IPOH, 23 Okt :- Jamuan Hari Raya Aidil Fitri PAS Negeri Perak telah diadakan di hadapan Pejabat Perhubungan PAS Negeri Perak, Medan Ipoh Raya, Ipoh. Pejabat PAS Negeri terletak ditengah kawasan perniagaan, berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan dan Pejabat Kerajaan Negeri.Majlis yang bermula jam 11.30 pagi dan berakhir 2.30 petang disambut meriah dengan kehadiran ramai orang yang terdiri dari pelbagai bangsa, kakitangan kerajaan dan swasta. Tetamu jemputan dari kalangan peminpin Parti gabungan Pakatan Rakyat, Wakil media dan dan badan-badan NGO turut hadir.
Pesuruhjaya PAS negeri Perak, Ustaz Ahmad Awang telah menyampaikan ucapan alu-aluan dimana beliau amat berbangga sambutan kali ini nampak berlainan, meriah dan amat besar ertinya biarpun jamuan yang tak seberapa hebat. Ini kerana kehadiran ramai dari pelbagai kaum dan ugama, pegawai kerajaan dan swasta tanpa ada rasa takut kepada PAS seperti yang alami sebelum ini.

Kepada umat Islam hari kemenangan setelah sebulan berpuasa melawan nafsu dan teruskan istiqamah meneruskan perjuangan melawan kebatilan. Disamping bergembira jangan dilupakan kepada yang memerlukan seperti orang miskin, anak yatim dan ibu tunggal. Lapangkan masa dan hulurkan bantuan terutama sekarang ini banyak tempat di negeri Perak dilanda banjir hingga ramai yang dipindahkan.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada yang terlibat terutama Badan Perhubungan PAS negeri Perak yang diketuai oleh Tuan Hj Abdul Rahim Mat Ariff, para muslimat dan Unit Amal yang menjayakan Program Sambutan hari Raya ini.
http://bumiperak.blogspot.com/


