17 Julai 2013

4 penyokong Morsi terkorban digempur polis di Ramsis


8 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


MESIR: Sekurang-kurangnya empat terkorban dalam serangan pihak polis terhadap penyokong Dr Muhammad Morsi di Ramsis semalam.



Penyelaras Hospital awam dataran Raba'ah, Dr.Hisyam Ibrahim berkata, selain korban itu, lebih 300 lagi cedera.

Kerajaan belanja RM44 juta lawatan PM ke luar negara, kata Shahidan

8 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Sebanyak RM44.071 juta dibelanjakan oleh rombongan Pejabat Perdana Menteri untuk lawatan ke luar negara dari Mac 2008 hingga Mei tahun ini.

14 bulan kelilingi planet Neptune

8 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


Lakaran NASA pada 1989 menunjukkan beberapa bulan mengelilingi Neptune. - Foto REUTERS


CAPE CANAVERAL: Seorang pakar astronomi mengkaji imej arkib Neptune yang diambil Teleskop Angkasa Lepas Hubble mengesan bulan ke-14 yang mengorbit planet berkenaan.


Peraturan baru Bank Negara, selesaikah masalah rakyat Malaysia ?

8 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Dr. Muhammad Agus Yusuff

PADA 5 JULAI 2013, Bank  Negara menguatkuasakan peraturan baru menghadkan: (i) pinjaman peribadi setakat 10 tahun maksimum (dahulu 25 tahun); pinjaman hartanah dan rumah 35 tahun (dahulu 45 tahun), dan (iii) tidak membenarkan lagi pinjaman pra kelayakan.

Pelajar Cemerlang Kemuka Rayuan Selepas Tidak Ditawarkan Sebarang Kursus di IPTA

8 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Mereka antara pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang namun ia masih belum cukup untuk mereka diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini.
Lapan pelajar yang mencatatkan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.0 tidak ditawarkan sebarang kursus di IPTA walaupun telah menghantar borang permohonan mereka untuk masuk ke IPTA.

Mereka antara 108 kes rayuan yang diterima oleh MCA daripada pelajar yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) dan program matrikulasi sejak isu berkenaan menjadi perhatian minggu lalu.

Tiada langsung Islamis dalam kabinet sementara Mesir

8 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Kerajaan sementara Mesir menetapkan sasaran besar untuk mengembalikan pemerintahan awam dan menyelamatkan ekonomi negara itu, proses yang dirumitkan dengan siri tunjuk perasaan dan kebuntuan politik dengan kumpulan Islamis berpengaruh.

8 kanak-kanak maut keracunan makanan di India

8 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

PATNA, India 17 Julai - Lapan kanak-kanak maut manakala 80 yang lain dimasukkan ke hospital ekoran keracunan makanan di timur India, semalam.

Seorang pegawai kerajaan, Abhijit Sinha berkata, lapan kanak-kanak itu meninggal dunia selepas menikmati makan tengah hari yang disediakan di sekolah mereka.

Kerajaan baru Mesir angkat sumpah

8 Ramadhan 1434 H. [MOD] - 

CAIRO: Kerajaan sementara pertama Mesir hari ini mengangkat sumpah selepas dua minggu pihak tentera menggulingkan Presiden Mohamed Morsi.

Bagaimanapun, Ikhwan Muslimin, gerakan Islam yang melahirkan Morsi, segera menolak barisan kabinet baru yang terdiri daripada 35 ahli itu.

Polis diserang dengan bom petrol keganasan di Ireland Utara

8 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

LONDON: Beberapa anggota polis diserang dengan bom petrol dan seorang jurugambar akhbar Perancis turut diserang ketika keganasan yang tercetus di timur Belfast di sini, lewat malam tadi.

Perkhidmatan Polis Ireland Utara (PSNI) berkata, pertempuran itu berlaku apabila orang ramai berkumpul di jalanan dekat Lower Newtownards Road.

Sebuah kenderaan polis turut diserang dengan dua bom petrol dan beberapa tembakan, namun tiada kecederaan dilaporkan. 

16 dibakar hidup-hidup pertempuran etnik di barat Afrika

8 Ramadhan 1434 H. [MOD] - 

CONAKRY: Sekurang-kurangnya 16 orang dibakar hidup-hidup atau ditikam sehingga mati manakala berpuluh lagi cedera dalam pertempuran etnik di negeri Guinea, barat Afrika, kata pegawai tempatan hari ini.

Keganasan berlaku di kawasan hutan di selatan negeri, awal pagi semalam apabila pengawal stesen minyak dari suku Guerze memukul sehingga mati seorang remaja etnik Konianku kerana dituduh mencuri.

Gempa bumi sederhana landa Sumatera Utara

8 Ramadhan 1434 H. [MOD] - 

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda Sumatera Utara, Indonesia pada jam 7.41 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), pusat gempa terletak 100 kilometer di utara Langsa, Indonesia dan 233 kilometer di barat daya Langkawi, Kedah.
Gegaran turut dirasai di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.


JMM sedang memantau perkembangan itu.

- BERNAMA

250 ikan pari ditemui mati di pantai Mexico

8 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Kira-kira 250 ikan pari ditemui mati di pantai Teluk Veracruz. Datuk Bandar Ursulo Galvan, Martin Verdejo, berkata saksi memberitahu pihak berkuasa bahawa nelayan membuang ikan itu di pantai kerana tidak mampu menjualnya pada harga yang tinggi. - Foto AFP

VERACRUZ (Mexico): Sekurang-kurangnya 250 ikan pari ditemui mati di pantai Teluk Veracruz, kata polis hari ini.

Penduduk dan pengunjung mengesan kematian ikan pari itu semalam di pantai Chachalacas, bandar Ursulo Galvan dan menyiarkan gambar berkenaan di media sosial.