18 Disember 2013

Elaun EXCO dan ADUN Perlis naik mulai 1 Januari 2014

14 Safar 1435H. [MOD] -
Kangar: Elaun Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perlis akan dinaikkan antara 20 hingga 46 peratus berkuatkuasa 1 Januari 2014 selepas sidang DUN meluluskan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013, pagi tadi. 


Menteri Besar, Azlan Man, berkata elaun (gaji pokok) Adun akan dinaikkan daripada RM4,112.79 kepada RM6,000 manakala gaji Menteri Besar dinaikkan dari RM14,175.15 kepada RM17,000. 

Barangan tiruan lebih RM7 juta dirampas

14 Safar 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas barangan tiruan bernilai RM7,127,032 daripada 671 tindakan kes yang diambil di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 bagi tempoh Januari-Oktober tahun ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata barangan yang dirampas itu termasuk rokok, arak, ubat-ubatan, barangan makanan, pakaian dan barangan keperluan diri. 

Saman fitnah Gardenia Bakeries ditolak

14 Safar 1435H. [MOD] -
SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini tadi menolak saman fitnah oleh sebuah syarikat pembuat dan pengeluar roti terkenal terhadap seorang lelaki membabitkan penemuan seekor cicak dalam sebungkus roti dibeli lelaki terbabit pada 6 Januari tahun ini.

Hakim Sabariah Othman ketika membaca penghakimannya menyatakan gambar yang diterbitkan dalam artikel di lima akhbar berbahasa Cina tidak merujuk kepada plaintif, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd. 

Barang naik: Khairy disaran henti tindakan populis

14 Safar 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyarankan agar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menghentikan tindakan populis dan segera menjawab keresahan rakyat ekoran daripada kenaikan harga barang dan perkhidmatan hari ini. 


“Mengapa sudah berlaku kenaikan baru hendak berbincang dan kononnya membela nasib belia?” tanya beliau dalam satu kenyataan.

PAS Melaka selesai bentuk jawatankuasa sesi 2013-2015

14 Safar 1435H. [MOD] -
MELAKA: PAS Melaka selesai melantik ahli jawatankuasa sesi 2013-2015 pada mesyuaratnya di Pejabat Perhubungan PAS negeri malam tadi.


Pengumuman tersebut dibuat oleh Pesuruhjaya PAS negeri, Adly Zahari dengan persetujuan sebulat suara semua Ahli Badan Perhubungan PAS Melaka.

Tol naik: Kerajaan lemah buat perjanjian berat sebelah

14 Safar 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta berhenti memberi alasan dan terus membebankan rakyat kerana kelemahan mereka sendiri.


Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar bahawa tol mesti dinaikkan kerana ia sebahagian daripada perjanjian dengan syarikat konsesi menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan.

Beliau berkata, kerana kelemahan kerajaan yang membuat perjanjian yang berat sebelah, rakyat yang harus menanggung beban kenaikan tol.

Hanya 59 mangsa banjir di dua daerah di Pahang

14 Safar 1435H. [MOD] -
KUANTAN: Hanya terdapat 59 orang mangsa banjir dari 16 keluarga yang masih berada di empat pusat pemindahan di Pekan dan Maran. 


Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga pukul 8 pagi ini, seramai 41 mangsa dari 10 keluarga berada di tiga pusat pemindahan di Pekan.