17 Julai 2013

Kerajaan baru Mesir angkat sumpah

8 Ramadhan 1434 H. [MOD] - 

CAIRO: Kerajaan sementara pertama Mesir hari ini mengangkat sumpah selepas dua minggu pihak tentera menggulingkan Presiden Mohamed Morsi.

Bagaimanapun, Ikhwan Muslimin, gerakan Islam yang melahirkan Morsi, segera menolak barisan kabinet baru yang terdiri daripada 35 ahli itu.



“Kami tidak mengiktiraf keputusan atau kuasa kabinet itu,” kata jurucakap Gehad El-Haddad.


Barisan kabinet baru itu tidak menyenaraikan seorang pun menteri yang bergabung dengan mana-mana parti atau pergerakan Islam.

Kerajaan baru itu diketuai oleh ahli ekonomi liberal, Hazem al-Beblawi. Sementara itu, ketua tentera, Abdel Fattah al-Sisi, ketua di sebalik rampasan kuasa ke atas Morsi, menjadi Timbalan Perdana Menteri Pertama dan Menteri Pertahanan. - AFP

Tiada ulasan: