30 November 2013

Gaji tetap naik tapi boleh bincang semula, kata MB

26 Muharram 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kenaikan gaji kepada ahli Dewan Negeri Selangor tetap akan dilaksanakan namun ianya boleh dibincang semula jika ada keperluan.


Katanya, tiada penangguhan akan dilakukan terhadap keputusan yang telah diluluskan di Dewan Negeri Selangor pada Rabu lalu itu sebaliknya akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2014 ini.

Umno guna ustaz sebagai ayam sabung lawan PAS

26 Muharram 1435H. [MOD] -
KEPALA BATAS: Perlantikan individu berlatarbelakangkan agama ke dalam Umno bukan bertujuan sebagai penegur atau pemandu perjalan parti Melayu itu tetapi dilihat lebih kepada sebagai 'ayam sabung' untuk melawan PAS.


Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad berkata sejarah membuktikan betapa teguran, pandangan dan suara ahli agama terhadap Umno tidak menjadi keutamaan oleh parti itu malah hanya dipandang sepi.

Sarawak tidak sama dengan negeri di Semenanjung

26 Muharram 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Satu perkara yang mungkin Tan Sri Khalid Ibrahim perlu mengambil perhatian ialah, beliau tidak boleh memberikan equation Selangor dengan negeri Sarawak seperti yang disebutkan sebagai alasan untuk kenaikan gaji.


“Perlu kita ingat, Sarawak itu tidak sama tahapnya dengan mana-mana negeri di Semenanjung ini, kerana Sarawak adalah sebuah negeri yang menganggotai Persekutuan Malaysia yang ditanda tangani pada 1963 dahulu,” tulis Aspan Alias di dalam blognya, semalam.

Ramai kasihan dengan nasib Ustaz Kazim selepas ini

26 Muharram 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Ramai yang bimbang jika Ustaz Kazim Elias tidak lagi dapat menggunakan ilmu dan pengetahuan agama yang dimilikinya dengan sewajarnya selepas menduduki kerusi MT kerana tenggelam dalam persekitaran dan budaya Umno yang tidak begitu sesuai dengan seseorang yang berlatar-belakangkan agama. 


“Sudah terbukti sebelum ini bagaimana begitu ramai golongan agama yang berada dalam Umno dan diberi kedudukan, akhirnya tenggelam dan hanyut,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.

"23 tahun baru kami boleh jumpa PM"

26 Muharram 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pertemuan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai satu yang luar biasa.

Mantan Menteri Besar Kelantan itu berkata, ketika beliau menerajui pentadbiran negeri selama 22 tahu sebelum ini, pertemuan rasmi sebegitu tidak pernah berlaku.