17 Julai 2013

Polis diserang dengan bom petrol keganasan di Ireland Utara

8 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

LONDON: Beberapa anggota polis diserang dengan bom petrol dan seorang jurugambar akhbar Perancis turut diserang ketika keganasan yang tercetus di timur Belfast di sini, lewat malam tadi.

Perkhidmatan Polis Ireland Utara (PSNI) berkata, pertempuran itu berlaku apabila orang ramai berkumpul di jalanan dekat Lower Newtownards Road.

Sebuah kenderaan polis turut diserang dengan dua bom petrol dan beberapa tembakan, namun tiada kecederaan dilaporkan. 

Kamera milik jurugambar Perancis yang diserang turut dicuri dalam kejadian berkenaan. - AFP
 

Tiada ulasan: