18 Disember 2013

Saman fitnah Gardenia Bakeries ditolak

14 Safar 1435H. [MOD] -
SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini tadi menolak saman fitnah oleh sebuah syarikat pembuat dan pengeluar roti terkenal terhadap seorang lelaki membabitkan penemuan seekor cicak dalam sebungkus roti dibeli lelaki terbabit pada 6 Januari tahun ini.

Hakim Sabariah Othman ketika membaca penghakimannya menyatakan gambar yang diterbitkan dalam artikel di lima akhbar berbahasa Cina tidak merujuk kepada plaintif, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd. 

"Gambar dan kenyataan yang dikeluarkan pelanggan yang juga seorang kakitangan unit latihan sumber manusia, Lau Kien Eng, 42, itu tidak merujuk kepada plaintif. 

"Plaintif juga gagal mengemukakan sebarang keterangan daripada saksi bebas bagi menyokong dakwaannya," katanya.

Beliau berkata, oleh itu mahkamah tolak tuntutan kos yang akan ditentukan kemudian.

Mymetro

Tiada ulasan: