06 Julai 2010

Laporan Polis ADUN Titi Serong terhadap Khesvinder Singh.

LAPORAN POLIS

Tarikh laporan : 5 July 2010
Nama Pelapor : YB. Drs. Khalil Idham Lim Abdullah
Jawatan :ADUN Titi Serong Perak.
No. Kad pengenalan : 641102-03-5125
Alamat : No.15 Jalan Wawasan 8, Taman Wawasan Jaya, Parit Buntar.

Inilah Laporan Polis saya :-

1. Berdasarkan laporan berita (seperti dilampir) oleh Malaysiakini bertarikh 2 July 2010 ADUN Bebas malim Nawar mengatakan seperti berikut :

Mengenai wang pinjaman peribadi RM3,500 yang diberikan oleh Khalil Idham Lim dari PAS, Keshvinder mendakwa wang itu adalah untuk kegunaan pengundi di kawasan Malim Nawar.

"Saya tidak meminta daripada Khalil tetapi dia yang memberikan saya wang itu sekembali saya daripada pilihan raya kecil Sibu kerana saya kekurangan dana untuk kawasan saya.”

2. Saya mendapati kenyataan nya merupakan fitnah dan Khesvinder saya anggap telah menipu saya sedangkan saya telah pergi ke sebuah AMBank di Ipoh pada sekitar jam 1.00 petang pada 19 Mei 2010, untuk membayar keretanya yang telah ditarik oleh pihak Bank dengan menyerahkan sejumlah RM3500 untuk menyelesaikan masalah itu.

3. Laporan ini dibuat berdasarkan beberapa SMS yang dikirim oleh beliau yang masih saya simpan sebagai bukti untuk tindakan saya selanjutnya.

4. Oleh itu saya memohon dari pihak Polis untuk mengadakan siasatan terperinci terhadap Khesvinder Singh yang telah mengeluarkan kenyataan fitnah dan menipu yang merosakkan reputasi awam terhadap saya

Sekian laporan saya yang sebenarnya,

(YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM)

5 ulasan:

Zainal berkata...

YB,saya kenal rapat dgn org kanan dia bernama Azman.Bukan saya nak fitnah la..tp YB Kasvinder ni mmg kaki minum dan kuat enjoy tuh sbb duit xpenah cukup.Mmg la dia bukan org islam tp pada saya mabuk ni masalah sosial.Ada penah sekali pada Nov 09 azman ni talifon saya pada pkul 3ptg dlm keadaan mabuk bersama YB Kasvinder.Duit yang dia beri pada rakyat pun bukan duit dia selama hari ni..kebanyakannya duit dari taukeh cina bernama Kam Seng yang menjalankan perniagaan penternakan itik,ikan dan babi di Malim Nawar.Jadi YB boleh siasat dan sebarkan perkara tersebut.

CodeNameSomaliPirate berkata...

MashaAllah.

Orang macam ni rupanya selama ini berkeliaran didalam PR....... mesti ada banyak lagi yang belum timbul!

Bangsa Cina Malaysia berkata...

..THERE ARE STILL A HANDFUL OF DAP MPs AND STATE ASSEMBLYMEN
WHO STILL CANNOT SPEAK PROPER BAHASA KEBANGSAAN EG THE STATE OF NEGERI SEMBILAN EVEN THOUGH WINNING 10 SEATS IN THE STATE ASSEMBLY (thanks to malay voters)
ARE NOW MOSTLY SLEEPING INSTEAD OF ENGAGING THE MALAY VOTERS FURTHER THROUGH ACTIVITY LIKE SEMANGAT GOTONG ROYONG (FREE) BUT HOW TO WHEN THEY CANT SPEAK PROPER BAHASA. HOW TO CAPTURE PUTRAJAYA..

LIM GUAN ENG /LIM KIT SIANG ARE YOU AWARE OF THIS SERIOUS PROBLEM...

Tanpa Nama berkata...

.....PR...mai cepat2 membersihkn kekotoran ini..ini utk kebaikan smua...

Tanpa Nama berkata...

semua keburukan akan keluar bila pemimpin /adun PR join UMNO.. agak selama ni .. puak ahli/penyokong Pas tak nampak ke .. kejahilan kepimpinan dalam PR .... sungguh memalukan ..