas MUHAMMAD NOR ABD SAMAD terhadap artikel bertajuk "Flirting with zealotry in Malaysia" yang disiarkan akhbar The Washington Post, Isnin 28 Jun 2010 yang menimbulkan polemik di Malaysia:

Anwar Ibrahim, pemimpin politik pembangkang Malaysia sejak sedekad yang lalu cukup terkenal sebagai pejuang demokrasi liberal di kalangan negara-negara Islam.

Di antara kawan-kawannya yang ramai di Washington, termasuk ahli pergerakan neokonservatif ternama seperti Paul Wolfowitz, bekas Presiden Bank Dunia dan duta Amerika Syarikat (AS) ke Indonesia dan juga tokoh demokratik ternama Al Gore.

Akhir-akhir ini Anwar menjadi tumpuan atas sesuatu yang lain pula: retorik keras mengenai Israel dan dakwaan "pengaruh Zionis" di Malaysia.

Baru-baru ini beliau menyertai demonstrasi di hadapan Kedutaan AS di Kuala Lumpur di mana bendera Israel dibakar. Beliau mengecam kerajaan Malaysia kerana menggunakan perkhidmatan syarikat perhubungan awam Washington, Apco Worldwide yang "dikuasai Yahudi".

Terdapat satu cerita dalam era Obama - mengenai survival politik dan peribadi seorang ahli demokrat yang bermasalah dengan sedikit bantuan daripada Washington; mengenai peningkatan tekanan masyarakat antarabangsa terhadap Israel; dan mengenai peningkatan kesediaan sahabat-sahabat AS di beberapa tempat seperti Turki dan Malaysia untuk mengeksploitasikannya.

Pertama, sedikit mengenai Anwar: Sewaktu berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri di bawah orang kuat Malaysia Mahathir Mohamad dalam 1990-an, beliau mula menekankan soal pembaharuan - tetapi berkesudahan dengan beliau ditangkap, dibicara dan dipenjarakan atas tuduhan yang direka-reka iaitu liwat.

Setelah dibebaskan enam tahun kemudian, beliau menubuhkan pergerakan pembangkang multietnik yang mengejutkan parti pemerintah dengan pencapaian yang diperolehinya dalam pilihan raya umum yang lalu. Pergerakan itu kini dilihat mempunyai peluang yang besar untuk memenangi kempen parlimen akan datang dan ini mungkin membolehkan Malaysia menyertai Indonesia dan Turki sebagai negara demokrasi majoriti Islam sepenuhnya.

Tidaklah mengejutkan, Anwar didakwa sekali lagi. Sekali lagi atas tuduhan melakukan liwat, yang mengikut undang-undang Malaysia merupakan satu jenayah yang perlu dihukum sebat dan penjara sehingga 20 tahun. Anwar, 63, berkahwin dan mempunyai anak menafikan dakwaan tersebut, dan bukti-bukti yang dikemukakan sekali lagi dicurigai.

Sipenuduh yang berusia 25 tahun mengaku menemui Perdana Menteri Najib Razak dan berbual melalui telefon dengan Ketua Polis Negara beberapa hari sebelum kejadian liwat tersebut didakwa berlaku.

Perbicaraan yang diadakan tidak berjalan dengan baik. Jika ia berakhir dengan Anwar sekali lagi disabitkan bersalah, masa depan politik dan gabungan pembangkangnya mungkin musnah, begitu juga dengan hidupnya: Kesihatannya tidak begitu baik.

Pemimpin pembangkang itu kali ini tidak mendapat sokongan sewajarnya daripada Amerika Syarikat, tidak seperti perbicaraannya yang pertama di mana timbalan presiden AS pada waktu itu, Al Gore bercakap bagi pihaknya. Obama tidak bercakap apa mengenai Anwar di khalayak ramai sewaktu menerima kunjungan Najib di Washington dalam bulan April lalu.

Selepas "dialog pegawai kanan" di antara dua kerajaan itu bulan ini, soal perbicaraan Anwar tidak juga dibangkitkan oleh Jabatan Negara kerana "isu telah pun dibincangkan dengan panjang lebar". Apabila menyentuh soal hak asasi manusia, pentadbiran Obama tidak mahu mengulangi perkara yang sama.

Anwar bagaimanapun menemui jalan untuk bertindak balas. Kalau selama ini beliau dihentam hebat oleh propaganda kerajaan mengaitkannya sebagai ejen Israel dan sahabat Amerika kerana berkawan dengan Wolfowitz, kali ini beliau menyerang dengan mengatakan Apco telah memanipulasi kerajaan untuk menyokong Israel dan kepentingan AS.

Beliau juga berkata ejen Israel telah menyusup masuk dalam pasukan keselamatan dan "terlibat secara langsung" dalam urusan kerajaan. Najib menyifatkan Israel sebagai "gangster dunia". Tetapi beliau cepat memusingkan kata-kata Anwar terhadapnya: Apco berusaha melibatkan diri dalam kenyataan anti-Israel di sekeliling Washington.

Anwar adalah seperti Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan, yang disifatkannya sebagai kawan dan teman sepengembaraan. Kedua-duanya tahu bagaimana untuk melibatkan diri dalam perkara sebegini. Kedua-duanya telah pun memulakannya - setahun selepas pentadbiran Obama melahirkan rasa tidak senangnya terhadap Israel. "Jika anda kata kami sudah hilang sabar terhadap Israel, itu benar," Anwar memberitahu saya. "Jika anda kata saya tidak berhati-hati bila bercakap kadang-kadang, itu juga benar."

Anwar yang berada di Washington buat beberapa hari minggu lalu, menghabiskan banyak masa cuba menjelaskan kepada kawan-kawan lama, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Howard Berman dan beberapa orang pemimpin Yahudi.

Beliau berkata beliau kesal menggunakan istilah "pencerobohan Zionis" yang selalu digunakan oleh beberapa pemimpin seperti Mahmoud Ahmadinejad. "Mengapa saya perlu menggunakannya jika ia mendatangkan salah faham?" katanya. "Saya perlu berhati-hati."

Ramai di kalangan sahabat-sahabatnya di Malaysia bersedia memaafkannya. "Apa yang Anwar lakukan adalah salah, tapi memandangkan beliau sedang berjuang untuk hidupnya secara fizikal dan politik - menentang kerajaan yang menyerangnya sebagai berkata 'boneka Yahudi', saya kira ia boleh dimaafkan," kata Wolfowitz memberitahu saya.

Tetapi cerita Anwar perlu dibaca sebagai amaran. Perubahannya daripada seorang demokrat yang pro-Amerika kepada seorang fanatik anti-Israel merupakan sesuatu yang serius - dan ia kini mula menjadi trend.

Perhimpunan kedua GAS di Klang Kelmarin

22 Rejab 1431 H

Kira-kira 600 orang menyertai perhimpunan kedua anjuran Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) di Dewan Hamza di Klang dalam kempen mendesak presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu S meletak jawatan.

Bagaimanapun, kira-kira 50 ahli MIC Klang turut hadir. Dan seperti yang diduga berlaku jerit menjerit antara mereka dengan penyokong GAS, setengah jam selepas perhimpunan itu bermula pada jam 2 petang.

Semalam, seorang pemimpin MIC berkata satu protes yang akan disertai 5,000 penyokong MIC, akan diadakan untuk melawan perhimpunan GAS itu.

Ketika para pegawai polis memujuk penyokong MIC itu beredar, kira-kira 30 anggota polis menutup semua pintu masuk ke dewan tersebut.

Pada mulanya, penyokong MIC itu enggan beredar, sambil berkata: "Jika kami beredar, semua orang mesti pergi!".Mereka juga tidak mahu sesiapapun berucap mengkritik Samy Vellu.

Ketika ketegangan semakin meningkat, dan penyokong GAS pula melaung kepada polis supaya menghalau atau menangkap penyokong MIC, kelihatan anggota polis mengiringi beberapa penyokong dan pemimpin mereka keluar dari dewan.

Bagaimanapun, ada juga antara mereka yang masih berada di situ untuk memerhati perjalanan perhimpunan tersebut.

Sementara itu, dalam ucapannya, bekas pemimpin MIC Petaling Jaya, V Subramaniam - atau lebih popular dengan panggilan Bharat Maniam -mengucap terima kasih kepada pihak polis kerana melindungi peserta perhimpunan tersebut.

Pemimpin GAS lain yang turut berucap ialah KP Samy, V Mugan yang mengetuai hadiran melaung mendesak Samy Vellu berundur, bekas pemimpin Hindraf yang kini menyertai PKR V Ganabatirau dan ahli perniagaan OMS Thiagarajan.

Malaysiakini/-

KDN belum putuskan baharui permit Suara Keadilan

22 Rejab 1431 H

Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih belum membuat keputusan berhubung permohonan pembaharuan permit penerbitan Suara Keadilan.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN, Datuk Zaitun Ab. Samad hari ini menjelaskan dalam satu kenyataan bahawa KDN sedang meneliti dan mempertimbangkan permohonan pembaharuan permit penerbitan itu.

"Kementerian masih belum membuat sebarang keputusan mengenai permohonan tersebut," katanya.

Katanya kenyataan yang mengatakan kementerian telah menggantung permit penerbitan Suara Keadilan adalah tidak benar dan tidak berbangkit sama sekali.

Beliau berkata keputusan berhubung pembaharuan permit itu hanya akan dibuat setelah mendapat penjelasan yang memuaskan daripada pihak penerbitan Suara Keadilan.

Zaiton juga memaklumkan bahawa permit penerbitan Suara Keadilan telah tamat tempoh sah laku pada 30 Jun lalu dan permit yang diberikan sebelum ini adalah bagi tempoh satu tahun iaitu dari Julai 2009 hingga 30 Jun lalu.

Laporan sebelum ini menyebut bahawa KDN memutuskan untuk tidak memperbaharui permit penerbitan Suara Keadilan yang tamat akhir bulan lepas setelah tidak berpuas hati dengan penjelasan sidang redaksi penerbitan itu berhubung beberapa perkara.

Antaranya, pihak KDN dilaporkan tidak berpuas hati dengan penjelasan editor akhbar berkenaan Dzulkarnain Taib, berhubung penyiaran artikel bertajuk Felda Bankrap.

Malaysiakini/-

Pemuda MCA buat laporan polis terhadap PERKASA

22 Rejab 1431 H

Pergerakan Pemuda MCA hari ini membuat laporan polis berhubung penyiaran berita muka depan akhbar terbitan Pertubuhan Perkasa Malaysia (Perkasa), Suara Perkasa yang mahu kerajaan menahan Ketua Pemuda MCA Dr Wee Ka Siong di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Laporan polis itu dibuat oleh kira-kira 22 Pemuda MCA Wilayah Persekutuan dan Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD) di Kuala Lumpur kira-kira pukul 3 petang tadi.

Ketua Pemuda MCA Selangor Dr Kow Cheong Wei mendakwa isi kandungan akhbar yang disiarkan pada Khamis lepas itu adakah satu pernyataan serta kritikan yang keterlaluan.

"Kami harap Kementerian Dalam Negeri menarik balik lesen penerbitan Perkasa," katanya kepada pemberita di IPD berkenaan.

Malaysiakini/-

Hadapi judi dengan kempen, bukan bertembung - GMJ

22 Rejab 1431 H

KUALA LUMPUR, 3 Julai: Gerakan Mansuhkan Judi (GMJ) akan mengambil pendekatan kempen bukannya bertembung dengan mana-mana pihak dalam memastikan aktiviti perjudian di negara ini dihapuskan.

Antaranya, mereka akan berbincang dengan pihak media bagi membolehkan kempen memansuhkan aktiviti perjudian di negara ini berjalan lancar.

Antara yang disasarkan oleh GMJ adalah semua media tidak lagi menyiarkan sebarang iklan untuk judi di samping tidak menyiarkan keputusan sebarang aktiviti perjudian.

"Kami akan berbincang dengan media dalam hal ini sebelum mengambil apa-apa tindakan. Jika tidak berubah mungkin akan sampai kepada peringkat boikot," kata Pengerusi GMJ, Azmi Hamid.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena perhimpunan anti judi di perkarangan masjid negara petang tadi. Kira-kira 3,000 peserta dari 60 NGO dan parti politik menyertai perhinpunan ini.

Ia telah ditangguhkan ke jam 5 petang dari rancangan awalnya pada jam 1.30 tengahari bagi menghormati pengkebumian jenazah Allahyarhamah isteri bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail.

Antara yang hadir di majlis perhimpunan ini adalah Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan dan Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar.

Sekarang ini, hampir saban hari akhbar harian menyiarkan aktiviti perjudian termasuk keputusan lumba kuda dan judi nombor ramalan iaitu ekor dan toto.

Ia sudah sampai ke peringkat dibuat gurauan, laporan yang benar dan tepat untuk sesetengah media Umno adalah keputusan toto dan empat nombor ekornya.

Dalam pada itu, GMJ telah meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar membuat keputusan dalam kabinet bukannya Majlis Tertinggi Umno tentang pembatalan pemberian memberikan lesen judi sukan kepada kumpulan Berjaya.

Ini kerana, isu pemberian lesen bukan urusan Umno tetapi urusan kerajaan dan kabinet adalah tempat membuat keputusan yang tepat.

"Kami telah menghantar surat namun sehingga kini belum mendapat apa-apa jawapan dari PM," kata Azmi.

Ekoran pembatalan pengeluaran lesen judi itu, GMJ juga sedang mengkaji semula memorandumnya kepada Yang Dipertuan Agung.

"Kami yakin ia masih relevan tetapi perlu kepada pengubahsuaian," kata Azmi kepada wartawan.

GMJ juga meminta semua negeri mencontohi Kelantan dalam mengendalikan isu perjudian iaitu dengan tidak mengeluarkan sebarang lesen judi.

"Kita faham, ia tidaklah boleh dijalankan serta merta tetapi kami akan berbincang agar semua negeri boleh membuat tindakan ke arah itu," katanya.

Harakahdaily/-

Nik Aziz dedah media ada agenda tersembunyi

22 Rejab 1431 H
Wartawan Kita

KOTA BHARU, 4 Julai: Kajian sarjana mendapati media massa gemar memanipulasikan berita terutamanya membabitkan kenyataan dikeluarkan pemimpin pembangkang.

Situasi itu membelenggui akhbar harian Melayu di negara ini, ketika industri media cetak semakin hilang pembaca.

Dan terbaru keadaan itu berlaku kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila agensi berita milik kerajaan persekutuan melaporkan berita di luar konteks sebenar.

Agensi terbabit semalam menggunakan tajuk ‘Nik Aziz akui wujud perpecahan parti untuk merebut jawatan pada muktamar PAS tahun depan.’

Cara pengolahan berita berita tersebut lebih menjurus kepada spekulasi penulis dan bukan memberi gambaran sebenar terhadap apa yang disebut Menteri Besar Kelantan.

“Saya tegaskan tajuk dan kandungan berita tersebut tidak benar dan di luar konteks yang saya maksudkan.

”Saya dapati keseluruhan laporan itu merupakan tanggapan pihak Bernama sendiri dan bukannnya dari maksud sebenar kenyataan saya,” kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Dalam kenyataan media hari ini katanya, malang sekali laporan terbabit turut dipetik beberapa akhbar dan media online.

Agensi berita itu dalam laporannya semalam menyebut ’Baru sahaja selesai Muktamar PAS ke-56 bulan lepas, Mursyidul Am PAS mengakui wujudnya perpecahan dalam parti itu bagi merebut jawatan tertinggi parti pada pemilihan Muktamar PAS tahun depan.

”Kemelut perpecahan dilihat meruncing kerana beliau sendiri menyarankan agar tidak diadakan pemilihan bukan sahaja di peringkat tertinggi parti,” laporan Bernama dipetik.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, pada sidang media semalam beliau meminta dirujuk terlebih dahulu kepada perlembagaan PAS kerana membenarkan pemilihan dilakukan.

”Kalau boleh tidak perlu bertanding kerana memang tak molek bertanding, tetapi kalau mahu bertanding juga biarlah buat betul-betul, bertandinglah, jangan sampai peringkat perpecahan.

”Ini luahan hati orang tua, tidak mahu tengok perpecahan berlaku. Pengalaman saya sendiri tidak pernah bertanding dalam Dewan Ulamak suatu ketika dahulu. Baik kita cari cara yang lebih comel elak perpecahan,” katanya mengulangi kenyataan semalam.

Beliau berkata, elok buat keputusan secara syura dan lantik ketua beramai-ramai.

”Ini sekadar cadangan saya tetapi saya tidak tahu sejauh mana syura dibenarkan oleh perlembagaan parti.

”Semoga penjelasan ini mengelakkan salah faham semua pihak. Jangan mudah terpengaruh dengan laporan berkenaan terutamanya media yang ada agenda tersembunyi,” katanya.

Harakahdaily/-

Penjelasan dan kesal atas berita Bernama

22 Rejab 1431 H
Oleh: Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sukacita saya merujuk kepada berita disiarkan Bernama Online (3 Julai, 2010) bertajuk “Nik Aziz Akui Wujud Perpecahan Parti Untuk Berebut Jawatan Pada Muktamar PAS Tahun Depan” dan awal-awal saya tegaskan tajuk dan kandungan beritanya adalah tidak benar dan di luar konteks apa yang saya maksud. Saya dapati keseluruhan laporan itu merupakan tanggapan pihak Bernama sendiri dan bukannya dari maksud sebenar kenyataan saya.

Paling malang lagi, apabila laporan agensi milik kerajaan Barisan Nasional itu telah dijadikan rujukan, malah disiarkan oleh beberapa akhbar. Antaranya akhbar online Malaysian Insider, dan akhbar cetak seperti Berita Minggu, Sinar Harian dan Sunday Star.

Namun, akhbar online Malaysiakini turut menyiar kandungan laporan Bernama, tetapi diharmonikan dengan tajuknya sendiri, iaitu “Nik Aziz cadang tiada pemilihan dalam muktamar.” Itupun masih tidak tepat, kerana pemilihan dibenarkan di dalam perlembagaan PAS. Sedangkan, pada sidang media tersebut, saya telah merujuk kepada asas perlembagaan PAS yang perlu dipatuhi demi mengelak apa-apa perbalahan, mahupun perpecahan.

Apa pun, saya mengucap terima kasih atas laporan media yang berimbang. Antaranya akhbar New Sunday Times tidak memetik laporan berita Bernama (yang tidak bersifat berita itu), sebaliknya ia telah menyiarkan berita yang ditulis wartawannya sendiri. Begitu pula, Sinar Harian didapati memetik laporan Bernama, tetapi turut menyiarkan di ruang Kelantan kenyataan yang dianggap tepat mengenai cadangan saya agar berlaku syura bagi pemilihan dalam PAS. Sementara Mingguan Malaysia tidak memetik laporan Bernama, sebaliknya menyiarkan kenyataan yang agak tepat dengan maksud sebenar saya.

Di sini diperturunkan maksud kenyataan saya ketika menjawab soalan wartawan berhubung kemungkinan berlaku pertandingan dalam pemilihan PAS tahun depan. Antaranya ialah:

“Kalau boleh tidak perlu bertanding, kerana memang tak molek bertanding, tetapi kalau mahu bertanding juga biarlah buat betul-betul, bertandinglah, jangan sampai peringkat perpecahan. Ini luahan hati orang tua, tak mahu tengok perpecahan berlaku.

“Pengalaman saya sendiri yang pernah bertanding dalam dewan ulama’ satu ketika dulu, amat tidak comel. Baik kita cari cara yang lebih comel elak daripada perpecahan.

"Moleknya, kita buat keputusan secara syura dan lantik ketua kita beramai-ramai. Ini cadangan saya. Tetapi saya tidak tahu sejauh mana syura dibenarkan oleh perlembagaan parti.

Semoga penjelasan saya ini, dapat mengelakkan salah faham semua pihak, khususnya rakan-rakan pimpinan dalam PAS. Jangan mudah terpengaruh dengan semua laporan berkenaan, terutama Bernama dan akhbar yang nampaknya ada agenda tersembunyi di sebalik apa yang mereka laporkan. Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui. Kepada pihak akhbar cermatlah dan jauhilah daripada memfitnah.

Sekian, wassalam.
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.

Timbalan Pengerusi SPR wajar dipecat

22 Rejab 1431 H

KUALA LUMPUR, 4 Julai: Pengumuman rasmi yang dibuat Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof berkaitan peratusan pemilih baru 2 Melayu dan 1 bukan Melayu dengan sendirinya menempelak timbalan pengerusinya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar jelas menyokong kenyataan Pemuda Umno kononnya peratusan pemilih baru 1 Melayu dan 40 bukan Melayu yang jelas cuba menyempurnakan agenda perkauman sempit Umno.

“Pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi SPR jelas menafikan percubaan Umno yang disokong Wan Ahmad, Timbalan Pengurusi SPR untuk menimbulkan kekecohan perkauman dalam negara.

“Percubaan jahat ini juga turut didukung oleh sebahagian pimpinan Umno yang mengambil kesempatan untuk mengadu-domba perkauman di kalangan rakyat Malaysia,” ujarnya.

Dengan pengumuman oleh Pengerusi SPR, kata Mahfuz, maka wajarlah Wan Ahmad dipecat dari jawatan selaku Timbalan Pengerusi SPR.

SPR, katanya tidak boleh dilihat sebagai ‘Suruhanjaya Perkauman Rakyat’, oleh itu memecat Wan Ahmad adalah tindakan wajar.

Di samping itu juga, tambahnya Mohd HishamuddinYahaya, Exco Pemuda Umno dan Berita Harian perlu memohon maaf secara terbuka dan mengakui mereka ada agenda jahat perkauman dan membuat aku janji tidak mengulangi perbuatan jahat itu.

Harakahdaily/-

Masjid tidak makmur jika AJK tidak beriman

22 Rejab 1431 H

PETALING JAYA, 4 Julai: Sesebuah masjid gagal dimakmurkan jika ahli jawatankuasanya tidak beriman kepada Allah, kata ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, katanya, ahli-ahli jawatankuasa masjid mestilah memenuhi beberapa ciri dalam usaha untuk memakmurkan masjid, antaranya beriman kepada Allah.

“Macam mana nak makmurkan masjid kalau AJK tidak beriman kepada Allah,” ujarnya ketika berucap pada Masjid Hi-Tea sempena Karnival Masjid Kota Damansara 2010 di pekarangan masjid itu, petang ini.

Turut berucap ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Katanya, dalam konteks beriman kepada Allah, AJK masjid hendaklah beriman sepenuhnya dengan apa yang diturunkan oleh Allah termasuk segala hukum hakam dan undang-undang-Nya.

Selain itu, jelasnya, setiap AJK masjid juga mestilah beriman kepada hari akhirat, mendirikan solat, tidak takut kepada sesiapa melainkan kepada Allah semata-mata serta mampu mengajak masyarakat kepada Islam.

Sehubungan itu, tambahnya, jangan ada di kalangan AJK masjid yang mempunyai kecenderungan untuk mendapat habuan daripada sumbangan yang diterima termasuk mendapat kontrak untuk menyediakan jamuan mahupun pembangunan masjid.

“Jangan nak jadi AJK masjid kerana nak dapat kontrak buat bubur lambuk,” ujarnya seloroh.

Katanya lagi, sikap ahli jawatankuasa yang hanya pergi ke masjid setahun sekali juga antara punca sesebuah masjid itu gagal dimakmurkan.

Dalam nada sinis, katanya, kemungkinan ahli jawatankuasa masjid menunaikan solat kerana secara kebetulan telah masuk waktu semasa mesyuarat diadakan.

Beliau juga menyarankan supaya pihak masjid mengadakan banyak aktiviti untuk menjinakkan golongan remaja dengan masjid.

“Kalau boleh, masjid perlu mengadakan program mingguan untuk kanak-kanak dan remaja seperti membetulkan solat, bacaan solat dan seumpamanya supaya mereka jinak dengan masjid,” ujarnya lagi.

Idris menekankan ibu bapa termasuk pihak masjid menitikberatkan anak-anak dan golongan remaja dengan solat bagi menghindari gejala sosial yang semakin parah hari ini.“Kita kena ingat, apabila solat diabaikan, mereka akan mengikut hawa nafsu,” ujarnya.

Harakahdaily/-