18 Disember 2013

PAS Melaka selesai bentuk jawatankuasa sesi 2013-2015

14 Safar 1435H. [MOD] -
MELAKA: PAS Melaka selesai melantik ahli jawatankuasa sesi 2013-2015 pada mesyuaratnya di Pejabat Perhubungan PAS negeri malam tadi.


Pengumuman tersebut dibuat oleh Pesuruhjaya PAS negeri, Adly Zahari dengan persetujuan sebulat suara semua Ahli Badan Perhubungan PAS Melaka.

Yang Diperua PAS Jasin, Ustaz Kamaruddin Sidek dikekalkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1, Ustaz Ashraf Mukhlis Minghat dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2 dan Timbalan Pesuruhjaya 3 sesi lalu, Mohd Sofi Abdul Wahab dipilih semula untuk sesi ini.

Bekas Ketua Dewan Pemuda negeri sesi lalu, Yuhaizad Abdullah dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan, Ketua Penerangan yang diamanahkan kepada Baihaki Ismail yang merupakan Pengarah Jentera Pilihanraya sesi lalu yang digantikan oleh Harun Mohamad.

Hawa Yaakob dilantik sebagai Bendahari. Beliau merupakan bekas AJK Dewan Muslimat PAS Pusat.

Penolong Setiausaha diamanahkan kepada Pengarah Unit Amal Negeri, Muhamat Puhat Bedol dan Ustaz Nordin Md Dahan.

AJK tambahan pula ialah Adun Bukit Baru, Dr Khalid Kassim, Zulkhairi Abd Aziz, Mohd Hamidi Zakaria, Julasapiyah Kassim dan bekas Ketua Dewan Muslimat PAS negeri, Dr Khatijah Jumangat.

Ketua-ketua dewan negeri yang dipilih pada muktamar masing-masing ialah Ustaz Zulkifli Ismail (Ulamak), Jauhar Md Dawi (Pemuda) dan Kintan Man (Muslimat).


Harakahdaily

Tiada ulasan: