Lakaran NASA pada 1989 menunjukkan beberapa bulan mengelilingi Neptune. - Foto REUTERS
CAPE CANAVERAL: Seorang pakar astronomi mengkaji imej arkib Neptune yang diambil Teleskop Angkasa Lepas Hubble mengesan bulan ke-14 yang mengorbit planet berkenaan.
Dianggarkan dalam bergaris pusat 20 kilometer, bulan terbabit berada kira-kira 105,251 kilometer dari Neptune.
Pakar astronomi terbabit, Mark Showalter dari Institut SETI di Mountain View, California membuat penyelidikan imej Hubble bagi bulan di dalam serpihan berbentuk cincin di sekeliling Neptune.
Perluas analisis
Beliau menemui bulan ke-14 itu selepas memutuskan untuk memperluas analisisnya ke kawasan lebih luas.
“Kami memproses data untuk beberapa lama dan saya mengatakan bahawa, baiklah, mari kita tengok lebih jauh,” kata Showalter.
“Saya ubah program yang tidak hanya berhenti di luar serpihan itu. Sementara ia memproses data, saya keluar dari bilik komputer dan menunggu sejam sementara ia memproses semuanya untuk saya.
“Apabila kembali semula, saya lihat imej dan ada titik tambahan sedangkan ia tidak sepatutnya ada di situ,” kata Showalter.
Analisis susulan imej arkib lain Hubble mengesahkan bahawa objek terbabit adalah bulan.
Showalter dan rakannya kini memikirkan satu nama untuk dicadangkan kepada Kesatuan Astronomi Antarabangsa, yang membuat keputusan muktamad mengenai perkara berkenaan.
“Kita tidak benar-benar jauh daripadanya. Apa yang boleh saya katakan bahawa nama itu akan keluar dalam mitologi Roman dan Greek dan ia membabitkan karektor berkaitan dengan Neptune, dewa lautan,” kata Showalter.
Bulan terbesar Neptune, Triton dikesan pada 1846 beberapa hari selepas planet itu sendiri ditemui. Nereid, bulan ketiga terbesar Neptune ditemui pada 1949. - REUTERS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan