18 Disember 2013

Elaun EXCO dan ADUN Perlis naik mulai 1 Januari 2014

14 Safar 1435H. [MOD] -
Kangar: Elaun Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perlis akan dinaikkan antara 20 hingga 46 peratus berkuatkuasa 1 Januari 2014 selepas sidang DUN meluluskan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013, pagi tadi. 


Menteri Besar, Azlan Man, berkata elaun (gaji pokok) Adun akan dinaikkan daripada RM4,112.79 kepada RM6,000 manakala gaji Menteri Besar dinaikkan dari RM14,175.15 kepada RM17,000. 


"Gaji Speaker DUN dan Exco pula bertambah dari RM6,109.29 kepada RM8,000," katanya dalam sidang media selepas sidang DUN. 

Berita harian

Tiada ulasan: