27 Mac 2014

Keluarga penumpang terima kenyataan tapi bersyarat

25Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
PUTRAJAYA - Keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 kini berada pada tahap menerima kenyataan mengenai insiden itu dengan bersyarat, kata Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam, Dr Abdul Jalil Hassan.

Beliau berkata apa yang dimaksudkan dengan penerimaan bersyarat itu ialah pada situasi sekarang anggota keluarga hanya dapat menerima kenyataan perkembangan terbaru insiden itu jika terdapat bukti berkaitan.

TUDM sangka pesawat patah balik arahan menara kawalan

25Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Pesawat yang tidak dikenali dan berpatah balik sebenarnya dikesan pada radar utama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)  beranggapan ia mungkin berbuat demikian kerana menerima arahan menara kawalan trafik udara.
    
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata pesawat tersebut boleh menerima arahan tertentu dari menara kawalan dan melencong ke laluan lain jika dikehendaki tetapi keadaan tersebut bukan sesuatu yang memerlukan tindakan daripada TUDM walaupun ia dikesan di radar utama.

Pemegang insurans tanggung RM330j

25Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
Kuala Lumpur: Pemegang insurans kepada pesawat MH370 bersetuju menanggung AS$100 juta (RM330 juta) kos kehilangan pesawat itu walaupun belum jelas apa yang sebenarnya berlaku, lapor Wall Street Journal (WSJ).

Bagaimanapun, perjanjian tanggungan itu hanya untuk kos pesawat dan tidak termasuk polisi insurans hayat atau pampasan daripada syarikat penerbangan.

Shila Amzah dikecam teruk rakyat china

25Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
Umum mengetahui kebencian rakyat china terutama ahli keluarga mangsa kepada Malaysia semakin memuncak selepas pesawat MH370 disahkan berakhir di Selatan Laut Hindi pada malam Isnin lalu.

Susulan itu, mana-mana rakyat Malaysia yang berada di negara china dipandang serong dan dimaki hamun tidak tentu pasal. Apapun, rakyat china tidak boleh disalahkan juga kerana emosi kesedihan bercampur baur dengan kemarahan menguasai diri mereka.

‘I love you’ ungkapan terakhir pramugara kepada isteri

25Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
SHAH ALAM: "I love you" adalah kata-kata terakhir diungkapkan pramugara Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Mohd Hazrin Hasnan kepada isterinya Intan Maizura Othaman beberapa jam sebelum pesawat itu dilaporkan hilang pada 8 Mac lepas. 

     
Kata-kata itu jugalah akan sentiasa menjadi kenangan manis buat Intan Maizura, 34, yang kini sarat mengandung anak kedua mereka.