18 December 2013

Hanya 59 mangsa banjir di dua daerah di Pahang

14 Safar 1435H. [MOD] -
KUANTAN: Hanya terdapat 59 orang mangsa banjir dari 16 keluarga yang masih berada di empat pusat pemindahan di Pekan dan Maran. 


Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga pukul 8 pagi ini, seramai 41 mangsa dari 10 keluarga berada di tiga pusat pemindahan di Pekan. 


Mereka berada di Balai Raya Temai Tengah, Sekolah Kebangsaan Temai dan Sekolah Kebangsaan Aceh. 


Sementara di Maran, seramai 18 orang daripada enam keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Pesagi. 


- BERNAMA

No comments: