27 Mac 2014

Pemegang insurans tanggung RM330j

25Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
Kuala Lumpur: Pemegang insurans kepada pesawat MH370 bersetuju menanggung AS$100 juta (RM330 juta) kos kehilangan pesawat itu walaupun belum jelas apa yang sebenarnya berlaku, lapor Wall Street Journal (WSJ).

Bagaimanapun, perjanjian tanggungan itu hanya untuk kos pesawat dan tidak termasuk polisi insurans hayat atau pampasan daripada syarikat penerbangan.

Dilaporkan, insurans itu terbahagi antara badan kapal dan tanggungan iaitu semua polisi komprehensif, kerugian penumpang dan pesawat serta polisi yang melindungi pesawat daripada perbuatan jahat yang dikenali sebagai Hull War dan Allied Perils.

“Bila punca kehilangan pesawat tidak diketahui, kami akan meningkatkan 50 peratus daripada nilai pesawat,” kata seorang pakar insurans.
Minggu lalu, syarikat insurans Jerman, Allianz Global Corporate & Specialty mendedahkan ia adalah syarikat insurans utama bagi pesawat MAS yang hilang berkenaan bagi polisi liabiliti dan kapal terbang.

HarianMetro


Tiada ulasan: